Memaparkan catatan dengan label PHYTOCOL-ST. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PHYTOCOL-ST. Papar semua catatan

Isnin, 18 Ogos 2014

Bebaskan Diri Anda Dari Kolesterol Dengan Phytocol-ST

Sebelum ini, saya pernah kongsikan dengan pembaca semua tentang masalah koleterol yang sentiasa menyerang kita dewasa ini, yang mana kolesterol jahat sangat berbahaya untuk tahap kesihatan anda. Boleh klik di sini. Jangan memandang ringan kepada masalah kolesterol yang menyerang anda ataupun sesiapa sahaja. Cegah sebelum terlambat untuk anda kecapi hidup lebih bahagia tanpa kolesterol. Anda boleh membaca dengan lanjut dan memahami apa itu kolesterol jahat di dalam entry yang pernah saya kongsikan sebelum ini. Tambahan pula, sekarang kita semua sedang mewah dengan segala jenis makanan di dalam bulan Syawal ini, sudah tentunya kita semua mendapat undangan ke majlis rumah terbuka kawan-kawan dan saudara mara. Untuk menolak undangan itu jauh sekali, dan apabila menghadiri majlis berkenaan kita disajikan dengan pelbagai juadah yang bisa menggoyah diri dari menahan mengambil segala jenis makanan yang dihidangkan itu. Pelbagai nasi, pelbagai lauk-pauk, kambing, daging untuk di santap oleh nafsu yang sedia menanti makanan itu. Anda pasti anda boleh menahan nafsu makan anda?sangat bagus jika anda salah seorang daripada yang sangat berdisiplin dalam memilih makanan. Jadi, untuk itulah anda harus mengambil langkah menghancurkan lemak-lemak selepas makan agar ia tidak akan berkumpul menjadi lemak yang akan mengakibatkan kegemukan serta pastikan diri anda bebas dari kolesterol yang mampu mengundang pelbagai penyakit berbahaya. 




Jika entry terdahulu saya ada kongsikan dengan anda tentang kolesterol jahat dan baik dan  pemakanan yang boleh menurunkan paras kolesterol dalam badan, hari ini ada bagusnya saya kongsikan dengan anda semua tentang langkah untuk menurunkan kolesterol dalam badan. Anda mungkin boleh amalkan dan menyebarkan kepada mereka yang mengalami masalah ini. Sebelum itu, pastikan anda tahu tanda-tanda anda mungkin mengalami kolesterol tinggi antaranya ialah:-

Tanda Kolesterol Tinggi

  • sering sakit di bahagian belakang kepala
  • sakit di bagahian tengkuk dan bahu
  • selalu sakit di tangan dan kaki
  • sering merasa kebas di bahagian tangan dan kakisakit di bahagian dada sebelah kiri 

Langkah-langkah menurunkan kolesterol

Pastikanlah diri anda:-

  • sentiasa menjaga berat badan, seimbangkan berat badan anda kerana obesiti adalah penyumbang utama kepada masalah kolesterol
  • lakukan senaman dan olahraga secara teratur sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit setiap kali. Dicadangkan anda mengamalkan olahraga seperti senam robik, yoga dan taichi
  • melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan terutamanya yang mengandungi fitosterol seperti kacang, pisang, anggur, brokoli, serta oat. Makanan ini membantu mengelakkan kolesterol
  • cuba elakkan pengambilan kejua, susu lemak dan yogurt, akan tetapi jika anda mahu mengambil mekanan tersebut, pastikan anda memilih yang rendah lemak.
  • mencari suplemen atau vitamin yang memfokuskan kepada penurunan kolesterol
  • elakkan pemakanan yang mengandungi daging berlemak, hati dan juga kuning telur
  • elakkan pengambilan minuman bersoda dan bergas
  • cuba untuk mengelakkan makanan yang bergoreng sebaliknya lebihkan makanan yang di rebus dan di bakar.
  • jika anda seorang perokok tegar, cubalah perlahan-lahan untuk berhenti daripada amalan merokok 

Seperti saranan saya sebelumnya, anda selalulah mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana gaya hidup yang sihat serta pemakanan yang sihat menjamin keluarga yang sihat dan bahagia. Phytocol Shaklee mempunyai peranannya yang tersendir dalam membantu mencegah kolesterol sebelum ia berleluasa menguasai diri anda. Untuk itu, anda perlu ketahui kelebihan dan keistimewaan Phytocol Shaklee dan bagaimana ia membantu anda mengatasi masalah kolesterol. Penyakit utama yang sangat berbahaya adalah jantung dan stroke dan ketahuilah kolesterol punca utama kepada penyakit pembunuh ini. 




Phytocol-ST Shaklee

Phytocol merupakan satu produk yang baru diperkenalkan oleh Shaklee pada tahun 2014 dan phytocol merupakan pilihan yang sihat dengan 2,000mg fitosterol setiap hari dan disarankan 100%  oleh Institut Kesihatan Kebangsaan. Fitosterol pula merupakan sejenis lemak yang berasal dari sumber tumbuhan dan makanan yang mempunyai struktur dan fungsi yang hampir sama dengan kolesterol yang terdapat di dalam badan. Dikenali juga dengan nama sterol tumbuhan iaitu kelompok steroid alkohol, fotokimia yang ada secara alami di dalam tumbuhan dan tidak terdapat pada mamalia. Kadar fitosterol yang tinggi di dalam usus kecil sangat berperanan besar dalam menghalang kolesterol. Fungsi utama Phytocol ialah mampu menurunkan kolesterol secara semulajadi. Antara kelebihan Phytocol-St Shaklee ialah:-

  • di rumus daripada fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin
  • membekalkan 2,000mg fitosterol tumbuhan setiap hari
  • kajian mendapati fitosterol tumbuhan mampu mengurangkan 80% kolesterol
  • tiada pengawet, pewarna dan perasa tiruan




Jadi, dengan itu, pastikan diri anda dan keluarga bebas dari kolesterol pembunuh dan atasi masalah kolesterol dengan membekalkan fitosterol kepada badan anda dengan pengambilan Phytocol-ST Shaklee. Pastikan diri anda sihat dari segala penyakit berbahaya untuk kesejahteraan hidup diri dan keluarga di masa hadapan. Sekali lagi diingatkan..amalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan yang sihat. Anda sayangi diri, ibu bapa dan keluarga dengan menjadikan Phytocol-ST sebagai suplemen tambahan wajib untuk keluarga anda. Belanjakan sedikit wang anda untuk kesihatan diri dan keluarga kerana itu lebih berbaloi untuk hidup anda kelak. Dapatkan Phytocol sekarang dengan menghubungi saya dan saya bersedia untuk memberi anda consult terbaik untuk semua. 



Nor Faizah Yasin

017-3660351

eijaheijah12@gmail.com

MY SHAKLEE ID 1082605


SALAM SAYANG UNTUK SEMUA!!




Selasa, 8 Julai 2014

AMBIL BERAT TENTANG KOLESTEROL~SUKARNYA MENURUNKAN KOLESTEROL JAHAT

Mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah pilihan manusia di zaman kini. Pada kajian saya sendiri, ramai di kalangan rakyat Malaysia kini telah sedar betapa peri pentingnya gaya hidup yang sihat demi menjamin kesejahteraan hidup kini dan selamanya.

Akan tetapi, tidak dinafikan masih terdapat ramai lagi rakyat di negara ini suka memilih cara hidup yang tidak sihat walaupun kempen dari pihak kerajaan sendiri telah dihebahkan di seluruh media elektronik dan media massa. Bayangkan anda sebelum ini seorang yang sihat walafiat, akan tetapi suatu hari setelah membuat rawatan kesihatan, anda telah disahkan mempunyai penyakit salah satu yang ingin saya sebutkan di sini ialah tahap kolesterol anda di tahap bahaya. Sudah tentunya terngadah sendiri memikirkan keadaan kesihatan yang kian membimbangkan. 



Cerita Kolesterol

Di dalam badan kita terdapat kolesterol yang berasal dari 2 sumber iaitu:-

1) makanan yang di ambil - terdapat pada makanan seperti daging, ikan dan produk hasilan tenusu. Daging diketahui sangat tinggi kandungan kolesterolnya. Setelah kita makan, kolesterol akan diserap oleh usus kecil dan akan masuk ke saluran darah dan disimpan dalam kot protien yang dikenali sebagai KILOMIKRON .


2) pembentukan oleh hati - hati berperanan mengambil kolesterol dari salur darah dan menghasilkan kolesterol semula mengikut keadaan. Setelah makan, hati akan menapis kilomikron yang berada di dalam salur darah dan semasa makan hati akan mengeluarkan kembali kolesterol yang diserap kembali ke bahagian edaran darah. 

Si Baik dan Si Jahat

Terdapat 2 jenis kolesterol iaitu kolesterol baik dan kolesterol jahat. HDL (high density lipoprotiens) di sebut kolesterol baik yang mana lebih kurang 0.25-0.33 bahagian kolesterol terdiri daripada HDL. Manakala LDL (low density lipoprotiens) dikenali dengan kolesterol jahat. 

Kolesterol LDL ini di sebut jahat kerana peningkatan kadar kolesterol ini dalam darah dikaitkan dengan meningkatnya risiko pelbagai penyakit. Kolesterol LDL akan berkumpul di dinding arteri sehingga membentuk plak yang menyebabkan dinding arteri kaku dan menyempitkan rongga pembuluh darah. proses inilah dikenali sebagai atherosklerosis.


Si Jahat Penyebab kepada Penyakit Berbahaya

Proses atherosklerosis selalu terjadi pada arteri di otak, jantung, ginjal, lengan dan sebaginya. Jika atherosklerosis terjadi di dalam arteri yang menuju ke otak, inilah yang akan menyebabkan stroke, dan jika terjadi pada arteri menuju ke jantung ia akan menyebabkan terjadinya serangan jantung. 

Kajian telah menunjukkan bahawa kolesterol jahat adalah punca utama kepada penyakit jantung dan pembuluh darah (cardiovascular disease/CVD) yang mana sehingga kini CVD merupakan penyebab kematian nombor 1dunia dengan angka kematian 17 juta orang setiap tahun. Angka ini pula dijangka meningkat 20 juta pada tahun 2015 dan 23 juta pada tahun 2030.

Tips Menurunkan Kolesterol Jahat

Apabila kita disahkan kolesterol dalam badan sudah tentunya kita tercari - cari cara untuk mengatasi masalah kolesterol. Samada mencuba cara perubatan moden, cara perubatan tradisional dan pelbagai lagi. Jadi, anda cubalah untuk mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan mungkin boleh mengamalkan tips berikut:-

a) hindari makanan kolesterol tinggi

- lemak tepu yang mana lemak tepu ini terdapat pada daging haiwan. Kurangkanlah pengambilan daging dalam pemakanan harian tambahan lagi di bahagian lemaknya.



b) banyakkan makanan yang menurunkan kolesterol

- antara makanan ataupun buah-buahan penurun kolesterol adalah seperti teh hijau, buah delima dan avocado, anggur, bawang putih, ikan salmon, kekacang serta bayam.



c) aktiviti olahraga

- Berolahraga tidak lagi tidak lagi asing dari kesihatan, akan tetapi perkara inilah yang sering diabaikan oleh kita walhal olahraga adalah salah satu strategi terbaik untuk menurunkan kolesterol. Biasakan diri melakukan senaman olahraga 30 minit sehari akan cepat menurunkan kolesterol jahat dan sekaligus meningkatkan kolesterol baik untuk badan.



d) berhenti merokok

- merokok boleh merosakkan pembuluh darah menyumbang kepada pengerasan pembuluh darah dan merupakan faktor utama penyumbang kepada sakit jantung dan stroke. 

Suplemen Phytocol-ST Mampu Mengatasi Masalah Kolesterol

Amat susah untuk melakukan senaman dan pemakanan sihat, oleh itu carilah satu alternatif yang semulajadi dan yakin dengan keberkesanannya. Pengambilan suplemen Shaklee Phytocol-ST boleh membantu murunkan kolesterol dalam badan. Phytocol merupakan pilihan semulajadi terbaik terbaik dengan 2000 mg fitosterol dan disarankan 100% oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).



Fitosterol pula adalah tumbuhan sterol dan stenoils yang terdapat dalam sel membran tumbuhan yang berfungsi menyerap kolesterol LDL yang berlebihan di dalam badan kita. 




Fitosterol akan bersaing dan mengalahkan kolesterol jahat dalam penyerapan di dalam usus. Ini jelas menunjukkan semakin tinggi kita mengambil fitosterol maka semakin kurang kolesterol yg akan diserap dalam badan dan semakin tinggi peluang untuk merendahkan LDL dalam badan. 

Oleh itu, jangan abaikan kolesterol dan jangan biarkan ia berleluasa kerana merupakan penyebab utama kepada penyakit berisiko tinggi. Bijaklah memilih suplemen untuk kesihatan diri anda!!!Sila jangan abaikan kesihatan diri kita...








Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia




JATUHKAH MARTABAT JIKA MEMINTA MAAF?

 Assalamualaikum wrh. wbt. readers... Kembali menjengah setelah beberapa lama menghilang. Rindu bukan tak rindu tapi entahla apa yang membua...