Khamis, 17 Januari 2019

CATATAN DI HARI JUMAAT

Salam Jumaat..

Malam tadi tido dengan nyenyaknya selepas setle membalut buku kakak Qihah. Usai mereka berempat tidur, ku tatap wajah mereka satu persatu.Sayang...kasih....Sayu nya tengok, tatap muka anak2 sedang tidur kan. 

Hmmm terfikir sejenak macam ini lah sayangnya ibu n ayah pada diriku dari saat aku kecil hingga sekarang. Tak pernah putus doa, pertolongan, nasihat sentiasa berpanjangan. Mak...ayah...along rindu mak n ayah..

Tengahari ni sayu sangat, duduk di opis(lunch panjang), Bangunan PERKIM tingkat 22, tinggi nya...sekejap2 terdengar bunyi deru angin yang sangat menakutkan...jenguk ke bawah owh ada payung2 kedai makan berterbangan, kuat betul angin. Macamanalah jika ditakdirkan hari ini Qiamat?Allahuakbar...masih banyak dosa yang aku lakukan, masih banyak yang perlu aku lakukan. Ya Allah dengarlah doa kami semua...ampunkan kami Ya Allah..

 kakak qihah (tempek sini sbb td da sebut nm die)

Sesekali terlintas di fikiran mampukah aku membesarkan anak2 dengan baik?? Ye aku yakin dengan pertolongan dan pengharapan sepenuhnya pd Allah aku mampu. Sejuk aircond di aras 22 hari ni, selalunya tempat kami jarang sejuk entah apa masalah aircond. Itulah Jumaat memang hari mulia dan moga segalanya berjalan dengan baik.  Apa la yg aku merepek ni kan..kiki..Saje lah lama jugak berhenti mencoret di sini lepas bersalin cuti 3 bulan besnya tempoh berpantang rehat serehatnya..

me at opis


Nanti kita sambung lagi ye!!muaahhh semuaa..hihi sekian ku merapu di tengahari Jumaat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KEDAI WESTERN BARU KAT BANDAR TUN RAZAK , CHERAS

 Hai korang, sihat ke?? Aku? macam biasa lah tenggelam n timbul dalam dunia tulisan blog hehe,,adui dah makin berusia makin di landa kemalas...