Selasa, 8 Julai 2014

AMBIL BERAT TENTANG KOLESTEROL~SUKARNYA MENURUNKAN KOLESTEROL JAHAT

Mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah pilihan manusia di zaman kini. Pada kajian saya sendiri, ramai di kalangan rakyat Malaysia kini telah sedar betapa peri pentingnya gaya hidup yang sihat demi menjamin kesejahteraan hidup kini dan selamanya.

Akan tetapi, tidak dinafikan masih terdapat ramai lagi rakyat di negara ini suka memilih cara hidup yang tidak sihat walaupun kempen dari pihak kerajaan sendiri telah dihebahkan di seluruh media elektronik dan media massa. Bayangkan anda sebelum ini seorang yang sihat walafiat, akan tetapi suatu hari setelah membuat rawatan kesihatan, anda telah disahkan mempunyai penyakit salah satu yang ingin saya sebutkan di sini ialah tahap kolesterol anda di tahap bahaya. Sudah tentunya terngadah sendiri memikirkan keadaan kesihatan yang kian membimbangkan. 



Cerita Kolesterol

Di dalam badan kita terdapat kolesterol yang berasal dari 2 sumber iaitu:-

1) makanan yang di ambil - terdapat pada makanan seperti daging, ikan dan produk hasilan tenusu. Daging diketahui sangat tinggi kandungan kolesterolnya. Setelah kita makan, kolesterol akan diserap oleh usus kecil dan akan masuk ke saluran darah dan disimpan dalam kot protien yang dikenali sebagai KILOMIKRON .


2) pembentukan oleh hati - hati berperanan mengambil kolesterol dari salur darah dan menghasilkan kolesterol semula mengikut keadaan. Setelah makan, hati akan menapis kilomikron yang berada di dalam salur darah dan semasa makan hati akan mengeluarkan kembali kolesterol yang diserap kembali ke bahagian edaran darah. 

Si Baik dan Si Jahat

Terdapat 2 jenis kolesterol iaitu kolesterol baik dan kolesterol jahat. HDL (high density lipoprotiens) di sebut kolesterol baik yang mana lebih kurang 0.25-0.33 bahagian kolesterol terdiri daripada HDL. Manakala LDL (low density lipoprotiens) dikenali dengan kolesterol jahat. 

Kolesterol LDL ini di sebut jahat kerana peningkatan kadar kolesterol ini dalam darah dikaitkan dengan meningkatnya risiko pelbagai penyakit. Kolesterol LDL akan berkumpul di dinding arteri sehingga membentuk plak yang menyebabkan dinding arteri kaku dan menyempitkan rongga pembuluh darah. proses inilah dikenali sebagai atherosklerosis.


Si Jahat Penyebab kepada Penyakit Berbahaya

Proses atherosklerosis selalu terjadi pada arteri di otak, jantung, ginjal, lengan dan sebaginya. Jika atherosklerosis terjadi di dalam arteri yang menuju ke otak, inilah yang akan menyebabkan stroke, dan jika terjadi pada arteri menuju ke jantung ia akan menyebabkan terjadinya serangan jantung. 

Kajian telah menunjukkan bahawa kolesterol jahat adalah punca utama kepada penyakit jantung dan pembuluh darah (cardiovascular disease/CVD) yang mana sehingga kini CVD merupakan penyebab kematian nombor 1dunia dengan angka kematian 17 juta orang setiap tahun. Angka ini pula dijangka meningkat 20 juta pada tahun 2015 dan 23 juta pada tahun 2030.

Tips Menurunkan Kolesterol Jahat

Apabila kita disahkan kolesterol dalam badan sudah tentunya kita tercari - cari cara untuk mengatasi masalah kolesterol. Samada mencuba cara perubatan moden, cara perubatan tradisional dan pelbagai lagi. Jadi, anda cubalah untuk mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan mungkin boleh mengamalkan tips berikut:-

a) hindari makanan kolesterol tinggi

- lemak tepu yang mana lemak tepu ini terdapat pada daging haiwan. Kurangkanlah pengambilan daging dalam pemakanan harian tambahan lagi di bahagian lemaknya.



b) banyakkan makanan yang menurunkan kolesterol

- antara makanan ataupun buah-buahan penurun kolesterol adalah seperti teh hijau, buah delima dan avocado, anggur, bawang putih, ikan salmon, kekacang serta bayam.



c) aktiviti olahraga

- Berolahraga tidak lagi tidak lagi asing dari kesihatan, akan tetapi perkara inilah yang sering diabaikan oleh kita walhal olahraga adalah salah satu strategi terbaik untuk menurunkan kolesterol. Biasakan diri melakukan senaman olahraga 30 minit sehari akan cepat menurunkan kolesterol jahat dan sekaligus meningkatkan kolesterol baik untuk badan.



d) berhenti merokok

- merokok boleh merosakkan pembuluh darah menyumbang kepada pengerasan pembuluh darah dan merupakan faktor utama penyumbang kepada sakit jantung dan stroke. 

Suplemen Phytocol-ST Mampu Mengatasi Masalah Kolesterol

Amat susah untuk melakukan senaman dan pemakanan sihat, oleh itu carilah satu alternatif yang semulajadi dan yakin dengan keberkesanannya. Pengambilan suplemen Shaklee Phytocol-ST boleh membantu murunkan kolesterol dalam badan. Phytocol merupakan pilihan semulajadi terbaik terbaik dengan 2000 mg fitosterol dan disarankan 100% oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).



Fitosterol pula adalah tumbuhan sterol dan stenoils yang terdapat dalam sel membran tumbuhan yang berfungsi menyerap kolesterol LDL yang berlebihan di dalam badan kita. 




Fitosterol akan bersaing dan mengalahkan kolesterol jahat dalam penyerapan di dalam usus. Ini jelas menunjukkan semakin tinggi kita mengambil fitosterol maka semakin kurang kolesterol yg akan diserap dalam badan dan semakin tinggi peluang untuk merendahkan LDL dalam badan. 

Oleh itu, jangan abaikan kolesterol dan jangan biarkan ia berleluasa kerana merupakan penyebab utama kepada penyakit berisiko tinggi. Bijaklah memilih suplemen untuk kesihatan diri anda!!!Sila jangan abaikan kesihatan diri kita...








Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...