Isnin, 25 Februari 2019

TIPS MUDAH DAN RINGKAS UNTUK KURUS DAN SLIM DI HARI RAYA BAKAL TIBA

Masalah utama yang membelenggu kebanyakan wanita yang telah bersalin di zaman kini adalah 'kegemukan'. Pada asasnya masalah kegemukan ini bukan hanya tertumpu kepada wanita yang telah melahirkan anak sahaja akan tetapi juga bagi mereka yang masih anak dara sekalipun. Tetapi hari ini fokus saya adalah lebih  kepada wanita yang telah melahirkan anak. Sedar ataupun tidak, waktu berlalu berlalu begitu pantas begitu jugalah dengan keadaan diri saya. Dari anak pertama sehingga sekarang anak yang ke 4, masalah ini jugalah yang sering menghantui diri 'perut buncit', 'lengan menggeleber', 'peha besar' and beberapa part yang dihadapi wanita lain juga. Fuhh!!!! stress wehh seriusss!!!Ini bukan perkara biasa2 taw!!!

Mungkin ada dikalangan ibu-ibu ada yang mengambil mudah tentang perkara ini, tapi TIDAK bagi mereka yang mementingkan penampilan diri. Apabila masalah ini mula menghantui diri, ramai antara kita mengambil langkah yang drastik untuk mencari cara dan tips mudah serta ringkas untuk slim dan kembali kepada bentuk badan yang diidamkan.Santai-santai saja hari ini mama nak kongsikan beberapa tips untuk mengekalkan badan kembali kepada bentuk idaman mummy-mummy di luar sana. 

Antara tips yang boleh dikongsikan ialah:-

1. ZUMBA


Bila menyebut tentang fitness mudah untuk menhilangkan lemak-lemak terkumpul di badan yang menyebabkan kegemukan cara mudah adalah dengan melakukan rutin zumba. Tarian zumba jika dipraktikkan betul-betul membantu kita semua dalam pembakaran lemak yang sudah lama terkumpul. Usah bayangkan zumba wajib menghadiri kelas sahaja, sebaliknya di zaman sekarang seperti yang saya sendiri telah praktikkan untuk diri sendiri, lakukan zumba di rumah sahaja bersama anak-anak. Dengan cara ini badan tetap mengeluarkan peluh dan dapat menyingkirkan lemak dalam badan. Yelah cara ini saya lakukan sebab saya memang terikat dengan anak-anak yang masih kecil untuk menyertai kelas di luar sana, so kalau hati kata NAK!!! semua pun boleh!!!

2. INTERMITTENT FASTING


Cara mudah dan selamat untuk kembali kepada badan yang kita idamkan n dalam istilah senang pun, kurus, turunkan berat badan adalah dengan mengamalkan diet Intermittent fasting. Kebelakangan ini, diet cara IF ini adalah sangat-sangat membantu dalam proses penurunan berat badan seseorang. Secara ringkas di sini saya amil dari blog www.nona.my  maksud intermittent fasting adalah mengatur pola pemakanan dengan cara berpuasa di dalam tempoh masa yang tertentu. Tips ini memerlukan kejujuran diri agar masa berpuasa pastikan kita tidak mengambil sebarang makanan kecuali air masak!!awas!!!berlaku jujur pada diri sendiri!!saya ingatkan tips ini sebab pada mula megamalkan diet ini saya pon selalu curi-curi makan waktu dalam tempoh berpuasa..kikiki....sekarang xmo dah..dah insap!!!hihihihi...

3. PENGAMBILAN AIR MASAK YANG CUKUP

Saya pernah terbaca dalam facebook ataupon instagram Dr. Zubaidi bahawa beliau mencadangkan pengambilan air masak yang cukup tidak akan membuatkan seseorang terasa lapar. Masalah utama dikalangan orang melayu mungkin, malas untuk minum air masak dalam kuantiti yang disarankan. Antara rungutan yang sering didengar ialah, "ala minum air banyak asyik ke tandas ajelah", "penatla asik nak terkencing je" dan rungutan ini sentiasa saya dengar disekeliling saya pun. Sahabat, ingat air masak sangat-sangat penting untuk badan kita tambah lagi bila kita banyak mengeluarkan peluh. 

4. AZN BODYCREAM DAN PUTERI LENTIK

Cara paling mudah, malas dan cepat adalah dengan mengamalkan penggunaan produk AZN sahaja dengan hanya sapu sahaja insyaAllah mampu menyelesaikan masalah yang menghantui anda. Jika anda search sahaja produk ini di Facebook anda akan jumpa beribu-ribu testimoni yang telah pun berjaya dalam penurunan berat badan mereka. Tidak perlu risau kerana produk ini telah mendapat kelulusan KKM dengan NOT171006627K yang selamat untuk digunakan. AZN terdapat 2 produk iaitu bodycream dan puteri lentik dan gandingan 2 produk ini dengan pengamalan yang konsisten pasti akan membantu anda!!

puteri lentik

bodycream

TESTIMONI BERJAYA






Percaya atapun tidak mereka telah pun mengalamai dan merasai sendiri keberkesanan bodycream dan puteri lentik ini. Sangat mudah digunakan hanya amalkan dengan konsisten sapu sahaja di tempat yang anada mahu fokus burn lemak, 2 produk ini akan membantu anda!! Siapa yang tak nak badan slim, ramping, kurus dan sihat, anda mesti kena cuba 2 produk ini!!

Melabur dengan hanya RM90.80 untuk mendapat set kombo AZN. Dengan budget di bawah RM100 mampu merealisasikan impian yang anda idamkan selama ini!!!


Jika anda dikalangan yang malas untuk diet ketat, amalkan penggunaan produk ini sahaja cepat dan selamat dengan izin Allah insyaAllah.

Untuk sebarang order atau pertanyaan lanjut just wassap ye..

Faizah
0172428570

Selasa, 12 Februari 2019

LEGAKAN PENAT BADAN DENGAN AZN PRODUK

Alkisahnya....
satu hari tu..aku duduk2 je pastu nak bangun n bila bangun je rasa sakit lak kt tapak kaki. Dalam hati terfikir ni mungkin faktor berat badan lebih ni, badan xberapa boleh nk tampung tu yg jadi sakit situ. Hmm dalam masa sama biasalah hari2 wajib ngadap fb ha..memang kalu xngadap xsah kan???korang mesti sama kan..haha... xyah cakapla weh lani dunia tu blake...kiki..

Layanla FB ats bawah kiri kanan seronokkk...selalu tgk sorg member ni dok share pasal AZN punya produk, sekali pm la dia tanya..n diterangkanla kelebihan-kelebihan AZN ni..

Rupanya AZN ni ada 2 product.
1. Bodycream


2. Puteri Lentik


Ha tu lah rupa 2 produk ni.

Dah pakai 2 minggu siyes rasa bes sangat.. Bodycream tu memang fokus kurus n hilang lenguh segala bagai. Sesuai untuk semua peringkat umur dari yang kecik sampai lah peringkat tua. Lenguh-lenguuh belakang sangat sesuai. Ahli sukan???pon sesuai sebab dia akan rasa panas tapi xdela macam panas terbako sangat, manjamanja gitu.. Tapi kesan dia alhamdulillah la dengan izin Allah.

Ini pon produk melayu kita, jom sama-sama suport produk melayu. Untuk kita perempuan ni nak booster kurus saya cadangkan memang patut cuba Puteri Lentik. Lepas mandi sapu tempat yang fokus nk burn lelemaks tu..hihi Sapu n kalau nak jogging, zumba, hiking or mula nk buat kerja lasak, yes!!!! lentik ni akan bekerja burn lelemaks anda.. kalau lemak tu dah tepu sangat..hihihi ambik le masa sikit ye..hihi..

Uols pembaca if rasa nk try boleh contact me ok. 




017-2428570
Faizah

Berniaga kerana Allah..




Khamis, 7 Februari 2019

KEMBALINYA AKU

Sebenarnya aku ade je tak kemana pon..hihihi..jarang2 bersiaran di blog ni, but suka baca cerita kalian. Umur dah masuk pertengahan 30 dah oii...Untuk diriku sedar2 lah diri sikit..usia dimamah waktu..Buat apapon lately rasa xsegagah 20an dulu betul x??ke saya je cmtu?hihihi..diam xdiam jugak ank yg ke 4 ni dah nk masuk 4bulan. Muhammad Firman nama diberi.



usia 2 hari masid di warded


pakai cermin mata jugakkk

Kembalinya aku...ke dunia blog ni..dah lama jugak ditinggalkan..tinggal..kalau nk bagitahu sibuk, semua orang pon sibuk. Walhal apa yg sebenarnya terjadi is aku still xpandai manage masa. Ye!!masa untuk aku curi tumpuan sikit ke dunia blog ni. Yap aku tak pandai nk explore macam-macam dalam dunia blog ni tapi aku tetap punya impian suatu hari blog aku antara blog yang ramai pengikut. Ye, aku jugak tahu untuk ke arah itu aku perlu sedikit demi sikit belajar..cari guru dan terus belajar dan aku nekad akan cuba buat semua tu!!!

Blog ni aku yang punya aku boleh tulis apa aku suka, apa aku rasa rasa macam bes sangat.

Oklah untuk pengetahuan semua now 2019 aku seorang isteri, ibu kepada 4 orang cahaya mata anugerah Allah. Aku masih belajar bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang baik dan ibu yang baik untuk anak-anak aku. Harapan semua ibu bapapun, agar anak yang dikandung menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat dan moga anak ini menjadi jambatan untuk kami ke syurga. Belajarlah walau melalui pelbagai media, mungkin dengan keadaan aku sekarang amat susah untuk bergerak dengan kekangan 4 orang anak yang masih kecil, suami kerja jauh..ya betul aku rasa susahnye sgt pada mulanya. Tapi bila direnung dijalani kehidupan hari-hari aku kini merasai segalanya berjalan lancar dan perlu terus sematkan dalam hati pengharapan hanya pada Allah.

Walau apa jua keadaan dan ujian yang menimpa, aku redha kerana Allah telah atur segala2 nya untuk kami sekeluarga. amin...amiinnn semoga kami semua terus mendapat redha Allah.


Semoga Jumaat ini berlalu dengan penuh barakah ya Allah...


Khamis, 17 Januari 2019

CATATAN DI HARI JUMAAT

Salam Jumaat..

Malam tadi tido dengan nyenyaknya selepas setle membalut buku kakak Qihah. Usai mereka berempat tidur, ku tatap wajah mereka satu persatu.Sayang...kasih....Sayu nya tengok, tatap muka anak2 sedang tidur kan. 

Hmmm terfikir sejenak macam ini lah sayangnya ibu n ayah pada diriku dari saat aku kecil hingga sekarang. Tak pernah putus doa, pertolongan, nasihat sentiasa berpanjangan. Mak...ayah...along rindu mak n ayah..

Tengahari ni sayu sangat, duduk di opis(lunch panjang), Bangunan PERKIM tingkat 22, tinggi nya...sekejap2 terdengar bunyi deru angin yang sangat menakutkan...jenguk ke bawah owh ada payung2 kedai makan berterbangan, kuat betul angin. Macamanalah jika ditakdirkan hari ini Qiamat?Allahuakbar...masih banyak dosa yang aku lakukan, masih banyak yang perlu aku lakukan. Ya Allah dengarlah doa kami semua...ampunkan kami Ya Allah..

 kakak qihah (tempek sini sbb td da sebut nm die)

Sesekali terlintas di fikiran mampukah aku membesarkan anak2 dengan baik?? Ye aku yakin dengan pertolongan dan pengharapan sepenuhnya pd Allah aku mampu. Sejuk aircond di aras 22 hari ni, selalunya tempat kami jarang sejuk entah apa masalah aircond. Itulah Jumaat memang hari mulia dan moga segalanya berjalan dengan baik.  Apa la yg aku merepek ni kan..kiki..Saje lah lama jugak berhenti mencoret di sini lepas bersalin cuti 3 bulan besnya tempoh berpantang rehat serehatnya..

me at opis


Nanti kita sambung lagi ye!!muaahhh semuaa..hihi sekian ku merapu di tengahari Jumaat.



Isnin, 1 Oktober 2018

SEBALIK KEHIDUPAN

Setiap yang hidup pasti mati,
Setiap yang gembira pasti ada duka
Setiap yang susah pasti ada senang
Setiap yang kaya ada miskin

Banyak lagi perumpamaan yang boleh dicoretkan berikutan apa jua keadaan sekarang. Indahnya hidup...indah lagi kehidupan di Syurga, susah dan payahnya hidup, susah lagii hadapi kehidupan menempah neraka.

Khamis, 20 September 2018

FATIH BAKAL JADI ABANG CHIK (ACHIK)

Assalam hye readers..

cmni lah..lama menyepi then sesekali memunculkan diri....bz bebenor ye empunya blog nih..now i'm back!!



Diam tak diam masa berlalu begitu pantas, hampir ke penghujung September dah rupanya. Begitulah putaran dunia yang semakin tua dan semakin tunduk menyembah bumi. Diam tak diam jugak la ank ketiga ku Muhammad Fatih yang lahir pd 23/6/2016 lagi beberapa minggu akan bergelar abang. Tak pernah dikongsi di sini cerita berkaitan Fatih, tapi tau2 nak dapat adik dah kan!!!


5 bulan masa ni


almost setahun rsnya ni..

now Fatih dah 2 tahun 3 bulan n soom 2 minggu lagi bergelar abang. Mama? preparation utk menyambut baby ke 4 alhamdulillah hampir setle dipermudahkan Allah semuanya, tinggal minyak baby je blm beli hihi..(benda kecik je kan, tp boleee las skali bru nk beli...). Pilihan aku minyak by Najlaa Product!!yess i like it!!dri abg Fatih smpai skrg masih guna lagi smpai papa dema pon guna minyak tu taw!!


Organic semestinya pilihan masa kini memandangkan banyak yg ada di pasaran entah macam-macam n antra betul organik atau sintetik. So mama pless pilih yg terbaik ye utk our baby.

So untuk semua yang mengenali, tak mengenali saya, doakan keselamatan saya ya bersalin nanti. Moga dipermudahkan Allah dalam segala urusan. I.Allah.

ok ni curi masa je kejap ni, nanti kita sambung lagi ye...hihi.. undur diri dulu..tataaaa...




Khamis, 7 Disember 2017

PERKAHWINAN YANG MENJADI KENANGAN MANIS PART 3

Part 3

Nak baca part 2?klik SINI

Kami bertolak ke Pasir Puteh untuk majlis di rumah lelaki. Sememangya perjalanan tidaklah jauh mana, tapi entah mengapa kepenatan sangat terasa, mungkin juga penat kenduri. Sampai di kampung adik ipar tu, kami singgah di masjid untuk menunggu semua sanak saudara sampai dan sementara itu, bolehla pengantinnya bersiap n makeup2 sikit.

Cuaca di Pasir Puteh alhamdulillah sangat baik, panas terik dan masa terus berjalan membawa ke tengahari yang sangat panas. Rombongan pihak kami dah kepenatan dan lapar. Sekejap kemudian datanglah wakil dari pihak lelaki jemput kami ke rumah..Alhamdulillah..uwahhh perutku sudah kelaparannnn....

Sesampai saja di rumah keluarga lelaki, rombongan kami terus serbu ke khemah buffet untuk makan..Hahahaha..kelakar memang kelakar, xde nk hantar pengantin ke pelamin n bergambar dah, apa yang penting perut perlu diisi untuk meneruskan agenda seterusnya. Dalam keadaan perut lapar apa pon tak boleh jalan lah!!!Alhamdulillah dijamu pulak dengan gulai yang sangat superb sedap!!!! Siyes tak tipuuu!!gulai memang sedap!!!!puas hati makan!!!Gambar masa makan-makan memang tak sempat ambik dek kelaparan semuanya. Lepas perut dah diisi n semua kekenyangan, barulah masing-masing tersedar mana pengantin..n barulah nak naik ke rumah tengok pelamin...Adoiiii buruk perangai bila perut tengah lapar nih.!!!

Lepas tu, semua rombongan kami ke pelamin untuk mengambil gambar keang-kenangan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan selesai majlis kami bertolak balik. Ku sangkakan air dah makin surut, tapi masih perlu mengharungi air n dah petang2 macam ni, memang dah tak ada traktar lagi akan pickup us, so bincang ngan cousin, adik, suami decide redah jelah biarlah basah pun sebab dah nk sampai rumah pon. 

So..

So...

So..

---------

---------

meredah lah kami..nah belanja pic sket kat bawah ni!apapon happy+penat+kenangan yang sangat manis, Allah dah rancang semuanya.

terima kasih Allah..












abaikan aku yg gemok tuuu!!!


























JATUHKAH MARTABAT JIKA MEMINTA MAAF?

 Assalamualaikum wrh. wbt. readers... Kembali menjengah setelah beberapa lama menghilang. Rindu bukan tak rindu tapi entahla apa yang membua...