Selasa, 18 Februari 2014

GEJALA YANG SERING BERLAKU SELEPAS HAMIL- ANDA PERLU TAHU!!

SIMPTOM SELEPAS BERSALIN-ANDA PERLU TAHU?

Saat selepas melahirkan bayi kesayangan kita, iaitu selepas bersalin setiap ibu wajib melalui proses berpantang dan umumnya proses berpantang ini memang merupakan cabaran besar buat ibu-ibu tambahan lagi ibu yang melahirkan anak pertama. Terdapat simptom dan gejala yang perlu anda tahu yang sering berlaku terhadap ibu yang melalui proses berpantang. 



Bagi yang pernah melalui, sememangnya tahu dan bagi yang bakal menghadapi, anda akan mengetahui bahawa keadiran bayi memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Tambahan pula,  ibu selepas bersalin masih lagi mengalami perubahan hormon dan keletihan yang mana sekiranya tidak ada ilmu menangani, perkara ini boleh membawa kepada bahaya si ibu. 



Risau ibu- ibu mengalami stress dan tekanan dalam tempoh berpantang, kita boleh elakkan dengan cara menambah ilmu untuk diri sendiri cara menangani stress selepas bersalin dan mungkin juga dengan pengambilan suplemen.

Terdapat beberapa perkara yang saya nak kongsikan bersama readers semua yang mana simptom yang perlu anda tahu selepas bersalin

1. SAKIT PADA FARAJ

Sekiranya ibu-ibu mengalami episiotomi(koyak semasa melahirkan), anda akan mengalami sakit pada faraj. Kesakitan mungkin akan berlaku 2-3 minggu terutama semasa berjalan ataupun duduk. Koyakan yang lebih panjang mungkin akan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh


2. KELUAR DARAH (NIFAS)

Pada awal proses berpantang, darah akan keluar dalam kuantiti yang banyak. Semakin lama darah ini akan semakin berkurang. Kita akan merasa darah keluar semasa dan selepas menyusukan bayi. Darah yang keluar berwarna merah dan akan bertukar kepada coklat dan kekuningan setelah 4-6 minggu dan sesekali diselangi juga darah beku. Perkara ini biasa dan jangan panik. Sebaiknya terus berjumpa doktor sekiranya:- 

  • pad dipenuhi darah walaupun ditukar setiap setengah jam
  • darah yang keluar berbau busuk
  • darah beku yang keluar lebih besar dari bola golf
  •  mengalami demam 38c atau ke atas


3. SAKIT PERUT

Sakit perut mungkin juga disebabkan oleh sebarang jangkitan. Kita juga mungkin mengalami sakit di bahagian luar perut di sekeliling jahitan mungkin disebabkan kesan pembedahan (bagi yang melalui proses bersalin pembedahan). Kesakitan di dalam perut perlulah cepat merujuk kepada doktor. 



4. SUSAH KENCING

Bengkak pada tisu dan ruang sekitar pundi kencing kadang-kadang boleh menyebabkan anda sukar kencing selepas bersalin. ibu-ibu boleh cuba membuat senaman kemutkan faraj semasa kencing untuk kurangkan bengkak.


Terdapat banyak lagi tanda-tanda yang akan dialami oleh ibu yang sedang berpantang. Semuanya perlulah ditangani dengan baik oleh kita sendiri. Salah satu cara paling mudah untuk menangani masalah tersebut dengan cara pengambilan suplemen. Shaklee menyediakan set berpantang untuk ibu-ibu selepas bersalin dan setiap suplemen berkenaan mempunyai fungsi yang dapat membantu anda lebih bertenaga dalam proses berpantang.

Untuk mendapatkan khidmat nasihat dan produk tersebut anda boleh menghubungi saya ahli Shaklee yang berdaftar.




Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin

                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : vitamin terbaik dunia









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...