Selasa, 18 Februari 2014

DEMAM KUNING DI KALANGAN BAYI

KENALI PUNCA DAN CARA MENGATASI DEMAM KUNING BAYI ANDA

APA ITU DEMAM KUNING DAN PUNCANYA?



Demam kuning atau jaundis selalunya menyerang bayi yang baru lahir dan selalunya berlaku kepada bayi berumur 1 - 14 hari. Mengikut kajian, hampir 50-60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami jaundis. Ini bermakna setiap 10 orang bayi yang lahir, 6 daripadanya akan mengalami jaundis. 

Jaundis (demam kuning) berlaku disebabkan oleh pigmen kuning atau lebih dikenali BILIRUBIN(bahan kumuh) yang meningkat dalam darah. Bilirubin ini berlaku disebabkan pecahnya sel-sel darah merah sewaktu bayi lahir. Ketika bayi masih di dalam kandungan, bilirubin di buang melalui plasentra dan organ. Hati dari ibu akan diolah menjadi bilirubin untuk dibawa ke usus dan seterusnya dibuang melalui proses penyahtinjaan. Setelah bayi lahir, proses tadi akan dilakukan sendiri oleh hati bayi itu. Namun disebabkan fungsi hati belum sempurna, proses itu menjadi lambat dan menyebabkan bilirubin tetap tinggi dalam bayi. Bilirubin inilah yang masuk ke jaringan kulit sehingga kelihatan kuning.

BAGAIMANA MENGENALI JAUNDIS/ DEMAM KUNING

Kita sebagai ibu bapa boleh mengenali jaundis yang terjadi pada bayi. Ia biasanya bermula dari mata, muka, perut dan kaki. Cara mudah untuk mengenali jaundis adalah dengan cara:-

  • melihat mata putih bayi jika berwarna kuning, memang bayi kita telah terkena jaundis
  • tekan pada kulit bayi beberapa saat dan lepas, jika bayi jaundis, kulit akan kelihatan kuning

CARA RAWATAN DAN MENGATASI 


1. menyusukan bayi dengan kerap kerana kolostrum yang terdapat dalam susu ibu akan bertindak sebagai laktasid dan kekerapan bayi membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin



2. bayi yang kuning akan selalu tidur dan selalulah kejutkan bayi untuk menyusus setiap 2 jam


3. Boleh juga menggunakan cara tradisional dengan mendedahkan bayi pada cahaya panas waktu pagi tetapi tidak secara terus kerana kulit bayi masih sensitif. Buka pakaian dan lampin bayi.

4. rawatan terapi lampu dan merupakan kaedah yang paling berkesan di abad ini (sebaiknya rujuk hospital). Ia merupakan cahaya biru dengan jarak gelombang kira-kira 450nm. dengan cara inilah bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin larut air untuk dinyah daripada badan.



Rawatan susu ibu adalah juga cara paling mujarab dan pastikan kita ibu-ibu menyusukan bayi tepat mengiktu jadual. Ibu mestilah yakin dan rajin untuk menyusu bayi. Tiada alasan tiada susu lagi kerana terdapat pelbagai cara untuk tujuan membantu memperbanyakkan susu ibu.


BANYAKKAN SUSU IBU-KERAP MENYUSU DAN ATASI JAUNDIS BAYI

- banyakkan berdoa pada Allah agar sentiasa dilimpahi rezeki susu untuk diberikan pada si comel kita



- boleh mengambil suplemen Shaklee (milk booster) bagi membantu ibu-ibu memperbanyakkan susu



- sentiasa positif dan memberitahu otak ''susu aku banyak''!!!positif!!positif!!dan positif!!



Untuk yang mencari suplemen milk booster hubungi saya dan saya bersedia consult anda!!!


Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin

                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

TQ ALL!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...