Isnin, 21 Julai 2014

Penting Untuk Suami Isteri Dan Bakal Suami Isteri Sahaja~Bagaimana Mengetahui Waktu Subur!!!!

Kita sudah mendirikan rumahtangga akan tetapi masih belum dikurniakan zuriat, situasi ini tentu sekali sangat membimbangkan pasangan yang berkenaan. Harapan pada setiap ikatan suci perkahwinan adalah agar dikurniakan anak penyambung generasi pasangan yang berkahwin. Akan tetapi tidak semua pasangan yang berkahwin bertuah terus diberikan rezeki anak olehNYA. Mungkin pasangan itu di uji dengan masalah untuk hamil selepas berkahwin, jangan bersedih, sebaliknya anda teruslah memohon pada Allah kerana ia merupakan ujian menandakan Allah sangat menyayangi anda. Mungkin juga anda bertuah kerana di uji oleh Allah. 

Untuk Bacaan Suami Isteri Sahaja

Saya bawakan entry saya kali ini penting untuk suami isteri dan bakal suami isteri yang merancang untuk mendapatkan zuriat. Pasangan suami isteri yang telah lama berkahwin tapi masih berlum dikurniakan zuriat, anda mungki boleh mencuba Set Kesuburan daripada Shaklee di mana di dalam set kesuburan yang Shaklee sediakan terdapat set kesuburan khusus untuk wanita dan lelaki. Bermacam-macam usaha anda telah lakukan tetapi masih tiada hasil, bersabar dan terus bersabar dah berusahalah selagi mampu. Ubat yang paling mujarab pula adalah DOA yang berterusan kepada Allah Pemberi Segala-galanya. 

Dari segi usaha diri sendiri dengan kemodenan dunia sekarang, anda perlu cukup ilmu terutama dalam perhubungan seks suami isteri. Di samping itu, adalah penting untuk anda mengetahui waktu subur si isteri. Di sini sedikit infi saya kongsikan hasil dari pembacaan dan pemahaman saya untuk anda praktikkan dan mungkin boleh di beri cadangan kepada pasangan yang masih belum dikurniakan zuriat. Antara panduan mudah untuk menrancang kehamilan;

- pastikan diri anda dan suami mampu menjalankan hubungan seksual dengan sempurna kerana ade sesetengah pasangan masih belum berjaya melakukan hubungan seks walaupun telah lama berkahwin 

- peluang amat cerah sekiranya waktu haid bulanan isteri teratur iaitu antara 28-30 hari. Anda juga mesti tahu bahawa waktu subur ialah pada hari yang ke 14 jika pusingan haid isteri anda ialah 28 hari dan jika pusingan haid ialah 30 hari, maka waktu suburnya ialah pada hari ke 16.

- waktu hubungan suami isteri yang terbaik ialah pada hari ke 12- ke 20 dan anda juga perlu maklum kekuatan benih sperma adalah dalam masa 48 jam sahaja. 

- sangat penting juga bagi pasangan untuk mengawal berat badan kerana kegemukan juga merupakan salah satu faktor yang menggangu kesuburan 

- nasihat pakar, anda perlu mengambil cukup vitamin E, C, folic asid, zinc dan selenium. Anda mungkin boleh mencari suplemen yang menyediakan vitamin berkenaan.

Ketahui Waktu Subur

Si suami tolonglah alert dengan perubahan isteri anda kerana sewaktu melalui waktu subur ini, badan wanita akan mengalami kenaikan suhu lebih kurang 1 darjah celcius daripada waktu biasa. Waktu ini juga wanita akan mengalami keluarnya cecair putih daripada kemaluan mereka disebabkan hormon badan yang meningkat itu. Waktu inilah dinamakan waktu kesuburan isteri anda selain daripada kitaran haid pada hari yang ke 14 itu. waktu ini anda boleh cuba untuk bersama sebaiknya di antara hari yang ke 11 - 16 untuk memberi peluang ovum dapat bertemu sperma secara kerap seterusnya meningkatkan peluang anda untuk hamil. Cubalah usaha untuk beberapa bulan di sertai dengan doa dan zikir.


anda boleh rujuk kepada gambar ini peningkatan suhu di waktu subur


Set Kesuburan Shaklee



Set Subur Shaklee terdiri daripada:-

Set Wanita


GLA Complex - ia jelas berfungsi untuk meningkatkan kesuburan wanita yang membantu menstabilkan hormon wanita agar dapat menghasilkan telur yang berkualiti setiap bulan. Ini adalah kerana telur yang berkualiti akan menjamin berlakunya persenyawaan yang baik dan menghasilkan janin yang sempurna insyaallah. Antara ciri GLA Complex dalam meningkatkan kesuburan wanita :-

- mengawal selia estrogen dan testosteron
- menghilangkan simptom PMS
- melambatkan monopous
- membantu proses kehamilan kerana ia membantu badan wanita dalam menghasilkan lendir yang berkualiti yang dalapt membantu sperma berenang ke sel ovum dan berlakunya persenyawaan.

Alfalfa Complex 

- alfalfa membantu mengatasi rasa sakit ketika bersama 
- mengatasi masalah keputihan yang selalu dialami oleh kebanyakan wanita
- bertindak sebagai kacip fatimah dalam hubungan suami isteri

ESP

- ESP membantu dalam meningkatkan peluang hamil kerana di dalamnya terkandung isoflavones yang berfungsi sama seperti pil hormon(clomid)
- membantu badan dalam meningkatkan sel-sel badan dan  asid amino yang membentuk protien untuk kesihatan wanita

Set Lelaki

Zinc Complex 

- zinc sangat diperlukan oleh lelaki kerana ada pendapat mengatakan bahawa kekurngan zinc boleh menyebabkan kemandulan
- ia juga mampu pengaruhi bilangan dan pergerakan setiap sperma di dalam badan lelaki
- ia juga membantu meningkatkan paras testosteron dalam badan yang membantu kepad perhubungan seks yang lebih baik

Vitamin E

- ia membantu kepada pergerakan dan kualiti sperma 
- merupakan vitamin antioksidan kuat dan mampu membunuh radikal bebas yang merosakkan sperma

Jadi kepada anda di luar sana yang masih lagi tercari-cari dan ingin mencuba mana-mana set subur, anda cubalah set kesuburan Shaklee kerana ramai yang telah berpuas hati dengannya. Akhir sekali seperti mana pesan say di atas, sentiasalah titipkan doa kepada Allah agar segala usaha anda diberkati olehNYA.

Untuk membuat pesanan anda boleh klik butang di bawah.


Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


sms /call /whatsapp 017-3660351
Fanpage : Vitamin terbaik dunia



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...