Rabu, 2 April 2014

CARA METABOLISME MEMPENGARUHI BERAT BADAN

Ramai di antara kita yang tidak memahami tentang apa itu metabolisme walaupun istilah ini banyak kita dengar dalam info kesihatan mahupun diet. Secara ringkasnya metabolisme ialah proses mengubah nutrisi makanan menjadi tenaga. Tahap metabolisme yang tinggi ialah pembakaran kalori oleh tubuh menjadi tenaga dengan kadar yang lebih cepat.  Manakal tahap metabolisme yang rendah pula bermaksud proses pembakaran kalori oleh badan untuk menjadi tenaga yang lebih lambat.



Kita jangan risau berkenaan metabolisme ini kerana jika kita dapat mengendalikan metabolisme tubuh, ini bererti kita boleh mengendalikan berat badan kita dengan lebih cepat dan mudah. Ini kerana jelas bahawa proses metabolisme memang mempengaruhi penurunan dan kenaikan berat badan kita.

MAKIN LAMBAT BILA USIA MENINGKAT

TIdak hairanlah jika kita meningkat usia, kita akan senang menjadi gemuk sedangkan cara pemakanan kita sama sahaja ketika kita remaja, ini adalah kerana METABOLISME. Kebanyakan mereka yang berusia 30 tahun akan mengalami penurunan metabolisme. Secara ringkasnya semakin meningkat usia kita, pembakaran kalori akan menjadi lebih lambat dan mengakibatkan kalori meningkat dan menjadi lemak dan akan mengakibatkan badan menjadi gemuk. 



FAKTOR LAIN YANG MEMPENGARUHI METABOLISME

1. Jantina
- wanita memiliki metabolisme yang lebih rendah berbanding lelaki. lelaki memiliki bahagian tulang, organ, otot yang lebih besar berbanding wanita. Jadi tidak hairanlah jika metabolisme mereka juga lebih besar.

2. Komposisi badan
- mereka yang mempunyai berat badan normal yang memiliki banyak otot mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi daripada mereka yang gemuk dan banyak lemak

3. Iklim
- mereka yang tinggal di negara iklim tropika memiliki kadar metabolisme 10% lebih rendah dibandingkan dengan mereka yang tinggal di bahagian sub tropika

4. Gizi
- pola gizi yang buruk dan berpanjangan akan mengurangkan metabolisme sehingga 20%.

5. Tidur
- ketika tidur, metabolisme 5% lebih rendah dibandingkan ketika berjaga

6. Aktiviti fizikal
- semakin banyak dan berat aktiviti seseorang, semakin tinggilah kadar metabolisme orang itu

CARA MENINGKATKAN KADAR METABOLISME

1. Hindari penurunan berat badan yang drastik - diet yang melampau akan membuatkan metabolisme badan semakin lambat sehingga 30%.

2. Makan di dalam kuantiti yang sedikit - setiap kali kita makan, tubuh akan membakar kalori untuk mencerna makanan. Jika anda makan 5 atau 6 kali sehari dalam kuantiti yang sedikit, tubuh akan membakar 20 kalori tambahan.

3. Tidur yang cukup dan jauhi stress - mereka yang kurang tidur akan menghasilkan lebih unsulin yang bakal membuatkan tubuh akan diliputi dengan lemak. Selain itu, kurang tidur akan menyebabkan kita rasa mengantuk di siang hari dan mengakibatkan semakin sedikit kalori yang terbakar.



Nikmati set Slimming Shaklee yang bukan sahaja membantu anda kurus akan tetapi sihat dari dalam.. Kecantikan luaran bermula dari kecantikan dalaman. Jom kita sihat bersama kerana saya yakin dan pasti anda semua mahu sihat dan langsing!!!

Buktikan anda boleh..Just pm or contact saya and...paling penting anda akan di guide secara percuma!!! 


Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin

                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...