Rabu, 2 April 2014

CARA METABOLISME MEMPENGARUHI BERAT BADAN

Ramai di antara kita yang tidak memahami tentang apa itu metabolisme walaupun istilah ini banyak kita dengar dalam info kesihatan mahupun diet. Secara ringkasnya metabolisme ialah proses mengubah nutrisi makanan menjadi tenaga. Tahap metabolisme yang tinggi ialah pembakaran kalori oleh tubuh menjadi tenaga dengan kadar yang lebih cepat.  Manakal tahap metabolisme yang rendah pula bermaksud proses pembakaran kalori oleh badan untuk menjadi tenaga yang lebih lambat.



Kita jangan risau berkenaan metabolisme ini kerana jika kita dapat mengendalikan metabolisme tubuh, ini bererti kita boleh mengendalikan berat badan kita dengan lebih cepat dan mudah. Ini kerana jelas bahawa proses metabolisme memang mempengaruhi penurunan dan kenaikan berat badan kita.

MAKIN LAMBAT BILA USIA MENINGKAT

TIdak hairanlah jika kita meningkat usia, kita akan senang menjadi gemuk sedangkan cara pemakanan kita sama sahaja ketika kita remaja, ini adalah kerana METABOLISME. Kebanyakan mereka yang berusia 30 tahun akan mengalami penurunan metabolisme. Secara ringkasnya semakin meningkat usia kita, pembakaran kalori akan menjadi lebih lambat dan mengakibatkan kalori meningkat dan menjadi lemak dan akan mengakibatkan badan menjadi gemuk. 



FAKTOR LAIN YANG MEMPENGARUHI METABOLISME

1. Jantina
- wanita memiliki metabolisme yang lebih rendah berbanding lelaki. lelaki memiliki bahagian tulang, organ, otot yang lebih besar berbanding wanita. Jadi tidak hairanlah jika metabolisme mereka juga lebih besar.

2. Komposisi badan
- mereka yang mempunyai berat badan normal yang memiliki banyak otot mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi daripada mereka yang gemuk dan banyak lemak

3. Iklim
- mereka yang tinggal di negara iklim tropika memiliki kadar metabolisme 10% lebih rendah dibandingkan dengan mereka yang tinggal di bahagian sub tropika

4. Gizi
- pola gizi yang buruk dan berpanjangan akan mengurangkan metabolisme sehingga 20%.

5. Tidur
- ketika tidur, metabolisme 5% lebih rendah dibandingkan ketika berjaga

6. Aktiviti fizikal
- semakin banyak dan berat aktiviti seseorang, semakin tinggilah kadar metabolisme orang itu

CARA MENINGKATKAN KADAR METABOLISME

1. Hindari penurunan berat badan yang drastik - diet yang melampau akan membuatkan metabolisme badan semakin lambat sehingga 30%.

2. Makan di dalam kuantiti yang sedikit - setiap kali kita makan, tubuh akan membakar kalori untuk mencerna makanan. Jika anda makan 5 atau 6 kali sehari dalam kuantiti yang sedikit, tubuh akan membakar 20 kalori tambahan.

3. Tidur yang cukup dan jauhi stress - mereka yang kurang tidur akan menghasilkan lebih unsulin yang bakal membuatkan tubuh akan diliputi dengan lemak. Selain itu, kurang tidur akan menyebabkan kita rasa mengantuk di siang hari dan mengakibatkan semakin sedikit kalori yang terbakar.



Nikmati set Slimming Shaklee yang bukan sahaja membantu anda kurus akan tetapi sihat dari dalam.. Kecantikan luaran bermula dari kecantikan dalaman. Jom kita sihat bersama kerana saya yakin dan pasti anda semua mahu sihat dan langsing!!!

Buktikan anda boleh..Just pm or contact saya and...paling penting anda akan di guide secara percuma!!! 


Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin

                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!





Selasa, 1 April 2014

APRIL : PROMO OSTEMATRIX

Bulan Mac telah berlalu meninggalkan kkita..kini, April menjengah dengan mungkin semangat baru bagi setiap orang. Sepertimana yang telah diumumkan oleh pihak Shaklee, April ialah promo bagi Ostematrix Shaklee. Apa yang istimewanya setiap kali promo ini ialah kite berpeluang membeli 6 botol Ostematrix andd Shaklee memberi free 1 botol khas untuk anda semua!!! mana nk dapat????



Maghi kito tengok gapo dio kelebihe Ostematrix ni (saja nk letak istilah kelantan..hihi) taw..readers semua mst paham kan???

1. membina tulang dan gigi yang kuat
2. memberi tenaga dan mudah bangun dari tidur
3. bagi ibu hamil, ia membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang
4. bagi wanita, ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang (osteoperosis)
5. membantu pengeluaran susu yang lebih baik
6. mengatasi masalah ''water retention''
7. mengurangkan stress di mana ostematrix membantu mengimbangi tekanan darah, menenangkan saraf, menggalakkan tidur lena dan membantu mood swing serta sakit kepala
8. mengurangkan amsalah haid kerana pengambilan kalsium dan magnesium secara serentak, ia akan meringankan sakit sewaktu haid dan membantu melawaskan pembuangan air kecil
9. membantu mengurangkan masalah gastrik.
10. membantu para atlet sukan dalam membekalkan kalsium dan mineral penting kepada tubuh. Oleh itu, aktiviti lasak senang dilakukan dengan selesa dan mudah tanpa masalah

Sapo pulop hok perluke Ostemartix ni?? 

1. orang yang sering mengalami sakit pinggang, lutut dan sendi
2. ibu yang sedang hamil
3. ibu yang sedang menyusukan bayi
4. orang yang sering keletihan kerana kerja kerana kalsium membantu mengurangkan keletihan
5. mereka yang sering mengalami sakit kepala yang teruk
6. kesemua wanita yang berusia 30 tahun ke atas (kerana jisim tulang berkembang ke tahap maksimum pd umur 27 dan semakin mengurang slps itu)
7. perokok, org yg gemar alkohol, dan minuman ringan kerana semua itu menggangu penyerapan kalsium yang diambil daripada pemakanan setiap hari
8. orang yang sedang menjalani fisioterapi
9. mereka yang mengalami PMS(Pre-mestrual syndrom) yang teruk sehingga terpaksa mengambil pil tahan sakit setiap kali datang bulan
10. SPECIAL ialah KITA SEMUA!!!! (ayat yg ditmbh sendiri)..pndpt saya..kita semua pun mungkin tergolong dlm golongan di atas..

Jadi, sayangi diri kita, anda yang sisah sangat nk minum susu macam SAYA...jom kita ambil Ostematrix bagi mengekalkan kalsium dan mineral berkekalan di dalam badan. Anda boleh buktikan bahawa anda hebat!!anda mahu sihat dengan vitamin semulajadi!!!

Anda ore2 KELATE kesayangan saya, kito kecek mmolep..saya buleh consult anda sptmana anda mahu!!! sama2 sihat sama2 cantik!!!sihat luar dan dalam..U DESERVE IT......


Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin

                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!



Isnin, 31 Mac 2014

BAHAYA WANITA KEKURANGAN KALSIUM

Umumnya telah maklum bahawa kalsium sangat penting untuk badan yang sihat. Hari ini entry saya ingin memfokuskan kekurangan kalsium di kalangan wanita. Wanita, anda perlu ketahui betapa bahayanya untuk badan kita jika kekurangan kalsium, di tambah lagi jika seseorang itu sedang hamil.



Sebagai contoh, penyakit akibat kekurangan kalsium adalah Osteoperosis yang mana lebih banyak menyerang wanita berbanding lelaki. Kita juga sedia maklum bahawa kalsium merupaka sumber pembentukan tulang yang sihat dan gigi yang kuat. Bagi wanita yang hamil dan mengiginkan cahaya mata, pembekalan kalsium yang cukup amat penting untuk pembentukan tulang yang sihat untuk bakal bayi yang akan dilahirkan keranasemasa pembentukan janin, kalsium akan diambil daripada ibu. 


Bagi wanita yang menyusu bayi pula, kalsium amat penting untuk menghasilkan susu yang berkhasiat bagi pembesaran dan kesihatan tulang anak yang sedang disusuinya. Bayangkan bagaimana jika anda sendiri kekurangan kalsium, macamana nak menghasilkan susu yang berkhasiat..So, ibu-ibu please take note and ketahui risiko kekurangan kalsium. Ini amat penting kerana melibatkan pembesaran anak-anak kita.



Ringkasan daripada fakta di atas, tidak hairanlah jika wanita lebih berisiko dan berbahaya jika kekurangan kalsium kerana semasa hamil, kalsium dibekalkan kepada anak di dalam kandungan dan ketika menyusu kalsium juga dibekalkan kepada anak yang sedang disusuinya. 

Menurut pakar dari fakulti Perubatan di Universiti di Indonesia Dr. Siti Anissa Nuhonni berkata, bayi yang sedang dikandung oleh ibu akan menyerap banyak kalsium daripada ibunya dan ini secara tidak langsung menunjukkan ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium lebih daripada kebiasaannya. Selain itu, doktor juga menegaskan jarak kehamilan dan proses kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam badan. Ketidakseimbangan hormon ini secara tidak langsung akan menggangu penyerapan kalsium ke dalam tulang. Estrogen amat penting untuk penyerapan kalsium, jadi apabila ia terganggu struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium ini. 



Kesimpulannya wanita dan ibu hamil serta menyusu amat memerlukan kalsium yang cukup untuk kesihatan tubuh badan, Kami di Shaklee ada menyediakan pembekalan kalsium untuk anda iaitu OSTEMATRIX. Sempena promotion di pada bulan ini, ayuh kita dapatkan Ostematrix ini. Sihat bersama anda semua!!!


Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin

                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!


MENGIDAM TANDA IBU KEKURANGAN NUTRISI?

Saat kehamilan merupakan saat yang terlalu bahagia untuk pasangan suami siteri yang baru berkahwin. Tidak tergambar bagaimana perasaan seorang bakal ibu dan bapa perkenaan saat disahkan hamil. Tahukah anda proses kehamilan itu bermaksud ibu-ibu akan mengalami perubahan hormon melibatkan badan mereka. Salah satu permasalah yang sering dan sinonim dengan ibu yang hamil ialah MENGIDAM. Secara tiba-tiba mengidam, datang tanpa dirancang, jadi ibu-ibu dan para suami perlulah mengetahui kenapa situasi ini berlaku?



Sebahagian besar ibu-ibu yang hamil akan mengalami keadaan mengidam sesuatu jenis makanan ketika dalam tempoh kehamilan. Atas sebab perubahan hormon lah perkara ini terjadi. Keadaan ini sama seperti mengalami haid di mana anda menginginkan sesetengah jenis makanan disebabkan oleh pengaruh hormon yang dialami ketika itu.

Perubahan hormon dikalangan wanita hamil boleh memberi kesan terhadap deria rasa dan bau. Namun sebab sebenar dan kenapa ia berlaku tiada siapa yang tahu dengan pasti. Alahan semasa hamil seperti letih, pening dan muntah yang berlaku akibat perubahan hormon boleh menjadi penyebab mengapa anda mengidam sesuatu makanan yang boleh mengurangkan atau melegakan alahan tersebut.

KEKURANGAN NUTRISI

Wanita yang hamil memerlukan nutrisi pemakanan yang seimbang. Walaubagaimanapun, kadang kala tiada hubungkait pun antara kekurangan nutrisi dan mengidam. fakta ini wujud kerana ada antara pakar nutrisi yang mengatakan begitu. Cuma kajian saintifik mengenainya belum lagi dijalankan secara serius. Perlu diketahui oleh sang suami sepanjang isteri mengandung anda mestilah memastikan ister-isteri anda mengambil pemakanan yang sihat kerana kekurangan nutrisi akibat pada bayi boleh menyebabkan bayi lahir kurang matang, kurang berat, cacat dan mengalami masalah pernafasan. Bagi ibu pula, kekurangan nutrisi meningkatkan risiko alahan, sembelit, lemah badan, kekajangan otot, anemia dan berisiko besar untuk bersalin melalui pembedahan. 


Sepanjang anda hamil, banyak perkara yang perlu dijaga dan dititik beratkan. Oleh itu pastikan pemakanan dan diet anda seimbang dan membekalkan sukup nutrisi. Pastikan anda boleh melahirkan anak yang comel, sihat dan cergas. Saya percaya anda boleh!!Demi anak yang tercinta ibu bapa akan memastikan semuanya sempurna!!

Sayangi anak anda dan diri anda!!



Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin

                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

Khamis, 27 Mac 2014

STRESS MELAMPAU BOLEH MENYEBABKAN HIPERTENSI

Pernahkan kita semua mendengar istilah 'HIPERTENSI'? hipertensi ialah tekanan darah tinggi yang merupakan gangguan kepada sistem peredaran darah yang dpt menyebabkan kenaikan tekanan darah di aras kadar tekanan darah normal iaitu 140/90 mmHg. Ok, hari ini nk berkongsi tentang 2 istilah yang sering meniti di bibir masyarakat iaitu STRESS dan HIPERTENSI. Apakah kaitan antara 2 perkataan tersebut? Stress boleh dikategorikan sebagai suatu penyakit yang serius tetapi tidak dititik beratkan oleh masyarakat. Hal ini berlaku kerana ramai yang beranggapan bahawa stress hanya memberikan kesan seketika walhal ramai yang tidak menyedari stress boleh menjejaskan seluruh badan dan minda kita. Perkaitan perkataan STRESS dan HIPERTENSI ialah masalah stress boleh menyebabkan penyakit darah tinggi (HIPERTENSI).




Kajian menunjukkan bahawa wanita lebih berisiko mengalami stress dan murung berbanding lelaki. Ia melibatkan permasalah yang tidak dapat diselesaikan samada masalah peribadi, keluarga dan tempat kerja. Dikatakan wanita lebih berisiko mengalami stress kerana wanita muda yang baru mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak, mereka belum bijak menguruskan hal rumahtangga dan mungkin situasi ini merupakan salah satu punca keadaan tersebut. Akan tetapi sekiranya seseorang wanita itu mampu lebih bertenang dan menguruskan hal kerja dan rumahtangga sebaiknya, ia bukanlah menjadi msalah malah akan menjalani hidup dengan lebih berkualiti.

CARA MELEGAKAN STRESS

1. Bersukan - bersukan merupakan satu proses yang boleh membuatkan kita lebih rileks, berpeluh dan mengurangkan tekanan darah sistolik. Menurut Gerald Fletcher, MD, pakar jantung dari Mayo Clinic bersukan selama 30 setiap hari boleh melegakan stress secara ketara. Jadi pilihlah bersukan selama 30 minit setiap hari bagi mengelakkan masalah ini berlarutan.



2. Berehat - Mahu ke tidak, setiap hari kita disarankan mengambil masa merehatkan badan. Sebagai contoh, berdiri di hadapan cermin tarik nafas dan hembuskan secara perlahan- lahan. Cuba ulangi sehingga kita merasa lebih tenang.



3. Hobi - Melakukan hobi sendiri adalah satu cara mengusir stress yang berkesan. Jika sebelum ini kita tidak mempunyai sebarang hobi, cubalah untuk mencipta hobi dan lakukan hobi tersebut di saat anda merasa stress. 



4. Mengatur kerja dengan baik - Mulalah merancang aktiviti anda dengan baik kerana ini amat penting untuk masa kita. Lebih baik membuat perancangan terlebih dahulu kerana daripada situlah anda akan mendapati hidup lebih sempurna. 

5. Cuba untuk ketawa - Di saat stress melanda, lebih baik anda cuba menonton televisyen komedi yang akan membuatkan anda ketawa. Percayalah setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya. 



6. Solat - sebagai orang Islam, mengambil wudhu dan solat adalah cara yang paling baik untuk melegakan stress. mendekatkan diri kepadaNYA, mengadu pada Allah akan memberikan ketenangan yang kekal.



Anda mungkin boleh mengamalkan tips yang saya kongsikan kerana hasil kajian perkara-perkara ini antara yang boleh melegakan stress. Kita perlu tahu bahawa stress menyebabkan penghasilan radikal bebas yang memusnahkan vitamin C. Vitamin C tidak dapat dihasilkan oleh badan kerana ia  bersifat larut air dan mudah dikeluarkan ketika buang air kecil, jadi pengambilan vitamin semulajadi amatlah penting untuk badan. 

Vitamin anti oxiden terdiri daripada vitamin C dan E yang membantu individu merasa lebih tenang dan relax. Vitamin B-Complex juga merupakan satu vitamin yang dapat membantu mengurangkan stress kerana di dlm B-Complex ini terkandung B1, B2, B6 dan B12 yang dapat mengekalkan sistem saraf yang baik supaya kita tidak mudah berasa cemas, takut dan murung. 

Selamat menjalani gaya hidup yang sihat!!!BEBAS STRESS, BEBAS HIPERTENSI!!!

Vitamin cadangan Shaklee


1. Vitamin E-Complex


2. Vitamin B-Complex



3. Sustaine Release Vita-C Plus



Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin

                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!



Isnin, 24 Mac 2014

MADU MEMBANTU DIET ANDA

Secara umumnya, telah ramai yang mengetahui tentang khasiat madu dalam kesihatan. Madu terhasil daripada mektar yang diambil oleh lebah pekerja dari bahagian tertentu pokok yang mengeluarkan nektar seperti bunga. Ia sangat dikenali di kalangan masyarakat dan sangat berguna juga dalam menyembuhkan pelbagai penyakit. 



Hari ni nk berkongsi dengan readers semua tentang mcmana madu membantu anda dalam diet. Madu banyak boleh dikombinasikan dengan pelbagai makanan lain untuk diet khususnya. Meskipun ramai yang telah menyedari tentang khasiat madu, masih ramai yang tidak mempraktikkannya dalam kehidupan seharian sekalipun pernah dibuktikan ianya sangat membantu dalam program diet kita.

Ok, di bawah saya kongsikan tips madu untuk kejayaan program diet anda semua!! Ingat!!! nak buat manual ni, kene ada kerajinan dari kita, kalau ada penyakit 'M' memang tak kemana lah diet kita..hihi..ok..back to the topic..

Cara yang mudah ialah menggantikan GULA dengan MADU.

1. Madu + Badam

Adalah disyorkan supaya mengambil sesudu madu bersama 4 biji badam setiap pagi. Ini adalah kerana badam kaya dengan tenaga serta vitamin E dan madu pula menyumbang nutrisi magnesium dan mineral penting kepada badan kita.


2. Madu + halia

Gabungan ini sangat berkesan untuk memulihkan kesihatan sekaligus membantu menurunkan berat badan. Selain melancarkan sistem penghadaman, ramuan ini juga berupaya menghalang virus dari merebak ke dalam badan.



3. Salad + madu

Ok, yang ini cita rasa lain sikit, sebab apa, kerana lazimnya sebelum ini ramai antara kita lebih gemar menghidangkan salad bersama mayonis atau sos. Akan tetapi ramai yang tidak tahu cara lain yang boleh dipelbagaikan seperti contoh campurkan madu bersama salad yang telah disediakan. Dengan khasiat kedua-dua bahan tersebut amat membantu anda dalam pelangsingan badan.



4. Lemon + madu di waktu pagi

Jika kebiasaan kita mengamalkan teh tarik sewaktu mengambil sarapan pagi, kali ini apa kata kita ubah selera dengan mengambil pemakanan yang lebih sihat. Campurkan madu bersama dengan air lemon dan minum. Minuman seperti ini dikatakan dapat membantu meningkatkan metabolisme badan selain menjadikan kita kekal aktif sepanjang hari. Pada masa yang sama ia juga boleh menyingkir toksin di dalam badan kita.



Selamat merajinkan diri untuk mencuba!!! dannnnn selamat mengamalkan petua ini!!!

Selain itu, untuk mencuba set slim, diet daripada Shaklee, anda boleh direct berhubung dgn saya!!bersedia membantu anda!!

Di bawah adalah kombinasi set kurus, diet, slim Shaklee..

Omega, Lecithin, Alfalfa, Cinch, ESP dan Herb-Lax.




For those n all yang tahu, bulan ni harga promotion bagi ESP, so, jangan lepaskan peluang ini di masa yang masih berbaki 6 hari lagi!!!

PERINGATAN UNTUK ANDA SEMUA, APA JUA PETUA YANG DIAMALKAN DAN PENGAMBILAN SET DIET SHAKLEE, ANDA WAJIBLAH JUGA MEMBAKAR KALORI SENDIRI DENGAN BERSENAM DAN BERSUKAN!!!N PALING PENTING MINUM AIR MASAK 3 LITER SEHARI KERANA INI SANGAT2 MEMBANTU ANDA DALM PROGRAM DIET ANDA!!!X PERCAYA???LET'S TRY!!!


Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin

                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!




Ahad, 23 Mac 2014

MANFAAT ESP UNTUK IBU HAMIL


ESP!!!semua dah maklum mengenai ESP yang mana ia merupakan Soy Protien Isolate yang dibasuh menggunakan air yang bersih dan bukannya dengan alkohol sepeerti kebanyakan soya lain. Ia juga mengandungi lecithin soya yang kaya dengan kolina untuk perkembangan otak dan sememangya sangat sesuai untuk ibu yang hamil.



KEBAIKAN ESP UNTUK IBU HAMIL

1. ESP diproses tanpa melalui proses haba untuk mengekalkan kandungan protien

2. ESP mengandungi 500mg kalsium yang sangat diperlukan oleh ibu yang sedang hamil

3. ESP membantu memelihara tekanan darah tinggi dan kencing manis semasa hamil kerana kandungan karbohidratnya yang rendah dan juga rendah glisemik & gula

4. ESP memberikan tenaga sepanjang hari kepada ibu- ibu yang hamil

5. ESP membantu perkembangan fetus

6. ESP membantu meningkatkan paras kolesterol baik dan juga bain untuk jantung

Untuk kombinasi terbaik sepanjang hamil, ibu-ibu boleh mendapatkan set kehamilan di Shaklee. Set yang dicadangkan pada kehamilan trimester pertama adalah Ostematrix, ESP, Omega Guard, Vitamin B-Complex, Vitamin C, Vita-lea.

For more detail, leh hubungi saya kerana saya boleh membantu anda dalam cadangan pengambilan suplemen sepanjang kehamilan anda.

                Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin

                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

JATUHKAH MARTABAT JIKA MEMINTA MAAF?

 Assalamualaikum wrh. wbt. readers... Kembali menjengah setelah beberapa lama menghilang. Rindu bukan tak rindu tapi entahla apa yang membua...