Ahad, 16 Oktober 2022

HARI SUKAN NEGARA MAIWP 2022 vs MAIWP Fit Challange

Assalam hye & it's just a hurry entry sejak dua menjak ni busy dengan pelbagai kerja-kerja di pejabat. For the 1st time buat entry berkaitan aktiviti di pejabat, ok jugak kan?hehe..Hari Sukan Negara sentiasa di sambut oleh sekolah, jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta juga. Antara tujuan diadakan hari sukan negara salah satunya adalah untuk sama-sama memupuk semangat bersenam dan menyihatkan tubuh badan agar dapat mengurangkan masalah kesihatan. (betul ke?hihi lebih kurang macam tu la..)

15 Oktober 2022 (Sabtu) Hari Sukan Negara peringkat MAIWP. Sebelum ditetapkan tarikh hari sukan negara ni, MAIWP telah mengadakan 'MAIWP Fit Challange" untuk sama-sama bersaing, bersukan antara bahagian. Tak adalah asyik kerja mengadap komputer je kan?hihi. Yelah korang perasan tak banyak habiskan masa duduk depan komputer, tanpa bergerak, tinggi risikonya untuk penyakit slip disc.(nauzubillah). MAIWP Fit Challenge perlawanan sukan antara 8 pasukan di MAIWP. Acara yang dipertandingkan adalah bowling, badminton, bola jaring dan bola sepak.

Acara-acara sukan ni telah mula dipertandingkan dari awal September 2022 dan acara separuh akhir serta akhir bagi bola sepak dan bola jaring diadakan pada hari sukan negara. Pengumuman pasukan juara juga pada tarikh berkenaan.

Meriah, sengit semua ada!best aku tak join pon apa-apa sukan tahun ni, tapi lebih kepada jadi penyokong! puas hati taw! Paling best bila saat pengumuman juara pasukan di menangi oleh team bahagian aku, Lebah (Bahagian Agihan Zakat). Kerjasama semua ahli sangat hebat hingga membawa kemenangan besar pada BAZ. Alhamdulillah!

keputusan penuh perlawanan

Ok jom layan, biar gambar berbicara betapa gembiranya semua!kanak-kanak cilik sebagai penyokong pon tetap setia sampai habis program. 


menunggu keputusan

saat keputusan penuh di umumkan

yeayyy

Masa penyampaian hadiah pun bukan main meriah dan gamat dengan sorakan dan tepukan masing-masing. Terpancar jelas kegembiraan di wajah mereka. Puas!

bowling lelaki tempat ke 3

bola sepak ke 3


menerima hadiah dan piala dari VVIP



Acara terakhir pada hari tu adalah perlawanan tarik tali antara VIP dan bahagian kami. meriah sangat! Semoga tahun depan dapat berjumpa lagi dengan Hari Sukan Negara. Tq MAIWP.


Salam sayang
Eijah.









 












 

Jumaat, 14 Oktober 2022

INAI REPUBLIC 'BABY TRY ME'' SANGAT AWESOME BUAT PEMINAT INAI COLOR GELAP


Assalamualaikum wrh.wbt, selamat petang sihat ke korang? petang Jumaat redup je area ofis ni. Tengahari tadi hujan lebat tapi dalam jangka masa sekejap je tak sampai 1 jam pun. Alhamdulillah petang ni dah cerah balik boleh berjalan menuju ke traintanpa memikirkan nak lalu jalan mana sebab hujan hihihi.

Okeh, actually hari ni jom nak kenalkan uols satu lagi kebanggaan baru inovasi terbaru dari founder kita Puan Syarifah Furaiha & suami. Actually inai dah dah pun launch di HQ pada hujung September hari tu n now permintaan semakin tinggi setiap hari. 

Inai ni didatangkan dalam bentuk serbuk, warna hijau seperti mana yang uolss tahu pun, inai republic 100% menggunakan inai daun asli. Telah dimodenkan dengan inovasi terkini untuk memudahkan pemakai inai memakai inai dalam waktu yang cepat, cantik, dan sihat.

Nama inai ni 'Baby Try Me' memang datang dalam bentuk yang comel dan mudah dibawa kemana-mana. Inai serbuk ni perlu dibancuh dengam sedikit campuran air panas then kacau je dengan berus yang telah disediakan. Sedikit info untuk uols, dalam 1 kotak kecil inai baby try me ni lengkap dengan bahan berikut:

1. Nail seperator

2.Henna pawder sachet

3.Mini nail buffer

4.Nail brush

Ok jom tengok!

set lengkap dalam 1 kotak

let's try it!



owh terlalu nice!

kat sini boleh tengok perbandingan sebelum dan selepas

Ok, jom tengok cara-cara memakai inai ni dari mula sampai siap. Uols tengok sendiri senang ke senang sangat nanti hihi..

step 1

step 2

step 3

step 4

step 5

step 6

step 7

step 8

Haaa..camne uols??senang ke senang sangat??

Dapatkan sekarang dengan harga serendah RM17 uols boleh dapatkan inai Baby Try Me. Laju-laju taw, akak bukannya apa nanti korang terlepas sebab dengarnya HQ keluarkan 5000 pcs je untuk trial set ni!!!

Apa tunggu lagi ajom!!klik link bawah k kita sembangg hihi.

Salam Sayang.
Eijah.


















Rabu, 12 Oktober 2022

TERUJA SANGAT BERKENALAN DENGAN INAI REPUBLIC, INAI MUDAH DI PAKAI, & TELAP AIR. GUNA TANPA RAGU-RAGU


Assalamualaikum hai semua..

Diam tak diam hari ni Khamis dah sekejap sangat masa tu berlalu tanpa kita sedar. Sibuk dengan urusan pejabat, balik rumah sibuk dengan urusan family. Alhamdulillah masih di beri peluang berbakti pada keluarga dan kerjaya (majikan).

Sepanjang minggu ni, banyak juga order inai republic, ramai yang bertanya dan nak cuba kebaikan inai ni. Sebenarnya dipendekkan cerita, aku bukanlah peminat tegar & pemakai tegar inai pun. Dulu2 langsung tak suka pakai inai, asal tengok orang pakai, dalam hati...eiii aku memang tak suka lah kuku merah2 camtu, apa lah yang dieorang ni suka sangat pakai inai. Hinggalah suatu hari, tengah scroll status wassap member kolej, nampak posting inai. Belakang aku masa tu si anak daraku nan seorang Faqihah menyapa, mama!!cantiknya inai tu, kakak nak la mama..Maka daku pun tak da fikir panjang pm member nak inai tu. Member ni pulak cakapla..ko tak naj jadi ejen ke?free je. Errrmm dalam hati aku...ok juga since masa tu bisness online yg aku buat sebelum ni dah tak sehebat dulu entah kenapa mungkin masalah di peringkat founder.. Wallahuala. Terus sign up jadi ejen.

Tidak terhenti di situ terus aku study berkaitan inai ni dan 1st sekali apa yang aku cari adalah inai ni telap air ke tak? boleh di bawa solat tak? Alhamdulillah ternyata melepasi semua kriteria!! Terus buat iklan tanpa henti dannn mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Dalam hati aku, eh ramai rupanya peminat inai, aku je yang beria tak minat inai hahaha.

Dalam posting kali ni, aku nak share tentang salah satu produk dalam Inai Republic iaitu Inai Forever Bride!!. Wah! dengar tajuk sahaja dah tahu kan?tentu sekali inai ni fokus kepada mereka-mereka yang bakal mendirikan rumah tangga. Sebut perkahwinan, mestilah inai menjadi pilihan utama sebagai perhiasan kecantikan untuk si wanita. Ok jom tengok ni kenapa uols wajib pilih Forever Bride sebagai inai pilihan di hari bahagia. 










Mungkin dalam kemeriahan bakal bergelar raja sehari, banyak perkara yang perlu di fikirkan. Salah satu adalah upah untuk orang inaikan pengantin. Ok, sini uols aku nak royak bui..hihi. dengan memiliki set forever bride ni, uols untung sangat taw!Dalam 1 kotak yang eksklusif tu korang boleh dapat 5 item yang lengkap ala2 spa di rumah sahaja. Lebih jimat taw!! boleh pakai berkali-kali dengan membelanjakan sebanyak RM89 ringgit sahaja. Nak buat hadiah untuk orang kahwin pon boleh eh!Ok dalam 1 kotak tu lengkap item berikut:

1. Inai Celup
2.sticker corak
3. Inai kuku twin edition
4. buffer
5. Oil nail serum






Buat bakal pengantin, masih mencari henna terbaik untuk hari bahagia, dicadangkan sangat-sangat kat uall pilih Inai Forever Bride Inai Republic ni. Pasti teruja dan korang akan berpuas hati taw!😇😇😇😇

Ok uols nak cari inai republic?

Roger Kak Eijah k!

Salam sayang, boleh contact kak eijah klik link bawah k!













PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...