Khamis, 6 Mac 2014

TIPS MENGATASI KAHAK BAYI

Anak adalah anugerah dari Allah yang tidak ternilai harganya. Bertuahlah setiap pasangan yang dikurniakan cahaya mata penyeri hidup selepas mendirikan rumahtangga. Satu lagi anugerah Allah yang tidak ternilai sekiranya anak yang dilahirkan sihat, cukup sifat dan sempurna. Bersyukur pada Allah Maha Pencipta.


Anak yang dianugerahkan Allah dijaga dengan penuh kasih sayang penuh rapi agar mereka sentiasa membesar dengan sihat. Akan tetapi, lumrah kehidupan apabila bayi mula membesar, pandai meniarap, merangkak dsbg..ditambah pula dunia sekeliling penuh dengan kuman dan virus yang tidak sihat yang boleh menyebabkan penyakit. Tidak terkecualilah bagi bayi dan anak-anak kita tetap berpotensi menghidapi sebarang penyakit.


Antara Gejala yang sering dihadapi oleh bayi dan kanak-kanak adalah batuk dan selsema yang disertai kahak yang teruk. Batuk dan kahak yang teruk ini membawa kepada jangkitan kuman ke paru-paru yang disebut juga Pneumonia dan Bronkitis. ia merupakan jangkitan virus atau bakteria streptococcus. Ia disebabkan jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. 

Hari Jumaat yang penuh barakah ini, marilah saya kongsikan bersama pembaca kesayangan saya semua cara ataupun langkah awal yang boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah ini. Saya berkongsi melalui pengalaman saya sendiri kerana masalah ini dialami oleh saya dan anak saya yang mana semasa 7 bulan mengandung saya terpaksa diadmit ke ward disebabkan masalah pernafasan ini. 



Sehingga anak sulung saya lahir dan apabila Fahim berumur 4 bulan die sudah menghadapi masalah batuk berkahak ini. Hati ibu mana yang tidak risau. Saya cuba atasi masalah tersebut dengan beberapa cara. Jom follow me!!

1. Daun Kaduk - ramaskan daun kaduk ke dalam air bercampur kapur sirih. Kemudian sapukan di dada, perut dan belakang bayi. Cuba beberapa kali. Alhamdulillah!!selepas itu saya dapati kahak dan lendir keluar melalui najis Fahim. Anda boleh cuba!!!

2. Bunga raya merah - ambil bunga raya itu, dan cuba lesungkan sehingga didapati keluar lendir. Lendir tumbuhan ini memberikan rasa sejuk pada kerongkong dan paru-paru. Selain itu, ia juga mengandungi hebiscetin yang amat berkesan untuk redakan batuk dan menghilangkan kahak. Sapukan lendiran tersebut pada dada dan belakang bayi.

3. Teknik tepukan percussion - Tepuk belakang bayi dengan tangan cupping. Semasa tepuk pastikan tidak terkena tulang belakang bayi dan pastikan dilapik dengan kain tetapi tidak terlalu tebal. Tepuk di bahagian kiri dan kanan sahaja bukan di tengah. Tepuk lebih kurang 5 minit. tepukan seperti ini dikatakan akan mengeluarkan kahak melalui najis dan hidung. 



CADANGAN PRODUK SHAKLEE

Alhamdulillah juga sehingga sekarang keadaan Fahim dah semakin baik dan ceria. Setelah saya diperkenalkan Shaklee juga saya memberikan anak saya Omega+ Mealshake. Kita berusaha dan melalui Shaklee Allah memberikan kesihatan yang terbaik pada anak-anak saya. 



Jadi kepada ibu-ibu diluar sana, berusahlah mencari suplemen terbaik untuk anak-anak. Bagi ibu yang hendak mencuba set Omega+Mealshake untuk anak anda, boleh berhubung terus dengan saya. Anak sihat ibu senang hati.Insyaallah!!!!







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...