Ahad, 20 Julai 2014

Resdung Dan Cara Perawatannya Agar Hidup Anda Lebih Ceria

Perkongsian cerita saya hari ini mengimbau kembali zaman remaja waktu persekolahan di antara tahun 1997 - 2001. Zaman muda menggamit pelbagai nostalgia menarik dan mengembirakan hati. Almaklum sajalah masa itulah, kita sudah mula mencari pelbagai produk muka untuk memutihkan kulit, melicinkan kulit muka, boleh dikatakan segala-galanya inginkan yang terbaik kerana ingin tampil cantik di depan semua orang. Akan tetapi sejak zaman ini jugalah saya dihantui penyakit gatal-gatal muka, gatal hidung, kadang-kadang gatal telinga, lelangit di dalam mulut, gatal yang membawa kepada perasaan ingin menggaru sekuat mungkin. Lebih teruk lagi setiap kali bangun pagi hidung saya semestinya berair, saya akan bersin malahan ada yang menegur mengatakan saya asyik selsema sepanjang masa. Apabila dirujuk kepada perubatan kampung, ternyatalah mereka menyatakan saya mengalami masalah 'resdung'. Sejak itu perkataan resdung memang sangat sinonim dengan diri saya sehingga zaman selepasa berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Perkara ini berterusan mungkin juga disebabkan diri saya sendiri yang tidak pernah mengambil serius betapa bahayanya resdung, tidak pernah juga mencari cara perawatannya agar hidup saya lebih ceria tanpa gangguan resdung lagi. 



Apa Itu Resdung

Resdung membawa maksud kegatalan, kerengsangan pada hidung dan membawa masalah kegatalan pada hidung dan juga organ-organ lain.

Ketahui Tanda Yang Menunjukkan Anda Mengidap Resdung

Umumnya kadangkala tanda resdung berbeza pada setiap individu mungkin juga disebabkan hormon pada badan setiap individu adalah berlainan. Akan tetapi terdapat beberapa tanda yang jelas menunjukkan anda memang pengidap resdung:-

  • selalu bersin di setiap pagi
  • gatal merenyam di muka, hidung, lelangit, dalam telinga
  • sakit kepala dan pening kepala
  • selalu mengalami kahak dan lendir di tekak
  • masalah jerawat di muka dan di belakang badan
  • selsema berpanjangan

Resdung Selalu Terjadi Pada Situasi Berikut

  • anda penggemar makanan laut?cuba perhatikan selepas anda mengambil udang, sotong, ketam dan sebagainya anda akan merasa gatal-gatal di bahagian tertentu, ini menunjukkan tanda resdung
  • sekiranya anda berada pada suhu ataupun cuaca terlalu sejuk dan kawasan berhabuk, anda akan bersin, gatal-gatal, jelas sekali itu adalah tanda resdung

Jenis Resdung

Resdung terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

1. Akut
- Resdung jenis ini berlaku akibat daripada jangkitan rhinitis dan serangan alahan yang kerap berlaku pada hidung sehingga menyebabkan hidung anda tersumbat. Resdung jenis ini juga perlu di rawat kerana tanpa rawatan segera cecair yang terdapat di dalam rongga sinus tidak  dapat dikeluarkan. Perkara ini lah yang akan menyebabkan jangkitan yang berterusan pada diri anda.

2. Kronik
- Hasil daripada tiada pencegahan di peringkat resdung akut, ini akan membawa kepada resdung ke peringkat kronik. Awas!! jika anda mengalami gatal  muka dan bahagian tertentu dengan melampau, jerawat sehingga bernanah, bersin yang terlalu kerap di pagi hari, cecaur hingus anda  menjadi hijau kepekatan, sakit kepala dan kadang kala bau menghasilkan bau yang busuk, anda adalah pengidap resdung tahap kronik!!



Cara Perawatan Resdung 

1. Elakkan mengambil makanan laut kegemaran anda kerana ini merupakan penyebab utama resdung

2. Membasuh muka dengan air suam ataupun menguapkan muka dengan air suam bertujuan mematikan kuman-kuman di muka anda

3. anda perlu juga mengelakkan pengambilan budu, belacan dan cencalok si penggemar budu, sila patu ya- ditujukan khas untuk diri saya)

4. cuba amalkan menyedut ait ke dalam hidung dengan disertai zikir kepada Allah kemuadian picitkan sebelah hidung anda dan hembuskan sekuat hati. Anda cubalah membuatnya secara konsisten kerana cara ini juga sedikit sebanyak dapat membantu mengeluarkan kotoran yang membawa kepada sinus akut.

5. cubalah juga untuk mencari buku Rawatan Perubatan Islam oleh Dato' Dr. Harun Din, di dalamnya terdapat ayat untuk mengatasi masalah resdung. Doa jika diamalkan sentiasa Iasyaallah kita nampak hasilnya. 

6. elakkan memicit jerawat di muka, kerana kuku kita tidak semestinya sentiasa bersih, ada sahaja kuman dan jika kita memicit jerawat, kuman akan mudah merebak ke kawasan hidung dan organ lain.

7. cubalah untuk mengamalkan habbatussauda(makanan sunnah)

Dalam pada kita mencari cara rawatan untuk mengatasi masalah resdung, tahukah kita bahawa jenis vitamin dan mineral boleh membantu anda mengatasi masalah anda. Shaklee merupakan satu-satunya suplemen semulajadi dan menyediakan Set Resdung untuk anda. 

Testimoni Diri Sendiri

Secara ringkasnya, juga nak dijadikan cerita, suatu hari saya bertanyakan pada seorang kawan pejabat saya, sebab saya tengok ramai orang beli vitamin dengan dia, saya beranikan diri bertanya apa yang dia jual sebab nampak ade saja customer membuat order dengan kawan saya ni, lantas die terus memberitahu dia jual Shaklee. Dalam hati ermm..oo Shaklee, tapi disebabkan saya ni memang jenis seorang yang malas, malas ambil tahu, malas mendalami sesuatu, sifat M sangat sinonim dengan saya sebenarnya..saya biarkan saja. Sehingga suatu hari mulut ni tergerak jugak nak tanya untuk resdung ada ke? kawan saya terus bagi saya flyers, then entah kenapa saya tetiba rajin membaca tentang produk ini, saya terus membuat pesanan pada kawan saya ni Set Resdung iaitu Vitamin B-Complex, Vitamin C dan Alfalfa Complex. Setelah hampir 2 bulan saya consume Shaklee, saya sendiri tidak sedar sebenarnya, cuma auatu hari tu, ecik suami bertanya, kenapa saya dah xbersin setiap pagi. Oh...dalam hati saya, mungkin da nampk kesan pengamalan Set Resdung Shaklee, saya dah kurang gatal-gatal di muka, bersin setiap pagi, gatal mata dan seumpama dengannya.

Alhamdulillah saya berpuas hati dan saya akan terus amalkan set resdung ini, bonusnya pula, kulit saya juga semakin cantik hasil pengamalan vitamin C. 

Anda nak cuba?dan nak tahu lanjut tentang pengalaman saya? betullah juga selagi kita tidak mencuba memang kita tak akan tahu, pokok pangkalnya untuk pengamalan sebrang vitamin, pastikan anda ada ilmu yang cukup tentangnya.

1. B-Complex

- ia bertindak sebagai vitamin anti-stress. Vitamin B-Complex akan bertindak sebagai penenang dan menstabilkan hormon badan apabila resdung menyerang. Ia juga mampu mengurangkan kesakitan pada bahagian muka disebabkan oleh resdung yang kronik

- kandungan B6 pada vitamin ini berperanan memelihara lendir agar sentiasa sihat dan berperanan dalam menghasilkan antibodi badan anda

2. Alfalfa Complex

- kaya dengan klorofil dan boleh membantu melawan alahan dan resdung

- mampu mengurangkan tahap keradangan bagi penyakit resdung

3. Vitamin C 

- merupakan vitamin antioksida dalam meningkatkan antibodi dan daya ketahanan badan dalam melawan penyakit

- mempercepatkan proses penyembuhan tisu badan

- ia memastikan proses pemuliharaan metabolisme dalam badan dapat berfungsi dengan baik

Klik disini untuk produk



Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin
sms /call /whatsapp 017-3660351
Fanpage : Vitamin terbaik dunia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...