Khamis, 10 April 2014

DIABETIS vs NASI... JANGAN SALAH FAHAM!

NASI???? OH TIDAK!!!TAK NAK!!!
Itu adalah jawapan yang sering doberikan oleh pengidap diabetis kronik apabila dihidangkan nasi sehingga ada sebahagiannya berpantang nasi kerana sering DIMOMOKKAN dengan kandungan gula yang tinggi. Persoalannya sejauh manakah nasi perlu dielakkan???



Nasi merupakan makanan yang termasuk di dalam kumpulan karbohidrat kompleks, dan di dalam kumpulan ini terdapat beberapa jenis gula ringkas yang disatukan dalam satu rangkaian. Contoh kumpulan makanan yang termasuk dalam kumpulan ini ialah roti, bihun, mi, pasta dan lain-lain. Badan kita memerlukan glukos, sejenis GULA yang ringkas untuk penghasilan tenaga. Tenaga adalah sangat diperlukan bagi memastikan fungsi organ asas seperti jantung dan mata berfungsi dengan baik tanpa gangguan. Glukos ini akan masuk dan berkumpul dalam rangkaian sistem peredaran darah dan diagihkan keseluruhan anggota badan.  Gula inilah kemudiannya diserap keluar dari darah ke dalam sel badan oleh insulin.

Awas Gula yang Tersembunyi

Produk akhir nasi dan gula adalah glukosa, manakala gula (table sugar) datang dari 2 jenis gula ringkas iaitu glukosa dan fruktos. Ia lebih mudah dipecahkan dan meningkatkan paras gula dalam darah dengan mudah.Bagi pesakit Diabetis Mellitus, mereka hendaklah mengikut nasihat para doktor kerana doktor akan menyarankan pengambilan gula dengan syarat tertentu. Apa yang lebih penting ialah mengambil makanan mengikut kuantiti dan had yang telah ditetapkan. Gula yang terdapat dalam nasi datangnya dalam bentuk karbohidrat kompleks dan mengambil masa lebih lama untuk meningkatkan paras gula dalam darah.



Pesakit diabetis lebih digalakkan melebihkan pengambilan fiber ketika pengambilan makanan berkarbohidrat seperti sayur-sayuran, atau produk mil sepertui beras perang, beras Bashmati, wholemeal, biskut atau roti wholemeal. Kepada pengidap pesakit diabetis ini, sila ambil PERHATIAN!!! makanan yang baik macamanapun, jika diambil secara berlebihan dan kuantiti yang banyak TETAP MEMBERI KESAN BURUK. Sebagai contoh saya bawakan di sini, kita semua sedia maklum pengambilan oats mengawal gula dalam badan. Walau bagimanapun pengambilannya perlulah mengikut kadar yang dibenarkan sahaja. Contohnya 1/2 cawan oats mempunyai kadar glukos yang hampir sama dengan 1 sudu besar gula. Anda bayangkan jika kita mengambil 3 cawan oats, ini bermakna anda sudah mengambil 6 sudu besar gula.


Tidak Perlu Pantang Nasi

Untuk perkongsian dengan readers kesayangan saya, 1 mangkuk nasi bersamaan 3 keping roti. Bagi kebanyakan lelaki yang masih muda, mereka akan cepat merasa lapar semula selepas 2 jam memakan roti berbanding nasi. Jadi penyelesaian yang boleh dikongsikan di sini cara terbaik ialah kita bertukar kepada beras perang ataupun Bashmati. 

Pengambilan Buah Mengikut Kuantiti Dibenarkan

Semua jenis buah boleh di ambil, akan tetapi pesakit mestilah memastikan mengikut kuantiti yang dibenarkan. Buah-buahan mengandungi pemanis semulajadi, pesakit perlulah memahami bahawa konsep pengambilannya juga sama seperti nasi. Jika pesakit ingin menjadikan buah tersebut sebagi jus, pastikan jangan membuang seratnya dan jangan menambah gula ataupun susu pekat manis bersamanya. Akan tetapi cubalah untuk minum jus tadi bersama hidangan utama yang mempunyai banyak sayur. 

Jus yang baik adalah jus yang boleh menggabungkan buah dan serat yang banyak. Diingatkan juga di sini bahawa buah yang masam juga perlu diambil mengikut saranan yang ditetapkan. 

Anda pesakit diabetis?ibu anda?bapa anda? keluarga dan orang sekeliling anda??? nasihatilah mereka. Ya, mungkin tips yang saya kongsikan sedikit sebanyak ini boleh menyelamatkan anda dari terus ke tahap bahaya. 



Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...