Rabu, 9 Julai 2014

Tips Buat Bakal Ibu Berpantang

Setiap wanita wajib meletakkan rasa syukur yang menggunung apabila di beri kesempatan oleh Ilahi untuk merasai nikmatnya pengalaman mengandung, loya, membawa anak yang tersayang selama 9 bulan, bersalin dan seterusnya berpantang. Hanya wanita bertuah dapat merasai nikmat dan pengalaman ini. Hargailah dirimu wahai wanita!! (aih...macam lagu lah pulak)!!!
Namun kini, yang masih takut dan ragu untuk melalui proses ini walhal ianya satu proses di mana ibu-ibu yang lepas bersalin untuk menyegarkan kembali badan yang telah 9 bulan membawa beban di dalam perut mereka. Tidak perlu takut kerana dewasa ini tempoh berpantang bukan lagi seperti zaman dahulu akan tetapi kini, zaman telah moden dan kebanyakan set penjagaan ibu-ibu selepas bersalin semuanya telah di modenkan.
Perlu di ingat juga, proses berpantang tidak semua makanan boleh di makan seperti biasa, akan tetapi ibu-ibu perlulah tetap menjaga pemakanan agar tetap mempunyai zat-zat yang tetap diperlukan oleh badan agar mengelakkan dari sembelit atau seumpamanya semasa tempoh ini.
Ibu-ibu juga kebanyakannya telah sedar betapa pentingnya pengambilan zat yang sesuai semasa proses berpantang. Ibu disarankan mengambil cukup zat besi dan protein. Kajian menunjukkan bahawa amalan berpantang adalah sangat berfaedah kerana tempoh menyusu dapat dilanjutkan.
Fakta Tradisonal Mengena Berpantang
1) Masyarakat Melayu
- Digalakkan memakan ikan yang segar dan dapat menyembuhkan luka dalaman bersalin samada pembedahan ataupun normal, manakal sesetengah makanan seperti makanan laut, ikan kembung dan jenis-jenis ikan tertentu tdak dibenarkan kerana akan menyebabkan kegatalan kepada luka dalaman itu.
2) Masyarakat India
- sayuran jenis labu seperti lauki dan tori dipercayai dapat meningkatkan pengeluaran susu dan ibu-ibu dalam masyarakat India sangat digalakkan mengambil makanan ini semasa tempoh berpantang. Daun sirih juga diamalkan oleh masyarakat India kerana juga dipercayai dapat meningkatkan pengeluaran susu.
3) Masyarakat Cina
- Menggalakkan ibu-ibu mengambil pelbagai jenis makanan yang dapat memanaskan badan. Ini termasuklah halia dan tonik tradisional yang di masak dengan herba. Makanan itu dipercayai dapat memperbaiki aliran darah dan menguatkan sendi.
Amalan Pemakanan Berkhasiat Semasa Berpantang
Pada minggu awal tempoh berpantang seharusnya memakan makanan yang kering sahaja bertujuan untuk mengecutkan rahim. Mengikut pantang melayu tradisional banyak menu juga yang dapat disediakan untuk ibu-ibu di dalam tempoh berpantang. Bolehlah di tambah halia, lada hitam, serai asam gelugur dan rempah yang dibenarkan bertujuan membangkitkan selera untuk ibu-ibu. Disarankan juga pengambilan ulam-ulaman seperti pegaga, kunyit, cekur, mengkudu kerana tumbuhan ini mempunyai zat yang dapat menyihatkan badan ibu dalam proses berpantang.

Set Berpantang Dari Shaklee Untuk Anda

Sepertimana info saya di atas, set untuk penjagaan selepas bersalin telah banyak dimodenkan hanya tunggu pengguna bijak memilih. Ibu-ibu perlulah memilih dengan bijak set bersalin untuk digunakan sepanjang tempoh berpantang. Di sini sedikit info ringkas panduan untuk bakal-bakal ibu memilih set bersalin.

1) Maklumat dan Info mengenai produk

- pastikan bakal ibu semua study, belajar dan carilah info sebanyak mungkin tentang sesuatu produk yang akan digunakan agar ia selamat untuk digunakan untuk ibu dan juga bayi kerana tempoh berpantang ibu-ibu sekaligus menyusukan anak, bimbang juga jika tidak di kaji dengan betul, sesuatu produk itu akan menyebabkan bayi yang baru lahir terkena jaundis disebabkan produk yang di makan oleh ibu.

2) Bajet

- Kebiasaannya set bersalin yang lengkap kita semua sedia maklum harganya memang agak mahal, akan tetapi ibu-ibu juga patut survey walaupun sedikit produk yang dibekalkan, harga masih berpatutan dan mampu membantu ibu-ibu bertenaga  dalam tempoh berpantang. Contoh paling senang anda boleh cari produk yang menyediakan Set Bajet kerana di dalam set bajet selalunya membekalkan vitamin yang mencukupi kepada ibu.

3) Ada produk yang membantu pengeluaran susu

- perkara ini penting kerana dalam berpantang ibu wajib menyusukan bayi. Jadi, set pemilihan berpantang ibu-ibu perlulah mencari set yang mampu membantu memperbanyakkan susu badan.

4) tanya pendapat rakan sebagai testimoni

- Ramai di kalangan rakan-rakan kita yang telah bergelar ibu dan kita mestilah bertanyakan pendapat mereka apa kebaikan dan keburukan produk yang di pakai mereka. Daripada maklumat itu kita boleh membuat penilaian sebagai panduan kita memilih produk. Carilah testimoni sesuatu produk kerana mereka telah merasai kesannya. 

5) pembekalan nutrisi

- Ini sangat penting kerana semasa tempoh pantang makanan yang kita makan sangat terhad. oleh sebab itulah kita memerlukan nutrisi yang cukup untuk memulihkan badan. Proses bersalin tentunya menyebabkan ibu-ibu kehilangan banyak darah jadi kita memerlukan iron dan zat besi untuk memulihkan keadaan seperti sediakala.  


Produk bersalin Shaklee mengandungi cukup perkara di atas dan telah membuatkan ramai pengguna yakin dengannya. Anda bijak kerana memilih Shaklee sebagai set berpantang. 




Shaklee menawarkan 3 jenis set untuk keperluan ibu-ibu mengadapi berpantang dan apa yang menariknya saya menyediakan consult cara makan yang berterusan khas untu customer saya.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ca508b71f8e81b9ba5c419e9b31cc2ef




Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin
 
sms /call /whatsapp 017-3660351
 
 
Fanpage : Vitamin terbaik dunia
 
 
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...