Selasa, 11 Mac 2014

TAHUKAH KITA APA ITU DISLEKSIA?

Assalamualaikum..


Kembali menjengah blog kesayangku ini. Actually betullah bila sehari tak menulis...memang terasa sangat rindu...Sebab apa, dalam kepala ni tiap-tiap hari ada saja terfikir benda baru, datang benda baru..So, pada saya baik juga saya kongsikan di blog tersayang saya ni. Eh panjang celoteh..back to the topik..Pernahkah anda mendengar apa itu DISLEKSIA?? Datangnya menjelma penyakit ini di fikiran saya sebenarnya kerana semalam semasa tgh santai di depan tv..sang suami tukar chanel tv 2. Layan cerita tu..bes lak...n tengok tajuknya..is...DISLEKSIA..So, dlm fikiran saya apa itu disleksia??? Terus cari maklumat, tanya kawan dalam bidang perubatan...oh..ya..baru ku tahu.. Sedih tau cite semalam...Itu lah yang hari ini nak berkongsi di sini apakah itu penyakit DISLEKSIA!!

APAKAH ITU DISLEKSIA

Asalnya perkataan disleksia (dyslexia) -''dys'' berasal dari perkataan Greek yang membawa makna kesukaran @ kesulitan manakala ''lexis'' pula kesulitan dalam menggunakan perkataan atau kata-kata. Anda fahamkan betul2 maksud itu. sukar-sukar menggunakan perkataan. Dalam istilah melayu dan senang saya terjemahkan Disleksia ialah Gangguan Membaca. 



Perhatikan gambar di atas, kenapa saya memilih gambar kanak-kanak, muka sedih n huruf-huruf disekelilinya. Ini kerana disleksia ialah masalah kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan sempurna. Disleksia sebenarnya bukanlah penyakit dan ia tidak memerlukan ubat khusus pun untuk mengubati, sebaliknya ia memerlukan suatu proses pembelajaran KHAS masalah ini dapat dikurangkan.

JENIS-JENIS DISLEKSIA

Disleksia terbahagi kepada 3 jenis iaitu:-

1. Disleksia penglihatan
- kesukarannya yang utama adalah kesukaran untuk mengenal abjad dan mengingat. Perkataan juga sukar diterjemahkan dan menjadikan huruf dan abjad yang dilihat adalah terbalik. 



2. Disleksia pendengaran
- Kesukaran untuk menganalisis dan mengingat bunyi sesuatu abjad. Ini termasuk masalah mereka untuk membezakan bunyi vokal sesuatu perkataan.

3. Disleksia penglihatan dan pendengaran
- Ini berpunca daripada kelemahan dan ketidakupayaan mereka untuk memproses tulisan secara penulisan dan juga pendengaran. 

PUNCA DISLEKSIA

1. Kematangan
- Sesetengah kanak-kanak memang lambat dalam proses perkembangan mereka. Kemungkinan yang biasa adalah kanak-kanak lelaki lebih lambat perkembangan berbanding kanak-kanak perempuan. Kelewatan proses kematangan kanak-kanak juga merupakan salah satu punca disleksia. 

2. Keturunan atau Genetik
- Berkemungkinan besar di dalam ahli keturunan keluarga sebelah ibu atau bapa mempunyai masalah ini samada sedar ataupun tidak. 

3. Biologi
- Mengikut kajian dan sejarah, kanak-kanak yang mengalami masalah ini ialah kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan dan kekurangan oksigen semasa dilahirkan ataupun proses kelahiran yang sangat bermasalah.

Secara umumnya kanak-kanak yang mengalamai disleksia ini tidak boleh menerima banyak arahan pada satu masa. Sekiranya ini berlaku mereka akan kebingungan untuk melaksanakan arahan tersebut. 

  dfsdjhfsdjhj     


LANGKAH-LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA

- membawa mereka berjumpa pakar masalah ini bagi menangani masalah ini di peringkat awal.
- sentiasa sabar dan terus bersabar dalam melayani kerenah mereka yang biasanya kecewa dengan kegagalan
- sentiasa membacakan cerita kepada mereka agar merek lebih mudah faham dan berinteraksi dengan keadaan
- sentiasa memberikan latihan serta pembelajaran kepada mereka
- sentiasa menunjukkan sikap sayang terhadap mereka
- sentiasa mengamalkan konsep memberi pujian agar dapat meningkatkan tahap keyakinan dalam diri mereka

ANDA PERLU TAHU!!!

- mereka yang mengalamai disleksia adalah sangat istimewa dan jangan memandang rendah pada mereka kerana mereka mempunyai keistimewaan yang luar biasa sebenarnya. Antara individu yang mengalami DISLEKSIA ialah,

1. Lee Kuan Yew (ahli politik)
2. Tom Cruise (pelakon)
3. Bill Gates (genius komputer)
4. Albert Einstein ( saintis)

INI MEMBUKTIKAN KANAK-KANAK DISLEKSIA BOLEH BERJAYA JIKA SENTIASA MENDAPAT SOKONGAN BERTERUSAN DARIPADA AHLI KELUARGA MEREKA!!HARGAILAH MEREKA KERANA MEREKA SANGAT ISTIMEWA!!!

Untuk anda yang mencari suplemen terbaik untuk kanak-kanak, hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi terbaik.!!!

Cadangan vitamin terbaik untuk anak-anak!!





Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin

                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!


3 ulasan:

  1. wahhh..menarik..thanks for sharing..kawan saya ada yang deslexsia..tulisan dia kiri dan kanan mmg cantik...sama je..

    BalasPadam
  2. oh ye?realiti kan..xprnh ambk tau sgt psl sakit ni...mereka istimewa...

    BalasPadam

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...