Khamis, 7 Disember 2017

PERKAHWINAN YANG MENJADI KENANGAN MANIS PART 3

Part 3

Nak baca part 2?klik SINI

Kami bertolak ke Pasir Puteh untuk majlis di rumah lelaki. Sememangya perjalanan tidaklah jauh mana, tapi entah mengapa kepenatan sangat terasa, mungkin juga penat kenduri. Sampai di kampung adik ipar tu, kami singgah di masjid untuk menunggu semua sanak saudara sampai dan sementara itu, bolehla pengantinnya bersiap n makeup2 sikit.

Cuaca di Pasir Puteh alhamdulillah sangat baik, panas terik dan masa terus berjalan membawa ke tengahari yang sangat panas. Rombongan pihak kami dah kepenatan dan lapar. Sekejap kemudian datanglah wakil dari pihak lelaki jemput kami ke rumah..Alhamdulillah..uwahhh perutku sudah kelaparannnn....

Sesampai saja di rumah keluarga lelaki, rombongan kami terus serbu ke khemah buffet untuk makan..Hahahaha..kelakar memang kelakar, xde nk hantar pengantin ke pelamin n bergambar dah, apa yang penting perut perlu diisi untuk meneruskan agenda seterusnya. Dalam keadaan perut lapar apa pon tak boleh jalan lah!!!Alhamdulillah dijamu pulak dengan gulai yang sangat superb sedap!!!! Siyes tak tipuuu!!gulai memang sedap!!!!puas hati makan!!!Gambar masa makan-makan memang tak sempat ambik dek kelaparan semuanya. Lepas perut dah diisi n semua kekenyangan, barulah masing-masing tersedar mana pengantin..n barulah nak naik ke rumah tengok pelamin...Adoiiii buruk perangai bila perut tengah lapar nih.!!!

Lepas tu, semua rombongan kami ke pelamin untuk mengambil gambar keang-kenangan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan selesai majlis kami bertolak balik. Ku sangkakan air dah makin surut, tapi masih perlu mengharungi air n dah petang2 macam ni, memang dah tak ada traktar lagi akan pickup us, so bincang ngan cousin, adik, suami decide redah jelah biarlah basah pun sebab dah nk sampai rumah pon. 

So..

So...

So..

---------

---------

meredah lah kami..nah belanja pic sket kat bawah ni!apapon happy+penat+kenangan yang sangat manis, Allah dah rancang semuanya.

terima kasih Allah..












abaikan aku yg gemok tuuu!!!


























Isnin, 20 November 2017

PERKAHWINAN YANG MENJADI KENANGAN MANIS PART 2

Sambungan..Part 2

To those yang nak baca cerita part 1 klik.DI SINI ok!!⌣
Sesampai di rumah, hujan masih renyai2 dan xde sesapa kt rumah, semua dah ke masjid untuk majlis aqad nikah dan yang tinggal jiran-jiran yang sentiasa murah dengan pertolongan membantu menyiapkan apa yang patut. Dalam keadaan hujan yang masih lagi renyai-renyai, aku meneruskan kerja-kerja yang sepatutnya sementara menunggu family semua pulang dari masjid. Motosikal 3 biji kt rumah dah do bawak oleh adik lelaki 3 org, kereta mmg xade lah kebanyakan bila banjir macam ni orang kg semua akan bawak kereta ke tempat yang lebih selamat dan tinggi sebagai langkah berjaga-jaga. Sementara menunggu majlis persandingan, aku iron baju anak beranak dulu.kita pon nak melawa hokay even terpaksa mengharungi banjir!!!!!

Lebih kurang jam 11.00 pagi majlis akad nikah selesai n rombongan pengantin terus ke rumah untuk disandingkan walau dalam keadaan yang sangat serba ringkas..Hujan lebat, pakaian family belah pengantin lelaki masih basah-basah akibat melalui kawasan yg dinaiki air tadi dan makan-makan mereka semua pon cepat-cepat mohon undur diri sebab air semakin naik dan tidak menunjukkan tanda-tanda hujan akan berhenti. Alhamdulillah selamat diijabkabulkan dan usai jam 12.00 tengahari tetamu jiran-jiran mula memenuhi khemah dan alhamdulillah majlis tetap berlangsung seperti yang dirancang. apa yang kami ralat cuma kamum keluarga sebelah ayah dan mak yang balik jauh dari KL, Perak semua xdapat hadir majlis dek sangkut air banjir. Allahu,,dugaan n terima kasih semua!!!


congrats my dear sis n husband!!sejarah taw wedding korang!!


Sibuk melayan tetamu, penat seharian pon dah tak rasa sebab seronok lah jumpa jiran-jiran semua yang dah lama xjumpa, layan tetamu..kawan mak kawan ayah...dah rasa macam mak2 gtuuuu..(dah ko memang mak2 la oiii) berangan jee.. tetamu yang dijangka ternyata tidak seramai yang di jemput dan sudah tentu sekali semuanya tersekat di seberang. Maafkan kami semua yang datang n xdapat masuk ke rumah. Semua tetamu pulang dengan hampa tapi aku dapat rasakan jugak dieorang puas sebenarnya yelah sekurang-kurangnya dah sampai tapi perancangan Allah lebih hebat, tak siapa yang tahu tarikh itu sebenarnya Allah nak bagi banjir di kampungku. 


Sesudah petang kami semua adik beradik bergotong royong mengemas rumah, bukak khemah dan buat apa sahaja yang patut sebabnya keesokan harinya jiran kat depan rumah pulak yang akan adakan kenduri perkahwinan anak perempuannya dengan harapan moga air dah sedikit surut. Selang 2 hari tiba pulak masa majlis bertandang ke rumah sebelah lelaki. Kali ni, semua sanak sedara yang tak dapat makan kenduri kat rumah aku, dah aiap awal2 memang wajib akan pergi ke Pasir Puteh rumah belah lelaki dan malam sebelum hari tu, kami juga berharap perkara yang sama, moga surutlah air. Tapi Allah lebih mengetahui pagi tu, hujan tetap turun dan kami macamana pon tetap akan pergi ke rumah pengatntin lelaki. Ayah n adik lelaki yang uruskan semuanya mencari sebuah kenderaan yang boleh memuatkan keluarga dan beberapa orang kampung yang akan ikut bersama ke rumah pengantin lelaki dan akhirnya demo semua dah decide sebuah 'TRAKTAR" -bahasa kelate kot..kl pggil apa tah..hihi sori jakunnn...so dah decide kami semua akan naik tu untuk sampai ke tempat kereta masing-masing di seberang sana.Wah!!!wah!!wah!!!!dasyat uolssss!!ni lah rupanya trektar tu..


adik lelaki no 5 (ayah ngoh-panggilan ank2 buah), adik aku yg ni sgt sporting mmg da best lah!!


see, cmni la keadaan dlm traktor..dihiasi biji2 kelapa sawit


ha tudia pengantin, xmakeup apapon lagi..mmg rare!!


jiran..banyak tolong


abaikan aku yg gemuk sgt time neh...suasana dlm traktar ni..


nak naik ats ni bukan senang2 taw, kne panjat tangga..haa igt hape???hihi


jiran jugak


bersedia bergerak


rasa cam kelakar sangat, naik ni semua org tengok tp mmg sweet moments sgt!!

So for next entry wait part 3 lak ye..ada sikit lagi..Nantikan cerita selepas balik dari rumah pihak lelaki..kami decide nak redah je...sbb dah petang baju biarlah basah pun..

So, stay tuned comel2 ye!!!





Jumaat, 17 November 2017

PERKAHWINAN YANG MENJADI KENANGAN MANIS

Assalamualaikum sahabat...muncul kembali...sebenarnya ada je ha..dok bz sana sini..maklumla inila nasib mum yg pjj dgn suami...urus anak semua sendiri hokeh!!

Diam tak diam kita dah nk hampir ke penghujung 2017...Hampir ke pertengahan November..betapa cepatnya masa berlalu...minggu depan last sekolah...n now...di pantai timur dah masuk musim tengkujuh..bukan pantai timur je kan???kl pon sama..negeri lain ponnn. Masuk kemusim hujan..tengkujuh, tetiba terrrimbass ke cerita awal tahun ni..

Januari 2017, di kampungku..Kusial Baru, Tanah Merah Kelantan...rupanya masih lagi dalam fasa musim tengkujuh...Ceritanya, adik aku yg no 3 merancang nak menamatkan zaman bujang pada Disember 2016 n keputusan tu dibantah kedua-dua belah pihak sebab dikhuatiri banjir..Sebenarnya semua masih trauma dgn kes banjir besar tahun 2014 dulu...So, adik berkira-kira..bincang dua belah pihak n menetapkan tarikh perkahwinan pada penghujung Januari 2017. Alaaaa..tarikh tepat lupa laa...(banyak makan semut ke????)...

Imbassss
.
.
.
.
.
.
.
Aku dan suami decide pulang ke kampung sehari sblm kenduri, kiranya esok kenduri...hri ni lps kerja kami gerak balik. Berpakat jugak dgn my cousin yg dkt Cheras kira follow together lah. Ramai sedara2 dah berkumpul di rumah masa tu, demo dok hantar gambar berkamung aisehhhh jeles weehhhh!!hati berkobar2...Lps solat maghrib kami bertolak dri Cheras menelusuri laluan Gombak-Bentong-Raub) dan sepanjang perjalanan di malam hari sejuk sangat sebab hujan renyai2. Alhamdulillah lancar perjalanan dan anak-anak pon tidur je..Sesampai di Padang Tengku, Pahang, dimaklumkan aa kejadian tanah runtuh di laluan biasa, jadi semua pengguna dilencongkan ke laluan lain n agak jauh sikit...Aduhh dalam hati..kol berapa nak sampai ni...sebab target sampai kg dlm kol 4 or 5 pagi...dgn hujan sepanjang jalan menyebabkan mata en driver mengantuk..Jenuh pulak kita melayan driver sembang habis topik lah..kikikiki..

Kira-kira 5.30 pagi baru kami sampai Kuala Krai n suami decide singgah di stesen minyak, untuk berhenti solat n rest kejap.Then kitaorang solat n sekejap tu ayah call bagitahu jalan masuk ke kampung aku dah dipenuhi air dah paras peha orang tua..Mak aih dlm masa semalaman?????sekejap je air naik...Uwaaaa nangisssss!!!!nak balik kenduri adik tp xdapat masuk rumah cemana ni...bncg2 dgn suami kiteorg decide singgah dlu rumah mak cik belah suami di Taman Kiara untuk mandi n bersihkan diri n let suami tido dlu sbb da nmpk sgt keletihan dia..Smpai je taman kiara kira2 7.00 pagi n beli Nasi Kerabu makan kt umah mak cik, rest bersihkan diri n dlm kol 9 decide nk menuju ke kg aku nk tgk keadaan mcmana. Jam 10 pihak lelaki akan smpai untuk akad nikah n once ak smpai kt kg aku, serentak dgn pihak lelaki sampai dalam keadaan hujan tengah lebat!!.Kalut mmg kalut..aku mmg pkai bju n seluar buruk je. Ya Allah cemana ni...bincang dengan suami kami decide jugak tinggal kereta di seberang ni n akan redah banjir untuk smpai kerumah. Pihak lelaki alhamdulillah org kg tolong carikan jip..hilux n bbrapa kenderaan yg boleh meredah banjir untuk smpai ke masjid. Walau macamanapon majlis tetap akan diteruskan!!!Bersejarah mmg bersejarah!!!

Kami sekeluarga mmg dah xmuat nk tumpang that jip..So bawak mana2 baju yg nak pakai dgn bwk bag n alhmdulillah jugak 2 org adk aku keluar sambut kami..kikiki kelakar pon ada sebenarnya. Masa untuk meredah!!!redah sampai ke penghujung n sampai di sebelah sana adik aku dah tunggu ambik kami..Dalam hati mintak2 aku sempat ke masjid utk akad nikah tu...Sesampai di rumah dah..mak..ayah n adk pempuan dah xde..semua dah ke masjid!!!argghhhhh!!!xpelah siapkan diri dulu sbb stat tghari majlis sanding n kenduri pulak...


gambaran macam nilah air banjir..huhuhu..memang bersejarah..


So....stay tuned with me...to be continue erkkk
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Nak ceritanya mmg bersejarahla sampai gambar pon mana ada sangat jdi macam loose je...ok nnti sambung k!!



Khamis, 2 November 2017

I'M BACK...LAMA BETUL TAK BERRBLOGG!!!

Salam Jumaat, salam penghulu hari..Jumaat hari yg mulia...

ok lah nk cakap kenapa ye lama tinggal blog ni...entahlah...yela betulla manusia ni kalau ada nyakit M***S tu habisla...apa nk buekkk..sila cari sendiri ubat utk penyakit tu..

Rindu sebenarnya..seronok menulis blog..yelah apa sahaja boleh diceritakan di sini. Rasanya las aktif berblog tahun 2014..Wahhhhhhhh!!!!!ms yg sangat lama..now dah 2017...almost 3 tahun...eh ape ni eijahhhhh..apa malas sgt ni....sepanjang 3 tahun mcm2 hado.....anak pon da 3 org..owhhh..cepatnya masa berlalu..xsedar siyes!!!


banyak bnd nk share nk cerita nnti kita share2 lagi taw!!

mmuaahhhh sayang semua!!!

Faqihah..ank no 2..


Fahim he is no 1..


Si adik yg no 3 nnt upload eee....hihii...byeee..suami...dia n selamanyaa kiki..(gatai)...nnt smbung k...

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...