Khamis, 27 Mac 2014

STRESS MELAMPAU BOLEH MENYEBABKAN HIPERTENSI

Pernahkan kita semua mendengar istilah 'HIPERTENSI'? hipertensi ialah tekanan darah tinggi yang merupakan gangguan kepada sistem peredaran darah yang dpt menyebabkan kenaikan tekanan darah di aras kadar tekanan darah normal iaitu 140/90 mmHg. Ok, hari ini nk berkongsi tentang 2 istilah yang sering meniti di bibir masyarakat iaitu STRESS dan HIPERTENSI. Apakah kaitan antara 2 perkataan tersebut? Stress boleh dikategorikan sebagai suatu penyakit yang serius tetapi tidak dititik beratkan oleh masyarakat. Hal ini berlaku kerana ramai yang beranggapan bahawa stress hanya memberikan kesan seketika walhal ramai yang tidak menyedari stress boleh menjejaskan seluruh badan dan minda kita. Perkaitan perkataan STRESS dan HIPERTENSI ialah masalah stress boleh menyebabkan penyakit darah tinggi (HIPERTENSI).




Kajian menunjukkan bahawa wanita lebih berisiko mengalami stress dan murung berbanding lelaki. Ia melibatkan permasalah yang tidak dapat diselesaikan samada masalah peribadi, keluarga dan tempat kerja. Dikatakan wanita lebih berisiko mengalami stress kerana wanita muda yang baru mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak, mereka belum bijak menguruskan hal rumahtangga dan mungkin situasi ini merupakan salah satu punca keadaan tersebut. Akan tetapi sekiranya seseorang wanita itu mampu lebih bertenang dan menguruskan hal kerja dan rumahtangga sebaiknya, ia bukanlah menjadi msalah malah akan menjalani hidup dengan lebih berkualiti.

CARA MELEGAKAN STRESS

1. Bersukan - bersukan merupakan satu proses yang boleh membuatkan kita lebih rileks, berpeluh dan mengurangkan tekanan darah sistolik. Menurut Gerald Fletcher, MD, pakar jantung dari Mayo Clinic bersukan selama 30 setiap hari boleh melegakan stress secara ketara. Jadi pilihlah bersukan selama 30 minit setiap hari bagi mengelakkan masalah ini berlarutan.



2. Berehat - Mahu ke tidak, setiap hari kita disarankan mengambil masa merehatkan badan. Sebagai contoh, berdiri di hadapan cermin tarik nafas dan hembuskan secara perlahan- lahan. Cuba ulangi sehingga kita merasa lebih tenang.



3. Hobi - Melakukan hobi sendiri adalah satu cara mengusir stress yang berkesan. Jika sebelum ini kita tidak mempunyai sebarang hobi, cubalah untuk mencipta hobi dan lakukan hobi tersebut di saat anda merasa stress. 



4. Mengatur kerja dengan baik - Mulalah merancang aktiviti anda dengan baik kerana ini amat penting untuk masa kita. Lebih baik membuat perancangan terlebih dahulu kerana daripada situlah anda akan mendapati hidup lebih sempurna. 

5. Cuba untuk ketawa - Di saat stress melanda, lebih baik anda cuba menonton televisyen komedi yang akan membuatkan anda ketawa. Percayalah setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya. 



6. Solat - sebagai orang Islam, mengambil wudhu dan solat adalah cara yang paling baik untuk melegakan stress. mendekatkan diri kepadaNYA, mengadu pada Allah akan memberikan ketenangan yang kekal.



Anda mungkin boleh mengamalkan tips yang saya kongsikan kerana hasil kajian perkara-perkara ini antara yang boleh melegakan stress. Kita perlu tahu bahawa stress menyebabkan penghasilan radikal bebas yang memusnahkan vitamin C. Vitamin C tidak dapat dihasilkan oleh badan kerana ia  bersifat larut air dan mudah dikeluarkan ketika buang air kecil, jadi pengambilan vitamin semulajadi amatlah penting untuk badan. 

Vitamin anti oxiden terdiri daripada vitamin C dan E yang membantu individu merasa lebih tenang dan relax. Vitamin B-Complex juga merupakan satu vitamin yang dapat membantu mengurangkan stress kerana di dlm B-Complex ini terkandung B1, B2, B6 dan B12 yang dapat mengekalkan sistem saraf yang baik supaya kita tidak mudah berasa cemas, takut dan murung. 

Selamat menjalani gaya hidup yang sihat!!!BEBAS STRESS, BEBAS HIPERTENSI!!!

Vitamin cadangan Shaklee


1. Vitamin E-Complex


2. Vitamin B-Complex



3. Sustaine Release Vita-C Plus



Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin

                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...