Memaparkan catatan dengan label KEHAMILAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEHAMILAN. Papar semua catatan

Isnin, 31 Mac 2014

MENGIDAM TANDA IBU KEKURANGAN NUTRISI?

Saat kehamilan merupakan saat yang terlalu bahagia untuk pasangan suami siteri yang baru berkahwin. Tidak tergambar bagaimana perasaan seorang bakal ibu dan bapa perkenaan saat disahkan hamil. Tahukah anda proses kehamilan itu bermaksud ibu-ibu akan mengalami perubahan hormon melibatkan badan mereka. Salah satu permasalah yang sering dan sinonim dengan ibu yang hamil ialah MENGIDAM. Secara tiba-tiba mengidam, datang tanpa dirancang, jadi ibu-ibu dan para suami perlulah mengetahui kenapa situasi ini berlaku?



Sebahagian besar ibu-ibu yang hamil akan mengalami keadaan mengidam sesuatu jenis makanan ketika dalam tempoh kehamilan. Atas sebab perubahan hormon lah perkara ini terjadi. Keadaan ini sama seperti mengalami haid di mana anda menginginkan sesetengah jenis makanan disebabkan oleh pengaruh hormon yang dialami ketika itu.

Perubahan hormon dikalangan wanita hamil boleh memberi kesan terhadap deria rasa dan bau. Namun sebab sebenar dan kenapa ia berlaku tiada siapa yang tahu dengan pasti. Alahan semasa hamil seperti letih, pening dan muntah yang berlaku akibat perubahan hormon boleh menjadi penyebab mengapa anda mengidam sesuatu makanan yang boleh mengurangkan atau melegakan alahan tersebut.

KEKURANGAN NUTRISI

Wanita yang hamil memerlukan nutrisi pemakanan yang seimbang. Walaubagaimanapun, kadang kala tiada hubungkait pun antara kekurangan nutrisi dan mengidam. fakta ini wujud kerana ada antara pakar nutrisi yang mengatakan begitu. Cuma kajian saintifik mengenainya belum lagi dijalankan secara serius. Perlu diketahui oleh sang suami sepanjang isteri mengandung anda mestilah memastikan ister-isteri anda mengambil pemakanan yang sihat kerana kekurangan nutrisi akibat pada bayi boleh menyebabkan bayi lahir kurang matang, kurang berat, cacat dan mengalami masalah pernafasan. Bagi ibu pula, kekurangan nutrisi meningkatkan risiko alahan, sembelit, lemah badan, kekajangan otot, anemia dan berisiko besar untuk bersalin melalui pembedahan. 


Sepanjang anda hamil, banyak perkara yang perlu dijaga dan dititik beratkan. Oleh itu pastikan pemakanan dan diet anda seimbang dan membekalkan sukup nutrisi. Pastikan anda boleh melahirkan anak yang comel, sihat dan cergas. Saya percaya anda boleh!!Demi anak yang tercinta ibu bapa akan memastikan semuanya sempurna!!

Sayangi anak anda dan diri anda!!



Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin

                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

Selasa, 25 Februari 2014

SIMPTOM LOYA DAN MUNTAH SEMASA KEHAMILAN

Loya dan muntah semasa kehamilan merupakan perkara biasa bagi wanita yang mengandung terutama di awal kehamilan. Loya dan muntah juga di sebut ''morning sickness'' dan sangat memeritkan bagi yang pernah mengalami proses ini. Apa yang pasti simptom ini menyebabkan rasa yang tidak selesa kepada bakal ibu. Ada yang mengalami morning sickness yang sangat teruk muntah sehingga keluar darah dan menyebabkan bau hanyir yang keluar kerana badan sudah kekeringan air. Hmmm..teringat pengalamn saya mengandungkan anak sulung..memang mengalami morning sickness tahap ini. 




KENAPA MENGALAMI MUNTAH DAN LOYA

Sebenarnya kita juga perlu mengkaji apakah faktor yang menyebabkan berlakunya morning sickness ini. Apa yang saya baca, cari dan rujuk, memang tiada punca yang tepat diketahui penyebab kepada loya dan muntah ini. Akan tetapi, apa yang pasti ia disebabkan oleh kombinasi perubahan fizikal yang berlaku pad ibu. Perubahan yang berlaku adalah:-

1. Hormon HCG (Human Chorionic Gonadotropin)

- Ia merupakan hormon yang menandakan wanita itu hamil yang dikeluarkan oleh placenta (uri) setelah seminggu berlaku proses persenyawaan. Hormon HCG ini akan meningkat dengan lebih cepat di awal kehamilan. Bagaimana pula hCG ini menyumbang kepad loya dan mabuk, tidak diketahui, akan tetapi ia dikatakan berkait rapat kerana semasa peningkatan hormon inilah ibu-ibu akan mengalami loya dan mabuk teruk.

2. Hormon estrogen

- Hormon ini juga dikatakan antara penyebab utama berlakunya loya dan mabuk. Hormon ini meningkat ke aras yang tinggi menyebabkan ibu- ibu sensitif terhadap bau dan aroma. 

3. Tekanan

- Ada kajian yang menyatakan bahawa ada wanita yang dilahirkan secara psikologinya untuk mengalami loya dan mabuk semasa mengandung. Latar belakang keluarga ketika hamil bagi ibu-ibu dalam keluarga tersebut juga dikatakan memainkan peranan yang menyumbang kepada faktor tersebut. Semakin teruk loya dan mabuk, semakin tertekan perasaan ibu-ibu tersebut. 

4. Perut yang Sensitif

- Sesetengah perut dan sistem penghadaman wanita mengandung akan menjadi lebih sensitif seiring dengan perubahan hormon lain di awal kehamilan. Ini menyumbang kepada ibu-ibu akan merasa loya dan muntah. 

RAWATAN MENGATASI LOYA DAN MUNTAH

Sehingga kini, masih tiada rawatan khusus untuk menangani masalah loya dan muntah selain daripada ibu-ibu perlu banyakkan rehat. Cara mengatasi boleh dilakukan sendiri oleh ibu-ibu mungkin dengan cara tradisional dan pengambilan suplemen bagi mengatasi masalah ini.


Nasihat saya, berdasarkan rujukan, ibu mengandung memerlukan:-

  • vitamin yang mudah diurai dan diserap oleh badan
  • zat-zat spt kalsium, vitamin B, Zat besi dan lain-lain diperlukan 2 kali ganda semasa mengandung
  • protien yang lebih
Dengan itu, sekiranya ibu-ibu di luar sana memilih untuk mencuba Suplemen Shaklee, saya mencadangkan ibu-ibu memilih:

- Performance Drink - ini kerana minuman ini merupakan minuman tenaga tanpa gas yang berperisa oren yang membantu mengekalkan paras gula dalam darah 











- Sebaiknya diamalkan set mengandung Shaklee kerana terdapat set lengkap yang memenuhi nutrisi dan keperluan untuk ibu dan bayi.


Walau bagaimanapun, anda boleh menghubungi saya untuk kita duduk dan berbincang tentang permasalahan anda, kemungkinan kekurangan budget untuk mengambil semua set di atas. Jadi saya bersedia consult anda untuk tujuan tersebut. Saya memahami anda!!!


Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin



                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

TQ ALL!!!

JATUHKAH MARTABAT JIKA MEMINTA MAAF?

 Assalamualaikum wrh. wbt. readers... Kembali menjengah setelah beberapa lama menghilang. Rindu bukan tak rindu tapi entahla apa yang membua...