Ahad, 9 Mac 2014

KHASIAT AIR KELAPA MUDA UNTUK IBU HAMIL

Ramai di antara masyarakat kita yang menyebut bahawa wanita yang sedang hamil elok mengamalkan meminum air kelapa muda. Benarkah fakta ini? Hakikatnya memang air kelapa muda mempunyai kebaikan dan kelebihan tersendiri untuk wanita hamil tambahan lagi kepada wanita yang memasuki kehamilan trimester ke-3.



Benar atau tidak itu semua berdasarkan kajian bahawa kebanyakan ibu hamil yang mengamalkan minum air ini memang merasai sendiri kesannya. Samada kebetulan atau tidak, perlu diingat Allah tempat bergantung dan kita manusia berusaha sebaik mungkin kerana Allah sangat menyukai hambanya yang berusaha.

Cakap-cakap orang tua mengatakan bahawa ibu hamil yang mengamalkan air kelapa terutama di hujung kehamilan, maka air ketuban akan bersih dan bayi yang dilahirkan juga akan bersih kulitnya, lebat rambutnya dan akan mempunyai mata yang cantik.



Adakah fakta ini benar, masih belum ada kajian secara ilmiah yang benar-benar membuktuikan perkara ini. Akan tetapi umum mengetahui bahawa air kelapa muda mempunyai zat-zat yang sangat bermanfaat untuk ibu hamil. Kemungkinan besar zat-zat tersebutlah yang membantu kepada kebenaran fakta ini.

ZAT DI DALAM AIR KELAPA MUDA

Protien
- Air kelapa muda ini mengandungi kandungan protien yang tinggi yang mana protiennya adalah 0.72gram bagi setiap 100gram air kelapa. 

Serat
- Merupakan minuman yang kaya dengan serat yang mana air ini mengandungi 1.1gram serat bagi setiap 100gram air kelapa. Umumnya manusia memerlukan 18gram serat per sehari. Ianya cukup untuk memenuhi keperluan serat harian badan kita.

Kalsium
- mengandungi 24mg kalsium bagi setiap 100gram dan ianya mampu memenuhi keperluan kalsium harian badan kita.

Antioksidan
- Air kelapa merupakan minuman yang kaya dengan anrioksidan. Ia mengandungi karbohidrat, magnesium, vitamin c, serta B yang berguna sebagai antioksidan.

AIR KELAPA UNTUK IBU HAMIL

1. Menguatkan sistem pertahanan badan

- Air kelapa mengandungi Acid Lauric yang memiliki sifat-sifat anti-bakteria dan anti-virus yang melindungi badan daripada pelbagai jangkitan dan meningkatkan sistem pertahanan badan untuk wanita hamil. 

2. Mencegah kekejangan

- Ibu hamil yang kekurangan kalium selalu menghadapi masalah kejang kaki. Sebab itulah ibu mengandung dinasihatkan mengambil 4.7mg kalium. Amalan meminum air ini akan sangat membantu melengkapkan keperluan zat kalium dan akan mengelakkan daripaad berlaku kekejangan. 


3. Membantu memudahkan proses bersalin

- Kandungan elektrolit yang tinggi di dalam air kelapa berperanan sebagai pengganti cairan yang mana dapat membantu ibu hamil daripada risiko dehidrasi dan membantu proses bersalin lebih lancar 

4. Elektrolit alami

- Air ini kaya dengan kandungan elektrolit, kalsium, potasium, magnesium, sodium, dan roboflavin. Ibu hamil memerlukan lebih banyak air berbanding biasa. Ini kerana dehidrasi bagi ibu hamil boleh menyebabkan berbagai komplikasi termasuk sakit kepala dan krem. 

5. Meningkatkan HDL

- Air ini tidak mengandungi lemak dan kolesterol dan ia dapat meningkatkan kolesterol dengan baik. HDL adalah ( High Density Lipoprotien) atau disebut juga ''kolesterol baik''.



Perkongsian hari ini mungkin boleh dijadikan petua dan amalan buat ibu hamil di luar sana. Di Shaklee juga menyediakan vitamin terbaik untuk ibu mengandung. Untuk konsultasi pemilihan suplemen ibu hamil anda cntct saya!!! 


Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin

                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!







2 ulasan:

  1. wowwww bagus sangat2 tips ni..sesuai artikel ni untuk ibu2 muda..biasa memang orang tua2 cakap minum air kelapa bagus mase pregnan tapi tatau pulak kenape kan..thanks for sharing eijah :)

    Sedang Hangat Diperkatakan

    BalasPadam
  2. aa zara, mungkin kelapa mengandungi semua zat-zat yang diperlukan oleh ibu hamil.so ibu-ibu muda!!take note!!!hihi

    BalasPadam

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...