Sabtu, 20 April 2019

CATATAN KENANGAN DI HARI RABU 17 APRIL 2019

Assalamualaikum..sahabat pembaca blog eijah yang sangat kerdil ni..Cuba untuk on track kembali walau entry yang dihasilkan belum mencapai tahap sebenar yang ingin dicapai..

Rabu..17 April 2019..pada kami..keluarga yang susah..bukan family berada..tarikh ni merupakan tarikh yang sangat penting bagi our family kerana tarikh tersebut..kali pertama berangkatnya mak dan ayah eijah untuk menunaikan umrah.(belum haji lagi)

Pagi Rabu eijah dan adik tumpang cousin yang dekat Taman Midah ke airport.Suami tak balik disebabkan faktor yang tak dapat dielakkan. Eijah bawak together la anak yg no 3 n si kecik..Tak  g rumah ibu la diaorang hari tu.

Sampai airport lebih kurang jam 9pagi..Alhamdulillah mak  ayah dan saudara yang akan berangkat da pun sampai. Mungkin sebab dah dijadualkan dieorang kena berada di airport jam 9.30pagi. My family mendaftar dengan ejen umrah syarikat Andalusia. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Sampai ja di airport jumpa dengan saudaramara yang agak lama jugakla tak jumpa. Saudara sebelah ayah, anak-anak saudara, mak saudara dan anak sepupu kini bersua..Masing-masing hantar family masing-masing.

Disebabkan lama tak jumpa masing-masing kami ambil peluang bergambar bersama..hihi apa lagi kan..itulah sebabnya ini adalah salah satu faktor eijah tetap jugak teruskan menulis cerita di sini..agar..suatu hari kami semua baca dan akan tetap mengingati satu sama lain.

Sampai awal..so berhenti makan dulu..
Tengok budak kecik tu..ats meja

Family sebelah ayah

 With si boolat

Mum n dad sayang

Banyak perkara yang disembang, pesanan mak pada anak..Allahu terasa sangat betapa hati mereka yang akan berangkat kesana..pasti dalam situasi yang mendebarkan, tak sabar nak sampai ke tanah suci..nak melihat Kaabah di depan mata..Allahu seronoknya..

Semoga aku dan keluarga juga dijemput kesana suatu saat nanti..







Sedikit gambar untuk kenangan di masa depan..semoga ia menjadi tatapan semua suatu saat nanti..

Hari ni 20 April..malam ni..malam Nisfu Syaaban...Semoga doa kita semua dimakbulkan Allah amiiin..

Salam sayang
Eijah
0172428570



Selasa, 16 April 2019

TUDUNG SARUNG SIAP DAN PALING BEST IRONLESS

Sekarang jam menunjukkan jam 9.32malam..Anak-anak semua dah belayar dilautan dalam mimpi masing-masing..tinggallah mama terkebil-kebil keseorangan sementara tunggu jam 10malam cerita Nur 2.😁😁(korang layan tak???samala tuuu...wajib layan kan??)

Terfikir-fikir nak buat apa ni...capai gadjet n buka blog lah..terrrajin lak nak menulis malam-malam ni..oh ya sebelum tu..eijah nak mintak korang pembaca sedekahkan al-fatihah untuk bapa mertua adik eijah pagi tadi kembali kerahmatullah..pulang ke pencipta.😥😥(AlFatihah)

Malam ni nak share berkaitan tudung..wanita dan tudung tak dapat dipisahkan..betul tak??eijah nak share pasal tudung sarung je dah siap..Memang best sangat korang!!!mula-mula diperkenalkan dulu eijah dalam hati..eh bestla tudung ni..material kain dia moss crepe kot!!!pastu try pakai..alahai awning dia pulak scuba awning memang terletak elok lah..dok 1 saat ja depan cermin semua beres taw!!

Senang kan??jadi eijah nak share la untuk mummy kat luar sana yang rasa malas nak berlama-lama depan cermin..malas iron..ha nih!!!pilihlah tudung ni..it's from Tee Gee Collection..seriusss cantik sangat!!

RM48

RM48

Cantik kan??ini jenis berdagu..manis sangat bila pakai..Terbaru ada kaluar tudung sarung siap ala bawal..didatangkan belah ditengah dan boleh digayakan mengikut kesukaan mummies..

RM40

RM40

RM48

Ada banyak pilihan corak dan color..if mummies nak cepat2..malas2..yela maklum ajela ramai askar memang nak kene jimat masa tu..hihi..so kita labur lebih sikit pada tudung ni tapi pulangan yang kita dapat..masa jimat letrik pon jimat sebab tak perlu nak iron pon tudung ni..

Kawan-kawan ofis eijah memang antara customer tetap tiap kali ada stok baru masing-masing berebut ha..corak semua pun cantik memang puas hati lah!!

Ada yang berkenan bolehla direct wassap eijah
0172428570.










KURUS DAN SIHAT DENGAN AZN BODYCREAM DAN PUTERI LENTIK

Assalamualaikum...
sesekali ku menjengah blog kesayangan ini...
Terlalu banyak kekangan untuk terus menulis..Sekarang ni, mama4f ada je tak kemana pun..hihi..

Ok lah, korang pernah dengar tak produk AZN??mama4f jumpa produk ni tahun lepas ,lepas bersalin si bulat firman..Rasa cam lambat sangat jumpa rugi pulak..

AZN ada 2 produk iaitu Bodycream dan puteri lentik yang membantu untuk kita lebih slim dan kurus sengan sihat.
Body cream fungsinya:

1. Membantu memecahkan lemak2 berlebihan
2. Sesuai digunakan oleh ibu yg baru lepas bersalin untuk membaik pulih kulit dan perut serta mengecilkan rahim
3. Melegakan sakit akibat terseliuh dan sakit lutut
4. Mengurangkan kebas kaki dan simpul biawak
5. Melawaskan angin dalam badan yg menyebabkan sakit badan dan kepala
6. Melegakan sakit akibat senggugugut
7. Menyelesaikan masalah anak yg gemar kencing malam

Manakala Puteri Lentik berfungsi:

1. Pakar dalam membakar lemak
2. Menghilangkan kesan selulit
3. Membantu mengecutkan peranakan
4. Menghilangkan dagu berlapis
5. Mengempiskan perut dengan lebih efisien
6. Menjadikan pembuangan lebih lawas
7. Mengecilakan bahagian badan yang besar (Peha, Lengan, Pinggang)

Semalam HQ da stat buat promosi PRA Ramadhan taw...harga 2 beradik ni gila-gila down wo!!!!

Harga asal 1 body cream RM30.90 n PROMO pra Ramadhan beli 2 only RM50 sahaja!!!kalau kira 1 jatuh ke harga rm25 je stu tiub!!jimat sangat-sangat taw!!!SAVE RM5 banyak tu jimat!!!


Manakala harga asal bagi 1 puteri lentik RM59.90 dan harga semasa promo 2 puteri lentik hanya RM85 sahaja!!!!yang mana satu puteri lentik hanya RM45 SAHAJA!!!wowwww!!!!JIMAT RM14.90...wahhhh ni memang gile-gila punya sale!!


Hasil konsisten menggunakan set AZN



Jom sama-sama kita trimm lemak-lemak degil tu dengan bodycream dan puteri lentik!!!

Nak dapatkan set PROMO??👇👇👇
0172428570
FAIZAH
#sapusapusetle

Isnin, 25 Februari 2019

TIPS MUDAH DAN RINGKAS UNTUK KURUS DAN SLIM DI HARI RAYA BAKAL TIBA

Masalah utama yang membelenggu kebanyakan wanita yang telah bersalin di zaman kini adalah 'kegemukan'. Pada asasnya masalah kegemukan ini bukan hanya tertumpu kepada wanita yang telah melahirkan anak sahaja akan tetapi juga bagi mereka yang masih anak dara sekalipun. Tetapi hari ini fokus saya adalah lebih  kepada wanita yang telah melahirkan anak. Sedar ataupun tidak, waktu berlalu berlalu begitu pantas begitu jugalah dengan keadaan diri saya. Dari anak pertama sehingga sekarang anak yang ke 4, masalah ini jugalah yang sering menghantui diri 'perut buncit', 'lengan menggeleber', 'peha besar' and beberapa part yang dihadapi wanita lain juga. Fuhh!!!! stress wehh seriusss!!!Ini bukan perkara biasa2 taw!!!

Mungkin ada dikalangan ibu-ibu ada yang mengambil mudah tentang perkara ini, tapi TIDAK bagi mereka yang mementingkan penampilan diri. Apabila masalah ini mula menghantui diri, ramai antara kita mengambil langkah yang drastik untuk mencari cara dan tips mudah serta ringkas untuk slim dan kembali kepada bentuk badan yang diidamkan.Santai-santai saja hari ini mama nak kongsikan beberapa tips untuk mengekalkan badan kembali kepada bentuk idaman mummy-mummy di luar sana. 

Antara tips yang boleh dikongsikan ialah:-

1. ZUMBA


Bila menyebut tentang fitness mudah untuk menhilangkan lemak-lemak terkumpul di badan yang menyebabkan kegemukan cara mudah adalah dengan melakukan rutin zumba. Tarian zumba jika dipraktikkan betul-betul membantu kita semua dalam pembakaran lemak yang sudah lama terkumpul. Usah bayangkan zumba wajib menghadiri kelas sahaja, sebaliknya di zaman sekarang seperti yang saya sendiri telah praktikkan untuk diri sendiri, lakukan zumba di rumah sahaja bersama anak-anak. Dengan cara ini badan tetap mengeluarkan peluh dan dapat menyingkirkan lemak dalam badan. Yelah cara ini saya lakukan sebab saya memang terikat dengan anak-anak yang masih kecil untuk menyertai kelas di luar sana, so kalau hati kata NAK!!! semua pun boleh!!!

2. INTERMITTENT FASTING


Cara mudah dan selamat untuk kembali kepada badan yang kita idamkan n dalam istilah senang pun, kurus, turunkan berat badan adalah dengan mengamalkan diet Intermittent fasting. Kebelakangan ini, diet cara IF ini adalah sangat-sangat membantu dalam proses penurunan berat badan seseorang. Secara ringkas di sini saya amil dari blog www.nona.my  maksud intermittent fasting adalah mengatur pola pemakanan dengan cara berpuasa di dalam tempoh masa yang tertentu. Tips ini memerlukan kejujuran diri agar masa berpuasa pastikan kita tidak mengambil sebarang makanan kecuali air masak!!awas!!!berlaku jujur pada diri sendiri!!saya ingatkan tips ini sebab pada mula megamalkan diet ini saya pon selalu curi-curi makan waktu dalam tempoh berpuasa..kikiki....sekarang xmo dah..dah insap!!!hihihihi...

3. PENGAMBILAN AIR MASAK YANG CUKUP

Saya pernah terbaca dalam facebook ataupon instagram Dr. Zubaidi bahawa beliau mencadangkan pengambilan air masak yang cukup tidak akan membuatkan seseorang terasa lapar. Masalah utama dikalangan orang melayu mungkin, malas untuk minum air masak dalam kuantiti yang disarankan. Antara rungutan yang sering didengar ialah, "ala minum air banyak asyik ke tandas ajelah", "penatla asik nak terkencing je" dan rungutan ini sentiasa saya dengar disekeliling saya pun. Sahabat, ingat air masak sangat-sangat penting untuk badan kita tambah lagi bila kita banyak mengeluarkan peluh. 

4. AZN BODYCREAM DAN PUTERI LENTIK

Cara paling mudah, malas dan cepat adalah dengan mengamalkan penggunaan produk AZN sahaja dengan hanya sapu sahaja insyaAllah mampu menyelesaikan masalah yang menghantui anda. Jika anda search sahaja produk ini di Facebook anda akan jumpa beribu-ribu testimoni yang telah pun berjaya dalam penurunan berat badan mereka. Tidak perlu risau kerana produk ini telah mendapat kelulusan KKM dengan NOT171006627K yang selamat untuk digunakan. AZN terdapat 2 produk iaitu bodycream dan puteri lentik dan gandingan 2 produk ini dengan pengamalan yang konsisten pasti akan membantu anda!!

puteri lentik

bodycream

TESTIMONI BERJAYA






Percaya atapun tidak mereka telah pun mengalamai dan merasai sendiri keberkesanan bodycream dan puteri lentik ini. Sangat mudah digunakan hanya amalkan dengan konsisten sapu sahaja di tempat yang anada mahu fokus burn lemak, 2 produk ini akan membantu anda!! Siapa yang tak nak badan slim, ramping, kurus dan sihat, anda mesti kena cuba 2 produk ini!!

Melabur dengan hanya RM90.80 untuk mendapat set kombo AZN. Dengan budget di bawah RM100 mampu merealisasikan impian yang anda idamkan selama ini!!!


Jika anda dikalangan yang malas untuk diet ketat, amalkan penggunaan produk ini sahaja cepat dan selamat dengan izin Allah insyaAllah.

Untuk sebarang order atau pertanyaan lanjut just wassap ye..

Faizah
0172428570

Selasa, 12 Februari 2019

LEGAKAN PENAT BADAN DENGAN AZN PRODUK

Alkisahnya....
satu hari tu..aku duduk2 je pastu nak bangun n bila bangun je rasa sakit lak kt tapak kaki. Dalam hati terfikir ni mungkin faktor berat badan lebih ni, badan xberapa boleh nk tampung tu yg jadi sakit situ. Hmm dalam masa sama biasalah hari2 wajib ngadap fb ha..memang kalu xngadap xsah kan???korang mesti sama kan..haha... xyah cakapla weh lani dunia tu blake...kiki..

Layanla FB ats bawah kiri kanan seronokkk...selalu tgk sorg member ni dok share pasal AZN punya produk, sekali pm la dia tanya..n diterangkanla kelebihan-kelebihan AZN ni..

Rupanya AZN ni ada 2 product.
1. Bodycream


2. Puteri Lentik


Ha tu lah rupa 2 produk ni.

Dah pakai 2 minggu siyes rasa bes sangat.. Bodycream tu memang fokus kurus n hilang lenguh segala bagai. Sesuai untuk semua peringkat umur dari yang kecik sampai lah peringkat tua. Lenguh-lenguuh belakang sangat sesuai. Ahli sukan???pon sesuai sebab dia akan rasa panas tapi xdela macam panas terbako sangat, manjamanja gitu.. Tapi kesan dia alhamdulillah la dengan izin Allah.

Ini pon produk melayu kita, jom sama-sama suport produk melayu. Untuk kita perempuan ni nak booster kurus saya cadangkan memang patut cuba Puteri Lentik. Lepas mandi sapu tempat yang fokus nk burn lelemaks tu..hihi Sapu n kalau nak jogging, zumba, hiking or mula nk buat kerja lasak, yes!!!! lentik ni akan bekerja burn lelemaks anda.. kalau lemak tu dah tepu sangat..hihihi ambik le masa sikit ye..hihi..

Uols pembaca if rasa nk try boleh contact me ok. 




017-2428570
Faizah

Berniaga kerana Allah..




Khamis, 7 Februari 2019

KEMBALINYA AKU

Sebenarnya aku ade je tak kemana pon..hihihi..jarang2 bersiaran di blog ni, but suka baca cerita kalian. Umur dah masuk pertengahan 30 dah oii...Untuk diriku sedar2 lah diri sikit..usia dimamah waktu..Buat apapon lately rasa xsegagah 20an dulu betul x??ke saya je cmtu?hihihi..diam xdiam jugak ank yg ke 4 ni dah nk masuk 4bulan. Muhammad Firman nama diberi.



usia 2 hari masid di warded


pakai cermin mata jugakkk

Kembalinya aku...ke dunia blog ni..dah lama jugak ditinggalkan..tinggal..kalau nk bagitahu sibuk, semua orang pon sibuk. Walhal apa yg sebenarnya terjadi is aku still xpandai manage masa. Ye!!masa untuk aku curi tumpuan sikit ke dunia blog ni. Yap aku tak pandai nk explore macam-macam dalam dunia blog ni tapi aku tetap punya impian suatu hari blog aku antara blog yang ramai pengikut. Ye, aku jugak tahu untuk ke arah itu aku perlu sedikit demi sikit belajar..cari guru dan terus belajar dan aku nekad akan cuba buat semua tu!!!

Blog ni aku yang punya aku boleh tulis apa aku suka, apa aku rasa rasa macam bes sangat.

Oklah untuk pengetahuan semua now 2019 aku seorang isteri, ibu kepada 4 orang cahaya mata anugerah Allah. Aku masih belajar bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang baik dan ibu yang baik untuk anak-anak aku. Harapan semua ibu bapapun, agar anak yang dikandung menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat dan moga anak ini menjadi jambatan untuk kami ke syurga. Belajarlah walau melalui pelbagai media, mungkin dengan keadaan aku sekarang amat susah untuk bergerak dengan kekangan 4 orang anak yang masih kecil, suami kerja jauh..ya betul aku rasa susahnye sgt pada mulanya. Tapi bila direnung dijalani kehidupan hari-hari aku kini merasai segalanya berjalan lancar dan perlu terus sematkan dalam hati pengharapan hanya pada Allah.

Walau apa jua keadaan dan ujian yang menimpa, aku redha kerana Allah telah atur segala2 nya untuk kami sekeluarga. amin...amiinnn semoga kami semua terus mendapat redha Allah.


Semoga Jumaat ini berlalu dengan penuh barakah ya Allah...


Khamis, 17 Januari 2019

CATATAN DI HARI JUMAAT

Salam Jumaat..

Malam tadi tido dengan nyenyaknya selepas setle membalut buku kakak Qihah. Usai mereka berempat tidur, ku tatap wajah mereka satu persatu.Sayang...kasih....Sayu nya tengok, tatap muka anak2 sedang tidur kan. 

Hmmm terfikir sejenak macam ini lah sayangnya ibu n ayah pada diriku dari saat aku kecil hingga sekarang. Tak pernah putus doa, pertolongan, nasihat sentiasa berpanjangan. Mak...ayah...along rindu mak n ayah..

Tengahari ni sayu sangat, duduk di opis(lunch panjang), Bangunan PERKIM tingkat 22, tinggi nya...sekejap2 terdengar bunyi deru angin yang sangat menakutkan...jenguk ke bawah owh ada payung2 kedai makan berterbangan, kuat betul angin. Macamanalah jika ditakdirkan hari ini Qiamat?Allahuakbar...masih banyak dosa yang aku lakukan, masih banyak yang perlu aku lakukan. Ya Allah dengarlah doa kami semua...ampunkan kami Ya Allah..

 kakak qihah (tempek sini sbb td da sebut nm die)

Sesekali terlintas di fikiran mampukah aku membesarkan anak2 dengan baik?? Ye aku yakin dengan pertolongan dan pengharapan sepenuhnya pd Allah aku mampu. Sejuk aircond di aras 22 hari ni, selalunya tempat kami jarang sejuk entah apa masalah aircond. Itulah Jumaat memang hari mulia dan moga segalanya berjalan dengan baik.  Apa la yg aku merepek ni kan..kiki..Saje lah lama jugak berhenti mencoret di sini lepas bersalin cuti 3 bulan besnya tempoh berpantang rehat serehatnya..

me at opis


Nanti kita sambung lagi ye!!muaahhh semuaa..hihi sekian ku merapu di tengahari Jumaat.



JATUHKAH MARTABAT JIKA MEMINTA MAAF?

 Assalamualaikum wrh. wbt. readers... Kembali menjengah setelah beberapa lama menghilang. Rindu bukan tak rindu tapi entahla apa yang membua...