Khamis, 10 April 2014

DIABETIS vs NASI... JANGAN SALAH FAHAM!

NASI???? OH TIDAK!!!TAK NAK!!!
Itu adalah jawapan yang sering doberikan oleh pengidap diabetis kronik apabila dihidangkan nasi sehingga ada sebahagiannya berpantang nasi kerana sering DIMOMOKKAN dengan kandungan gula yang tinggi. Persoalannya sejauh manakah nasi perlu dielakkan???



Nasi merupakan makanan yang termasuk di dalam kumpulan karbohidrat kompleks, dan di dalam kumpulan ini terdapat beberapa jenis gula ringkas yang disatukan dalam satu rangkaian. Contoh kumpulan makanan yang termasuk dalam kumpulan ini ialah roti, bihun, mi, pasta dan lain-lain. Badan kita memerlukan glukos, sejenis GULA yang ringkas untuk penghasilan tenaga. Tenaga adalah sangat diperlukan bagi memastikan fungsi organ asas seperti jantung dan mata berfungsi dengan baik tanpa gangguan. Glukos ini akan masuk dan berkumpul dalam rangkaian sistem peredaran darah dan diagihkan keseluruhan anggota badan.  Gula inilah kemudiannya diserap keluar dari darah ke dalam sel badan oleh insulin.

Awas Gula yang Tersembunyi

Produk akhir nasi dan gula adalah glukosa, manakala gula (table sugar) datang dari 2 jenis gula ringkas iaitu glukosa dan fruktos. Ia lebih mudah dipecahkan dan meningkatkan paras gula dalam darah dengan mudah.Bagi pesakit Diabetis Mellitus, mereka hendaklah mengikut nasihat para doktor kerana doktor akan menyarankan pengambilan gula dengan syarat tertentu. Apa yang lebih penting ialah mengambil makanan mengikut kuantiti dan had yang telah ditetapkan. Gula yang terdapat dalam nasi datangnya dalam bentuk karbohidrat kompleks dan mengambil masa lebih lama untuk meningkatkan paras gula dalam darah.



Pesakit diabetis lebih digalakkan melebihkan pengambilan fiber ketika pengambilan makanan berkarbohidrat seperti sayur-sayuran, atau produk mil sepertui beras perang, beras Bashmati, wholemeal, biskut atau roti wholemeal. Kepada pengidap pesakit diabetis ini, sila ambil PERHATIAN!!! makanan yang baik macamanapun, jika diambil secara berlebihan dan kuantiti yang banyak TETAP MEMBERI KESAN BURUK. Sebagai contoh saya bawakan di sini, kita semua sedia maklum pengambilan oats mengawal gula dalam badan. Walau bagimanapun pengambilannya perlulah mengikut kadar yang dibenarkan sahaja. Contohnya 1/2 cawan oats mempunyai kadar glukos yang hampir sama dengan 1 sudu besar gula. Anda bayangkan jika kita mengambil 3 cawan oats, ini bermakna anda sudah mengambil 6 sudu besar gula.


Tidak Perlu Pantang Nasi

Untuk perkongsian dengan readers kesayangan saya, 1 mangkuk nasi bersamaan 3 keping roti. Bagi kebanyakan lelaki yang masih muda, mereka akan cepat merasa lapar semula selepas 2 jam memakan roti berbanding nasi. Jadi penyelesaian yang boleh dikongsikan di sini cara terbaik ialah kita bertukar kepada beras perang ataupun Bashmati. 

Pengambilan Buah Mengikut Kuantiti Dibenarkan

Semua jenis buah boleh di ambil, akan tetapi pesakit mestilah memastikan mengikut kuantiti yang dibenarkan. Buah-buahan mengandungi pemanis semulajadi, pesakit perlulah memahami bahawa konsep pengambilannya juga sama seperti nasi. Jika pesakit ingin menjadikan buah tersebut sebagi jus, pastikan jangan membuang seratnya dan jangan menambah gula ataupun susu pekat manis bersamanya. Akan tetapi cubalah untuk minum jus tadi bersama hidangan utama yang mempunyai banyak sayur. 

Jus yang baik adalah jus yang boleh menggabungkan buah dan serat yang banyak. Diingatkan juga di sini bahawa buah yang masam juga perlu diambil mengikut saranan yang ditetapkan. 

Anda pesakit diabetis?ibu anda?bapa anda? keluarga dan orang sekeliling anda??? nasihatilah mereka. Ya, mungkin tips yang saya kongsikan sedikit sebanyak ini boleh menyelamatkan anda dari terus ke tahap bahaya. 



Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

AMBIL TAHU TENTANG MASALAH GUSI ANDA!!!

Memiliki senyuman yang cantik dan menawan sangat bertuah kerana bisa mencairkan hati yang melihatnya. Tahukah kita senyuman yang cantik datangnya dari penjagaan gigi, gusi dan mulut yang sihat. Pernahkah kita mendengar ramai juga dikalangan kita yang mengalami sakit ulser di dalam mulut dan gusi?hmmm..apabila mengalami masalah ini, secara automatik membataskan kita untuk menghasilkan senyuman yang menarik...betul tak???ya..mungkin berkait besar dengan masalah sakit gusi anda!! Jadi, janganlah kita memandang remeh dengan masalh sakit gusi ini!!



Ulser sering membuatkan si pengidap mengalami ketidakselesaan dan kadangkala ia sering berulang dalam tempoh seminggu atau 2 minggu lamanya. Apa yang lebih menyakitkan saat ingin merasa makanan kegemaran, gusi akan merasa sakit yang amat dan ade juga sesetengahnya disertai BAU yang kurang menyenangkan.

Sila ambil tahu sekiranya masalah ini sering berlaku ia berkait rapat dengan masalah kekurangan vitamin C di dalam diri kita. Tambahan pula jika dapat diperhatikan pada kulit kita nampak kering dan kasar, jelaslah bahawa kulit kita kekurangan vitamin c, walaupun ade sesetengah orang merasakan mereka telah mengambil banyak makanan yang mempunyai vitamin C. Vitamin C mudah di serap oleh perut kita, dan bagi mereka yang mengalami kekurangan vitamin ini kemungkinan besar perutnya kurang menyerap vitamin ini walaupun dirasakan dirinya telah banyak mengambil makanan jenis vitamin c. Kadar pengambilan banyak, namun kadar serapan yang lemah tidak akan menghasilkan keputusan yang baik.

VITAMIN C

Ia merupakan vitamin larut air yang bermakna tubuh badan kita tidak boleh menyimpannya. Tubuh hanya boleh menyimpan vitamin larut lemak sahaja kerana sifat sel tubuh mempunyai sebatian lemak. Vitamin C merupakan antioksidan sama juga dengan vitamin E, beta-karotena dan lain-lain nutrien yang berasakan tumbuhan. 



Tugas antioksida ialah menghalang tindakan radikal bebas. Pembinaan radikal bebas dari semasa ke semasa boleh menyumbang kepada proses penuaan dan memburukkan keadaan kesihatan seperti kanser, penyakit jantung dan artritis.

TANDA-TANDA KEKURANGAN VITAMIN C

- rambut kering dan bercabang
- radang gusi dan gusi berdarah
- kulit menjadi kasar
- penurunan kadar pemulihan luka serta lebih mudah lebam
- hidung berdarah dan senang dijangkiti penyakit

Penyakit yang berkait rapat dengan masalah kekurangan vitamin C dikenali sebagai SKURVI dan tanda-tanda utama ialah gusi yang tidak sihat dan berdarah. Jelas kita memerlukan vitamin C untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian tubuh. Hasil daripada kajian dan pembacaan saya, pihak doktor menyarankan pengambilan vitamin dalam bentuk mudah serap yang di rumus khas dalam bentuk tablet ataupun kapsul yang mana senang ditelan dan tanpa sebarang suntikan. 



Jadi, apa lagi jom check diri kita di mana? cukupkah vitamin C untuk badan kita? nak tunggu sehingga selalu terkena simptom di atas? baru nak bertindak??


Jangan...jangan..jangan..kan ke selalu mendengar istilah mencegah sebelum parah??? Perkongsian untuk pembaca yg disayangi!!

CEGAH SEBELUM PARAH!!

Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin

                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

Jumaat, 4 April 2014

6 TIPS BERJIMAT CERMAT

Dewasa ini, kita semua sedia maklum bahawa kos sara hidup semakin meningkat. Isu ini mungkin tidak menjadi masalah kepada pasangan yang berpendapatan tinggi namun berbeza sekali dengan pasangan yang berpendapatan sederhana dan paling sakit ialah golongan berpendapatan rendah. Masuk sahaja ke april 2014 ini, suka saya nak berkongsi dengan pembaca kesayangan saya, ayuhlah kita menstruktur semula kewangan keluarga kita agar perbelanjaan menjadi lebih terancang. pada masa yang sama juga mengajar kita untuk berjimat cermat. ingatan untuk diri saya dan pembaca semua. jom sesama praktikkan langkah yang saya kongsikan ini.. (sumber : majalah Pa&Ma)




1. MASAK DI RUMAH

- Kos makan di luar agak tinggi dan mungkin kita perlu menghadkan kepada sekali seminggu sahaja berbanding sebelum ini. Apa salahnya jika isteri-isteri di luar sana, termasuk saya..hihihi.. mempelajari masakan kegemaran keluarga dan menyediakan dengan tangan sendiri di rumah??bukankah itu pun lebih berkat.. Jika masa yang menjadi halangan, cuba fikirkan cara penyediaan bahan dari awal supaya masa menyediakan makanan di waktu pagi dan malam tidak terganggu. Anda dan suami juga boleh membawa bekal ke tempat kerja.



2. BIJAK MEMBELI

- Utamakan KEPERLUAN, bukan KEHENDAK!!! Sediakan senarai membeli-belah dan patuhinya. Disiplinkan diri dengan menghadkan pembelian barangan yang diperlukan sahaja. elakkan membeli ketika dalam keadaan lapar agar tidak terpengaruh untuk membeli apa yang tidak sepatutnya.




3. MEMBELI SECARA PUKAL

- Belilah barangan keperluan dalam pek pukal untuk mendapatkan harga yang murah. Manakala bagi keperluan yang sering digunakan seperti beras, tisu, sabun pencuci, pelembut pakaian, ubat gigi dan pelbagai lagi eloklah dibeli dalam kuantiti yang banyak ketika jualan murah atau ketika harga runtuh. 

4. BAYAR TUNAI

- membelilah secara tunai dan elakkan berhutang kecualilah hutang rumah dan kenderaan. Elakkan hutang ketika membeli belah. Jangan gunakan kad kredit, anda boleh menggunakannya sekiranya waktu kecemasan dan disiplinkan diri untuk segera membayarnya.

5. PENDAPATAN TAMBAHAN

- anda boleh memulakan perniagaan kecil-kecilan atau membuat kerja sambilan untuk menambah pendapatan. Contohnya perniagaan online..apa sahaja perniagaan asalkan halal dan tidak bercanggah dengan peraturan perniagaan. Sebab itu jugalah saya memilih perniagaan onlinE SHAKLEE sebagai satu cara menambah pendapatan keluarga saya. 



INFO!!

**seramai 241,740 individu diisytiharkan bankrup di negara kita setakat April 2013. Daripada jumlah itu, sebanyak 52,917 kes berlaku di Selangor dan 42,843 di wilayah Persekutuan. Manakala 70% adalah lelaki dan selebihnya wanita.


Anda di luar sana juga boleh menjalankan perniagaan online Shaklee!!!hubungi saya dan kita boleh berkongsi bagaimana perniagaan hujung jari ini dijalankan. Saya seorang yang buta IT..saya baru bermula, anda boleh, saya boleh  dan kita akan sama-sama berjaya!!

Buktikan kepada semua kita BOLEH!!!!

Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin

                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

BENGKUNG RAHSIA PERUT CANTIK DAN RATA

Memiliki perut yang buncit, geleber dan lembik sudah tentunya sangat menyedihkan empunya badan. Ada juga sesetengah daripada kita keadaan begini membuatkan kita kurang yakin pada diri sendiri tambahan pula bila melihat sesetengah ibu-ibu yang masih kekal ramping walaupun sudah mempunyai ramai anak. Kebanyakan wanita pasti berbangga sekiranya memiliki perut yang kempis dan langsing. 



Kebanyakan wanita selepas bersalin akan mempunyai masalah perut buncit, menggeleber dan lembik dan lebih menyedihkan lagi seluar yang dipakai sebelum bersalin sudah tidak muat lagi!!! ramai yang sanggup menghabiskan beribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan kembali bentuk perut seperti asal. Namu begitu untuk tampil dan mendapatkan kembali bentuk badan yang langsing anda harus mengamalkan pelbagai amalan yang memerlukan disiplin dan semangat yang tinggi. Antara amalan yang MESTI dilakukan selepas bersalin ialah PEMAKAIAN BENGKUNG.

Berbengkung boleh membantu mengembalikan bentuk badan asal kita. Pastikan kita menggunakan bengkung yang sesuai dan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif kerana pemakaian bengkung yang tidak betul boleh memudaratkan.

KETAHUI FAEDAH MEMAKAI BENGKUNG

1. mengempiskan bahagian perut

2. mengurangkan berat badan

3. mengetatkan pperut dan ototo-otot yang longgar semasa kehamilan

4. menggalakkan postur yang baik

5. membantu penyusuan bayi

6. memecahkan lemak dan selulit

7. menegangkan kulit yang ,enggeleber

8. menghalang perut daripada dimasuki angin semasa berpantang

9. sebagai sokongan kepada perut selepas bersalin

10. mengelak daripada berasa sakit semasa batuk atau bersin

11. dijadikan korset untuk menguruskan badan dan sekaligus melangsingkan perut

Selain amalan berbengkung, untuk mengembalikan perut yang kempis amalan lain juga mesti dilakukan seperti urut, bertungku, pengambilan jamu atau suplemen dan mandi herba. jika cuba mendisiplinkan diri, amalan berpantang ini boleh membantu mengurangkan berat badan serta mengimbangi pasras hormon kita. 



Dapatkan kembali perut yang langsing dengan amalan berbengkung terutamanya bagi mereka yang lepas bersalin. Anda juga boleh mendapatkan suplemen iaitu set berpantang khusus untuk ibu-ibu selepas melahirkan dan sedang berpantang.



Set Cadangan berpantang Shaklee

A. Set Basic









Set Eksklusif

**Terdiri daripada 4 set di atas dan tambahan 2 produk lagi iaitu:-




Selain berbengkung, set berpantang Shaklee banyak membantu anda dalam mendapatkan perut impian anda di samping kesihatan BERASASKAN TUMBUHAN SEMULAJADI.

P/S : untuk para suami di luar sana..ayuh sayangi isteri anda!! berikan yg terbaik untuk isteri anda!!!

Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin

                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!



Rabu, 2 April 2014

CARA METABOLISME MEMPENGARUHI BERAT BADAN

Ramai di antara kita yang tidak memahami tentang apa itu metabolisme walaupun istilah ini banyak kita dengar dalam info kesihatan mahupun diet. Secara ringkasnya metabolisme ialah proses mengubah nutrisi makanan menjadi tenaga. Tahap metabolisme yang tinggi ialah pembakaran kalori oleh tubuh menjadi tenaga dengan kadar yang lebih cepat.  Manakal tahap metabolisme yang rendah pula bermaksud proses pembakaran kalori oleh badan untuk menjadi tenaga yang lebih lambat.



Kita jangan risau berkenaan metabolisme ini kerana jika kita dapat mengendalikan metabolisme tubuh, ini bererti kita boleh mengendalikan berat badan kita dengan lebih cepat dan mudah. Ini kerana jelas bahawa proses metabolisme memang mempengaruhi penurunan dan kenaikan berat badan kita.

MAKIN LAMBAT BILA USIA MENINGKAT

TIdak hairanlah jika kita meningkat usia, kita akan senang menjadi gemuk sedangkan cara pemakanan kita sama sahaja ketika kita remaja, ini adalah kerana METABOLISME. Kebanyakan mereka yang berusia 30 tahun akan mengalami penurunan metabolisme. Secara ringkasnya semakin meningkat usia kita, pembakaran kalori akan menjadi lebih lambat dan mengakibatkan kalori meningkat dan menjadi lemak dan akan mengakibatkan badan menjadi gemuk. 



FAKTOR LAIN YANG MEMPENGARUHI METABOLISME

1. Jantina
- wanita memiliki metabolisme yang lebih rendah berbanding lelaki. lelaki memiliki bahagian tulang, organ, otot yang lebih besar berbanding wanita. Jadi tidak hairanlah jika metabolisme mereka juga lebih besar.

2. Komposisi badan
- mereka yang mempunyai berat badan normal yang memiliki banyak otot mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi daripada mereka yang gemuk dan banyak lemak

3. Iklim
- mereka yang tinggal di negara iklim tropika memiliki kadar metabolisme 10% lebih rendah dibandingkan dengan mereka yang tinggal di bahagian sub tropika

4. Gizi
- pola gizi yang buruk dan berpanjangan akan mengurangkan metabolisme sehingga 20%.

5. Tidur
- ketika tidur, metabolisme 5% lebih rendah dibandingkan ketika berjaga

6. Aktiviti fizikal
- semakin banyak dan berat aktiviti seseorang, semakin tinggilah kadar metabolisme orang itu

CARA MENINGKATKAN KADAR METABOLISME

1. Hindari penurunan berat badan yang drastik - diet yang melampau akan membuatkan metabolisme badan semakin lambat sehingga 30%.

2. Makan di dalam kuantiti yang sedikit - setiap kali kita makan, tubuh akan membakar kalori untuk mencerna makanan. Jika anda makan 5 atau 6 kali sehari dalam kuantiti yang sedikit, tubuh akan membakar 20 kalori tambahan.

3. Tidur yang cukup dan jauhi stress - mereka yang kurang tidur akan menghasilkan lebih unsulin yang bakal membuatkan tubuh akan diliputi dengan lemak. Selain itu, kurang tidur akan menyebabkan kita rasa mengantuk di siang hari dan mengakibatkan semakin sedikit kalori yang terbakar.



Nikmati set Slimming Shaklee yang bukan sahaja membantu anda kurus akan tetapi sihat dari dalam.. Kecantikan luaran bermula dari kecantikan dalaman. Jom kita sihat bersama kerana saya yakin dan pasti anda semua mahu sihat dan langsing!!!

Buktikan anda boleh..Just pm or contact saya and...paling penting anda akan di guide secara percuma!!! 


Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin

                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!





Selasa, 1 April 2014

APRIL : PROMO OSTEMATRIX

Bulan Mac telah berlalu meninggalkan kkita..kini, April menjengah dengan mungkin semangat baru bagi setiap orang. Sepertimana yang telah diumumkan oleh pihak Shaklee, April ialah promo bagi Ostematrix Shaklee. Apa yang istimewanya setiap kali promo ini ialah kite berpeluang membeli 6 botol Ostematrix andd Shaklee memberi free 1 botol khas untuk anda semua!!! mana nk dapat????



Maghi kito tengok gapo dio kelebihe Ostematrix ni (saja nk letak istilah kelantan..hihi) taw..readers semua mst paham kan???

1. membina tulang dan gigi yang kuat
2. memberi tenaga dan mudah bangun dari tidur
3. bagi ibu hamil, ia membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang
4. bagi wanita, ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang (osteoperosis)
5. membantu pengeluaran susu yang lebih baik
6. mengatasi masalah ''water retention''
7. mengurangkan stress di mana ostematrix membantu mengimbangi tekanan darah, menenangkan saraf, menggalakkan tidur lena dan membantu mood swing serta sakit kepala
8. mengurangkan amsalah haid kerana pengambilan kalsium dan magnesium secara serentak, ia akan meringankan sakit sewaktu haid dan membantu melawaskan pembuangan air kecil
9. membantu mengurangkan masalah gastrik.
10. membantu para atlet sukan dalam membekalkan kalsium dan mineral penting kepada tubuh. Oleh itu, aktiviti lasak senang dilakukan dengan selesa dan mudah tanpa masalah

Sapo pulop hok perluke Ostemartix ni?? 

1. orang yang sering mengalami sakit pinggang, lutut dan sendi
2. ibu yang sedang hamil
3. ibu yang sedang menyusukan bayi
4. orang yang sering keletihan kerana kerja kerana kalsium membantu mengurangkan keletihan
5. mereka yang sering mengalami sakit kepala yang teruk
6. kesemua wanita yang berusia 30 tahun ke atas (kerana jisim tulang berkembang ke tahap maksimum pd umur 27 dan semakin mengurang slps itu)
7. perokok, org yg gemar alkohol, dan minuman ringan kerana semua itu menggangu penyerapan kalsium yang diambil daripada pemakanan setiap hari
8. orang yang sedang menjalani fisioterapi
9. mereka yang mengalami PMS(Pre-mestrual syndrom) yang teruk sehingga terpaksa mengambil pil tahan sakit setiap kali datang bulan
10. SPECIAL ialah KITA SEMUA!!!! (ayat yg ditmbh sendiri)..pndpt saya..kita semua pun mungkin tergolong dlm golongan di atas..

Jadi, sayangi diri kita, anda yang sisah sangat nk minum susu macam SAYA...jom kita ambil Ostematrix bagi mengekalkan kalsium dan mineral berkekalan di dalam badan. Anda boleh buktikan bahawa anda hebat!!anda mahu sihat dengan vitamin semulajadi!!!

Anda ore2 KELATE kesayangan saya, kito kecek mmolep..saya buleh consult anda sptmana anda mahu!!! sama2 sihat sama2 cantik!!!sihat luar dan dalam..U DESERVE IT......


Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin

                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!



Isnin, 31 Mac 2014

BAHAYA WANITA KEKURANGAN KALSIUM

Umumnya telah maklum bahawa kalsium sangat penting untuk badan yang sihat. Hari ini entry saya ingin memfokuskan kekurangan kalsium di kalangan wanita. Wanita, anda perlu ketahui betapa bahayanya untuk badan kita jika kekurangan kalsium, di tambah lagi jika seseorang itu sedang hamil.



Sebagai contoh, penyakit akibat kekurangan kalsium adalah Osteoperosis yang mana lebih banyak menyerang wanita berbanding lelaki. Kita juga sedia maklum bahawa kalsium merupaka sumber pembentukan tulang yang sihat dan gigi yang kuat. Bagi wanita yang hamil dan mengiginkan cahaya mata, pembekalan kalsium yang cukup amat penting untuk pembentukan tulang yang sihat untuk bakal bayi yang akan dilahirkan keranasemasa pembentukan janin, kalsium akan diambil daripada ibu. 


Bagi wanita yang menyusu bayi pula, kalsium amat penting untuk menghasilkan susu yang berkhasiat bagi pembesaran dan kesihatan tulang anak yang sedang disusuinya. Bayangkan bagaimana jika anda sendiri kekurangan kalsium, macamana nak menghasilkan susu yang berkhasiat..So, ibu-ibu please take note and ketahui risiko kekurangan kalsium. Ini amat penting kerana melibatkan pembesaran anak-anak kita.



Ringkasan daripada fakta di atas, tidak hairanlah jika wanita lebih berisiko dan berbahaya jika kekurangan kalsium kerana semasa hamil, kalsium dibekalkan kepada anak di dalam kandungan dan ketika menyusu kalsium juga dibekalkan kepada anak yang sedang disusuinya. 

Menurut pakar dari fakulti Perubatan di Universiti di Indonesia Dr. Siti Anissa Nuhonni berkata, bayi yang sedang dikandung oleh ibu akan menyerap banyak kalsium daripada ibunya dan ini secara tidak langsung menunjukkan ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium lebih daripada kebiasaannya. Selain itu, doktor juga menegaskan jarak kehamilan dan proses kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam badan. Ketidakseimbangan hormon ini secara tidak langsung akan menggangu penyerapan kalsium ke dalam tulang. Estrogen amat penting untuk penyerapan kalsium, jadi apabila ia terganggu struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium ini. 



Kesimpulannya wanita dan ibu hamil serta menyusu amat memerlukan kalsium yang cukup untuk kesihatan tubuh badan, Kami di Shaklee ada menyediakan pembekalan kalsium untuk anda iaitu OSTEMATRIX. Sempena promotion di pada bulan ini, ayuh kita dapatkan Ostematrix ini. Sihat bersama anda semua!!!


Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin

                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!


JATUHKAH MARTABAT JIKA MEMINTA MAAF?

 Assalamualaikum wrh. wbt. readers... Kembali menjengah setelah beberapa lama menghilang. Rindu bukan tak rindu tapi entahla apa yang membua...