Khamis, 14 Ogos 2014

Sinonimya Wanita Dan Cantik

Hati wanita mana yang tidak di rudung gelisah memikirkan kulit yang bermasalah, tidak sekata, berjerawat, boleh dikatakan kulit sangat bermasalah tidak seperti orang lain. Pernah seorang kawan bercerita kepada saya, kadangkala dia sangat benci dan menyampah melihat kulit muka beliau sendiri kerana masalah muka yang tidak cantik. Lantas, sebagai seorang kawan, saya menasihati beliau agar mengelakkan berfikiran demikian kerana apa sahaja itu adalah kurniaan Allah. Sesungguhnya semua ciptaan Allah adalh indah dan cantik, akan tetapi faktor keadaan cuaca, pemakanan sekarang membuatkan kecantikan anugerah itu hilang begitu sahaja. Saya tidak salahkan anda juga kerana berfikiran demikian, kerana kita semua pun sedia maklum bahawa wanita dan cantik sangat sinonim sehingga bila di sebut sahaja perkataan wanita, dialah cantik..wanitalah cantik. Di situ terserlah betapa sinonimnya wanita dan cantik. Adakah cantik seseorang wanita itu apabila ditutupi dengan make up yang mahal? bedak compact yang berjenama?? jawapannya tidak kerana kecantikan adalah bermula dari penjagaan dalaman sehingga luaran kita. Untuk itu, hari ini saya sedia untuk berkongsi dengan pembaca beberapa tips kecantikan agar wanita kekal cantik di mana sahaja. 



Ha...wanita semua..nak cantik kan? ingat ayat saya, nak kurus, nak cantik semuanya kene rajin dan buang dalam dasar lautla istilah MALAS.. sebab itu semua memang sangat memerlukan kerajinan diri sendiri. Terdapat banyak tips dan petua untuk cantik akan tetapi cek diri sendiri sebelum kita amalkan petua ini kerana semuanya memerlukan kesungguhan yang berterusan dari kita.

Petua Kecantikan Wajah 

1. Minum Air Kosong

- air kosong sangat penting untuk kecantikan kerana ia melembapkan bahagian dalaman badan kita. Kelembapan dalaman adalah sangat penting kerana ia membawa kepada kelembapan wajah luaran. Air kosong ini membantu meneutralkan semula garam dan pemakanan yang tidak sihat yang kita ambil sepanjang hari. 



2.  Cantikkan Wajah Dengan Tomato

- Tomato mampu mengecilkan liang-liang roma di wajah, mampu mengurangkan masalah jerawat dan  mencantikkan kulit serta merawat masalah kulit. Astringen yang terdapat pada tomato membantu mengurangkan minyak berlebihan dan  mempunyai vitamin A dan C. Terdapat pelbagai cara untuk mengaplikasikan tomato ke muka anda samada lenyekkan tomato itu dan sapukan keseluruh muka ataupun boleh campurkan dengan yogurt untuk mendapat hasil yang lebih memuaskan.



3. Asam Jawa Dan Tepung Ubi

- Asam jawa dan tepung ubi juga sangat baik untuk kecantikan muka. Anda boleh bancuh sedikit asam jawa dan tepung ubi dan campurkan kedu abahan tersebut biarkan agak sedikit pekat, jangan terlalu cair dan sapukan ke muka. Elok untuk memiliki kulit muka halus dan bersih.

4. Amalkan Pengambilan Vitamin C

- Umumnya kita semua tahu vitamin c sangat baik untuk memelihara kulit. Antioksidan didalamnya melindungi kulit daripada persekitaran yang kotor dan membantu pengeluaran kolagen. Boleh juga diamalkan memakan buah oren kerana ianya kaya dengan vitamin c untuk memelihara kulit anda.

5. Pemakanan Sihat Sayur-Sayuran Hijau

- pemakanan yang sihat sangat penting untuk kecantikan kulit. Anda mestilah mengamalkan diet yang sihat yang mana menyumbang kepada kulit yang sihat. Sayur-sayuran hijau sudah tentunya pilihan terbaik di dalam diet anda. 

Secara keseluruhannya sekiranya anda sangat malas untuk menyediakan dan mengamalkan petua-petua yang dikongsikan, anda pilihlah untuk mengamalkan pengambilan vitamin dan nutrien yang mengandungi vitamin c dan e yang mana secara keseluruhannya vitamin ini mampu membantu anda dalam memelihara kecantikan kulit anda.

Produk kecantikan Shaklee menyediakan 3 kombinasi set kecantikan yang mampu membantu anda mencapai hasrat anda.



Fungsi Vitamin B Complex

- sangat penting untuk pembentukan sel badan
- membantu awet muda
- vitamin B1,B2, B3 dan B6 mmbantu badan dalam meningkatkan metabolisme badan 
-asid folic di dalamnya pula membantu pembentukan sel darah merah di dalam badan

Fungsi vitamin C

- membantu mengekalkan kesihatan kapilari darah
- membantu pemulihan luka-luka kerana membantu pembentukan kolagen
- menyokong sistem imunisasi badan

Fungsi Vitamin E 

- memberi kesan yang baik kepada kecantikan kulit dan wajah
- anti-oksidanya sangat penting untuk kesihatan sel yang optimum
- juga membantu dalam penyembuhan luka
- membatu mengawal tekanan darah

Jadi, bagi anda yang tercari-cari set kecantikan yang selamat dan semulajadi, anda boleh klik ikon di bawah untuk order. Selamat mencuba my readers yang tersyang!!


Faizah Yasin

017-3660351

eijaheijah12@gmail.com

MY SHAKLEE ID 1082605


SALAM SAYANG UNTUK SEMUA!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...