Jumaat, 4 April 2014

6 TIPS BERJIMAT CERMAT

Dewasa ini, kita semua sedia maklum bahawa kos sara hidup semakin meningkat. Isu ini mungkin tidak menjadi masalah kepada pasangan yang berpendapatan tinggi namun berbeza sekali dengan pasangan yang berpendapatan sederhana dan paling sakit ialah golongan berpendapatan rendah. Masuk sahaja ke april 2014 ini, suka saya nak berkongsi dengan pembaca kesayangan saya, ayuhlah kita menstruktur semula kewangan keluarga kita agar perbelanjaan menjadi lebih terancang. pada masa yang sama juga mengajar kita untuk berjimat cermat. ingatan untuk diri saya dan pembaca semua. jom sesama praktikkan langkah yang saya kongsikan ini.. (sumber : majalah Pa&Ma)




1. MASAK DI RUMAH

- Kos makan di luar agak tinggi dan mungkin kita perlu menghadkan kepada sekali seminggu sahaja berbanding sebelum ini. Apa salahnya jika isteri-isteri di luar sana, termasuk saya..hihihi.. mempelajari masakan kegemaran keluarga dan menyediakan dengan tangan sendiri di rumah??bukankah itu pun lebih berkat.. Jika masa yang menjadi halangan, cuba fikirkan cara penyediaan bahan dari awal supaya masa menyediakan makanan di waktu pagi dan malam tidak terganggu. Anda dan suami juga boleh membawa bekal ke tempat kerja.



2. BIJAK MEMBELI

- Utamakan KEPERLUAN, bukan KEHENDAK!!! Sediakan senarai membeli-belah dan patuhinya. Disiplinkan diri dengan menghadkan pembelian barangan yang diperlukan sahaja. elakkan membeli ketika dalam keadaan lapar agar tidak terpengaruh untuk membeli apa yang tidak sepatutnya.




3. MEMBELI SECARA PUKAL

- Belilah barangan keperluan dalam pek pukal untuk mendapatkan harga yang murah. Manakala bagi keperluan yang sering digunakan seperti beras, tisu, sabun pencuci, pelembut pakaian, ubat gigi dan pelbagai lagi eloklah dibeli dalam kuantiti yang banyak ketika jualan murah atau ketika harga runtuh. 

4. BAYAR TUNAI

- membelilah secara tunai dan elakkan berhutang kecualilah hutang rumah dan kenderaan. Elakkan hutang ketika membeli belah. Jangan gunakan kad kredit, anda boleh menggunakannya sekiranya waktu kecemasan dan disiplinkan diri untuk segera membayarnya.

5. PENDAPATAN TAMBAHAN

- anda boleh memulakan perniagaan kecil-kecilan atau membuat kerja sambilan untuk menambah pendapatan. Contohnya perniagaan online..apa sahaja perniagaan asalkan halal dan tidak bercanggah dengan peraturan perniagaan. Sebab itu jugalah saya memilih perniagaan onlinE SHAKLEE sebagai satu cara menambah pendapatan keluarga saya. 



INFO!!

**seramai 241,740 individu diisytiharkan bankrup di negara kita setakat April 2013. Daripada jumlah itu, sebanyak 52,917 kes berlaku di Selangor dan 42,843 di wilayah Persekutuan. Manakala 70% adalah lelaki dan selebihnya wanita.


Anda di luar sana juga boleh menjalankan perniagaan online Shaklee!!!hubungi saya dan kita boleh berkongsi bagaimana perniagaan hujung jari ini dijalankan. Saya seorang yang buta IT..saya baru bermula, anda boleh, saya boleh  dan kita akan sama-sama berjaya!!

Buktikan kepada semua kita BOLEH!!!!

Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin

                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...