Jumaat, 18 April 2014

CoQ HEALTH SHAKLEE ~ TERBAIK UNTUK JANTUNG

CoQ Health Shaklee ialah satu-satunya antara produk Shaklee yang yang merupakan penawar penyakit jantung anda. Untungnya saya berada di dalamkeluarga Shaklee, mendaftar sebagai ahli Shaklee kerana boleh dikatakan Shaklee menyediakan hampir semua suplemen untuk tubuh badan. Peyakit jantung merupakan antara punca utama yang membawa maut di negara kita. 


Coq Health Shaklee mampu menjadi penawar yang terbaik untuk jantung anda dan ia merupakan antara suplemen yang diperlukan oleh pesakit darah tinggi dan kencing manis juga. Di sebut juga dalam bahasa mudahnya ''penyakit 3 serangkai''

COQ HEALTH..SAYA NAK BERKENALAN DENGAN AWAK..

CoQ Health Shaklee mengandungi CoQ10 yang diperoleh secara semulajadi di dalam tubuh yang akan menukarkan makanan kepada tenaga. CoQ10 terdapat pada hampir setiap sel badan. CoQ10 bertindak sebagai antioksidan yang kuat untuk melawan radikal bebas yang merosakkan sel dalam badan yang akan mengakibatkan kerosakan membran sel, mengganggu DNA dan juga menyebabkan sel mati. Co Enzim Q10 merupakan nutrien larut lemak yang dihasilkan di dalam tubuh kita. 



APA PULA CO ENZIM Q10??

Ia boleh didapati daripada makanan harian seperti ayam, sayur brokoli, daging lembu, bayam dan soya. Akan tetapi apabila kita meningkat usia pengambilan suplemen ini amat disarankan kerana ia setara dengan kandungan Co Enzim 10 dalam badan yang semakin merosot. 

PERANAN ENZIM Q10

  • menghasilkan tenaga dalam setiap sel tubuh'
  • menggalakkan fungsi yang sihat untuk saluran darah termasuk saluran darah ke jantung
  • melindungi arteri dari kolesterol jahat

KEBAIKAN CoQ HEALTH SHAKLEE

  • meningkatkan pengeluaran insulin bagi pesakit kencing manis
  • meningkatkan tenaga dan stamina diri
  • memberi tenaga kepada jantung 
  • menyokong pengeluaran tenaga ke dalam jantung



Penghujung bicara saya, di cadangkan suplemen ini kepada pesakit 3 serangkai. Pastikan anda membuat pilihan terbaik untuk diri anda!!Tidak rugi melaburkan sedikit duit berbanding kesihatan yang anda dapat untuk kehidupan demi insan-insan tersayang. Jom amalkan CoQ Health Shaklee untuk kesihatan jantung anda!!




Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

APA ITU TROMBOSIS VENA DALAM?????

Trombosis vena dalam (DVT) adalah gumpalan darah beku atau di sebut juga trombus yang terbentuk pada vena di dalam tubuh. Kebanyakan gumpalan vena dalam terjadi pada kaki di bahagian bawah atau peha tetatpi kadangkala ada juga terjadi pada bahagian tubuh yang lain. Gumpalan ini mengganggu peredaran darah dan mungkin pecah dan bergerak melalui aliran darah dan melekat di paru-paru menyebabkan kerosakan teruk pada organ tersebut. Jika gumpalan terletak di paru-paru, ia di sebut embolisasi paru-paru yang merupakan keadaan yang sangat serius yang boleh mengakibatkan kematian.



PENYEBAB DVT

- Risiko berkembangnya DVT ialah termasuk duduk terlalu lama, istirehat dan berbaring yang terlalu lama dab penggunaan ubat-ubatan seperti estrigen dan pil pencegah kelahiran antara sebab kepada DVT.

GEJALA TROMBOSIS VENA DALAM

  • kaki bengkak
  • sakit/nyeri pada satu kaki dan mungkin dirasakan semasa berdiri
  • kawasan kaki yang nyeri atau bengkak bertambah teruk
  • perubahan warna kulit atau kemerahan
Apabila berlaku gejala seperti di atas, anda perlu segera berjumpa doktor kerana trombosis dalam juga boleh menyebabkan komplikasi yang serius jika tidak diubati.

EMBOLUS PULMONARI (PE)

- Bagi sejumlah kecil pengidap DVT, sebahagian darah beku akan terpecah yang mana darah ini akan melalui aliran darah. Inilah yang dikenali sebagai EMBOLUS. Embolus akan mengalir dalam aliran darah sehinggalah tersekat. Embolus yang datang dari darah beku dalam vena akan di bawa naik ke vena besar di kaki dan ke jantung. Ia akan melalui ruang jantung yang besar tetapi akan tersekat dalam pembuluh darah yang akan ke paru-paru. Ini pula dikenali embolus pulmonari. DVT dan PE juga dikenali nama saintifik sebagai VENOUS THRIMBOEMBOLISM (VTE).

- Embolus pulmonari yang kecil tidak menyebabkan sebarang gejala. PE bersaiz sederhana menyebabkan masalah pernafasan dan sakit dada. PE besar pula boleh menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri dan kematian secara tiba-tiba.

- Tanpa rawatan, orang yang menghadapi DVT akan mendapat gejala jangka panjang terutama dalam betis yang dikenali sebagai sindrom trombotik. 



PENCEGAHAN

  • sekiranya anda telah mendapat rawatan daripada doktor, makanlah ubat yang dinasihatkan oleh doktor untuk mencegah atau mengubatu gumpalan darah
  • jika anda duduk, latihlah otot betis dengan menarik ibu jari kaki ke arah lutut setiap beberapa jam
  • minum air kosong dan hindari minuman berkafien dan beralkohol
  • gunakan pakaian yang longgar
  • anda boleh juga menggunakan stokin atau sarung kaki yang dimampatkan



Sayangi diri anda dan cegahlah sebelum parah.


PRODUK CADANGAN SHAKLEE

Omega Guard





Omega Guard Shaklee membantu mencegah penyakit saluran darah dan strok. DHA dan EPA yang terkandung di dalam omega guard Shaklee ini berupaya menentang trombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. 


Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

GARU KEPALA~VITAMIN SHAKLEE MENYEBABKAN GEMUK???

Anda pernah dengar tak kengkawan, saudara mara atau sesiapa sahaja yang mengamalkan vitamin Shaklee menyebabkan selera makan mereka makin bertambah? malah ada yang mendakwa vitamin Shaklee menggemukkan mereke???? sekejap!!!sekejap!!! saya garu kepala@@!!!! betoi ka???ok lah, jom kita kenali apa itu vitamin dan sejauh manakah benarnya dakwaan ini!!

Hakikatnya tidak dinafikan saya juga menerima beberapa aduan dan rungutan daripada customer saya sendiri berkaitan makan vitamin Shaklee menggemukkan. Ada yang mengatakan selera makan semakin menjadi-jadi selepas amalkan vitamin ini. Ohohohohoho..TIDAK!!! sudah tentu sahaja perkara ini cukup merisaukan pengguna apatah lagi wanita yang sangat memetingkan soal kurus, sihat dan cantik!!Akan tetapi, jangan cepat melatah kerana kebanyakan tidak tahu perkara sebenar berkaitan vitamin ini.

SHAKLEE MEMBUATKAN BADAN GEMUK!!!



JAWAPANNYA MUDAH, vitaman ini tidak sekali menggemukkan kerana ianya tidak mengandungi kalori, kerana KALORI yang menggemukkan kita!!

Perkongsian ini saya kongsikan daripada blog Bakal Master saya blog www.celikvitamin.com. Tq bonda izin perkongsian hebat ini.

Ok, dipendekkan cerita, di kongsikan di sini ada 2 perkara yang berbeza iaitu:-

1) corak pemakanan dan aktiviti berubah tanpa disedari

- Contoh perumpamaan yang di berikan ialah seperti kita mengatakan ''semalam sayakena hujan, lepas tu saya ambil Shaklee, then hari ni saya demam. Agaknya makan Shaklee ni la yang membuatkan saya langsung demam''. Hah, kat situ dah nyata die main hujan, then demam, so kenapa nak kaitkan dengan Shaklee juga??..begitulah contoh perumpamaannya.
- Ada juga kebetulannya semasa seseorang itu mengambil Shaklee, tetiba dia makan banyak junkfood, air bergas, air manis dsbgnya, tetapi perkara ini TIDAK DISEDARINYA kerana selera makan kita merupaka suatu yang sukar di ukur. Jadi, sudah tentulah dia akan mencari sesuatu untuk menyalahkan hal ini berlaku semata-mata nak cover masalah selera dia sendiri. 

**Jadi, jika anda rasa anda ambil vitamin atau makan apa jua suplemen kesihatan, dan anda tergolong dalam golongan di atas, PLEASE!!PLEASE!!PLEASE!! ubah cara hidup anda ok!!


2) kerana kesan langsung pengambilan vitamin
- anda tidak perlu risau kerana vitamin ini bukannya side-effect sebaliknya memang normal. Tak faham? ok, ringkasnya begini ya, apabila kita mengambil vitamin, ianya tidak sama dengan makanan biasa. Vitamin adalah didatangkan dalam bentuk dos yang pekat, lalu badan kita perlu mencairkan nutrien ini untuk memudahkan pengangkutan dan penyerapan. Oleh yang demikian, sebab itulah di tekankan kepada pengamal vitamin, kita perlulah mengambil air masak yang banyak apabila mengambil vitamin. 

- Jadi, bila saja kita tidak minum air yang mencukupi, sel-sel badan kita akan ''dahaga'' dan seterusnya akan menghantar isyarat ke otak. 

- Tetapi, isyarat dari sel yang sedang haus itu diterima oleh otak sebagai ''lapar''. Maka dengan itu, otak akan menghantar pesanan kepada sistem badan kita untuk mencari makanan...Aku lapar!!! sedangkan sebenarnya kita tidak perlu makan pun, yang sebenarnya sel badan kita haus. 

- Apa lagi, dengan penuh nafsunya kita mencari makanan dan makan sehingga kenyang. Lalu semasa inilah tubuh bdan kita menerima protien, karbohidrat dan lemak berlebihan.

- Jadi, sekiranya anda berada di masalah ke 2 anda rasa lapar, nak makan dan menyebabkan gemuk. 

** Jesteru itu, apabila anda mengambil vitamin:-\
  • minum air 2-3 liter sehari
  • kawal pemakanan dan jangan mengikut nafsu
  • tukarkan karbohidrat dan sumber low GI
Oleh sebab itu, perlu di ketahui sekiranya anda mengambil vitamin, anda perlu mempunyai cukup ilmu dan kumpulan kami menawarkan perkhidmat nasihat secara percuma!!!

Berminat dengan sebarang Suplemen Shaklee, drop your pesanan sini atau contact me anytime. TQ..


Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!




Khamis, 17 April 2014

TIPS MENARIK PENJAGAAN MATA ANDA

Mata merupakan organ yang sangat penting dan berharga dalam kehidupan kita. Bersyukurlah dengan kurniaan Allah istimewanya kita dikurniakan mata kerana dengannya kita dapat melihat segala keindahan ciptaan Allah ini. Setiap kita akan berusaha memastikan penjagaan mata dengan sempurna untuk memiliki mata yang sihat, bebas dari rabun dan tiada apa-apa masalah yang membimbangkan. Oleh itu ia perlu dijaga dengan baik agar tidak berlaku sebarang jangkitan atau masalah yang boleh mengundang bahaya.



Di sini saya juga nak kongsikan tips menjaga mata agar kekal sihat dan cantik tanpa sebarang masalah dan jangkitan.

TIPS PENJAGAAN MATA YANG PERLU DIAMALKAN

Jarakkan mata dengan bahan bacaan
- Jika anda seorang ulat buku, ketahuilah anda sepatutnya membaca buku pada jarak yang sepatutnya iaitu 30 cm antara buku dengan mata. Kaedah ini adalah untuk mencegah terjadinya masalah rabun dekat.

Elakkan membaca sambil baring
- semestinya ramai di luar sana yang gemar membaca dalam keadaan berbaring. Mungkin bacaak kita melekat di ingatan bila berada dalam keadaan ini. Hakikatnya, anda sebenarnya sedang mendedahkan diri dengan risiko penyakit MIOPI kerana ia hanya akan membuatkan mata berasa kurang selesa.




Jangan Membaca di bawah cahaya suram
- Membaca di dalam cahaya yang suram hanya akan menyakitkan mata. Sebab itulah setiao kali membaca kita dimestikan membuka lampu yang terang kerana kekurangan cahaya akan membuatkan mata cepat letih kerana perlu memberi lebih tumpuan kepada pembacaan kita.

Rehatkan mata
- jangan sesekali membiarkan mata anda bekerja di hadapan skrin komputer dalam tempoh yang lama. Cubalah untuk ambil 15 - 20 minit untuk melakukan perkara yang lebih santai bagi menghilangkan kepenatan mata.

Makan sayur dan buah
- Lobak merah dikatakan sangat bagus untuk mengekalkan kesihatan mata. Kandungan beta karotin di dalamnya merupakan bahan antioksidan yang boleh mengurangkan risiko terkena degenerasi makula.



Patuhi tempoh kanta lekap
- bagi pengguna kanta lekap, pastikan anda mematuhi tempoh waktu yang telah ditetapkan. Dinasihatkan agar kanta lekap di buka dalam tempoh 12 jam agar mata boleh berehat sekaligus membuatkan anda berasa lebih selesa.

Jangan melihat cahaya yang sangat terang
- melihat cahaya yang terang seperti matahari ataupun lampu yang terang boleh merosakkan tahap penglihaan. Mata akan menjadi berair dan lebih sensitif apabila dipaksa melihat cahaya terang ini.


CAROTOMAX SHAKLEE BANTU MASALAH MATA

Tahu atau tidak, sedar ataupun tidak, Shaklee ade menyediakan produk yang membantu mengatasi masalah mata. CarotoMax dicipta oleh pihak Shaklee ntk membantu masalah mata anda. Carotomax merupakan campuran yang menggabungkan alfa-karotina, astaxanthin, beta-karotina, lutein, dan xiaxanthin yang memberikan faedah karotanoid yang lengkap. 



Karotenoid adalah penting untuk perlindungan cahaya UV, serta penyengaraan dan pembaikan tisu kulit. Kekurangan karotanoid ini boleh mengakibatkan kulit menjadi kering dan bersisik. Para menyelidik mendapati samada beta-karotena atau suplemen karotenoid mampu mengurangkan sinaran UV yang menyebabkan kemerahan kulit selepas 12 minggu berbanding placebo. 

KENAPA MEMERLUKAN CAROTOMAX?

1. membantu kesihatan retina mata ( mengurangkan rabun)

2. membantu kesihatan kepada tisu kulit

3. membantu kesihatan tulang

4. membantu pembentukan sel darah putih dan darah merah

5. membantu pembentukan membran mucus

6. membantu mengekalkan sistem imunisasi badan yang sihat


Kekalkan mata yang sihat dengan carotomax dan jika anda membeli sebarang produk Shaklee anda BERHAK mendapat khidmat nasihat secara pecuma dari pengedar Shaklee yang sah!!!


Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!



Rabu, 16 April 2014

DIDIK ANAK SOLAT DARI KECIL

Assalamualaikum...kembali lagi...hari ni izinkan saya ye..hihi..lari topik sikit je..just wanna share2 ngan readers semua..mestilah nak share semua...semua benda yang baik kene share..betul tak??back to the topik.. Kita semua tahu bahawa solat itu tiang agama manakal menurut istilah, solat ialah suatu ibadat yang mengandungi perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulakan dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam.



Solat memberikan impak yang besar dalam kehidupan dan mampu menjadi benteng diri daripada melakukan perkara perkara yang tidak baik. Ibadah solat ini juga lah yang menjadi amalan pertama yang akan di hitung ketika di Padang Mahsyar kelak. Solat mestilah diterapkan seawal kanak-kanak. menjadi kewajipan kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak- anak mengerjakan solat dan menjadikan ibadah ini sebagai keutamaan di dalam kehidupan. Hari ini saya nak kongsikan sedikit tips dan info yang boleh kita sebagai ibu bapa amalkan untuk menerapkan budaya cinta solat di dalam diri si manja kita.

1. Fokuskan minda anak kepada ibadat solat sebulan atau dua bulan sebelum kita mula mengajar mereka solat. Pakaikan telekung, kopiah dan biarkan mereka mengendalikan dengan cara mereka sendiri. Biarkan anak mengikut anda solat walaupun permulaannya agak tunggan langgang.



 2. Jangan memaksa anak sebaliknya gunakan teknik mendorong dan menanamkan amalan ini di dalam jiwa dan mindanya. Biar anak-anak sentiasa melihat kita solat kerana dengan mudahnya mereka akan mengikut perbuatan ini.

3. Ajar anak-anak cara berwudhuk dan lafaz niat dalam keadaan yang ceria dan menyeronokkan supaya si kecil anda mudah faham dan tidak tertekan.


4. Beritahu si manja anda bahawa Rasulullah SAW menyuruh kanak-kanak berlatih solat daripada kecil dan sekiranya anak-anak sudah besar dan berumur 10 tahun, kamo boleh dirotan (untuk mengajar) jika malas.

5. Belikan mereka telekung, sejadah, kopiah, jubah atau baju melayu yang disukainya sebagai motivasi dan galakan untuk mereka bersolat.

6. Biar mereka membaca bacaan solat kuat supaya kita boleh mendengar dan menegur bacaannya. Ajarkan juga cara yang betul untuk duduk, qiam, takbir, rukuk, sujud dan lain-lain.

7. Ujilah kelancaran dan kefasihan anak membaca bacaan di dalam solat contohnya sewaktu menyikat rambutnya, dalam perjalanan ke taska dan sebagainya.

8. Praktik solat berjemaah bersama-sama di rumah.

9. Dorong anak anda dengan pujian jika anak anda semakin fasih membaca dan semakin rajin solaty bahawa Allah semakin sayang padanya.

10. Bersabarlah melihat kerenah mereka semasa peringkat awal mengajar solat kerana mereka mungkin akan menunjukkan kenakalan dan banyak kesilapan.

11. Berdoalah kepada Allah agar ditiupkan roh islam, iman dan amal di dalam jiwa setiap anak-anak.

12. Ibu bapa adalah contoh terdekat yang perlu ditunjukkan kepada anak-anak.

13. Ibu bapa perlulah sentiasa berdoa kepada Allah agar zuriat ini menjadi anak yang soleh dan menyejukkan hati. banyakkanlah berdoa kepadanya apabila di uji dengan kerenah anak kerana mereka adalah kain putih dan yang hanya menerima apa sahaja corak yang di lakar oleh ibu bapa kepadanya.

TIPS :DOA SUPAYA ANAK BERSOLAT

''Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat''.
(Surah Ibrahim, ayat 40).




Anak-anak adalah anugerah Allah kitalah yang mencorakannya!!Jom amalkan bersama tips yang serba ringkas ini semoga menjadi panduan kepada semua pembaca kesayangan saya.!!

Set kesihatan anak-anak..



Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

Isnin, 14 April 2014

EKZEMA, ATASINYA DENGAN SHAKLEE

Ekzema ialah suatu gangguan kulit yang sering berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Ia disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan alahan mudah meresap ke dalam lapisan kulit yang serius. Ekzema juga menyebabkan kegataln yang melampau dan keinginan untuk menggaru di tempat yang gatal itu. Tahap kegatalan pula akan semakin meningkat apabila kulit menjadi kering. Oleh sebab itulah pencegahan perlu dilakukan agar dapat mengatasi masalah ini.


Punca Ekzema

Sehingga kini, masih belum di kenal pasti punca yang menyebabkan ekzema akan tetapi terdapat beberapa faktor yang membawa kepada berlakunya masalah ekzema iaitu :-

Faktor Dalaman (fizikal)

1. terdapat ahli keluarga yang mempunyai masalah ekzema, asma dan allergy

2. perubahan emosi yang ketara seperti stress yang melampau

3. pemakanan dan minuman seperti alkohol, tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan

Faktor Luaran (Persekitaran)

1. Alahan (sabun, syampu, serbuk pencuci, kosmetik, debunga, haiwan peliharaan, habuk )

2. bahan-bahan iritasi (asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas atau lembap 


Cara Untuk Mengelak Ekzema

- pastikan bilik tidur selesa dan nyaman, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk

- elakkan menggunakan karpet di dalam rumah. Sekiranya terpaksa menggunakannya, pastikan karpet sentiasa dibersihkan dan tidak berdebu

- sekiranya alah pada bulu, elakkan memelihara kucing atau binatang peliharaan jenus berbulu

- elakkan mandi air panas/ suam

- elakkan memakai baju berlapis-lapis bagi mengelakkan berpeluh

- jangan menggunakan sabun ketika mandi. Seeloknya gunakan EMOLIEN atau pembersih yang tidak bersabun. (soap-free)

- bagi pesakit yang mempunyai alahan makanan, elakkan daripada mengambil makanan yang menyebabkan alahan seperti makanan laut, telur dan sebagainya.

Bagaimana Shaklee Membantu Ekzema?

Terdapat beberapa produk yang saya nak kongsikan bersama pembaca saya berdasarkan testimoni yang telah berjaya dan nampak kesannya. Kepada anda yang mempunyai masalah ini..jom kite study sikit apa yang Shaklee boleh bantu anda dalam menghadapi ekzema ini.

Ekzema bagi bayi 1 tahun ke bawah

  • disarankan kepada ibu yang sedang menyusu bayi di bawah 1 tahun yang mengalami ekzema bolehlah mengambik ESP & Omega Guard



  • Jika bayi anda mengalami masalah ekzema kering, cubalah untuk mengambil Herbal Blend Shaklee kerana ia membantu masalah bayi anda yang mengalami ekzema



Ekzema bagi bayi 1 tahun ke atas

  • Omega Guard membantu masalah ini dengan menguatkan membran sel, mencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan
  • Mealshake yang kaya dengan multivitamin juga boleh diberikan kepada kanak-kanak untuk memperbaiki kulit yang rosak dan berparut



Ekzema Bagi Remaja Dan Dewasa

1. ESP - boleh mengamalkan ESP kerana esp mengandungi protien yang akan membina semula kulit yang sihat. Apabila ekzema melanda sel-sel kulit akan rosak, jadi esp membantu membina semula sel-sel baru untuk menghasilkan kulit yang cantik

2. Vitamin E - ini kerana vitamin E berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat ekzema serta memudarkan kesan parut. Seperti semua sedia maklum vitamin E mengandungi ekstrak biji anggur yang mempercepatkan pemulihan kulit yang rosak. Ia juga bagi mengelakkan luka daripada terkena jangkitan bakteria. 

3. Anda boleh mencuba Basic H Shaklee yang mana ia boleh digunakan untuk mencuci tempat-tempat yang gatal.  Akan tetapi ia tidak berapa sesuai di ambil jika mengalami ekzema jenis kering kerana dikhuatiri akan bertambah kering.

Anda boleh bertanyakan lebih lanjut tentang permasalahan ini dengan saya. Saya bersedia membantu anda.



Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!





Ahad, 13 April 2014

RAHSIA MUDAH MENJAGA BADAN

Ramai wanita selalu mengeluh dan menzahirkan susahnya untuk menjaga badan. Tambahan lagi apabila sudah mengandung dan bersalin. Banyak lemak-lemak yang sudah tepu yang sangat degil untuk dihapuskan. Kadangkala apabila gagal menurunkan berat badan kepada satu target yang diingini, maka muncullah ayat untuk menyedapkan hati  ''tak apalah gemuk pon..asalkan suami sayang. Ada pula yang mengatakan ''ala...yang kurus pun belum tentu sihat". Ayat-ayat yang negatif akan menjadikan tindak balas kita negatif yang boleh membantutkan semangat kita untuk berusaha agar tampil langsing dan cantik. Jadi, jangan berputus asa dan ketahuilah rahsia dan tips mudah menjaga badan.



Kanak-kanak dalam gambar di atas cuba untuk mengangkat bontotnya dan tidak berputus asa kerana di dalam fikirannya die nak cuba untuk merangkak. Begitulah juga dengan usaha untuk kurus. KUNCI UTAMA adalah jangan BERPUTUS ASA dan teruskan mencuba. 



Perkongsian dengan pembaca hari ini ialah tips jangan berputus asa dan jangan berhenti di separuh jalan. Jangan berhenti menjaga pemakanan sihat anda dan jangan berhenti bersenam walaupun anda melakukannya tidak sampai 10 minit sehari.


Begitulah juga dengan apa yang kita usahakan dalam hidup kita. Untuk berjaya memerlukan pengorbanan, tangis tawa, kritikan cacian, jadikan pembakar terus bersemangat untuk mencapainya!!



SELAMAT MENCUBA!!!APAPUN PEMAKANAN, USAHA KITA KE ARAH MELANGSINGKAN BADAN APA YANG PENTING IALAH JANGAN BERPUTUS ASA!!

Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin



                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!


PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...