Ahad, 9 Mac 2014

TIPS DAN PETUA MUDAH KECILKAN LENGAN

Semua wanita ingin kelihatan cantik dan menarik kerana penampilan cantik, kemas, langsing menambahkan keyakinan seseorang. Namun begitu semua yang diimpikan tidak semudah yang di sangka. Pemakanan kita rakyat Malaysia menyebabkan masalah gemuk semakin meningkat di kalangan kita. Ada juga di antara kita sudah kelihatan ramping, akan tetapi masih mengalami masalah gemuk di bahagian lengan.



So, readers hari ni nak kongsikan tips mudah untuk mengecilkan lengan. Banyak yang saya dengar rungutan, isk..''ko ni, tang lain dah ok, tpi kt lengan tu nmpk besar la, so nmpk cam gemukla..

So, memang ayat2 begitu bisa2 mendownkan seseorang kan!!betul x???Jadi jom saya kongsikan petua dan tips mudah untuk masalah ini.

1. PUSH-UP

- Ini dapat membantu mengecilkan lengan kerana ia boleh membentuk lengan dan mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan anda. Jadikan push-up sbg rutin harian anda dan hasilnya anda akan memiliki lengan yang canti seperti diidamkan.



2. GERAKAN DIPS

Lakukan gerakan dips dengan cara meletakkan badan anda dekat kerusi atau anak tangga, gunakan kedua tangan untuk menahan beban badan dengan bersandar pd kerusi atau nemda lain yang digunakan.



3. PEMAKANAN

- Kita perlu bijak menggabungkan kumpulan makanan supaya dapat membantu mendapatkan badan yang langsing dan lengan yang kecil. Makanan yang perlu diutamakan ialah sayur-sayuran, buah-buahan, daging, kecanag dan bijirin, makanan rendah karbohidrat dan makanan tenusu.

4. ANGKAT BERAT

- Jika mahukan lengan idaman, lakukan senaman angkat berat sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Ini kerana angkat berat akan menjadikan lengan kita fiz dan tidak menggeleber. 

MILIKI LENGAN YANG CANTIK IDAMAN SETIAP WANITA!!




JOM KITA CUBA BERSAMA!!!SELAMAT MENCUBA!!!



Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin




                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

Sabtu, 8 Mac 2014

SERING MENGANTUK??LEMAH??PUNCA DAN CARA MENGATASINYA!!!


Alhamdulillah sehingga hari ini kita semua masih di beri peluang oleh Allah untuk terus hidup di dunia pinjamannya dan terus melaksanakan tugas sebagai hamba. Kehidupan manusia kebelakangan ini kadang-kadang kita terlalu sibuk sehingga menyebabkan badan menjadi lemah, lesu, dan tidak bermaya sehingga akhirnya menjadikan kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba di muka bumi ini. Kesibukan tugas dan aktiviti harian menjadikan badan tidak bermaya dan penat, lalu inilah antara faktor utama menyebabkan MENGANTUK. Keadaan ini jelas dinyakatakan oleh Dr. Zubaidi di dalam blognya bahawa orang yang sering mengalami mengantuk ini dinamakan 'hypersomnia'. 




Sebagai manusia normal, kita dituntut untuk tidur cukup 8 jam setiap hari bagi membekalkan tenaga yang mencukupi untuk melakukan kerja-kerja harian umumnya. Akan tetapi even ccukup 8 jam tidur, kita masih mengalami masalah tersebut. So, hari ini jom follow me kita rungkaikan apakah punca yang menyebabkan berlaku keadaan ini.



Kenali Punca Mengantuk

1. Masalah kurang darah merah (anemia)

- Bagi wanita, ramai antara mereka yang sering mengalami masalah ini, dan telah di kenal pasti penyakit anemia merupakan mereka sering merasa lemah dan mengantuk. Masalah ini terutamanya akan jelas kelihatan ketika waktu mereka datang haid kerana banyak darah yang keluar waktu itu. Umumnya kita sedia maklum bahawa sel  merah sangat penting untuk membawa oksigen ke seluruh organ badan kita. 

2. Tekanan Emosi

- Tekanan emosi sangat memberi tekanan kepada fizikal. Cuba elakkan diri dari mengalami tekanan emosi kerana bila berlaku perkara ini, kita akan cepat merasa pening, lemah. mengantuk, sakit kepala dan hilang selera makan.

3. Kekurangan Hormon Tiroid

- Jika kita merasa lembap dan lemah secara fizikal dan mental agak murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism iaitu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisme badan dan memperlahankan sistem badan untuk beroperasi. Hormon tiroid sangat penting untuk memberikan tenaga pada badan. Simptom yang jelas bagi mereka yang mengalami hypotiroidism ialah cepat merasa letih dan sangat mengantuk di siang hari. 




4. Dehidrasi

- Kurang pengambilan air kosong juga merupakan salah satu sebab cepat letih dan mengantuk. Samada kita bekerja, berlari, berjalan atau sebagainya badan kita sangat memerlukan air. Apabila kita dahaga ini bermakna badan kita mengalami dehidrasi. Penyelesaiannya, banyakkan minum air dan sebab inilah di Shaklee, kami mengesyorkan customer mengambil sekurang-2nya 3 liter air sehari. 



5. Penyakit Kencing Manis

- Antara sebab yang jelas adalah pesakit kencing manis cepat merasa letih dan mengantuk. Even kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik, dan tenaga tidak dapat dihasilkan sehingga mengakibatkan cepat letih dan mengantuk. 


Solusinya, sekiranya penyakit berlarutan segeralah berjumpa doktor kerana kemungkinan mengantuk juga berpunca daripada masalah saraf. Anda juga perlu melakukan senaman setiap hari bagi mengatasi masalah ini. Namun, kesibukan tugas dan akiviti harian lah yang membataskan perkara ini. 

Oleh itu, alternatif lain yang selamat dan mudah adalah dengan pengambilan SUPLEMEN yang merupakan pilihan yang paling tepat.

Kami di Shaklee ada menyediakan vitamin semulajadi bagi membantu anda mengatsai masalah ini.

VITAMIN CADANGAN SHAKLEE

  • Vitalea - lengkap dengan vitamin dan mineral untuk membantu badan kekal sihat dan bertenaga.
  • B-Complex - merupakan vitamin yang dapat membantu mengatasi masalah kelesuan dan tekanan. Ia mengandungi 11 jenis vitamin B yang boleh memberi sokongan kepada badan untuk kesihatan mental dan fizikal.
  • Ostometrix - merupakan suplemen kalsium magnesium yang lengkap dengan vitamin D. 
  • ESP - Index glisemik yang rendah dalam ESP membantu membebaskan tenaga secara berperingkat dan mengekalkan tahap tenaga yang lebih lama. 
  • Performance Drink - Kesibukan bekerja ataupun bagi yang bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam badan. PD berupaya menghidrat dengan cepat dan membekalkan tenaga berpanjangan untuk kegiatan harian anda!!!


Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin



                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

Khamis, 6 Mac 2014

TIPS MENGATASI KAHAK BAYI

Anak adalah anugerah dari Allah yang tidak ternilai harganya. Bertuahlah setiap pasangan yang dikurniakan cahaya mata penyeri hidup selepas mendirikan rumahtangga. Satu lagi anugerah Allah yang tidak ternilai sekiranya anak yang dilahirkan sihat, cukup sifat dan sempurna. Bersyukur pada Allah Maha Pencipta.


Anak yang dianugerahkan Allah dijaga dengan penuh kasih sayang penuh rapi agar mereka sentiasa membesar dengan sihat. Akan tetapi, lumrah kehidupan apabila bayi mula membesar, pandai meniarap, merangkak dsbg..ditambah pula dunia sekeliling penuh dengan kuman dan virus yang tidak sihat yang boleh menyebabkan penyakit. Tidak terkecualilah bagi bayi dan anak-anak kita tetap berpotensi menghidapi sebarang penyakit.


Antara Gejala yang sering dihadapi oleh bayi dan kanak-kanak adalah batuk dan selsema yang disertai kahak yang teruk. Batuk dan kahak yang teruk ini membawa kepada jangkitan kuman ke paru-paru yang disebut juga Pneumonia dan Bronkitis. ia merupakan jangkitan virus atau bakteria streptococcus. Ia disebabkan jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. 

Hari Jumaat yang penuh barakah ini, marilah saya kongsikan bersama pembaca kesayangan saya semua cara ataupun langkah awal yang boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah ini. Saya berkongsi melalui pengalaman saya sendiri kerana masalah ini dialami oleh saya dan anak saya yang mana semasa 7 bulan mengandung saya terpaksa diadmit ke ward disebabkan masalah pernafasan ini. 



Sehingga anak sulung saya lahir dan apabila Fahim berumur 4 bulan die sudah menghadapi masalah batuk berkahak ini. Hati ibu mana yang tidak risau. Saya cuba atasi masalah tersebut dengan beberapa cara. Jom follow me!!

1. Daun Kaduk - ramaskan daun kaduk ke dalam air bercampur kapur sirih. Kemudian sapukan di dada, perut dan belakang bayi. Cuba beberapa kali. Alhamdulillah!!selepas itu saya dapati kahak dan lendir keluar melalui najis Fahim. Anda boleh cuba!!!

2. Bunga raya merah - ambil bunga raya itu, dan cuba lesungkan sehingga didapati keluar lendir. Lendir tumbuhan ini memberikan rasa sejuk pada kerongkong dan paru-paru. Selain itu, ia juga mengandungi hebiscetin yang amat berkesan untuk redakan batuk dan menghilangkan kahak. Sapukan lendiran tersebut pada dada dan belakang bayi.

3. Teknik tepukan percussion - Tepuk belakang bayi dengan tangan cupping. Semasa tepuk pastikan tidak terkena tulang belakang bayi dan pastikan dilapik dengan kain tetapi tidak terlalu tebal. Tepuk di bahagian kiri dan kanan sahaja bukan di tengah. Tepuk lebih kurang 5 minit. tepukan seperti ini dikatakan akan mengeluarkan kahak melalui najis dan hidung. 



CADANGAN PRODUK SHAKLEE

Alhamdulillah juga sehingga sekarang keadaan Fahim dah semakin baik dan ceria. Setelah saya diperkenalkan Shaklee juga saya memberikan anak saya Omega+ Mealshake. Kita berusaha dan melalui Shaklee Allah memberikan kesihatan yang terbaik pada anak-anak saya. 



Jadi kepada ibu-ibu diluar sana, berusahlah mencari suplemen terbaik untuk anak-anak. Bagi ibu yang hendak mencuba set Omega+Mealshake untuk anak anda, boleh berhubung terus dengan saya. Anak sihat ibu senang hati.Insyaallah!!!!







KELEBIHAN ESP (ENERGIZING SOY PROTIEN)

Assalamualaikum,

Melangkah saja masuk bulan Mac 2014, bulan yang sangat bertuahlah saya rasakan terutama dalam Shaklee KERANA diumumkan promo bg produk HOT SELLER Shaklee iaitu ESP. Dulu, sblm kenal Shaklee n baru2 kenal Shaklee, awal2 biasala xstudy pon pasal Shaklee (hihi..jgn marah ye mak saya).. tak tahu apa pun ESP tu.bila dah lama, hati ni makin jatuh cnta, mula nak mendalami semua ilmu berkaitan Shaklee, termasuklah ESP.

 Apa itu ESP 

 -untuk pengetahuan readers yg saya sayangi sekalian, ESP (Energizing Soy Protien) merupakan protien soya yang berkualiti tinggi dan ditangkan dalam bentuk canister serta ianya berbentuk serbuk dengan berat 850gram. ESP mengandungi kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang telah diproses di bawah suhu yang rendah. 


Di atas adalah rupa paras ESP Hot Seller Shaklee!!. Ramai antara kita yang masih belum mengetahui tentang betapa pentingnya protien. Jom saya kongsikan bersama apakah protien dan apa kepentingannya.

Protien

Protien adalah asas kpd badan kita yang mana 25% daripada tubuh kita terdiri daripada protien iaitu kuku, rambut, kulit dan otot. Oleh itu secara tidak langsung protien merupakan makanan kepada badan kita. Badan kita memerlukan protien yang cukup dan berkualiti tinggi bertujuan untuk  menggantikan sel-sel yang lama dan membina semula sel-sel yang baru dan sihat. el-sel badan yang sihat pila adalah amat penting untuk membantu penyerapan optimum nutrien ke dalam badan kita. 

Kenapa Protien penting?

1. Membekalkan tenaga
- Protien bukan merupakan sumber signifikan dalam badan apabila jumlah karbohidrat dan lemak dalam badan tidak mencukupi. Protien juga merupakan tenaga yang tersimpan sptmana karbohidrat dan lemak. 

2. Pertumbuhan
- Protien sangat penting untuk pertumbuhan. Susu ibu mengandungi sebahagian besar protien. Sebab itulah ibu yang sedang menyusukan bayi disaran mengambil makanan yang sihat dan lengkap dengan protien untuk membantu perkembangan bayi dengan sihat. 

3. Menghasilkan hormon dan enzim
- Asid amino adalah komponen utama hormon. Hormon akan dirembeskan ke dalam salur darah oleh kalenjar endoktrin seperti kalenjar tiroid, kalenjar adrenal, pankreas dan kalenjar tanpa saluran yang lain. Seperti contoh, hormon insulin yang dirembeskan oleh pankreas bekerja untuk menurunkan paras glukosa darah selepas makan. Insulin diperbuat daripada 48 asid amino. 
- Enzim penting dalam tindakbalas biologi badan yang diperbuat daripada molekul protien yang besar. Enzim memudahkan kadar tindakbalas dengan bertindak sebagai pemangkin dan mengurangkan keaktifan tenaga sempadan antara bahan dan hasil tindakbalas. Enzim adalah vital kepada keseluruhan fungsi badan dan dengan itu menunjukkan peranan utama dan signifikan kepada protien. 

Kenapa perlu memilih ESP sebagai sumber protien

- Indeks Glisemik rendah (mengekalkan kandungan gula dalam darah)- membuatkan ESP ini sesuai untuk pesakit kencing manis, orang yang ingin kurus, dan menjaga kesihatan dalam jangka masa panjang.

- ESP merupakan satu-satunya produk yang mengandungi 9 asid amino yang diperlukan oleh badan kita dan ianya tidak dapat dihasilkan oleh badan kita.

- ESP dihasilkan di bawah kawala IPP(Identity Preservation Program) yang bermaksud penghasilan kacang soya ini dipantau dengan sangat teliti pada setiap peringkat dari penamaan sehinggalah produk sampai kepada pengguna. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semulajadi (isoflavones).

So, sangat banyak kelebihan ESP. Saya pula sangat sukakan ESP kerana rutin harian saya sangat menuntut tenaga berpanjangan. Jadi saya memang memilih ESP sebagai sumber yang membekalkan tenaga berpanjangan kepada saya. Senang cite JATUH CINTA!!!!!

Untuk yang masih mencar-cari dan ingin mencuba ESp, boleh hubungi saya sempena bulan promo ESP beli 6 percuma satu!!!sangat berbaloi2!!!


Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin



                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!





Selasa, 25 Februari 2014

SIMPTOM LOYA DAN MUNTAH SEMASA KEHAMILAN

Loya dan muntah semasa kehamilan merupakan perkara biasa bagi wanita yang mengandung terutama di awal kehamilan. Loya dan muntah juga di sebut ''morning sickness'' dan sangat memeritkan bagi yang pernah mengalami proses ini. Apa yang pasti simptom ini menyebabkan rasa yang tidak selesa kepada bakal ibu. Ada yang mengalami morning sickness yang sangat teruk muntah sehingga keluar darah dan menyebabkan bau hanyir yang keluar kerana badan sudah kekeringan air. Hmmm..teringat pengalamn saya mengandungkan anak sulung..memang mengalami morning sickness tahap ini. 




KENAPA MENGALAMI MUNTAH DAN LOYA

Sebenarnya kita juga perlu mengkaji apakah faktor yang menyebabkan berlakunya morning sickness ini. Apa yang saya baca, cari dan rujuk, memang tiada punca yang tepat diketahui penyebab kepada loya dan muntah ini. Akan tetapi, apa yang pasti ia disebabkan oleh kombinasi perubahan fizikal yang berlaku pad ibu. Perubahan yang berlaku adalah:-

1. Hormon HCG (Human Chorionic Gonadotropin)

- Ia merupakan hormon yang menandakan wanita itu hamil yang dikeluarkan oleh placenta (uri) setelah seminggu berlaku proses persenyawaan. Hormon HCG ini akan meningkat dengan lebih cepat di awal kehamilan. Bagaimana pula hCG ini menyumbang kepad loya dan mabuk, tidak diketahui, akan tetapi ia dikatakan berkait rapat kerana semasa peningkatan hormon inilah ibu-ibu akan mengalami loya dan mabuk teruk.

2. Hormon estrogen

- Hormon ini juga dikatakan antara penyebab utama berlakunya loya dan mabuk. Hormon ini meningkat ke aras yang tinggi menyebabkan ibu- ibu sensitif terhadap bau dan aroma. 

3. Tekanan

- Ada kajian yang menyatakan bahawa ada wanita yang dilahirkan secara psikologinya untuk mengalami loya dan mabuk semasa mengandung. Latar belakang keluarga ketika hamil bagi ibu-ibu dalam keluarga tersebut juga dikatakan memainkan peranan yang menyumbang kepada faktor tersebut. Semakin teruk loya dan mabuk, semakin tertekan perasaan ibu-ibu tersebut. 

4. Perut yang Sensitif

- Sesetengah perut dan sistem penghadaman wanita mengandung akan menjadi lebih sensitif seiring dengan perubahan hormon lain di awal kehamilan. Ini menyumbang kepada ibu-ibu akan merasa loya dan muntah. 

RAWATAN MENGATASI LOYA DAN MUNTAH

Sehingga kini, masih tiada rawatan khusus untuk menangani masalah loya dan muntah selain daripada ibu-ibu perlu banyakkan rehat. Cara mengatasi boleh dilakukan sendiri oleh ibu-ibu mungkin dengan cara tradisional dan pengambilan suplemen bagi mengatasi masalah ini.


Nasihat saya, berdasarkan rujukan, ibu mengandung memerlukan:-

  • vitamin yang mudah diurai dan diserap oleh badan
  • zat-zat spt kalsium, vitamin B, Zat besi dan lain-lain diperlukan 2 kali ganda semasa mengandung
  • protien yang lebih
Dengan itu, sekiranya ibu-ibu di luar sana memilih untuk mencuba Suplemen Shaklee, saya mencadangkan ibu-ibu memilih:

- Performance Drink - ini kerana minuman ini merupakan minuman tenaga tanpa gas yang berperisa oren yang membantu mengekalkan paras gula dalam darah 











- Sebaiknya diamalkan set mengandung Shaklee kerana terdapat set lengkap yang memenuhi nutrisi dan keperluan untuk ibu dan bayi.


Walau bagaimanapun, anda boleh menghubungi saya untuk kita duduk dan berbincang tentang permasalahan anda, kemungkinan kekurangan budget untuk mengambil semua set di atas. Jadi saya bersedia consult anda untuk tujuan tersebut. Saya memahami anda!!!


Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin



                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

TQ ALL!!!

Khamis, 20 Februari 2014

Atasai Masalah Bau Badan Dengan Alfalfa Shaklee

Assalamualaikum readers!! hari ini terpanggil untuk berkongsi mengenai masalah bau badan di kalangan kita. Masalah bau badan merupakan masalah yang sangat tidak menyenangkan samada bagi yang mengalami dan orang yang berada disekelilingnya. Bau badan (Bromhidrosis) adalah bau bakteria bercampur peluh yang terdapat pada badan kita. Peluh dihasilakn daripada kalenjar accrine dan apocrine. Kedua-dua kalenjar tersebut mempunyai fungsi yang berbeza. Kalenjar accrine menghasilkan peluh yang tidak berbau yang selalunya keluar di tapak tangan, dahi dan punggung dan telah berfungsi sejak dari bayi. Manakala kalenjar apocrine pula akan keluar di tempat yang berambut seperti ketiak, kemaluan, dan hidung. Fungsi kalenjar tersebut akan mula berfungsi terutama setelah seseorang itu baligh yang mana apabila peluh yang dihasilkan bercampur dengan bakteria, akan menghasilkan bau yang tidak sedap dan dipanggil bau badan. Perunding Dermatologi PCMC pula berkata, bau badan berpunca daripada bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan yang tidak sempurna. 




Siapakah yang lebih cenderung untuk mengalami masalah bau badan?

Sesiapa sahaja termasuk lelaki, wanita, terutama yang telah menjangkau umur akil baligh, Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan remaja lelaki yang lebih cenderung kerana masalah perubahan hormon. 



Apakah rawatan mengatasi masalah bau badan?
  • Menjaga kebersihan diri dan pemakanan
  • Mandi secara teratur
  • mandi dengan air rebusan daun sireh
- kita sedia maklum daun sireh mempunyai pelbagai manfaat dan salah stunya dalah untuk menghilangkan masalah bau badan. Ambil lebih kurang 30 helai daun sireh campur dengan air dan rebus sehingga mendidih. Setelah benar-benar mendidih, campurkan dengan sedikit air sejuk agar tidak terlalu panas. Cubalah mandi dengan air tersebut bebarapa kali dan ulangi hinggan hilang masalah bau badan. Ha!! saya juga kongsikan cara tradisional taw!!



  • elakkan mengambil makanan yang kuat mengandungi rempah ratus
  • mencukur rerambut yang tumbuh di ketiak dan kemaluan mengikut waktu
  • mengelakkan banyak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, kafien, rempah)
  • pengambilan buah-buahan dan sayuran 
- pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar dapat membantu melancarkan metabolisme badan. Sayur dan buahan yang segar mengandungi antioksidan sehingga dapat mencegah perkembangan bakteria yang menyebabkan bau badan.

Masalah bau badan perlu di ambil serius oleh kita kerana ia mampu memberi impak yang besar kepada kehidupan kita. Samada lelaki atau wanita kebersihan adalah aspek penting dan perlu dititikberatkan. Bagi individu yang mengalami masalah ini, akan membawa kepada masalah hilang keyakinan diri, malu untuk bergaul dengan keluarga dan kawan-kawan sekeliling. 



Bagi yang masih tercari-cari cara mudah untuk mengatasi masalah ini, Shaklee melalui produk terlarisnya Alfalfa Complex boleh membantu anda!!


Pelbagai khasiat Alfalfa Complex dan bagi mengatasi masalah badan berbau ini, Alfalfa Complex:-

1. mengandungi zat anti-bakteria di dalam klorofilnya
2. membunuh bakteria di dalam badan
3. membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan
4. meningkatkan kesihatan usus kita

Anda boleh juga mengetahu kelebihan Alfalfa Complex di sini. 
  
Testimoni pengguna Alfalfa Complex untuk mengatasi masalah bau badan


Jom cuba selesaikan masalah anda dengan Alfalfa Complex!!! Dampingi kawan-kawan dan saudara mara tanpa rasa malu dan tingkatkan keyakinan diri anda kembali dengan Alfalfa Complex!!!




Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

TQ ALL!!!




JATUHKAH MARTABAT JIKA MEMINTA MAAF?

 Assalamualaikum wrh. wbt. readers... Kembali menjengah setelah beberapa lama menghilang. Rindu bukan tak rindu tapi entahla apa yang membua...