Isnin, 31 Mac 2014

MENGIDAM TANDA IBU KEKURANGAN NUTRISI?

Saat kehamilan merupakan saat yang terlalu bahagia untuk pasangan suami siteri yang baru berkahwin. Tidak tergambar bagaimana perasaan seorang bakal ibu dan bapa perkenaan saat disahkan hamil. Tahukah anda proses kehamilan itu bermaksud ibu-ibu akan mengalami perubahan hormon melibatkan badan mereka. Salah satu permasalah yang sering dan sinonim dengan ibu yang hamil ialah MENGIDAM. Secara tiba-tiba mengidam, datang tanpa dirancang, jadi ibu-ibu dan para suami perlulah mengetahui kenapa situasi ini berlaku?



Sebahagian besar ibu-ibu yang hamil akan mengalami keadaan mengidam sesuatu jenis makanan ketika dalam tempoh kehamilan. Atas sebab perubahan hormon lah perkara ini terjadi. Keadaan ini sama seperti mengalami haid di mana anda menginginkan sesetengah jenis makanan disebabkan oleh pengaruh hormon yang dialami ketika itu.

Perubahan hormon dikalangan wanita hamil boleh memberi kesan terhadap deria rasa dan bau. Namun sebab sebenar dan kenapa ia berlaku tiada siapa yang tahu dengan pasti. Alahan semasa hamil seperti letih, pening dan muntah yang berlaku akibat perubahan hormon boleh menjadi penyebab mengapa anda mengidam sesuatu makanan yang boleh mengurangkan atau melegakan alahan tersebut.

KEKURANGAN NUTRISI

Wanita yang hamil memerlukan nutrisi pemakanan yang seimbang. Walaubagaimanapun, kadang kala tiada hubungkait pun antara kekurangan nutrisi dan mengidam. fakta ini wujud kerana ada antara pakar nutrisi yang mengatakan begitu. Cuma kajian saintifik mengenainya belum lagi dijalankan secara serius. Perlu diketahui oleh sang suami sepanjang isteri mengandung anda mestilah memastikan ister-isteri anda mengambil pemakanan yang sihat kerana kekurangan nutrisi akibat pada bayi boleh menyebabkan bayi lahir kurang matang, kurang berat, cacat dan mengalami masalah pernafasan. Bagi ibu pula, kekurangan nutrisi meningkatkan risiko alahan, sembelit, lemah badan, kekajangan otot, anemia dan berisiko besar untuk bersalin melalui pembedahan. 


Sepanjang anda hamil, banyak perkara yang perlu dijaga dan dititik beratkan. Oleh itu pastikan pemakanan dan diet anda seimbang dan membekalkan sukup nutrisi. Pastikan anda boleh melahirkan anak yang comel, sihat dan cergas. Saya percaya anda boleh!!Demi anak yang tercinta ibu bapa akan memastikan semuanya sempurna!!

Sayangi anak anda dan diri anda!!



Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin

                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...