Khamis, 17 Julai 2014

Ekzema Dan Kanak-Kanak

Hati ibu mana yang senang apabila melihat kulit si comel yang disayangi menjadi kemerah-merahan dan gatal. Paling menyedihkan lagi apabila si kecil sentiasa merengek, gelisah di sebabkan kulit yang kelihatan merah dan menyebabkan kegatalan. Lebih merisaukan hati si ibu apabila kulit si comel yang gebu menggelupas akibat di garu si kecil yang tidak mengerti apa-apa.

Ketahuilah apabila perkara ini terjadi kepad si comel anda, mereka adalah pengidap Ekzema!!




Faktor Ekzema Di Kalangan Kanak-Kanak

Ekzema dalah salah satu penyakit kulit. Atopic ekzema ialah suatu keadaan yang menyebabkan kulit kering dan gatal. Ekzema selalu dialami oleh kanak-kanak antara 2 bulan ke atas. Walau bagaimanapun, tidak terkecuali bagi orang dewasa juga. Dilaporkan bahawa kes ekzema dikalangan kanak-kanak di Malaysia meningkat dari 12.6%(tahun 2006) sehingga berbanding 9.5% pada tahun 1996. Faktor ekzema sehingga masa kini masih belum diketahui puncanya. Akan tetapi terdapat 2 faktor yang membawa kepada masalah ekzema ini samada di peringkat kanak-kanak mahupun dewasa.

1. Faktor Dalaman

- mempunyai ahli keluarga yang mempunyai sejarah ekzema
- pemakanan seperti seafood, tenusu, telur dan pewarna makanan

2. Faktor Luaran

- Alahan seperti alah kepada sabun, syampu, serbuk pencuci, kosmetik, habuk dan haiwan peliharaan berbulu
- bahan seperti asap rokok, bahan kimia, cuaca terlalu panas dan terlalu lembap.

Jenis-Jenis Ekzema

1. Contact Dermatitis - (berair-elergik sabun)
2. Atopik Dermatitis - berair
3. Dyshidrotic Dermatitis - kering
4. Lichen Simplex Chronicu - kering bersisik
5. Seborriheic Dermatitis - kering bersisik

Cara Mengatasi Masalah Ekzema Dengan Shaklee

Terdapat 3 produk cadangan di Shaklee yang kami syorkan kepada customer iaitu:-


Basic H

Kelebihannya:-


  • bagi ibu yang mempunyai anak yang mengidap ekzema, memang saya sarankan Basic H, dengan mencuci tangan dan boleh juga merendam kuku yang tidak bersih setelah melakukan kerja-kerja harian yang mana basic H mampu membuang segala kotoran dan kuman di celah-celah kuku yang menyumbang pelbagai penyakit juga. 
  • sesuai juga dijadikan sebagai mandian untuk anak anda yang mengidap ekzema

Herbal Blend


Kelebihannya:-

  • merawat ekzema dan gatal-gatal
  • melembutkan tumit kaki yang pecah
  • menghilangkan parut disebabkan chicken pox
  • boleh dijadikan sebagai losyen harian kerana ianya selamat dan semulajadi bukanlah sintetik.

Mealshake



Kelebihannya:-



  • di sukai oleh kanak-kanak kerana berperisa vanila. (anak saya sendiri tiap kali bukak je mealshake mesti ambik ngan tgn dia semata-mata nk jilat mealshake)
  • dapat mengurangkan masalah ekzema kerana di dalamnya terdapat 19 vitamin utama yang berperanan dapat mengatasi masalah ini.
  • meningkatkan selera makan kanak-kanak 
Langkah-Langkah Pencegahan Ekzema Semasa Di Rumah

1. elakkan memakan makanan yang menjadi punca kepada ekzema seperti seafood

2. memakai pakaian yang diperbuatan daripada kapas dan pastikan berpakaian longgar untuk memudahkan pengaliran udara

3. Memastikan kulit lembap dan tidak kering kerana ekzema akan menjadi lebih teruk sekiranya kulit terlalu kering

4. memastikan kuku anak anda sentiasa pendek agar dapat mengelakkan anak anda menggaru

5. mengelakkan penggunaan sabun atau syampu di pasaran 

Jangan biarkan anak anda menderita kerana mereka tidak mampu untuk memberitahu kepada kita, sebaliknya kita sebagai ibu bapa fahamilah mereka jika mereka mengidap ekzema. Pastikan anda order sekarang kerana Herbal Blend Shaklee ni sangat hott!!! sekejap je available then da habis!!dapatkan sekarang untuk anak anda. Anda adalah ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak.

Anda boleh order sekarang dengan hanya satu klik sahaja.



Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin
sms /call /whatsapp 017-3660351
Fanpage : Vitamin terbaik dunia

Rabu, 16 Julai 2014

Pilihan Terbaik Untuk Si Comel Kesayangan Anda

Silalah anda ajukan soalan cepumas kepada mereka yang bergelar ibu dan bapa. Sejauh manakah sayangnya ibu dan bapa terhadap anak-anak? Sudah pasti anda sendiri tahu jawapan pasti dari mereka. Tiada insan yang tidak menyayangi anak-anak. Jesteru itu, mereka akan cuba memberikan yang terbaik untuk permata hati mereka. Tiada harta bernilai selain anan yang merupakan anugerah Allah buat insan bertuah bergelar ibu dan bapa. 

Lantaran hal itu, sudah pasti ibu bapa akan memberikan segala apa yang terbaik untuk anak-anak samada dari segi, didikan sosial, agama, pemakanan, pendidikan, akhlak, moral asalkan anak-anak menjadi seorang insan yang berguna kelak. Salah satu yang dititikberatkan oleh ibu bapa adalah pemakanan untuk anak-anak. Salah satu asas anak yang bijak juga adalah daripada pemakanan. Oleh itu, pilihlah pilihan yang terbaik untuk si comel anda.


Ramai ibu bapa telah mempunyai banyak pengetahuan tentang pemilihan pemakanan untuk anak-anak. Jika anak anda sering sakit, demam, selsema, batuk dan sebagainya ibu bapa perlu bertindak bijak untuk mengetahui punca perkara ini berlaku, mungkin juga imunisasi anak kita lemah, sistem pertahanan badan mereka rendah dan pelbagai kemungkinan lain. Oleh sebab itulah diperkenalkan pelbagai supelemen untuk membantu masalah-masalah ini. Anda juga, perlulah bijak memilih suplemen kerana antara vitamin di pasaran terdapat banyak yang sintetik dan tidak asli. Di sinilah perlunya peranan ibu bapa dalam memiliki ilmu yang cukup untuk belajar tentang suplemen.

Vitamin Shaklee Ialah Vitamin Semulajadi, Pilihlah Untuk Anak Anda

Seperti readers saya sedia maklum, vitamin Shaklee merupakan vitamin semulajadi yang dicipta khas untuk penggunanya. Vitamin bukanlah penyembuh mahupun apa-apa, akan tetapi vitamin sebagai membantu anak-anak anda dalam menguatkan sistem imun badan mereka.

Vitamin Untuk Kanak-Kanak

Di Shaklee, ade 3 produk yang dicadangkan khusus untuk kanak-kanak dan anda perlu tahun tidak disarankan pengambilan vitamin untuk kanak-kanak di bawah umur 1 tahun kerana vitamin untuk mereka memadai dengan susu ibu sahaja. Vitamin khas untuk kanak-kanak ialah Omega Plus, Mealshake dan Chewable Vit C.

1. Omega



Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovious) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan yang mana Omega ini merupakan 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Ia merupakan minyak ikan yang paling tulen di dunia. Ia mengandungi 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuklah EPA, DHA, ALA dan pelbagai lagi. Apa yang penting untuk kanak-kanak ialah ia membantu tumbesaran dan perkembangan memori kanak-kanak. Ia membantu mempertingkatkan daya ingatan dan fokus anak anda.



2. Mealshake


Mealshake merupakan multivitamin untuk kanak-kanak yang mudah dan pantas yang mana ia memenuhi nutrisi untuk setiap kanak-kanak. Kebaikan mealsake untuk kanak-kanak ialah:-


  • mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral untuk perkembangan pesat anak anda
  • mengatasi masalah sembelit bagi kanak-kanak
  • baik untuk perkembangan minda anak-anak
  • rendah lemak dan glisemik
  • terbaik untuk kanak-kanak yang susah untuk makan kerana multivitamin yang terdapat di dalamnya mampu menambahkan selera makan anak anda
  • membekalkan tenaga tambahan dan berpanjangan bagi anak-anak yang berpuasa
  • mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin serta protien untuk pertubuhan tulang yang kuat
  • penting!!!merupakan makanan terbaik untuk minda kerana ia mengandungi kolina, kalsium dan juga protien

3. Chewable Vitamin C



Vitamin ini diperkaya dengan Citrus Bioflavanoid Complex bagi manfaat maksimum. Ia dihasilkan daripada sumber semulajadi yang lebih khusus daripada tumbuhan menjadikan ia mudah menyerap ke dalam badan untuk mengekalkan kesihatan. Antara manfaatnya pula:-

  • meningkatkan ketahanan badan untuk melawan penyakit
  • bebas darpada kandungan pewarna tiruan dan perasa
  • sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia mudah di kemam dan sedikit rasa masam-masam
  • mempunyai rasa sitrus yang hebat
  • meningkatkan penyerapan zat besi

Terdapat pelbagai suplemen untuk kanak-kanak di pasaran, jadi nasihat saya anda pilihlah vitamin yang berasakan sumber semulajadi kerana ia pasti selamat. Dapatkan pemakanan yang terbaik untuk anak anda kerana mereka adalah penyambung generasi masa hadapan.

Ingat!!!pemimpin masa hadapan bergantung kepada corak pendidikan anda terhadap anak-anak kerana mereka adalah bakal pemimpin negara Malaysia yang kita sayangi.



Anda sangat teruja dengan kelebihan vitamin ini?Anda boleh cuba klik ikon di bawah untuk terus membeli. Anda ibu bapa yang bijak kerana telah membuat pilihan yang tepat untuk anak anda!!




Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin
sms /call /whatsapp 017-3660351
Fanpage : Vitamin terbaik dunia


Ahad, 13 Julai 2014

Minuman Penambah Tenaga Untuk Penggemar Sukan Dan Aktiviti Lasak

Anda sering mendengar bahawa kebanyakan orang yang aktif bersukan semestinya akan menjadikan minuman isotonik sebagai salah satu cara menambah tenaga untuk mereka. Dewasa ini, semestinya air minuman 100plus menjadi pilihan utama. Bagi mereka yang aktif bersukan seperti olahraga, berbasikal dan seumpama dengannya, aktiviti ini akan menyebabkan pembakaran kalori yang tinggi. Dehidrasi pula membuatkan badan cepat penat kerana banyak kehilangan air. Oleh sebab itu, anda perlulah bijak menguruskan diri untuk memastikan diri anda kekal bertenaga dan mengelakkan dehidrasi untuk meneruskan aktiviti lasak anda.




Performance Drink Shaklee Terbaik Untuk Ahli Sukan

Bagi ahli sukan dan mereka yang aktif, pengambilan minuman penambah tenaga sangat disarankan bagi mengekalkan badan sentiasa bertenaga. Ramai juga ahli sukan terkemuka di Malaysia yang mengambil Performance Drink Shaklee sebagai minuman isotonik mereka.

Mencungkil rahsia keistimewaan minuman yang terbukti secara klinikal , ianya direka khas dengan campuran elektrolit iaitu OPTI-LYTIEM proprietari. gandingan rekaan khas ini menghasilkan gabungan unik karbohidrat yang dapat menyalurkan tenaga kepada badan. Apa yang menarik lagi Performance Drink ini berperisa oren sejati tanpa perasa tiruan!!!


 tengok wajah PD saja sudah menggiurkan!!!

Tahukah Anda??

Performance Drink merupakan minuman ahli sukan pertama untuk atlet di Amerika Syarikat. Selain itu, ia juga direka khusus untuk para angkasawan NASA. PAra atlet bertaraf antarabangsa juga memilih Performance Drink kerana ia banyak membantu atlet dunia dalam mencipta rekod mereka. 

Antara kelebihan Performance Drink Shaklee

1. membekalkan elektrolit dan metabolisme air dalam badan. Ia mengandungi postassium, kalsium, sodium, fosforus, magnesium dan chloride.
2. mencegah dehidrasi yang membantu badan daripada merasa haus 
3. mengekalkan paras gula yang mana telah terbukti secara klinikal ia memelihara paras gula dalam darah bagi mengekalkan tenaga dan stamina

Mengapa Anda Perlu Memilih Performance Drink Shaklee

1. tidak bergas dan tidak berkarbonat
2. kurang kandungan gular (less sugar)
3. mempuyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan air sekaligus mengatasi masalah cepat dahaga


Performance Drink Sesuai Di Ambil Ketika:-

1. beriadah atau bersukan
2. cuaca yang sangat panas
3. badan tidak sihat
4. melakukan kerja yang berat seperti buruh dan kerja-kerja di tapak pembinaan

Testimoni performance Drink

Saya bawakan di sini testimoni seorang ahli sukan iaitu Raja Pecut-Watson Nyambek pemegang rekod 100 meter Malaysia dengan catatan 10.3 saat juga mengambil Performance Drink sebagai minuman penambah tenaga untuknya.


  
Testimoni Encik Suami Saya

Encik suami saya cukup susah nak mengamalkan apa-apa suplemen, pada dia..dia suka bersukan..peluh sentiasa keluar, jadi die sihat. Tanggapan yang salah di situ kan? Suatu hari, perlahan-lahan saya sembang-sembang dan cuba untuk terangkan kepadanya tentang Performance Drink ni. Dengan terujanya saya menyatakan bahawa seorang raja pecut Malaysia Watson Nyambek pun, mengambil Performance Drink sbg minuman tenaga, kerana apa?kerana dia pun sedar betapa pentingnya minuman ini lagi-lagi untuk mengekalkan stamina dan mengelakkan dehidrasi. Cuba sedaya upaya untuk menerangkan kelebihan PD kerana encik suami cukup conceran tentang suplemen. Sehingga suatu hari dia sendiri wassap saya masa kat tempat kerja, order PD untuk abang!!!

Dalam hatiku, wow!!! ini sudah bagus!!alhamdulillah lepas habis sebotol dia repeat order!!! Nampak di situ, en suami juga telah study dan sedar betapa pentingnya minuman ini bagi mengekalkan tahap stamina mereka.


Jadi, bagaimana dengan anda? anda juga seorang yang aktif? anda boleh mencuba Performance Drink untuk memastikan stamina anda di tahap yang terbaik. Untuk itu, anda boleh klik button di bawah untuk terus mencuba Performance drink ini.




Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


sms /call /whatsapp 017-3660351
Fanpage : Vitamin terbaik dunia



Khamis, 10 Julai 2014

Berpuasa ~ Kekal Bertenaga Sepanjang Hari

Alhamdulillah masih diberi kesempatan meneruskan dan menjalankan ibadah puasa dalam keadaan sihat. Apa yang suka saya nak kongsi di sini, tahun ini adalah tahun pertama saya berpuasa dengan Shaklee. Terasa sangat terasa keterujaannya apabila saya mengambil Set Berpuasa Shaklee. Sebab apa saya teruja? sebab saya memang seorang pengguna tegar pengangkutan awam untuk perjalanan pergi dan balik kerja sejak bulan 6 tahun 2013. Suami sentiasa bertugas di luar dan faktor inilah yang memaksa saya memilih perkhidmatan awam sebagai transport saya. Drive?? no...no..no...don't ask me here..pm nnt saya jawab..hihi...




Penat memang penat tapi buat masa sekarang, inilah pilihan yang ada. Tambahan lagi di bulan puasa. Menceritakan pengalaman saya tahun lepas, penat memang tersangat penat sebab anda pun tahulah macam mana keadaan jalan di Kuala Lumpur ni...dannn...alhamdulillah selepas berkenalan dengan Shaklee segalanya berubah. Apa yang berubah? perbezaan berpuasa tahun lepas dan tahun ini. Bayangkan saja tahun ini pun, ade bebrapa kali saya terlewat bangun untuk sahur, saya memang ambik makanan lain kecuali Set Berpuasa Shaklee sahaja.. Wahh!!extranya saya leh dapat kurus..psstt..pssttt..berat dah turun hokey!! Apapun, di samping berdiet kesihatan mestilah di jaga. Berbalik kepada cerita Set Berpuasa Shaklee..mengandungi 3 perkara iaitu ESP, Performance Drink dan Meal Shake.





Kelainan yang di rasai saya, tahun ini saya memang rasa lebih bertenaga, cergas untuk menapak ke sana sini walaupun dalam keadan berpuasa. Alhamdulillah Allah mudahkan segala-galanya. Ok, panjang sudah celoteh..jom tengok apa kelebihan setiap produk ini sehinggan ramai testimoni yang telah mencuba akan pasti repeat order!!!

Bagaimana ESP, Performance Drink Dan Mealshake Membantu Anda Kekal Bertenaga

ESP

- pengambilan ESP mengekalkan tenaga sepanjang hari kepad kita kerana kandungannya yang terdiri daripada asid amino yang membina dan menguatkan otot tubuh. Selain itu juga, ESP mengandungi 50,000 jenis protien dan 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Senang describe ESP memang Long Lasting Energy.

PERFORMANCE DRINK

- Performance Drink menjadi pilihan adalah kerana ia akan berfungsi memberi tenaga dan akan mengelakkan dehidrasi kerana kita pun sedia maklum di bulan puasa kita memang sangat kurang minum air jadi, ambillah Performance Drink sebagai membantu anda mengelakkan dehidrasi. Performance Drink merupakan minumam isotonik semulajadi yang rendah sodium dan gula. Ia juga berupaya membantu mengurangkan kehilangan bendalir yang menyebabkan kita cepat letih dan mengelakkan penyahhidratan. 

MEALSHAKE

- mealshake membekalkan multivitamin juga mengandungi protien dan lengkap dengan 9 jenis asid amino, kalsium, magnesium, dan vitamin D sangat baik untuk keperluan minda. 

Set Mighty 3 Gem ini sangat membantu kita semua dalam menghadapi Ramadan:-


  • apabila mengambil makanan yang mengandungi protien, ia akan membuatkan badan mampu untuk bertahan lebih lama walaupun aktiviti seharian sangat padat, ibu yang sedang menyusu dan menyimpan stok susu.
  • bersifat rendah indeks glisemik dalam pengambilan minuman membuatkan kita merasa lebih kenyang berbanding pengambilan karbohidrat semasa bersahur.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, alhamdulillah segala-galanya lancar dan menambat hati kami sekeluarga. Set Mighty 3 Gem mudah, senang kerana semuanya dalambentuk serbuk, hanya bancuh dan shake sahaja then anda boleh minum dan extranya menjimatkan masa anda juga. Set ini juga sangat sesuai bagi anak-anak yang baru mula belajar berpuasa. Jadi untuk ibu-ibu..pastikan anda memilih yang terbaik untuk keluarga, kerana seri keluarga terletak pada anda seorang ibu dan isteri. jadilah seorang ibu dan isteri yang bijak terutama dalam pemilihan makanan dan suplemen untuk keluarga anda semua!!!

Anda hanya perlu klik butang di bawah untuk terus order dan memilih suplemen yang anda kehendaki.



Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


sms /call /whatsapp 017-3660351
Fanpage : Vitamin terbaik dunia







Rabu, 9 Julai 2014

Tips Buat Bakal Ibu Berpantang

Setiap wanita wajib meletakkan rasa syukur yang menggunung apabila di beri kesempatan oleh Ilahi untuk merasai nikmatnya pengalaman mengandung, loya, membawa anak yang tersayang selama 9 bulan, bersalin dan seterusnya berpantang. Hanya wanita bertuah dapat merasai nikmat dan pengalaman ini. Hargailah dirimu wahai wanita!! (aih...macam lagu lah pulak)!!!
Namun kini, yang masih takut dan ragu untuk melalui proses ini walhal ianya satu proses di mana ibu-ibu yang lepas bersalin untuk menyegarkan kembali badan yang telah 9 bulan membawa beban di dalam perut mereka. Tidak perlu takut kerana dewasa ini tempoh berpantang bukan lagi seperti zaman dahulu akan tetapi kini, zaman telah moden dan kebanyakan set penjagaan ibu-ibu selepas bersalin semuanya telah di modenkan.
Perlu di ingat juga, proses berpantang tidak semua makanan boleh di makan seperti biasa, akan tetapi ibu-ibu perlulah tetap menjaga pemakanan agar tetap mempunyai zat-zat yang tetap diperlukan oleh badan agar mengelakkan dari sembelit atau seumpamanya semasa tempoh ini.
Ibu-ibu juga kebanyakannya telah sedar betapa pentingnya pengambilan zat yang sesuai semasa proses berpantang. Ibu disarankan mengambil cukup zat besi dan protein. Kajian menunjukkan bahawa amalan berpantang adalah sangat berfaedah kerana tempoh menyusu dapat dilanjutkan.
Fakta Tradisonal Mengena Berpantang
1) Masyarakat Melayu
- Digalakkan memakan ikan yang segar dan dapat menyembuhkan luka dalaman bersalin samada pembedahan ataupun normal, manakal sesetengah makanan seperti makanan laut, ikan kembung dan jenis-jenis ikan tertentu tdak dibenarkan kerana akan menyebabkan kegatalan kepada luka dalaman itu.
2) Masyarakat India
- sayuran jenis labu seperti lauki dan tori dipercayai dapat meningkatkan pengeluaran susu dan ibu-ibu dalam masyarakat India sangat digalakkan mengambil makanan ini semasa tempoh berpantang. Daun sirih juga diamalkan oleh masyarakat India kerana juga dipercayai dapat meningkatkan pengeluaran susu.
3) Masyarakat Cina
- Menggalakkan ibu-ibu mengambil pelbagai jenis makanan yang dapat memanaskan badan. Ini termasuklah halia dan tonik tradisional yang di masak dengan herba. Makanan itu dipercayai dapat memperbaiki aliran darah dan menguatkan sendi.
Amalan Pemakanan Berkhasiat Semasa Berpantang
Pada minggu awal tempoh berpantang seharusnya memakan makanan yang kering sahaja bertujuan untuk mengecutkan rahim. Mengikut pantang melayu tradisional banyak menu juga yang dapat disediakan untuk ibu-ibu di dalam tempoh berpantang. Bolehlah di tambah halia, lada hitam, serai asam gelugur dan rempah yang dibenarkan bertujuan membangkitkan selera untuk ibu-ibu. Disarankan juga pengambilan ulam-ulaman seperti pegaga, kunyit, cekur, mengkudu kerana tumbuhan ini mempunyai zat yang dapat menyihatkan badan ibu dalam proses berpantang.

Set Berpantang Dari Shaklee Untuk Anda

Sepertimana info saya di atas, set untuk penjagaan selepas bersalin telah banyak dimodenkan hanya tunggu pengguna bijak memilih. Ibu-ibu perlulah memilih dengan bijak set bersalin untuk digunakan sepanjang tempoh berpantang. Di sini sedikit info ringkas panduan untuk bakal-bakal ibu memilih set bersalin.

1) Maklumat dan Info mengenai produk

- pastikan bakal ibu semua study, belajar dan carilah info sebanyak mungkin tentang sesuatu produk yang akan digunakan agar ia selamat untuk digunakan untuk ibu dan juga bayi kerana tempoh berpantang ibu-ibu sekaligus menyusukan anak, bimbang juga jika tidak di kaji dengan betul, sesuatu produk itu akan menyebabkan bayi yang baru lahir terkena jaundis disebabkan produk yang di makan oleh ibu.

2) Bajet

- Kebiasaannya set bersalin yang lengkap kita semua sedia maklum harganya memang agak mahal, akan tetapi ibu-ibu juga patut survey walaupun sedikit produk yang dibekalkan, harga masih berpatutan dan mampu membantu ibu-ibu bertenaga  dalam tempoh berpantang. Contoh paling senang anda boleh cari produk yang menyediakan Set Bajet kerana di dalam set bajet selalunya membekalkan vitamin yang mencukupi kepada ibu.

3) Ada produk yang membantu pengeluaran susu

- perkara ini penting kerana dalam berpantang ibu wajib menyusukan bayi. Jadi, set pemilihan berpantang ibu-ibu perlulah mencari set yang mampu membantu memperbanyakkan susu badan.

4) tanya pendapat rakan sebagai testimoni

- Ramai di kalangan rakan-rakan kita yang telah bergelar ibu dan kita mestilah bertanyakan pendapat mereka apa kebaikan dan keburukan produk yang di pakai mereka. Daripada maklumat itu kita boleh membuat penilaian sebagai panduan kita memilih produk. Carilah testimoni sesuatu produk kerana mereka telah merasai kesannya. 

5) pembekalan nutrisi

- Ini sangat penting kerana semasa tempoh pantang makanan yang kita makan sangat terhad. oleh sebab itulah kita memerlukan nutrisi yang cukup untuk memulihkan badan. Proses bersalin tentunya menyebabkan ibu-ibu kehilangan banyak darah jadi kita memerlukan iron dan zat besi untuk memulihkan keadaan seperti sediakala.  


Produk bersalin Shaklee mengandungi cukup perkara di atas dan telah membuatkan ramai pengguna yakin dengannya. Anda bijak kerana memilih Shaklee sebagai set berpantang. 




Shaklee menawarkan 3 jenis set untuk keperluan ibu-ibu mengadapi berpantang dan apa yang menariknya saya menyediakan consult cara makan yang berterusan khas untu customer saya.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ca508b71f8e81b9ba5c419e9b31cc2ef




Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin
 
sms /call /whatsapp 017-3660351
 
 
Fanpage : Vitamin terbaik dunia
 
 
 


Selasa, 8 Julai 2014

AMBIL BERAT TENTANG KOLESTEROL~SUKARNYA MENURUNKAN KOLESTEROL JAHAT

Mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah pilihan manusia di zaman kini. Pada kajian saya sendiri, ramai di kalangan rakyat Malaysia kini telah sedar betapa peri pentingnya gaya hidup yang sihat demi menjamin kesejahteraan hidup kini dan selamanya.

Akan tetapi, tidak dinafikan masih terdapat ramai lagi rakyat di negara ini suka memilih cara hidup yang tidak sihat walaupun kempen dari pihak kerajaan sendiri telah dihebahkan di seluruh media elektronik dan media massa. Bayangkan anda sebelum ini seorang yang sihat walafiat, akan tetapi suatu hari setelah membuat rawatan kesihatan, anda telah disahkan mempunyai penyakit salah satu yang ingin saya sebutkan di sini ialah tahap kolesterol anda di tahap bahaya. Sudah tentunya terngadah sendiri memikirkan keadaan kesihatan yang kian membimbangkan. 



Cerita Kolesterol

Di dalam badan kita terdapat kolesterol yang berasal dari 2 sumber iaitu:-

1) makanan yang di ambil - terdapat pada makanan seperti daging, ikan dan produk hasilan tenusu. Daging diketahui sangat tinggi kandungan kolesterolnya. Setelah kita makan, kolesterol akan diserap oleh usus kecil dan akan masuk ke saluran darah dan disimpan dalam kot protien yang dikenali sebagai KILOMIKRON .


2) pembentukan oleh hati - hati berperanan mengambil kolesterol dari salur darah dan menghasilkan kolesterol semula mengikut keadaan. Setelah makan, hati akan menapis kilomikron yang berada di dalam salur darah dan semasa makan hati akan mengeluarkan kembali kolesterol yang diserap kembali ke bahagian edaran darah. 

Si Baik dan Si Jahat

Terdapat 2 jenis kolesterol iaitu kolesterol baik dan kolesterol jahat. HDL (high density lipoprotiens) di sebut kolesterol baik yang mana lebih kurang 0.25-0.33 bahagian kolesterol terdiri daripada HDL. Manakala LDL (low density lipoprotiens) dikenali dengan kolesterol jahat. 

Kolesterol LDL ini di sebut jahat kerana peningkatan kadar kolesterol ini dalam darah dikaitkan dengan meningkatnya risiko pelbagai penyakit. Kolesterol LDL akan berkumpul di dinding arteri sehingga membentuk plak yang menyebabkan dinding arteri kaku dan menyempitkan rongga pembuluh darah. proses inilah dikenali sebagai atherosklerosis.


Si Jahat Penyebab kepada Penyakit Berbahaya

Proses atherosklerosis selalu terjadi pada arteri di otak, jantung, ginjal, lengan dan sebaginya. Jika atherosklerosis terjadi di dalam arteri yang menuju ke otak, inilah yang akan menyebabkan stroke, dan jika terjadi pada arteri menuju ke jantung ia akan menyebabkan terjadinya serangan jantung. 

Kajian telah menunjukkan bahawa kolesterol jahat adalah punca utama kepada penyakit jantung dan pembuluh darah (cardiovascular disease/CVD) yang mana sehingga kini CVD merupakan penyebab kematian nombor 1dunia dengan angka kematian 17 juta orang setiap tahun. Angka ini pula dijangka meningkat 20 juta pada tahun 2015 dan 23 juta pada tahun 2030.

Tips Menurunkan Kolesterol Jahat

Apabila kita disahkan kolesterol dalam badan sudah tentunya kita tercari - cari cara untuk mengatasi masalah kolesterol. Samada mencuba cara perubatan moden, cara perubatan tradisional dan pelbagai lagi. Jadi, anda cubalah untuk mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan mungkin boleh mengamalkan tips berikut:-

a) hindari makanan kolesterol tinggi

- lemak tepu yang mana lemak tepu ini terdapat pada daging haiwan. Kurangkanlah pengambilan daging dalam pemakanan harian tambahan lagi di bahagian lemaknya.



b) banyakkan makanan yang menurunkan kolesterol

- antara makanan ataupun buah-buahan penurun kolesterol adalah seperti teh hijau, buah delima dan avocado, anggur, bawang putih, ikan salmon, kekacang serta bayam.



c) aktiviti olahraga

- Berolahraga tidak lagi tidak lagi asing dari kesihatan, akan tetapi perkara inilah yang sering diabaikan oleh kita walhal olahraga adalah salah satu strategi terbaik untuk menurunkan kolesterol. Biasakan diri melakukan senaman olahraga 30 minit sehari akan cepat menurunkan kolesterol jahat dan sekaligus meningkatkan kolesterol baik untuk badan.



d) berhenti merokok

- merokok boleh merosakkan pembuluh darah menyumbang kepada pengerasan pembuluh darah dan merupakan faktor utama penyumbang kepada sakit jantung dan stroke. 

Suplemen Phytocol-ST Mampu Mengatasi Masalah Kolesterol

Amat susah untuk melakukan senaman dan pemakanan sihat, oleh itu carilah satu alternatif yang semulajadi dan yakin dengan keberkesanannya. Pengambilan suplemen Shaklee Phytocol-ST boleh membantu murunkan kolesterol dalam badan. Phytocol merupakan pilihan semulajadi terbaik terbaik dengan 2000 mg fitosterol dan disarankan 100% oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).



Fitosterol pula adalah tumbuhan sterol dan stenoils yang terdapat dalam sel membran tumbuhan yang berfungsi menyerap kolesterol LDL yang berlebihan di dalam badan kita. 




Fitosterol akan bersaing dan mengalahkan kolesterol jahat dalam penyerapan di dalam usus. Ini jelas menunjukkan semakin tinggi kita mengambil fitosterol maka semakin kurang kolesterol yg akan diserap dalam badan dan semakin tinggi peluang untuk merendahkan LDL dalam badan. 

Oleh itu, jangan abaikan kolesterol dan jangan biarkan ia berleluasa kerana merupakan penyebab utama kepada penyakit berisiko tinggi. Bijaklah memilih suplemen untuk kesihatan diri anda!!!Sila jangan abaikan kesihatan diri kita...








Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia




Isnin, 7 Julai 2014

VIVIX SHAKLEE~ RAHSIANYA KINI TERBONGKAR

Ingin kelihatan muda? menjadi muda? sentiasa muda?pernah dengar kan istilah ni? seringkali meniti di bibir wanita masa kini. Akan tetapi ketahuilah kita tidak mampu untuk menyekat PENUAAN kerana itulah lumrah kehidupan manusia dari muda ke tua..siapalah kita untuk menyekat penuaan itu. Ramai yang mengabaikan perkara ini, memang kita tidak mampu menyekat penuaan, tetapi ketahuilah kita mampu MELAMBATKAN PROSES PENUAAN!!!!!

Dewasa ini pula kita dilambakkan dengan pelbagai produk kecantikan untuk melambatkan proses penuaan, terlalu banyak...tunggu kebijaksanaan pengguna sendiri sahaja untuk bijak memilih mana satu yang terbaik.



Sebagai pengguna, kita haruslah bijak memilih produk kecantikan ini dan jika di tanya kepada saya semestinya jawapan saya..saya akan memilih sumber semulajadi sebagai produk kecantikan pilihan. Di sini hari ini, jelas saya akan berkongsi dengan pembaca semua tentang kelebihan VIVIX Shaklee. 

Apa itu Vivix?

Vivix merupakan satu penemuan revolusionari dalam anti penuaan pada tahap selular. Ia merupakan satu-satunya suplemen anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun dijalankan oleh syarikat Shaklee. Jika anda sering mendengar sirap Shaklee..vivix ini lah yangdikenali dengan nama sirap Shaklee. 



Apakah Rahsia Kehebatan Vivix

a) ia melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia yang mana badan kita setiap hari diserang oleh serangan yang merosakkan data genetik dan menggangu fungsi sel dan usia kita. Jadi, dengan vivix ia berupaya melindungi dan memperbaiki sistem DNA kita.

b) melambatkan pembentukan AGE yang mana timbunan AGE(advance glycation end products) akan mengakibatkan kerosakan sel. Ramuan vivix pula 10x lebih kuat dari resveratrol(kandungan unik dlm anggur muscadine) yang mampu melambatkan AGE.

c) mengawal genetik dan membantu melambatkan penuaan sel.

d) membantu meningkatkan tenaga dalam sel yang mana tenaga dalam telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru (penjana tenaga dalam tubuh)

Apa Kebaikan Vivix


  • Anti oksida yang sangat baik
  • menguatkan sistem imun
  • memelihara keseluruhan kesihatan
  • membaiki sel yang rosak dengan pantas


Kandungan Vivix




Selain daripada membantu untuk melambatkan proses penuaan, Vivix juga mempunyai pelbagai fungsi lain yang boleh membantu pesakit darah tinggi dan kencing manis. Jom kita scroll siapakah yang memerlukan Vivix:-


  • pesakit diabetis
  • orang yang mengalami strok
  • darah tinggi
  • masalah mata
  • pesakit jantung
  • perokok tegar
  • wanita dan lelaki yang memerlukan bantuan agar dapat dikurangkan segala jenis penyakit

Testimoni Vivix



Testimoni anti-aging




Testimoni pesakit diabetis




Buat si suami, untuk kecantikan luaran dan dalaman isteri tersayang anda, jadikan Vivix ini sebagai hadiah paling istimewa untuk mereka kerana segala kecantikan mereka adalah untuk sang suami!!! Untuk sang anak pula, apa kata hadiahkan vivix ini untuk kesihatan mereka sepanjang masa anda pasti tidak akan menyesal dengan menjadikan Vivix sebagai suplemen keluarga anda!!!



Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


                        sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia

JATUHKAH MARTABAT JIKA MEMINTA MAAF?

 Assalamualaikum wrh. wbt. readers... Kembali menjengah setelah beberapa lama menghilang. Rindu bukan tak rindu tapi entahla apa yang membua...