Khamis, 21 Ogos 2014

Bahayakah Migrain?

Migrain sering di dengari di kalangan rakyat negara kita, migrain ialah sakit kepala yang kronik sehingga seseorang yang mengalaminya tidak mampu menjalankan tugas-tugas harian dengan sempurna. Penyakit migrain ini kebanyakannya melibatkan kaum wanita, penyakit ini menyerang otak dan mengakibatkan kesakitan yang teruk dan kesakitan kepala yang teruk pula akibat daripada pelebaran pembuluh darah pada otak. Penyebab utama kepada penyakit ini belum dipastikan sepenuhnya oleh pihak berwajib dan fakta pula mengatakan kebanyakan pesakit migrain ini adalah berkait rapat dengan faktor keturunan. Kajian juga menunjukkan kira-kira 12% adalah pengidap migrain dan menyerang wanita serta mereka yang masih didatangi haid. Pengidap mingrain selalunya akan mengalami sakit kepala yang sangat teruk di bahagian sebelah kepala sahaja akan tetapi paling menyeksakan kerana adakalanya menyerang keseluruhan kepala. Dikatakan migrain terbahagi kepada 2 jenis iaitu migrain aura dan migrain tanpa aura. Migrain aura ialah perasaan atau keadaan yang subjektif akan dialami sebelum sakit menyerang dan mendapat tanda seperti kabur pandangan mata, pemandangan seolah berada di bawah tengah panas yang terik. Ada juga yang mengalami kebas dan sakit di tangan dan kaki. Apabila anda mendapat tanda-tanda seperti ini, cubalah untuk mencari inisiatif mengurangkan kesakitan untuk mengelakkan di serang migrain. Manakala tanpa aura pula, seseorang itu tidak mengalami sebarang tanda tetapi terus mendapat serangan yang teruk. Jadi, anda perlu tahu sejauh manakah bahayanya migrain dan jangan biarkan migrain menghantui diri anda tanpa sebarang perawatan. 


Bahayakah Migrain?

Ramai yang memandang remeh masalah migrain, tetapi tahukah anda sebenarnya pengidap migrain merupakan suatu penyakit yang agak berbahaya. kenapa saya mengatakan demikian? ini adalah kerana mengikut penyelidik Launer di national Institute on Aging (NIA) di AS, mereka yang mengidap migrain aura khususnya wanita sebenarnya keadaan itu terjadi kerana terdapat satu luka kecil di bahagian otak atau lesions - kawasan kecil di dalam cerebellum. Migrain yang kerap sangat merbahaya kerana mereka berkemingkinan besar akan mengalami stroke berbanding wanita yang bukan pengidap migrain. 

Tanda-tanda Migrain

  • rasa sakit yang sangat teruk di sebelah bahagian kepala dari hidung dan mata
  • loya, muntah dan kadang kala sehingga kaki kaku dan sejuk
  • pandangan silau, kabur dan menjadi gelap
  • pesakit lebih sensitif dengan bunyi dan suara
  • menyerang antara 4-72 jam 
  • badan berpeluh-peluh
  • kepala pusing dan pening

Faktor Menyebabkan Migrain

  • datang haid - migrain mudah juga menyerang wanita yang sedang mengalami haid 
  • makanan dan minumam - makanan dan minumam banyak menyumbang kepada maslah migrain. Di senaraikan di sini makanan itu ialah :- keju, coklat, buah-buahan sitrus, kacang-kacang dan kafien yang berlebihan.
  • Stress - inilah penyebab utama kepada masalah migrain iaitu stress yang mana stress melibatkan emosi dan terus ke otak 



Apa Yang Perlu Dilakukan Oleh Pengidap Migrain

- sebaiknya mereka yang mengalami sakit kepala yang teruk segera berjumpa doktor untuk mendapat maklumat mengenai penyakit agar dapat di cegah dengan baik. Mungkin sehingga kini msaih belum ada ubat yang jhusus untuk mengatasi masalah migrain, tetapi sekurang-kurangya kita mendapat satu cara agar dapat mengurangkan rasa sakit itu. Selain itu, perbanyakkan mengambil minuman air putih dan suplemen yang membantu mengatasi maslah berkenaan. 


Suplemen Shaklee Membantu Mengatasi Migrain Dan Sakit Kepala



Omega Guard 

  • mengurangkan radang sakit kepala akibat migrain
  • melancarkan peredaran darah terutama ke bahagian kepala
B-Complex

  • lengkap dengan semua jenis vitamin dan mengandungi asid folic
  • mengurangkan risiko serangan sakit kepala
  • mengawal stress
Ostematrix

  • mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D
  • mengelakkan berlaku kekejangan dengan bekalan kalsium 
  • menguatkan otot dan sistem saraf

Dapatkan sekarang dan ceriakan hari anda dengan bebas dari msalah sakit kepala dan migrain.



Nor Faizah Yasin

017-3660351

eijaheijah12@gmail.com

MY SHAKLEE ID 1082605


SALAM SAYANG UNTUK SEMUA!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...