Selasa, 19 Ogos 2014

Makanan Penambah Susu Ibu Yang Patut Ibu-Ibu Ketahui

Menjadi seorang ibu merupakan saat yang paling berharga di mana kita berpeluang merasai nikmatnya pengalaman semasa mengandung, melahirkan dan paling eksklusif menyusu bayi sendiri. Allah Maha Pemurah jadi kita sebagai ibu terapkanlah dalam diri bahawa kita mampu untuk menyusu bayi sehingga semampu yang boleh. Sudah pastinya ramai di antara ibu-ibu sudah tahu dan arif tentang teknik penyusuan, mengambil pelbagai suplemen untuk tujuan menambah susu untuk bayi tersayang.  Selain pengambilan suplemen juga, ibu-ibu perlu tahu terdapat pelbagai lagi cara iaitu pemakanan yang boleh diamalkan sepanjang tempoh penyusuan bertujuan untuk menambah susu. Pemakanan ini boleh diamalkan di samping anda mengamalkan pengambilan suplemen kerana dengan izin Allah, insyaallah susu akan bertambah meriah unutuk si comel anda.  Pengambilan makanan yang mengandungi cukup nutrisi sangat  penting untuk ibu-ibu. Faktanya, semasa menyusu anda hanya perlu menambah sedikit kalori pemakanan anda sehingga 400-500 kalori sehari untuk membekalkan cukup tenaga kepada anda. Contohnya, kalori seperti ini boleh didapati daripada sekeping roti bijirin yang disalut mentega kacang, sebiji pisang atau epal ataupun yogurt yang rendah lemak. 



Jenis Makanan Terbaik Penambah Susu Ibu

1. pastikan pengambilan DHA - DHA merupakan asid lemak Omega-3 yang paling banyak dalam susu ibu. DHA sangat penting untuk perkembangan otak bayi. Makanan yang kaya dengan Omega-3 ialah Salmon dan disarankan pengambilannya dihadkan pada 2 hidangan seminggu sahaja bagi mengurangkan pendedahan merkuri pada si bayi.



2. Kekacang - alternatif lain untuk pembekalan protien ialah memakan kekacang iaitu kacang yang berwarna gelap kehitaman sebagai pengganti kepad mereka yang tidak suka memakan daging.


3. Lobak - semua jenis lobak dikatakan dapat membantu penghasilan susu ibu dan lobak putih adalah yang terbaik di antara lobak. Anda boleh cuba untuk memasak sup lobak putih dan menyediakan hidangan salad lobak merah untuk dijadikan salah satu menu harian anda.



4. sayuran hijau - sayuran hijau seperti brocoli dan bayam disarankan kerana di dalamnya kaya dengan vitamin A serta antioksidan yang sangat bagus untuk jantung.

5. buah oren - buah ini boleh menambah tenaga ibu-ibu, anda boleh menjadikan buah oren sebagai jus untuk lebih sedap dinikmati.

6. produk tenusu yang rendah lemak - tenusu sangat kaya dengan kalsium dan ia membantu kepada perkembangan tulang bayi. Berusahalah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 3 cawan produk tenusu (spt yogurt, susu dan keju).

7. Buah kurma - unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam kurma merupakan unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Kurma sangat membantu dalam menggalakkan pertambahan susu badan si ibu.

8. kacang soya - kacang soya juga merupakan minuman terbaik penambah susu ibu. paling baik jika soya itu dihasilkan sendiri ataupun mendapatkan produk yang diyakini bebas daripada pengawet dan perasa tiruan. 

Selain mengamalkan pemakanan penambah susu ibu, pastikan juga pengambilan makanan harian ibu -ibu yang menyusu cukup DHA, vitamin D, asid folok dan vitamin c. Vitamin tersebut juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menghasilkan susu yang terbaik untuk bayi anda.

Vitamin D boleh didapati daripada sumber produk tenusu yang rendah lemak, yogurt, susu dan keju.

Vitamin C pula daripada buah oren, strawberi, buah-buahan sitrus, lada benggala dan tomato.

Asid folik pula daripada sumber asparagus, bayam, brokoli, kubis dan brussels sprouts.  


Suplemen moden dan terkini dalam bentuk kapsul yang sangat ringkas dan mengandungi semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu menyusu ialah Set Menyusu Lengkap 3M Shaklee terdiri daripada:-



1. Vitamin C - vitamin antioksidan yang menguatkan sistem imun badan

2. Vitalea - multivitamin yang memberi tenaga dan vitamin yang diperlukan oleh badan

3. B-Complex - baik untuk saraf, peredaran darah dan mengatasi tekanan

4. Ostematrix - kalsium yang lengkap dengan magnesium dan vitamin D untuk kesihatan tulang

5. Alfalfa Complex - membantu mengatsi rasa sakit sendi, milk booster dan membuang toksin

6. ESP - sumber protien Non-GMO terbaik untuk pembinaan sel, dan sangat penting dalam penyusuan.



atau hubungi saya untuk mendapatkan consult terbaik tentang penyusuan ibu dan pembelian mengikut budget anda!!


Faizah Yasin

017-3660351

eijaheijah12@gmail.com

MY SHAKLEE ID 1082605



SALAM SAYANG UNTUK SEMUA!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...