Rabu, 16 April 2014

DIDIK ANAK SOLAT DARI KECIL

Assalamualaikum...kembali lagi...hari ni izinkan saya ye..hihi..lari topik sikit je..just wanna share2 ngan readers semua..mestilah nak share semua...semua benda yang baik kene share..betul tak??back to the topik.. Kita semua tahu bahawa solat itu tiang agama manakal menurut istilah, solat ialah suatu ibadat yang mengandungi perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulakan dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam.



Solat memberikan impak yang besar dalam kehidupan dan mampu menjadi benteng diri daripada melakukan perkara perkara yang tidak baik. Ibadah solat ini juga lah yang menjadi amalan pertama yang akan di hitung ketika di Padang Mahsyar kelak. Solat mestilah diterapkan seawal kanak-kanak. menjadi kewajipan kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak- anak mengerjakan solat dan menjadikan ibadah ini sebagai keutamaan di dalam kehidupan. Hari ini saya nak kongsikan sedikit tips dan info yang boleh kita sebagai ibu bapa amalkan untuk menerapkan budaya cinta solat di dalam diri si manja kita.

1. Fokuskan minda anak kepada ibadat solat sebulan atau dua bulan sebelum kita mula mengajar mereka solat. Pakaikan telekung, kopiah dan biarkan mereka mengendalikan dengan cara mereka sendiri. Biarkan anak mengikut anda solat walaupun permulaannya agak tunggan langgang.



 2. Jangan memaksa anak sebaliknya gunakan teknik mendorong dan menanamkan amalan ini di dalam jiwa dan mindanya. Biar anak-anak sentiasa melihat kita solat kerana dengan mudahnya mereka akan mengikut perbuatan ini.

3. Ajar anak-anak cara berwudhuk dan lafaz niat dalam keadaan yang ceria dan menyeronokkan supaya si kecil anda mudah faham dan tidak tertekan.


4. Beritahu si manja anda bahawa Rasulullah SAW menyuruh kanak-kanak berlatih solat daripada kecil dan sekiranya anak-anak sudah besar dan berumur 10 tahun, kamo boleh dirotan (untuk mengajar) jika malas.

5. Belikan mereka telekung, sejadah, kopiah, jubah atau baju melayu yang disukainya sebagai motivasi dan galakan untuk mereka bersolat.

6. Biar mereka membaca bacaan solat kuat supaya kita boleh mendengar dan menegur bacaannya. Ajarkan juga cara yang betul untuk duduk, qiam, takbir, rukuk, sujud dan lain-lain.

7. Ujilah kelancaran dan kefasihan anak membaca bacaan di dalam solat contohnya sewaktu menyikat rambutnya, dalam perjalanan ke taska dan sebagainya.

8. Praktik solat berjemaah bersama-sama di rumah.

9. Dorong anak anda dengan pujian jika anak anda semakin fasih membaca dan semakin rajin solaty bahawa Allah semakin sayang padanya.

10. Bersabarlah melihat kerenah mereka semasa peringkat awal mengajar solat kerana mereka mungkin akan menunjukkan kenakalan dan banyak kesilapan.

11. Berdoalah kepada Allah agar ditiupkan roh islam, iman dan amal di dalam jiwa setiap anak-anak.

12. Ibu bapa adalah contoh terdekat yang perlu ditunjukkan kepada anak-anak.

13. Ibu bapa perlulah sentiasa berdoa kepada Allah agar zuriat ini menjadi anak yang soleh dan menyejukkan hati. banyakkanlah berdoa kepadanya apabila di uji dengan kerenah anak kerana mereka adalah kain putih dan yang hanya menerima apa sahaja corak yang di lakar oleh ibu bapa kepadanya.

TIPS :DOA SUPAYA ANAK BERSOLAT

''Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat''.
(Surah Ibrahim, ayat 40).




Anak-anak adalah anugerah Allah kitalah yang mencorakannya!!Jom amalkan bersama tips yang serba ringkas ini semoga menjadi panduan kepada semua pembaca kesayangan saya.!!

Set kesihatan anak-anak..



Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KEDAI WESTERN BARU KAT BANDAR TUN RAZAK , CHERAS

 Hai korang, sihat ke?? Aku? macam biasa lah tenggelam n timbul dalam dunia tulisan blog hehe,,adui dah makin berusia makin di landa kemalas...