Selasa, 25 Februari 2014

SIMPTOM LOYA DAN MUNTAH SEMASA KEHAMILAN

Loya dan muntah semasa kehamilan merupakan perkara biasa bagi wanita yang mengandung terutama di awal kehamilan. Loya dan muntah juga di sebut ''morning sickness'' dan sangat memeritkan bagi yang pernah mengalami proses ini. Apa yang pasti simptom ini menyebabkan rasa yang tidak selesa kepada bakal ibu. Ada yang mengalami morning sickness yang sangat teruk muntah sehingga keluar darah dan menyebabkan bau hanyir yang keluar kerana badan sudah kekeringan air. Hmmm..teringat pengalamn saya mengandungkan anak sulung..memang mengalami morning sickness tahap ini. 




KENAPA MENGALAMI MUNTAH DAN LOYA

Sebenarnya kita juga perlu mengkaji apakah faktor yang menyebabkan berlakunya morning sickness ini. Apa yang saya baca, cari dan rujuk, memang tiada punca yang tepat diketahui penyebab kepada loya dan muntah ini. Akan tetapi, apa yang pasti ia disebabkan oleh kombinasi perubahan fizikal yang berlaku pad ibu. Perubahan yang berlaku adalah:-

1. Hormon HCG (Human Chorionic Gonadotropin)

- Ia merupakan hormon yang menandakan wanita itu hamil yang dikeluarkan oleh placenta (uri) setelah seminggu berlaku proses persenyawaan. Hormon HCG ini akan meningkat dengan lebih cepat di awal kehamilan. Bagaimana pula hCG ini menyumbang kepad loya dan mabuk, tidak diketahui, akan tetapi ia dikatakan berkait rapat kerana semasa peningkatan hormon inilah ibu-ibu akan mengalami loya dan mabuk teruk.

2. Hormon estrogen

- Hormon ini juga dikatakan antara penyebab utama berlakunya loya dan mabuk. Hormon ini meningkat ke aras yang tinggi menyebabkan ibu- ibu sensitif terhadap bau dan aroma. 

3. Tekanan

- Ada kajian yang menyatakan bahawa ada wanita yang dilahirkan secara psikologinya untuk mengalami loya dan mabuk semasa mengandung. Latar belakang keluarga ketika hamil bagi ibu-ibu dalam keluarga tersebut juga dikatakan memainkan peranan yang menyumbang kepada faktor tersebut. Semakin teruk loya dan mabuk, semakin tertekan perasaan ibu-ibu tersebut. 

4. Perut yang Sensitif

- Sesetengah perut dan sistem penghadaman wanita mengandung akan menjadi lebih sensitif seiring dengan perubahan hormon lain di awal kehamilan. Ini menyumbang kepada ibu-ibu akan merasa loya dan muntah. 

RAWATAN MENGATASI LOYA DAN MUNTAH

Sehingga kini, masih tiada rawatan khusus untuk menangani masalah loya dan muntah selain daripada ibu-ibu perlu banyakkan rehat. Cara mengatasi boleh dilakukan sendiri oleh ibu-ibu mungkin dengan cara tradisional dan pengambilan suplemen bagi mengatasi masalah ini.


Nasihat saya, berdasarkan rujukan, ibu mengandung memerlukan:-

  • vitamin yang mudah diurai dan diserap oleh badan
  • zat-zat spt kalsium, vitamin B, Zat besi dan lain-lain diperlukan 2 kali ganda semasa mengandung
  • protien yang lebih
Dengan itu, sekiranya ibu-ibu di luar sana memilih untuk mencuba Suplemen Shaklee, saya mencadangkan ibu-ibu memilih:

- Performance Drink - ini kerana minuman ini merupakan minuman tenaga tanpa gas yang berperisa oren yang membantu mengekalkan paras gula dalam darah 











- Sebaiknya diamalkan set mengandung Shaklee kerana terdapat set lengkap yang memenuhi nutrisi dan keperluan untuk ibu dan bayi.


Walau bagaimanapun, anda boleh menghubungi saya untuk kita duduk dan berbincang tentang permasalahan anda, kemungkinan kekurangan budget untuk mengambil semua set di atas. Jadi saya bersedia consult anda untuk tujuan tersebut. Saya memahami anda!!!


Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin



                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

TQ ALL!!!

Khamis, 20 Februari 2014

Atasai Masalah Bau Badan Dengan Alfalfa Shaklee

Assalamualaikum readers!! hari ini terpanggil untuk berkongsi mengenai masalah bau badan di kalangan kita. Masalah bau badan merupakan masalah yang sangat tidak menyenangkan samada bagi yang mengalami dan orang yang berada disekelilingnya. Bau badan (Bromhidrosis) adalah bau bakteria bercampur peluh yang terdapat pada badan kita. Peluh dihasilakn daripada kalenjar accrine dan apocrine. Kedua-dua kalenjar tersebut mempunyai fungsi yang berbeza. Kalenjar accrine menghasilkan peluh yang tidak berbau yang selalunya keluar di tapak tangan, dahi dan punggung dan telah berfungsi sejak dari bayi. Manakala kalenjar apocrine pula akan keluar di tempat yang berambut seperti ketiak, kemaluan, dan hidung. Fungsi kalenjar tersebut akan mula berfungsi terutama setelah seseorang itu baligh yang mana apabila peluh yang dihasilkan bercampur dengan bakteria, akan menghasilkan bau yang tidak sedap dan dipanggil bau badan. Perunding Dermatologi PCMC pula berkata, bau badan berpunca daripada bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan yang tidak sempurna. 




Siapakah yang lebih cenderung untuk mengalami masalah bau badan?

Sesiapa sahaja termasuk lelaki, wanita, terutama yang telah menjangkau umur akil baligh, Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan remaja lelaki yang lebih cenderung kerana masalah perubahan hormon. 



Apakah rawatan mengatasi masalah bau badan?
  • Menjaga kebersihan diri dan pemakanan
  • Mandi secara teratur
  • mandi dengan air rebusan daun sireh
- kita sedia maklum daun sireh mempunyai pelbagai manfaat dan salah stunya dalah untuk menghilangkan masalah bau badan. Ambil lebih kurang 30 helai daun sireh campur dengan air dan rebus sehingga mendidih. Setelah benar-benar mendidih, campurkan dengan sedikit air sejuk agar tidak terlalu panas. Cubalah mandi dengan air tersebut bebarapa kali dan ulangi hinggan hilang masalah bau badan. Ha!! saya juga kongsikan cara tradisional taw!!



  • elakkan mengambil makanan yang kuat mengandungi rempah ratus
  • mencukur rerambut yang tumbuh di ketiak dan kemaluan mengikut waktu
  • mengelakkan banyak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, kafien, rempah)
  • pengambilan buah-buahan dan sayuran 
- pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar dapat membantu melancarkan metabolisme badan. Sayur dan buahan yang segar mengandungi antioksidan sehingga dapat mencegah perkembangan bakteria yang menyebabkan bau badan.

Masalah bau badan perlu di ambil serius oleh kita kerana ia mampu memberi impak yang besar kepada kehidupan kita. Samada lelaki atau wanita kebersihan adalah aspek penting dan perlu dititikberatkan. Bagi individu yang mengalami masalah ini, akan membawa kepada masalah hilang keyakinan diri, malu untuk bergaul dengan keluarga dan kawan-kawan sekeliling. 



Bagi yang masih tercari-cari cara mudah untuk mengatasi masalah ini, Shaklee melalui produk terlarisnya Alfalfa Complex boleh membantu anda!!


Pelbagai khasiat Alfalfa Complex dan bagi mengatasi masalah badan berbau ini, Alfalfa Complex:-

1. mengandungi zat anti-bakteria di dalam klorofilnya
2. membunuh bakteria di dalam badan
3. membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan
4. meningkatkan kesihatan usus kita

Anda boleh juga mengetahu kelebihan Alfalfa Complex di sini. 
  
Testimoni pengguna Alfalfa Complex untuk mengatasi masalah bau badan


Jom cuba selesaikan masalah anda dengan Alfalfa Complex!!! Dampingi kawan-kawan dan saudara mara tanpa rasa malu dan tingkatkan keyakinan diri anda kembali dengan Alfalfa Complex!!!




Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

TQ ALL!!!




Selasa, 18 Februari 2014

DEMAM KUNING DI KALANGAN BAYI

KENALI PUNCA DAN CARA MENGATASI DEMAM KUNING BAYI ANDA

APA ITU DEMAM KUNING DAN PUNCANYA?



Demam kuning atau jaundis selalunya menyerang bayi yang baru lahir dan selalunya berlaku kepada bayi berumur 1 - 14 hari. Mengikut kajian, hampir 50-60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami jaundis. Ini bermakna setiap 10 orang bayi yang lahir, 6 daripadanya akan mengalami jaundis. 

Jaundis (demam kuning) berlaku disebabkan oleh pigmen kuning atau lebih dikenali BILIRUBIN(bahan kumuh) yang meningkat dalam darah. Bilirubin ini berlaku disebabkan pecahnya sel-sel darah merah sewaktu bayi lahir. Ketika bayi masih di dalam kandungan, bilirubin di buang melalui plasentra dan organ. Hati dari ibu akan diolah menjadi bilirubin untuk dibawa ke usus dan seterusnya dibuang melalui proses penyahtinjaan. Setelah bayi lahir, proses tadi akan dilakukan sendiri oleh hati bayi itu. Namun disebabkan fungsi hati belum sempurna, proses itu menjadi lambat dan menyebabkan bilirubin tetap tinggi dalam bayi. Bilirubin inilah yang masuk ke jaringan kulit sehingga kelihatan kuning.

BAGAIMANA MENGENALI JAUNDIS/ DEMAM KUNING

Kita sebagai ibu bapa boleh mengenali jaundis yang terjadi pada bayi. Ia biasanya bermula dari mata, muka, perut dan kaki. Cara mudah untuk mengenali jaundis adalah dengan cara:-

  • melihat mata putih bayi jika berwarna kuning, memang bayi kita telah terkena jaundis
  • tekan pada kulit bayi beberapa saat dan lepas, jika bayi jaundis, kulit akan kelihatan kuning

CARA RAWATAN DAN MENGATASI 


1. menyusukan bayi dengan kerap kerana kolostrum yang terdapat dalam susu ibu akan bertindak sebagai laktasid dan kekerapan bayi membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin



2. bayi yang kuning akan selalu tidur dan selalulah kejutkan bayi untuk menyusus setiap 2 jam


3. Boleh juga menggunakan cara tradisional dengan mendedahkan bayi pada cahaya panas waktu pagi tetapi tidak secara terus kerana kulit bayi masih sensitif. Buka pakaian dan lampin bayi.

4. rawatan terapi lampu dan merupakan kaedah yang paling berkesan di abad ini (sebaiknya rujuk hospital). Ia merupakan cahaya biru dengan jarak gelombang kira-kira 450nm. dengan cara inilah bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin larut air untuk dinyah daripada badan.



Rawatan susu ibu adalah juga cara paling mujarab dan pastikan kita ibu-ibu menyusukan bayi tepat mengiktu jadual. Ibu mestilah yakin dan rajin untuk menyusu bayi. Tiada alasan tiada susu lagi kerana terdapat pelbagai cara untuk tujuan membantu memperbanyakkan susu ibu.


BANYAKKAN SUSU IBU-KERAP MENYUSU DAN ATASI JAUNDIS BAYI

- banyakkan berdoa pada Allah agar sentiasa dilimpahi rezeki susu untuk diberikan pada si comel kita



- boleh mengambil suplemen Shaklee (milk booster) bagi membantu ibu-ibu memperbanyakkan susu



- sentiasa positif dan memberitahu otak ''susu aku banyak''!!!positif!!positif!!dan positif!!



Untuk yang mencari suplemen milk booster hubungi saya dan saya bersedia consult anda!!!


Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin

                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

TQ ALL!!!

GEJALA YANG SERING BERLAKU SELEPAS HAMIL- ANDA PERLU TAHU!!

SIMPTOM SELEPAS BERSALIN-ANDA PERLU TAHU?

Saat selepas melahirkan bayi kesayangan kita, iaitu selepas bersalin setiap ibu wajib melalui proses berpantang dan umumnya proses berpantang ini memang merupakan cabaran besar buat ibu-ibu tambahan lagi ibu yang melahirkan anak pertama. Terdapat simptom dan gejala yang perlu anda tahu yang sering berlaku terhadap ibu yang melalui proses berpantang. 



Bagi yang pernah melalui, sememangnya tahu dan bagi yang bakal menghadapi, anda akan mengetahui bahawa keadiran bayi memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Tambahan pula,  ibu selepas bersalin masih lagi mengalami perubahan hormon dan keletihan yang mana sekiranya tidak ada ilmu menangani, perkara ini boleh membawa kepada bahaya si ibu. 



Risau ibu- ibu mengalami stress dan tekanan dalam tempoh berpantang, kita boleh elakkan dengan cara menambah ilmu untuk diri sendiri cara menangani stress selepas bersalin dan mungkin juga dengan pengambilan suplemen.

Terdapat beberapa perkara yang saya nak kongsikan bersama readers semua yang mana simptom yang perlu anda tahu selepas bersalin

1. SAKIT PADA FARAJ

Sekiranya ibu-ibu mengalami episiotomi(koyak semasa melahirkan), anda akan mengalami sakit pada faraj. Kesakitan mungkin akan berlaku 2-3 minggu terutama semasa berjalan ataupun duduk. Koyakan yang lebih panjang mungkin akan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh


2. KELUAR DARAH (NIFAS)

Pada awal proses berpantang, darah akan keluar dalam kuantiti yang banyak. Semakin lama darah ini akan semakin berkurang. Kita akan merasa darah keluar semasa dan selepas menyusukan bayi. Darah yang keluar berwarna merah dan akan bertukar kepada coklat dan kekuningan setelah 4-6 minggu dan sesekali diselangi juga darah beku. Perkara ini biasa dan jangan panik. Sebaiknya terus berjumpa doktor sekiranya:- 

  • pad dipenuhi darah walaupun ditukar setiap setengah jam
  • darah yang keluar berbau busuk
  • darah beku yang keluar lebih besar dari bola golf
  •  mengalami demam 38c atau ke atas


3. SAKIT PERUT

Sakit perut mungkin juga disebabkan oleh sebarang jangkitan. Kita juga mungkin mengalami sakit di bahagian luar perut di sekeliling jahitan mungkin disebabkan kesan pembedahan (bagi yang melalui proses bersalin pembedahan). Kesakitan di dalam perut perlulah cepat merujuk kepada doktor. 



4. SUSAH KENCING

Bengkak pada tisu dan ruang sekitar pundi kencing kadang-kadang boleh menyebabkan anda sukar kencing selepas bersalin. ibu-ibu boleh cuba membuat senaman kemutkan faraj semasa kencing untuk kurangkan bengkak.


Terdapat banyak lagi tanda-tanda yang akan dialami oleh ibu yang sedang berpantang. Semuanya perlulah ditangani dengan baik oleh kita sendiri. Salah satu cara paling mudah untuk menangani masalah tersebut dengan cara pengambilan suplemen. Shaklee menyediakan set berpantang untuk ibu-ibu selepas bersalin dan setiap suplemen berkenaan mempunyai fungsi yang dapat membantu anda lebih bertenaga dalam proses berpantang.

Untuk mendapatkan khidmat nasihat dan produk tersebut anda boleh menghubungi saya ahli Shaklee yang berdaftar.




Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin

                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : vitamin terbaik dunia









Rabu, 12 Februari 2014

DEMAM DI KALANGAN ORANG DEWASA

Istilah demam sering kita dengar di bibir masyarakat dahulu dan sekarang. Demam juga akan menyerang semua peringkat samada bayi, kanak-kanak, orang dewasa dan orang tua. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda berkenaan demam di kalangan orang dewasa.



APA ITU DEMAM

Demam merujuk kepada ketinggian suhu badan yang mana suhu badan berubahdari suhu biasa kepada suhu melebihi 37c. Secara teknikal apa-apa suhu badan yang melebihi suhu mulut manusia biasa iaitu 37c boleh di anggap demam dan boleh dirujuk kepada pakar perubatan. 

Demam kebiasaannya diiringi gejala lain dan menyebabkan demam menjadi lebih parah bila terdapat tanda lain seperti batuk, sakit tekak, keletihan, sakit sendi, menggigil, mual dan lain-lain yang berkaitan. Apabila demam mencapai suhu 40c sudah dianggap berbahaya dan perlu segera mendapat rawatan kerana takut mengakibatkan sawan.

APA YANG MENYEBABKAN DEMAM

Demam merupakan tindakbalas imunisasi badan terhadap virus dan jangkitan seperti bakteria, kulat, dadah atau toksin lain. Jangkitan bakteria dan virus menghasilkan zat yang disebut pirogen yang mencetuskan sistem kekebalan tubuh. Umumnya penyebab demam adalah disebabkan jangkitan yang menyebabkan sel badan tidak berdaya melawan bakteria dan jangkitan.



CARA MENGATASI DEMAM

Terdapat berbagai cara untuk mengatasi demam samada rawatan tradisional ataupun moden. Kedua-dua kaedah digunakan dahulu dan sekarang. 

Antara yang boleh disenaraikan di sini untuk panduan bersama:-

1. Mengambil lebih banyak air - semasa demam kita boleh mengambil lebih banyak air seperti jus (seperti teh dan rempah). Ini kerana cecair yang diambil dalam kuantiti banyak ketika demam boleh mengurangkan ''kekeringan'' pada tekak dan hidung

2. Periksa sendiri suhu badan - anda boleh memeriksa suhu badan sendiri. Adalah lebih baik suhu badan di periksa 4 jam sekali dan cuba untuk jgn makan atu minum sebelum memeriksa suhu kerana bimbang suhu yang dihasilkan tidak berapa tepat.

3. Lap badan dengan kain basah - Penggunaan kain basah dan di lap di seluruh badan akn membantu menurunkan suhu panas

4. Cukup rehat - orang yang demam perlu memastikan mereka mempunyai waktu rehat yang mencukupi agar badan dapat melawan virus dengan baik, cepat dan berkesan. 

5. Pakai pakaian yang nipis - sewaktu demam menyerang, sebaiknya kita mengenakan pakaian yang nipis dan tidak tebal ini adalah kerana pakaian yang tebal hanya akan menaikkan suhu badan.

Di atas adalah di antara  perkara yang boleh dilakukan sewaktu demam di rumah dan sekiranya penyakit berlarutan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut!!





DIET SEMASA MENYUSU

Assalamualaikum to semua my readers!! I LUV U...sayangi diri kita dan sayangi orang sekeliling kita n for me sayangi semua readers kita n all mu customer. Hidup sebagai wanita sangat istimewa kerana kita dikurniakan nikmat untuk mengandung, bersalin, berpantang yang mana semua itu menuntut pengorbanan yang besar dari seseorang bergelar wanita. Hmm..panjang celoteh mak nenek kan..kikiki..

gambar sekadar hiasan


Ok now, harini ezah nak kongsikan dengan semua mengenai diet semasa menyusu. Untuk ibu-ibu yang menyusu anda boleh diet? jawapannya YA, boleh, tapi perlulah seimbang kerana ibu menyusu perlu memastikan pengambilan kalsium yang tinggi untuk mengelakkan kehilangan kalsium tulang kelak. Kajian menunjukkan ibu menyusu memerlukan tenaga 25% melebihi orang yang tidak menyusu. 


gambar hiasan


Kebiasaannya, penggunaan tisu lemak dari badan semasa tempoh penyusuan akan menyebabkan ibu mengalami kekurangan berat badan, Sekiranya ibu-ibu pandai memilih makanan yang baik, kekurangan kalori serta penurunan berat badan tidak akan mempengaruhi jumlah pengeluaran susu. Perlu diingat bahawa lemak di dalam badan digerakkan agak lambat, oleh itu kekurangan kalori yang terlalu banyak dalam diet boleh menjejaskan pengeluaran susu. 

Ibu-ibu boleh cuba berdiet semasa tempoh penyusuan tapi sebaiknya mengikut cara yang betul agar kalsium dan segala zat yang diperlukan untuk menghasilkan susu tidak terjejas. Antara panduan yang boleh dikongsikan, perkongsian ini juga saya dapat dari hasil pembacaan, blogwalking dan perbualan dengan pihak yang pakar, jadi sedikit sebanyak mungkin boleh dijadikan panduan buat ibu-ibu menyusu di luar sana. Anda tidak perlu bimbang juga kerana dengan niat kita yang ikhlas kerana Allah, semuanya menjadi senang. Antara panduan diet semasa menyusu yang boleh diamalkan ialah:-

  • sebaiknya tunggu sehingga anak berumur 2 bulan untuk mula diet, ini penting adalah untuk memberi peluang kepada badan kita agar dapat menghasilkan susu yang sihat dan berkualiti
  • menyusukan bayi tanpa had yang mana kebenaran kajian telah menunjukkan ibu-ibu yang lebih kerap menyusu menyebabkan berat badan hilang!!kan lagi senang cara kita nak diet semasa menyusu!!..Exclusive kan breastfeeding anda sehingga 6 bulan!!
  • Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan
  • Fokuskan pengambilan makanan bijirin penuh seperti nasi perang dan bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran dan makanan yang memberikan banyak protien, kalsium dan zat besi
  • elakkan mengambil jalan mudah untuk kurus seperti pengambilan ubat kurus 


Sayangi anak anda dengan membekalkan susu yang terbaik untuk mereka

Oleh itu, Shaklee menyediakan langkah baru kepada setiap para ibu, set menyusu yang terdiri daripada Set Asas dan Optimum semasa menyusu. Setiap suplemen ini mempunyai kelebihan tersendiri untuk membantu ibu-ibu di luar sana. Kami memudahkan anda kerana suplemen ini InsyaAllah akan membantu anda mencapai apa yang anda impikan!! Ramai yang telah mencuba dan mendapat hasil yang sangat memuaskan hati. 




Anda boleh mendapatkan set idaman ramai ini dari saya dgn saya!!

Pm untuk the best price yaw!!!


Faizah Yasin

017-3660351

eijaheijah12@gmail.com

MY SHAKLEE ID 1082605




Selasa, 11 Februari 2014

SET BERSALIN SHAKLEE

Kebelakangan ini, ramai antara customer dan bakal customer yang bertanyakan mengenai Set Bersalin Shaklee dan saya bertanggungjawab untuk kongsikan di sini mengenai apakah set bersalin Shaklee dan apakah fungsi setiap produk tersebut. Set Bersalin Shaklee juga merupakan antara Set yang paling laris di pasaran mungkin ramai bakal-bakal ibu di luar sana telah ramai yang study, menjumpai kebaikan produk Shaklee ini.

Hari ini suka saya berkongsi di sini bersama readers semua bahawan set bersalin mempunyai beberapa kombinasi dan juga mengikut budget anda sendiri. Di bawah adalah set mengikut kombinasi yang telah ditetapkan:-

Terdiri daripada kombinasi Vitamin C, Vitaleam B-Complex dan Zinc Complex



Yang mana set bersalin ini membantu para ibu 

- sembuh luka bersalin dengan cepat dan memudahkan pergerakan ibu selepas bersalin

- memulihkan luka dalaman bersalin

- mengelakkan stress untuk menghindar meroyan

- memberi tenaga kepada ibu yang kerap bangun malam berjaga untuk bayinya



Dengan penambahan ESP dah Ostomatrik, akan membantu menambah jumlah susu kepada ibu yang tengah menyusu dan membekalkan kalsium yang cukup kepada ibu-ibu.



Selamat mencuba kepada semua bakal-bakal ibu dan ibu-ibu. Untuk mendapatkan kombinasi harga dengan harga istimewa, hubungi saya k!!!


Salam Sayang untuk semua


Faizah Yasin

017-3660351

eijaheijah12@gmail.com

MY SHAKLEE ID 1082605


SALAM SAYANG UNTUK SEMUA!!







PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...