Khamis, 7 Februari 2019

KEMBALINYA AKU

Sebenarnya aku ade je tak kemana pon..hihihi..jarang2 bersiaran di blog ni, but suka baca cerita kalian. Umur dah masuk pertengahan 30 dah oii...Untuk diriku sedar2 lah diri sikit..usia dimamah waktu..Buat apapon lately rasa xsegagah 20an dulu betul x??ke saya je cmtu?hihihi..diam xdiam jugak ank yg ke 4 ni dah nk masuk 4bulan. Muhammad Firman nama diberi.



usia 2 hari masid di warded


pakai cermin mata jugakkk

Kembalinya aku...ke dunia blog ni..dah lama jugak ditinggalkan..tinggal..kalau nk bagitahu sibuk, semua orang pon sibuk. Walhal apa yg sebenarnya terjadi is aku still xpandai manage masa. Ye!!masa untuk aku curi tumpuan sikit ke dunia blog ni. Yap aku tak pandai nk explore macam-macam dalam dunia blog ni tapi aku tetap punya impian suatu hari blog aku antara blog yang ramai pengikut. Ye, aku jugak tahu untuk ke arah itu aku perlu sedikit demi sikit belajar..cari guru dan terus belajar dan aku nekad akan cuba buat semua tu!!!

Blog ni aku yang punya aku boleh tulis apa aku suka, apa aku rasa rasa macam bes sangat.

Oklah untuk pengetahuan semua now 2019 aku seorang isteri, ibu kepada 4 orang cahaya mata anugerah Allah. Aku masih belajar bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang baik dan ibu yang baik untuk anak-anak aku. Harapan semua ibu bapapun, agar anak yang dikandung menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat dan moga anak ini menjadi jambatan untuk kami ke syurga. Belajarlah walau melalui pelbagai media, mungkin dengan keadaan aku sekarang amat susah untuk bergerak dengan kekangan 4 orang anak yang masih kecil, suami kerja jauh..ya betul aku rasa susahnye sgt pada mulanya. Tapi bila direnung dijalani kehidupan hari-hari aku kini merasai segalanya berjalan lancar dan perlu terus sematkan dalam hati pengharapan hanya pada Allah.

Walau apa jua keadaan dan ujian yang menimpa, aku redha kerana Allah telah atur segala2 nya untuk kami sekeluarga. amin...amiinnn semoga kami semua terus mendapat redha Allah.


Semoga Jumaat ini berlalu dengan penuh barakah ya Allah...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KEDAI WESTERN BARU KAT BANDAR TUN RAZAK , CHERAS

 Hai korang, sihat ke?? Aku? macam biasa lah tenggelam n timbul dalam dunia tulisan blog hehe,,adui dah makin berusia makin di landa kemalas...