Khamis, 10 April 2014

AMBIL TAHU TENTANG MASALAH GUSI ANDA!!!

Memiliki senyuman yang cantik dan menawan sangat bertuah kerana bisa mencairkan hati yang melihatnya. Tahukah kita senyuman yang cantik datangnya dari penjagaan gigi, gusi dan mulut yang sihat. Pernahkah kita mendengar ramai juga dikalangan kita yang mengalami sakit ulser di dalam mulut dan gusi?hmmm..apabila mengalami masalah ini, secara automatik membataskan kita untuk menghasilkan senyuman yang menarik...betul tak???ya..mungkin berkait besar dengan masalah sakit gusi anda!! Jadi, janganlah kita memandang remeh dengan masalh sakit gusi ini!!



Ulser sering membuatkan si pengidap mengalami ketidakselesaan dan kadangkala ia sering berulang dalam tempoh seminggu atau 2 minggu lamanya. Apa yang lebih menyakitkan saat ingin merasa makanan kegemaran, gusi akan merasa sakit yang amat dan ade juga sesetengahnya disertai BAU yang kurang menyenangkan.

Sila ambil tahu sekiranya masalah ini sering berlaku ia berkait rapat dengan masalah kekurangan vitamin C di dalam diri kita. Tambahan pula jika dapat diperhatikan pada kulit kita nampak kering dan kasar, jelaslah bahawa kulit kita kekurangan vitamin c, walaupun ade sesetengah orang merasakan mereka telah mengambil banyak makanan yang mempunyai vitamin C. Vitamin C mudah di serap oleh perut kita, dan bagi mereka yang mengalami kekurangan vitamin ini kemungkinan besar perutnya kurang menyerap vitamin ini walaupun dirasakan dirinya telah banyak mengambil makanan jenis vitamin c. Kadar pengambilan banyak, namun kadar serapan yang lemah tidak akan menghasilkan keputusan yang baik.

VITAMIN C

Ia merupakan vitamin larut air yang bermakna tubuh badan kita tidak boleh menyimpannya. Tubuh hanya boleh menyimpan vitamin larut lemak sahaja kerana sifat sel tubuh mempunyai sebatian lemak. Vitamin C merupakan antioksidan sama juga dengan vitamin E, beta-karotena dan lain-lain nutrien yang berasakan tumbuhan. 



Tugas antioksida ialah menghalang tindakan radikal bebas. Pembinaan radikal bebas dari semasa ke semasa boleh menyumbang kepada proses penuaan dan memburukkan keadaan kesihatan seperti kanser, penyakit jantung dan artritis.

TANDA-TANDA KEKURANGAN VITAMIN C

- rambut kering dan bercabang
- radang gusi dan gusi berdarah
- kulit menjadi kasar
- penurunan kadar pemulihan luka serta lebih mudah lebam
- hidung berdarah dan senang dijangkiti penyakit

Penyakit yang berkait rapat dengan masalah kekurangan vitamin C dikenali sebagai SKURVI dan tanda-tanda utama ialah gusi yang tidak sihat dan berdarah. Jelas kita memerlukan vitamin C untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian tubuh. Hasil daripada kajian dan pembacaan saya, pihak doktor menyarankan pengambilan vitamin dalam bentuk mudah serap yang di rumus khas dalam bentuk tablet ataupun kapsul yang mana senang ditelan dan tanpa sebarang suntikan. 



Jadi, apa lagi jom check diri kita di mana? cukupkah vitamin C untuk badan kita? nak tunggu sehingga selalu terkena simptom di atas? baru nak bertindak??


Jangan...jangan..jangan..kan ke selalu mendengar istilah mencegah sebelum parah??? Perkongsian untuk pembaca yg disayangi!!

CEGAH SEBELUM PARAH!!

Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin

                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...