Rabu, 12 Februari 2014

DEMAM DI KALANGAN ORANG DEWASA

Istilah demam sering kita dengar di bibir masyarakat dahulu dan sekarang. Demam juga akan menyerang semua peringkat samada bayi, kanak-kanak, orang dewasa dan orang tua. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda berkenaan demam di kalangan orang dewasa.



APA ITU DEMAM

Demam merujuk kepada ketinggian suhu badan yang mana suhu badan berubahdari suhu biasa kepada suhu melebihi 37c. Secara teknikal apa-apa suhu badan yang melebihi suhu mulut manusia biasa iaitu 37c boleh di anggap demam dan boleh dirujuk kepada pakar perubatan. 

Demam kebiasaannya diiringi gejala lain dan menyebabkan demam menjadi lebih parah bila terdapat tanda lain seperti batuk, sakit tekak, keletihan, sakit sendi, menggigil, mual dan lain-lain yang berkaitan. Apabila demam mencapai suhu 40c sudah dianggap berbahaya dan perlu segera mendapat rawatan kerana takut mengakibatkan sawan.

APA YANG MENYEBABKAN DEMAM

Demam merupakan tindakbalas imunisasi badan terhadap virus dan jangkitan seperti bakteria, kulat, dadah atau toksin lain. Jangkitan bakteria dan virus menghasilkan zat yang disebut pirogen yang mencetuskan sistem kekebalan tubuh. Umumnya penyebab demam adalah disebabkan jangkitan yang menyebabkan sel badan tidak berdaya melawan bakteria dan jangkitan.



CARA MENGATASI DEMAM

Terdapat berbagai cara untuk mengatasi demam samada rawatan tradisional ataupun moden. Kedua-dua kaedah digunakan dahulu dan sekarang. 

Antara yang boleh disenaraikan di sini untuk panduan bersama:-

1. Mengambil lebih banyak air - semasa demam kita boleh mengambil lebih banyak air seperti jus (seperti teh dan rempah). Ini kerana cecair yang diambil dalam kuantiti banyak ketika demam boleh mengurangkan ''kekeringan'' pada tekak dan hidung

2. Periksa sendiri suhu badan - anda boleh memeriksa suhu badan sendiri. Adalah lebih baik suhu badan di periksa 4 jam sekali dan cuba untuk jgn makan atu minum sebelum memeriksa suhu kerana bimbang suhu yang dihasilkan tidak berapa tepat.

3. Lap badan dengan kain basah - Penggunaan kain basah dan di lap di seluruh badan akn membantu menurunkan suhu panas

4. Cukup rehat - orang yang demam perlu memastikan mereka mempunyai waktu rehat yang mencukupi agar badan dapat melawan virus dengan baik, cepat dan berkesan. 

5. Pakai pakaian yang nipis - sewaktu demam menyerang, sebaiknya kita mengenakan pakaian yang nipis dan tidak tebal ini adalah kerana pakaian yang tebal hanya akan menaikkan suhu badan.

Di atas adalah di antara  perkara yang boleh dilakukan sewaktu demam di rumah dan sekiranya penyakit berlarutan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut!!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...