Rabu, 20 Ogos 2014

Kenali Punca Penyakit Jantung Pembunuh Utama

Ramai yang telah maklum secara umumnya bahawa penyakit jantung merupakan pembunuh utama negara. Ketahuilah bahawa di dalam badan kita terdapat satu jantung yang mana ia terdiri daripada otot khas yang mengepam darah. Bila otot jantung kita tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi, faktor inilah yang menyebabkan berlakunya penyakit jantung. Kenapa pula yang menyebabkan bekalan darah ke otot tidak mencukupi? Ini terjadi kerana saluran darah di dalam badan menjadi sempit disebabkan dinding sebelah dalam saluran darah telah diselaputi dengan lemak terutamanya KOLESTEROL. Apa pula kolesterol dan kenapakah ia mempengaruhi masalah jantung anda?Kepada anda yang tidak tahun betapa bahayanya kolesterol, boleh rujuk DI SINI. Pernah tak anda terfikir kenapakah kita di negara ini dihantui dengan nama penyakit ini sebagai pembunuh utama? Ini adalah kerana menurut kajian, terdapat 4 punca kematian di negara kita iaitu:-

1) 55% kematian disebabkan komplikasi jantung
2) 13% kematian disebabkan paras gula tidak terkawal
3) 13% kematian disebabkan kanser
4) 19% kematian disebabkan lain-lain penyakit

Kajian mendapati 55% daripada kes kematian di negara ini disebabkan oleh penyakit jantung yang merupakan peratus tertinggi berbanding punca kematian yang lain. Statistik pula menunjukkan bahawa kadar peningkatan penyakit jantung semakin meningkat setiap tahun dan punca utama hasil kajian juga menunjukkan perkara ini disebabkan oleh amalan pemakanan yangtidak sihat dan tidak mengamalkan senaman. Oleh itu, pastikan anda mempersiapkan diri anda dengan pengetahuan tentang penyakit jantung, kenali punca utama penyakit jantung yang merupakan pembunuh utama. 



Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja akan tetapi peratusan untuk penyakit ini lebih kepada kaum lelaki dan peratus untuk wanita mengidap penyakit ini sangat rendah. Ini adalah kerana wanita dilindungi estrogen tinggi ketika masih subur menyebabkan wanita berupaya mengelak dari penyakit itu. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan berlakunya penyakit jantung. Jom saya kongsikan bersama anda antara punca penyebab utama penyumbang kepada penyakit jantung. 

Punca-Punca Utama Penyakit jantung

1. faktor umur kebiasaannya menyerang mereka yang berumur 35 tahun keatas dan mempunyai masalah berat badan.

2. sejarah/ keturunan - penyakit ini lebih mudah menyerang mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang telah mempunyai penyakit ini.

3. perokok - asap rokok sangat berbahaya samada kepada perokok sendiri dan orang yang berada di sekelilingnya. Asap rokok menggalakkan pembekuan darah dan menyebabkan lemak berkumpul di dinding saluran darah. 

4. Lemak yang berlebihan - lemak menyebabkan sempitnya saluran darah

5. kurang melakukan senaman - ini adalah kerana senaman merupakan salah satu faktor untuk menguatkan jantung dan memperbaiki aliran darah ke jantung.

6. penyakit darah tinggi dan kencing manis - ini lah dikatakan apabila seseorang mengidap darah tinggi dan kencing manis, sudah tentu akan disertai penyakit jantung. Ini kerana penyakit darah tinggi menyebabkan sempitnya saluran darah jantung perlu bekerja lebih kuat untuk mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu dan penyakit kencing manis sememangnya membuka laluan yang luas kepada pesakitnya untuk terkena sakit jantung.


Tanda Awal Penyakit Jantung

Lebih penting untuk anda mengenali tanda awal anda bakal di serang penyakit berbahaya ini. Antaranya jom scroll ke bawah lagi..:-

  • sakit di dada - salah satu sebab berlakunya sakit di dada ialah kerana sempitnya saluran darah
  • sukar bernafas/sesak nafas 
  • jantung sentiasa merasa berdebar
  • sakit kepala 
  • sering mual dan kurang selera makan

Tidak salah jika anda juga mengamalkan pengambilan suplemen sebagai satu cara membantu anda mengatasi masalah ini. Shaklee pula mencadangkan beberapa suplemennya yang sedikit sebanyak membantu anda mencegah penyakit ini.

CoQHealth Shaklee Untuk Jantung Anda

1. CoQHealh Plus yang mana mengandungi proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan vitamin E dan ekstrak Teh hijau yang berbentuk kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan penguraian maksimum dan penyerapan dengan lebih baik. CoQHealth membantu:-

- meyokong penghasilan tenaga untuk jantung
- melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
- meningkatkan peredaran darah
- mengekalkan paras CoQ10 dalam darah




Oleh itu, jika anda mengalami tanda-tanda seperti perkongsian di atas, pastikan anda mengambil langkah awal pencegahannya terutama amalkan pemakanan yang sihat dan senaman secara rutin dalam hidup anda. Jangan biarkan lagi diri anda dan keluarga dihantui penyakit pembunuh ini, terlalu sebak, sedih hati kita saat kehilangan orang yang disayangi. Lakukanlah sebarang langkah pencegahan semasa di awal usia kita dan keluarga. Sayangi mereka kerana mereka adalah aset kita ke syurga. 



Faizah Yasin

017-3660351

eijaheijah12@gmail.com

MY SHAKLEE ID 1082605


SALAM SAYANG UNTUK SEMUA!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KEDAI WESTERN BARU KAT BANDAR TUN RAZAK , CHERAS

 Hai korang, sihat ke?? Aku? macam biasa lah tenggelam n timbul dalam dunia tulisan blog hehe,,adui dah makin berusia makin di landa kemalas...