Ahad, 29 Jun 2014

FADHILAT DAN KELEBIHAN BULAN RAMADHAN KAREEM

2 Ramadhan 1435H bersamaan 30 Jun 2014M...hari ke-2 berpuasa dan belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada seluruh umat islam. Jadikan bulan Ramadhan yang mulia ini suatu bulan untuk kita menambahkan ibadat kepada Allah.

Anda semua...sila jangan lupa untuk niat puasa ya..kerana..lupa niat boleh menyebabkan puasa kita tidak sah. Jadi, jangan main-main ye dengan niat. Nak share jugak kat sini niat berpuasa...untuk ingatan kita bersama.hihi..


Cuba kita imbas kembali di bulan Ramadhan ini jugak lah beberapa kemenangan di perolehi antaranya ialah:-

  • peperangan Badr berlaku pada 17 Ramadhan 
  • pembukaan Kota Makkah

Bulan ini merupakan bulan yang mulia dan berkat yang mana di bulan ini terbukanya pintu syurga dan ditutup pintu neraka. 

Jom my readers..saya menyeru sama-sama lah kita menambahkan amalan di bulan yang mulia ini.

Dannnnn...pastikan anda kekal bertenaga di bulan puasa ini untuk memeruskan aktiviti harian anda!! Anda boleh dapatkan set Mighty 3 Gem!!



Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia


Khamis, 26 Jun 2014

BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN...APA PERSEDIAAN DAN APA YANG PERLU ANDA TAHU?

Assalamualaikum pembaca yang disayangi...

Kebelakangan ini, istilah bersalin secara pembedahan sangat popular meniti di bibir-bibir ibu yang bakal melahirkan anak. Adakah semudah itu untuk memilih bersalin secara pembedahan caesarean? Kalau itulah yang bermain di fikiran kita, ternyata anda salah. Ini adalah kerana pihak pakar perubatan perlu berbincang secara serius dengan bakal ibu dan bapa sebelum kelahiran secara pembedahan dijalankan. Bagi yang belum tahu apakah maksudnya pembedahan caesarean...pembedahan ini ialah pihak doktor pakar akan memotong perut dan rahim(uterus) agar bayi dapat dilahirkan. 



FAKTOR PEMBEDAHAN CAESAREAN DILAKUKAN

Bersalin secara pembedahan ini terpaksa dilakukan apabila si ibu tidak dapat melahirkan anak secara normal. 

Terdapat 2 keadaan kenapa pembedahan dilakukan:-

1. Pembedahan elektif (dirancang)

- Kebanyakkannya pembedahan yang dirancang akan dilakukan apabila doktor telah mengenal pasti masalah seseorang ibu, samada masalah bayi di dalm kandungan yang kedudukannya sentiasa berubah posisi ataupun bayi tidak membesar lagi di dalam rahim.

- Kemungkinan pembedahan ini dijalankan juga adalah kerana  ibu-ibu pernah mengalami 2 pembedahan sebelum kelahiran ke 3 dan juga kemungkinan ibu mengalami masalah darah tinggi ataupun kencing manis yang membahayakan nyawa ibu dan bayi sekiranya proses bersalin normal diteruskan.

2. Pembedahan kecemasan

- Pembedahan kecemasan ini dilakukan apabila berlakunya terbelit tali pusat bayi menyebabkan lemahnya denyutan jantung bayi dan menyebabkan bahaya kepad abayi berkenaan. Bagi ibu pula, pembedahan akan dilakukan secara kecemasan sekiranya semasa proses kelahiran normal berlakunya pendarahan yang sangat banyak yang akan membahayakan nyawa.

Sekiranya masalah telah dikenal pasti dan bersalin secara pembedahan akan dijalankan, beberapa prosedur sebelum menjalani pembedahan akan diterangkan kepada ibu. Saya sendiri memang mengalami perkara ini kerana kedua-dua ank saya dilahirkan secara pembedahan.

Pihak hospital akan:-

  • memberitahu anda apa yang berlaku semasa pembedahan
  • menerangkan risiko yang mungkin berlaku kepada anda dan bayi
  • menerangkan apakah sebab dan faktor pembedahan ini terpaksa dijalankan
  • meminta kebenaran daripada anda dan suami 

Sebelum berjalannya pembedahan, beberapa perkara akan dilakukan oleh pihak hospital iaitu:-

1. titisan drip akan dimasukkan melalui injection di lengan untuk memudahkan ubat-ubatan disalurkan ke badan sekiranya perlu.



2. Ubat bius akan diberikan di tempat yang perlu dan ia akan disuntik melalui suntikan anesthesia epidura atau sekatan spina. Proses ini akan membuatkan bahagian pinggan ke bawah akan merasa kebas yang mana proses ini adalah lebih terjamin untuk ibu dan bayi. 

3. Satu tiub nipis akan dimasukkan ke dalam pundi kencing melalui urethra anda. Proses ini untuk memastikan pundi kencing dikosongkan. 

4. Kawasan faraj anda akan dicukur dan akan dibersihkan dengan antiseptik.

5. Satu alatan untuk memantau tekanan darah akan di pasang di lengan anda.



6. Satu alatan yang dinamakan elektrod akan diletakkan di dada anda bertujuan untuk mengawasi degupan jantung dan alat pengesan nadi juga akan di pasang di jari anda.


Samada bersalin secara normal ataupun pembedahan, masing-masing mempunyai risiko sendiri yang mana kedua-dua proses bersalin ini tetap memerlukan pengorbanan yang amat perit dari seorang insan yang bernama ISTERI dan IBU..

Bagi sang suami...hargailah isteri anda kerana pengorbanan mereka melahirkan anak anda tiada tandingan nilainya. Bagi proses berpantang untuk ibu yang bersalin secara pembedahan juga boleh mendapatkan set Berpantang Shaklee kerana ia boleh terus di amalkan selepas proses kelahiran. 

SET BERPANTANG SHAKLEE BAGI YANG BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN



VITALEA LENGKAP DENGAN 12 VITAMIN DAN 7 MINERAL



MEMBANTU MEMPERCEPATKAN PENYEMBUHAN LUKA DALAMAN DAN LUARAN




BERSIFAT ANTIOKSIDAN DAN MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI TERHADAP MELAWAN PENYAKIT


MENGURANGKAN SIMPTOM KEMURUNGAN DAN TEKANAN



gandingan set berpantang Shaklee untuk ibu berpantang secara pembedahan.


Nantikan entry saya yang seterusnya berkenaan apakah yang berlaku semasa pembedahan. Saya kongsikan ini semua untuk anda ibu-ibu di luar sana..

Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



Khamis, 19 Jun 2014

VITAMIN E SHAKLEE VITAMIN CINTA~APA KEBENARANNYA?

Hari ini cukup 20 Jun 2014, walaubagaimanapun belum terlambat rasanya untuk saya terus berkongsi dengan pembaca saya yang setia mengunjungi blog ini berkaitan kehebatan vitamin E Shaklee. Lagipun promo bagi Vitamin E ini masih lagi berjalan seperti biasa sehingga 30 Jun 2014 11.59mlm.Tahukah anda apa itu vitamin E? 

Vitamin E Complex diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, gama, beta, delta). 



KENAPA PULA VITAMIN E DIKENALI SEBAGAI VITAMIN CINTA/ SEKSI?

Kajian telah mendapati lelaki dan wanita yang mengambil vitamin E Complex mempunyai kelebihan dari segi hubungan kelamin suami isteri berkenaan. Golongan lelaki yang mengamalkan penggunaan vitamin E dapat meningkatkan motiliti sperma.

Dikatakan pula lelaki yang mengambil vitamin e paling kurang seminggu sekali akan lebih bertenaga dalam hubungan kelamin berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Manakal bagi wanita pula, pengambilan vitamin ini selama 3 bulan akan membantu meningkatkan 'sexual desires' dan menikmati hubungan kelamin dengan lebih baik.



Peranan vitamin E kepada lelaki

1. lebih tenaga (seksual)
2. Ereksi yang lebih lama
3. libido yang kuat
4. orgasme yang lebih kerap dan bersemangat

Peranan vitamin E kepada wanita

1. lebih tenaga seksual
2. lebih mudah terangsang
3. libido yang lebih kuat
4. menstabilkan hormon seks / kewanitaan terutama bagi ibu menyusu yang mempunyai kandungan hormon prolaktin yang tinggi).

Selain itu, vitamin E juga meningkatkan saluran darah dan oksigen ke bahagian sulit lelaki dan wanita. Jadi secara tidak langsung meningkatkan keinginan dan kehangatan dalam hubungan suami isteri.

Terdapat pelbagai lagi kelebihan vitamin E yang tidak anda ketahui. Sangat banyak khasiat dan kelebihan vitamin ini. Sempena promosi masih berjalan anda boleh mendapatkannya dengan menghubungi saya terus dan bila-bila masa. Entry saya pada hari ini memang saya fokuskan tentang kehebatan vitamin E untuk hubungan suami isteri. Sebab apa ya?sebabnyaaa...jom bisik2..smlm ade sorang customer sms saya dan bertanyakan tentang kehebatan vitamin e untuk hubungan suami isteri. jangan biarkan hubungan anda dingin seperti angin lalu..ubatilah ia sementara masih awal.



Nantikan entry saya yang seterusnya untuk lebih banyak berkongsi berkaitan vitamin E dan produk Shaklee yang lain!!!

Yakinlah dengan suplemen semulajadi bukan tiruan dan bukan sintetik. Anda tepat jika anda memilih Shaklee sebagai suplemen kesihatan anda!!!


Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

Rabu, 18 Jun 2014

USIA 30-AN...SUSAH SANGAT KE NAK TURUN BERAT BILA DIET????

Wanita dan diet tidak dapat dipisahkan kerana istilah ini seolah sinonim mengiringi wanita ke mana sahaja tidak mengira usia. Seteleh membaca dan mentelaah beberapa artikel berkenaan wanita yang sudah menjangkau usia 30-an, suka saya untuk berkongsi di sini tips diet untuk wanita yang berusia 30-an, Ramai di antara mereka yang menjangkau usia ini meletakkan istilah berat susah turun bila umur menjangkau 30-an.



Janganlah sesekali meletakkan istilah 'TIDAK BOLEH' atas usaha yang kita lakukan kerana ia pasti sia-sia. Walaupun umur mencecah 30-an, kita masih mampu berdiet dan masih mampu untuk kurus seperti zaman kegemilangan (anak dara)..hhihi...-pelu ke nak kurungan bagai ayat tu...hihihi..

Di sini hari ini, jom saya kongsikan sedikit tips untuk berdiet bagi saya dan mereka-mereka yang sudah mencecah umur 30-an.

Oleh itu, saya sangat-sangat sarankan kepada mereka yang berusia 30-an mengambil makanan ini dalam mengamalkan diet harian seperti berikut:-

1. Ikan Tuna
- Ikan tuna sangat kaya dengan lemal Omega 3 yang sangat penting untuk fungsi jantung. Lemak omega 3 ini merupakan lemak sihat yang mana omega ini mampu membakar kalori di dalam badan kita. Oleh itu pastikan pemakanan anda mengandungi lemak Omega 3. Selain itu, Omega 3 juga membantu menguatkan daya ingatan kita.



2. Sayur-sayuran hijau
- Pengambilan sayur-sayuran hijau sangat penting dalam pemakanan kita kerana sayuran hijau ini lengkap mengandungi vitamin, serat dan nutrisi yang sangat penting kepada badan.

3. Buah-buahan
- Buah-buahan yang segar menyediakan nutrisi yang cukup kepada wanita 30-an kerana di usia ini badan lebih memerlukan lebih banyak zat besi dan kalsium. Cuba amalkan buah peach, strawberi, betik dan seumpama dengannya dalam diet harian kita.


4. Telur 
- Kajian secara ilmiah telah membuktikan telur dapat mengurangkan masalah pembekuan darah, stroke dan jantung. Telur juga mengandungi vitamin D yang membantu mencegah kanser payudara dan merupakan sumber protien yang terbaik.

5. Kalsium
- Pemakanan paling penting dalam diet seharian kita antaranya memastikan cukup pengambilan kalsium. Anda boleh mengambil yogurt dalam diet harian. Perlu diketahui kalsium sangat penting kerana ia mampu mencegah Osteoperosis di kalangan wanita.

Diet harian yang seimbang dapat meningkatkan kesihatan tulang, mengurangkan stress, meningkatkan kesuburan untuk wanita. Amalkan diet harian yang sihat dengan memastikan pengambilan makanan harian anda cukup perkara di atas.

Peliharalah diri anda untuk kebahagian suami dan anak-anak anda serta orang yang anda sayangi. Buktikan wanita yang berusia 30-an juga mampu memiliki bentuk badan idaman dengan amalan diet dan pemakanan yang sihat. ANDA BOLEH BUKTIKAN KEPADA SEMUA!!!!


Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...