Selasa, 21 Januari 2014

KENAPA BADAN KITA MEMERLUKAN SUPLEMEN??

Kesihatan merupakan satu anugerah yang tidak ternilai yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita umatnya. Jadi kenapa kita tidak menghargai anugerah yang tidak ternilai itu? Kesihatan dalam dan luaran adalah perlu untuk membina hidup yang sihat seterusnya membuatkan kita semua lebih bersemangat untuk melaksanakan perintah Allah di muka bumi ini.

Dewasa ini, kita banyak terdedah dengan pelbagai jenis suplemen ataupun makanan tambahan yang mana sikap obses terhadap suplemen tanpa mengetahui maksud dan fungsi sebenarnya untuk tubuh badan kita hanya akan membawa keburukan berbanding kebaikan. Pakar pemakanan dari Hospital Pakar Perdana KPJ, Kelantan, Rose Hanizan Mat Hassan berkata, suplemen merupakan makanan tambahan bukannya sebagai makanan gantian kepada pemakanan seharian sebagaimana tanggapan individu selama ini (sumber :utusan malaysia 19/2/2013).

Kita perlu tahu adakah penting suplemen tersebut untuk penyakit yang kita hadapi. Kita perlu ingat makanan tambahan atau suplemen tidak akan menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi ia boleh membantu mengekalkan kesihatan. Perlu diingat juga bahawa selain pengambilan suplemen, senaman juga penting untuk mengekalkan tahap kesihatan. 


Antara tips yang disarankan oleh pakar pemakanan Hospital Pakar Perdana KPJ ini untuk pemilihan suplemen ini ialah, kita digalakkan memilih suplemen yang terhasil daripada bahan-bahan organik dan tumbuhan semulajadi yang tiada tambahan bahan kimia dan juga halal. Pengambilan suplemen juga tidak boleh melebihi dos yang telah ditetapkan kerana sekiranya berlebihan bimbang akan menyebabkan keracunan kepada badan. 


Kenapa pula badan kita benar-benar memerlukan suplemen???

Antara sebab utama adalah:-

1. Pencemaran Alam Sekitar 

Pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air contohnya, menyebabkan kita tidak dapat menikmati sumber air yang benar-benar bersih padahal kita tahun air adalah merupakan penting dalam kehidupan. Badan manusia terdiri daripada 70% air, jadi bagaimana  kita ingin menghasilkan badan yang sihat sekiranya air yang kita minum setiap hari tercemar dengan bahan-bahan pencemaran?? 

Bahan kimia seperti karsinogen pula merupakan sejenis bahan kimia bertoksik yang sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kanser. Biasanya bahan kimia ini terdapat pada asap kenderaan, asap rokok dan bahan-bahan buangan seperti sampah sarap. Oleh itu, pengambilan suplemen seperti vitamin A, C dan E amat penting untuk melindungi badan kita daripada radikal bebas dan bahan-bahan penyebab kanser.  






Suka juga di kongsi di sini kenapa kita sombong, angkuh dgn suplemen? dan ramai sangat di luar sana yang suka bercakap-cakap n mengatakan:-

''kenapa lah aku perlu ambik suplemen?aku sihat apa?aku xde sebarang penyakit pon, so xpayahla nak menghabiskan duit beratus-ratus untuk membeli suplemen bagai.. lagipon kalau makan suplemen, sama jugak, tetap kena senaman, xkurus jugak"!!!

Jawapan untuk di atas!!ya betul!! dan tepat sekali!!dan paling tepat sekiranya kita BOLEH dan BERJAYA melakukan perkara tersebut dan boleh membekalkan nutrisi yang baik supaya sel otot kita tidak rosak, xperlulah mengambil apa-apa suplemen. Sebaliknya terjadi kepada manusia zaman sekarang. Sebab itulah memang sangat wajar untuk kita mengambil berat berkenaan suplemen dan pada saya, suplemen Shaklee menbekalkan nutrisi yang diperlukan oleh badan, ini kerana saya sendiri telah merasai dan ingin berkongsi dengan anda!!!

Antara sebab lain kenapa badan memerlukan suplemen adalah, jom kita sharing-sharing!!!

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar kualitinya

kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan masa kini diselaputi dengan racun serangga yang merbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia tahan lama. Zaman sekarang juga penggunaan baja kimia amat meluas di ladang-ladang.

3. Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat

Kebanyakan penduduk Malaysia mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok. Statistik menunjukkan ketagihan merokok di negara ini sangat menggerunkan apabila jumlah perokok meningkat kepada 4.7 juta pada tahun lalu berbanding 3.1 juta orang pada tahun 2007. Semakin ramai yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat sekarang ini. Selain itu sama juga dengan mereka yang bekerja dan pulang lewat dan kurang rehat menyebabkan cepat merasa letih dan tidak bermaya. Tekanan di tempat kerja boleh menyebabkan 'stress' dan sterss boleh membawa kepada kemusnahan nutrien penting iaitu Vitamin B dan Vitamin C. Disebabkan itulan mereka yang stress ini disarankan mengambil vitamin B dan C kerana vitamin ini berupaya mengawal stress yang dialami. 

Jom kita mengamalkan gaya hidup sihat!!hidup sihat dengan Shaklee!!!



Saya SID anda, 
hubungi 017-3660351 anytime, 
anywhere!!!
saya di mana-mana!!

SAYANGI DIRI KITA DI MANA JUA!!
SAYA SAYANG DIRI SAYA, 
ANDA JUGA MESTI SAYANG DIRI ANDA!!














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...