Jumaat, 18 April 2014

APA ITU TROMBOSIS VENA DALAM?????

Trombosis vena dalam (DVT) adalah gumpalan darah beku atau di sebut juga trombus yang terbentuk pada vena di dalam tubuh. Kebanyakan gumpalan vena dalam terjadi pada kaki di bahagian bawah atau peha tetatpi kadangkala ada juga terjadi pada bahagian tubuh yang lain. Gumpalan ini mengganggu peredaran darah dan mungkin pecah dan bergerak melalui aliran darah dan melekat di paru-paru menyebabkan kerosakan teruk pada organ tersebut. Jika gumpalan terletak di paru-paru, ia di sebut embolisasi paru-paru yang merupakan keadaan yang sangat serius yang boleh mengakibatkan kematian.



PENYEBAB DVT

- Risiko berkembangnya DVT ialah termasuk duduk terlalu lama, istirehat dan berbaring yang terlalu lama dab penggunaan ubat-ubatan seperti estrigen dan pil pencegah kelahiran antara sebab kepada DVT.

GEJALA TROMBOSIS VENA DALAM

  • kaki bengkak
  • sakit/nyeri pada satu kaki dan mungkin dirasakan semasa berdiri
  • kawasan kaki yang nyeri atau bengkak bertambah teruk
  • perubahan warna kulit atau kemerahan
Apabila berlaku gejala seperti di atas, anda perlu segera berjumpa doktor kerana trombosis dalam juga boleh menyebabkan komplikasi yang serius jika tidak diubati.

EMBOLUS PULMONARI (PE)

- Bagi sejumlah kecil pengidap DVT, sebahagian darah beku akan terpecah yang mana darah ini akan melalui aliran darah. Inilah yang dikenali sebagai EMBOLUS. Embolus akan mengalir dalam aliran darah sehinggalah tersekat. Embolus yang datang dari darah beku dalam vena akan di bawa naik ke vena besar di kaki dan ke jantung. Ia akan melalui ruang jantung yang besar tetapi akan tersekat dalam pembuluh darah yang akan ke paru-paru. Ini pula dikenali embolus pulmonari. DVT dan PE juga dikenali nama saintifik sebagai VENOUS THRIMBOEMBOLISM (VTE).

- Embolus pulmonari yang kecil tidak menyebabkan sebarang gejala. PE bersaiz sederhana menyebabkan masalah pernafasan dan sakit dada. PE besar pula boleh menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri dan kematian secara tiba-tiba.

- Tanpa rawatan, orang yang menghadapi DVT akan mendapat gejala jangka panjang terutama dalam betis yang dikenali sebagai sindrom trombotik. 



PENCEGAHAN

  • sekiranya anda telah mendapat rawatan daripada doktor, makanlah ubat yang dinasihatkan oleh doktor untuk mencegah atau mengubatu gumpalan darah
  • jika anda duduk, latihlah otot betis dengan menarik ibu jari kaki ke arah lutut setiap beberapa jam
  • minum air kosong dan hindari minuman berkafien dan beralkohol
  • gunakan pakaian yang longgar
  • anda boleh juga menggunakan stokin atau sarung kaki yang dimampatkan



Sayangi diri anda dan cegahlah sebelum parah.


PRODUK CADANGAN SHAKLEE

Omega Guard





Omega Guard Shaklee membantu mencegah penyakit saluran darah dan strok. DHA dan EPA yang terkandung di dalam omega guard Shaklee ini berupaya menentang trombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. 


Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...