Khamis, 29 Mei 2014

SET ANAK PINTAR DAN SIHAT..JIKA SAYANG ANAK SILA ABAIKAN ARTIKEL INI

Anak adalah anugerah Allah yang sangat indah dalam sebuah perkahwinan. Sudah semestinya pasangan yang mendirikan rumahtangga akan mengharapkan dikurniakan anak sebagai penyambung keturunan mereka. Alangkah bertuahnya pasangan yang dikurniakan anak ini. Oleh itu, ingatlah, adanya mereka di samping kita...mereka adalah penyeri rumahtangga dan pengikat kasih sayang suami isteri. betapa besarnya anugerah Allah yang di panggil ANAK!! 



Saat kesunyian anak adalah penghibur duka, pengubat rindu dan penghapus lara. Didiklah dan jagalah amanah Allah yang ''most precious'' ini kerana mereka adalah penyambung generasi masa hadapan. Berikan yang terbaik untuk mereka. Sejak dari kecil, seterusnya menjalani proses tumbesaran dan dikelilingi persekitaran dan budaya yang pelbagai, banyak membuat mereka terdedah kepada pelbagai penyakit dan keadaan yang tidak sihat. sepertimana orang dewasa kanak-kanak juga memerlukan suplemen kesihatan yang mana berupaya membantu meningkatkan tahap kesihatan dan menghubungkan sel-sel otak mereka agar lebih aktif dan membentuk kanak-kanak yang sihat dan bijak. 


Jesteru kita sebagai ibubapa perlulah bijak merancang pemakanan anak-anak agar tidak terdedah kepada pemakanan yang tidak sihat. Seandainya kita bercadang untuk memilih suplemen terbaik buat anak-anak pastikan anda mengetahui kelebihan dan kebaikan sesuatu suplemen itu, bukan hanya mendengar cakap orang, ikut orang dan sbgnya sebaliknya jadilah ibu bapa yang bijak dalam memilih suplemen untuk anak anda!!!

Langsung saja hari ini saya bekalkan kepada anda set genius dan ank pintar Shaklee iaitu Mealshake dan Omega Guard.



Kenapa Perlu Pilih Set Anak Pintar Dan SIhat Shaklee? jom kita kaji setiap kelebihan dan kebaikan 2 produk ini.

Kelebihan Omega Guard

  • minyak omega 3 yang terdapat di dalam omega guard guard shaklee diekstrak dari ikan laut dalam
  • sangat berbeza dengan omega 3 yang lain kerana ia merupakan satu-satunya minyak ikan omega 3 yang paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 termasuk EPA dan DHA
  • kajian telah menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan omega-3 meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menyelesaikan masalah, tumpuan, dan komunikasi antara sel-sel.
  • 1 kapsul omega guard membekalkan 905mg asid lemak omega-3, EPA dan DHA
  • Omega-3 juga bertindak sebagai pembersih darah, menjadikan darah kurang melekit dan lebih cair sekaligus membekalkan cukup oksigen kepada otak.

Kelebihan Mealshake

  • menambah selera makan untuk anak-anak anda
  • membekalkan nutrien kepada sel-sel
  • mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan oleh badan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses tumbesaran.
  • mengandungi vitamin A, C,E zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan

Pelbagai kelebihan untuk kedua-dua produk ini kerana setiap satunya mengandungi fungsi tersendiri yang merangsang minda dan pemikiran anak-anak kita untuk menjadi lebih cergas. 

Mahal? xmahal pun, kerana tidak salah pun jika kita melaburkan sedikit wang demi untuk kesihatan dan kebijakan anak-anak. Sediakan keperluan awal untuk perkembangan otak anak anda!!! Saya laburkan wang saya untuk si manja saya!!anda pula bagaimana???? Give the best for them!!!








Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

Selasa, 20 Mei 2014

BOSAN!!BAHAYAKAN JANTUNG ANDA!!

Pernahkah anda merasa bosan yang tahap melampau sehingga mendorong anda untuk melakukan sesuatu yang kadangkala di luar fikiran waras? Ya, fakta telah membenarkan kenyataan ini. Berperasaan negatif dan mudah merasa bosan merupakan suatu lumrah yang akan terjadi kepada semua orang tanpa mengira umur, pangkat, status, gaji dan sebagainya. Anda perlu tahu bahawa bosan jika tidak di rawat akan 'merangsang' rasa depresi, ketagihan, gangguan seterusnya menjadikan seseorang itu bersikap pemarah dan tidak ceria.



PENDAPAT PAKAR  

Seorang Psikologi Jerman, Hans Grothe menyatakan bahawa rasa bosan memberi amaran kepada tubuh agar berehat daripada melakukan aktiviti rutin yang sering dilakukan. Seandainya jemu dengan rutin itu, ambillah masa untuk bersantai dan bercuti untuk mengatasi perasaan bosan ini.



Perasaan bosan ini ternyata tidak boleh dielakkan sebaliknya ia mampu diatasi dan salah satu cara yang paling mudah ialah memotivasikan diri sendiri. Ini kerana motivasi merupakan sebuah doktrin yang mempengaruhi psikologis manusia. Oleh itu, pastikan diri kita sentiasa bermotivasi ataupun kita mempunyai seorang motivator yang baik dalam hidup kita agar mampu mengelakkan rasa bosan ini. Kebosanan sebenarnya bukanlah gangguan jowa yang kronik sebaliknya jika ia dibiarkan ia mampu meragut kebahagian dan nyawa.!!!

Dr. Cannon pula berkata kebosanan berpunca daripada kemurungan dan ia menjadi faktor serangan kardiovaskular. Beliau juga percaya kebosanan boleh mencetuskan pengeluaran hormon berbahaya yang memberi tekanan kepada jantung. Akan tetapi, Dr. Haizal Haron pula menjawab persoalan ini dengan pendapatnya bahawa kebosanan bukanlah perkara utama yang menyebabkan serangan jantung. Antara punca kepada serangan jantung ialah merokok, kurang aktiviti fizikal serta amalan diet dan pemakanan yang tidak seimbang. 

CARA ATASI BOSAN

Lantas hari ini saya nak share sedikit tips dan cara mengatasi BOSAN. Jangan biarkan bosan terus melanda diri, tukar aktiviti, mood agar kehidupan lebih warna warni.

Bertukar Tangan

- Sesekali apa kata kita tukar tangan dari kanan yang menjadi kebiasaan kepada tangan kiri seperti mengklik tetikus komputer.Ini adalah perubahan yang sangat kecil, akan tetapi ia mampu mengaktifkan dan membangunkan saraf dalam otak. Aktiviti ini memberi peluang kepada sel-sel otak untuk terus bekerja dan menajamkan memori.

Cuba Sesuatu Yang Baru

- Tidak perlu melakukan sesuatu yang rumit dan besar. Mencuba resipi baru juga sesuatu yang menarik. Apabila kita mencuba kemahiran baru, otak akan membina sebuah litar baru dalam sistemnya dan rasa bosan mampu dihindari. 

Terima Rasa Bosan Tersebut

- Satu-satu antara cara paling berkesan adalah menerima kebosanan adalah dengan terima sahaja ia. Biarkan tubuh menjadi sepenuhnya tenggelam dalam proses mencuba dan bersantai. Renungkan dan biarkan terjadi apa sahaja, jika kita tidak melawan bosan, kebosanan itu tidak akan melawan anda!!

CONTOH MAKANAN ANTI STRESS

1. Asparagus dan Vitamin B

- Asparagus dan vitamin B ini kaya dengan asid foloc yang mampu menstabilkan emosi. Kedua-dua sumber ini berperanan menghasilkan serotonin dalam otak yang akan membantu mewujudkan rasa tenang dan gembira. Oleh itu juga, Shaklee menyediakan vitamin B Complex nya yang boleh membantu anda mengatasi masalah ini.




2. Daging

- Daging merupakan makanan terbaik untuk diambil kerana di dalamnya terdapat zink, zat besi, dan vitamin B yang penting untuk mengawal mood. Ambillah sekadar sahaja jangan melampaui banyak agar dapat merasai keberkesananya. 


Kita sendirilah yang mampu mencorakkan kehidupan kita, oleh itu..amalkan gaya hidup yang sihat, tanpa stress, tekanan dan hidup tanpa arah!!

PASTIKAN ANDA TAHU KE MANA ARAH HIDUP ANDA!!!


Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

Isnin, 19 Mei 2014

LAMA MENYEPI..KEMANAKAH AKU??

Assalamualaikum..


Lama benar diri ini tidak menjengah ke blog kesayanganku ni. Jadual seharian yang sangat padat membataskan segala-galanya. Benar, itu bukanlah alasan terbaik kerana hendak seribu daya..n jika MALAS...beribu alasan menyinggah dalam diri untuk bersedia di gelar ''ALASAN!!

Lama benar rasanya aku menyepi dari terus berkongsi info kesihatan dan lain-lain dengan pembaca semua. Dugaan dalam hidup kadangkala membuatkan kita jatuh, lemah, akan tetapi hari demi hari aku gagahkan diri ini untuk terus bangkit di samping kata-kata semangat dari leaders Shaklee yang aku peroleh dari group rahsia kami sangat membangkitkan semangatku. Penyakit MALAS sangat sinonim dengan aku!!! Kata-kata panas dan semangat dari group Shaklee ku membuatkan aku makin tercabar!! Tiada siapa yang dapat merubah diri kita sendiri kecuali DIRI SENDIRI!!!




So, for kita yang nak berjaya dalam hidup...bangkitlah...just ingat satu je..kena berani keluar dari kepompong... Takut kan??yea..sama lah seperti saya!!saya takut!!!masih takut dan always dihantui perasaan takut. But saya kene dan perlu atasi perasaan takut itu!!!kebanyakan saya baca kisah kejayaan orang telah berubah 360 darjah kehidupan mereka, memang jawapan mereka is..BERANI... BERUBAH DARI BIASA KEPADA LUAR BIASA...



Sekali kita dah buat keputusan, usahakan sehingga ke akhirnya kerana jika berhenti di tengah jalan, kita sendiri yang akan rugi....kerana insan yang telah membuat keputusan bersama kita, telah berjaya tanpa berhenti di tengah jalan. 

Perkongsian bersama untuk aku bangkit kembali meneruskan apa yang aku ingin capai dalam hidup ini!!!




Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin

                         sms /call /whatsapp 017-3660351

Email : eijaheijah12@gmail.com

Fanpage : Vitamin terbaik dunia




LOVE MY READERS!!!


PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...