Khamis, 21 Ogos 2014

Tips Menambah Berat Badan Dengan Mudah

Asyik-asyik isu nak kurus, nak diet, nak kurus nak diet...tolonglah penulis fakta blog sekelian..tolonglah anda memberi perhatian sama kepada golongan yang berhasrat untuk menambah berat badan. Hah?? ada ke insan yang tak nak diet? sebaliknya berusaha keras untuk menambah berat badan? ohhh...anda jangan mudah sangka seperti itu, kerana di samping kecoh pasal diet, kurus, masih ramai juga yang berhasrat menambah berat badan mereka. Ok, senang..sebenarnya untuk melakukan apa sahaja kita perlu mempunyai ilmu, jika seseorang itu fokus untuk kurus, sudah tentu dia perlu mempunyai ilmu untuk kurus dengan cara mencari fakta, bagaimana untuk kurus, cara diet yang sihat, begitulah juga dengan mereka yang berhasrat menambah berat badan anda juga perlu mempunyai ilmu kerana dengan ilmu yang cukup kita akan mendpaat hasil yang dikehendaki. Seorang kawan pernah menyuarakan keluhan, ''hai..kenapalah aku ni, makan dah banyak, makan kkerap kali, tiap kali makan menambah-nambah nasi, tapi hasilnya aku tak jugak dapat tambah berat badan. Dengan itu, hari ini jom saya kongsikan beberapa tips mudah untuk anda tentang tips menambah berat badan dengan mudah. 




Cara Mudah Menambah Berat Badan

1. Minum air putih

- kebanyakan orang kita membuat salah tanggapan untuk menambah berat badan, mereka lebih suka mengamalkan minuman manis, bergas untuk tujuan itu kerana pada mereka dalam air tersebut terdapat kandungan gula yang tinggi, jadi secara automati akan menyebabkan mereka menjadi cepat gemuk. Perhatian, jangan salah anggap ya, kehendak kepada menambah berat badan cukup berbeza dengan keinginan untuk gemuk. Anda mengamalkan minuman bergas, itu sebaliknya menggalakkan badan anda terdedah kepad pelbagai penyakit berbahaya. Pengambilan air masak pula di anggap remeh walhal semakin banyak kita mengambil air putih ia akan memberi kesan kepada pencernaan agar menjadi lebih baik dan dapat menyerap nutrisi dari makanan dengan sempurna. 

2. Menguyah makanan sehingga halus

- PENTING!!fakta menyatakan menguyah makanan sehingga halus dapat membantu anda dalam proses menambah berat badan.

3. Minum susu

- Susu membekalkan nutrisi yang lengkap kepada badan dan memang kita semua maklum bahawa susu adalah untuk kesihatan. Cuba amalkan meminum susu penuh krim untuk tujuan menambah berat badan anda.



4. Jangan merokok

- Umumnya juga mengetahui bahawa merokok menyebabkan seseorang itu merasa kenyang biarpun ia sangat merosakkan organ badan seseorang. Seseorang akan menjadi kurang selera untuk makan apabila menghisap rokok. Jika anda merokok, anda pasti kurus dan cubalah untuk berhenti merokok dan lihat sendiri hasilnya anda akan mendapat pertambahan berat badan.



Kenapa Berat Badan Tidak Bertambah?

Antara faktor yang boleh saya kongsikan di sini kenapa berat badan anda tidak bertambah, 2 sahaja yang nak saya kongsikan di sini, faktor ketara kenapa berat badan tidak bertambah:-

1. keturunan - keluarga yang keturunan kurus memang melibatkan faktor metabolisme merupakan genetik keluarga mereka. Jadi janganlah hairan dengan mereka yang keturunanya kurus dan tidak naik berat badan.

2. penyakit - penyakit yang berbahaya iaitu AIDS/ HIV, diabetis, penyakit-penyakit itu menyebabkan berat badan turun dan semakin turun.


Tambah Berat Badan Dengan Shaklee


Shaklee boleh membantu anda menambah berat badan anda dengan set Penambah berat badan yang mempunyai fungsi tersendiri membantu anda.



1. Mealshake - mealshake juga merupakan multivitamin yang kaya dengan vitamin dan mineral. Ia mengandungi asid amino asli yang terdapat di dalam protien termasuk asid amino yang perlu dan tidak diperlukan. Membekalkan lebih 19 jenis viatamin dan mineral yang boleh membantu anda berselera untuk makan.

2. B - Complex - ia berperanan mengawal kadar metabolisme badan mengurangkan rasa letih, mengawal tekanan perasaan dan meningkatkan sistem imuniti badan.

3. Vitalea - di kenali dengan jolokan nama vitalea iron formula keran ia juga merupakan multivitamin yang berbentuk kapsul yang membantu meningkatkan kesihatan yang baik dan pembinaan tisu-tisu badan. 

Dapatkan sekarang set tambah berat badan Shaklee!!!

Nor Faizah Yasin

017-3660351

eijaheijah12@gmail.com

MY SHAKLEE ID 1082605


SALAM SAYANG UNTUK SEMUA!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...