Assalamualaikum..sahabat pembaca blog eijah yang sangat kerdil ni..Cuba untuk on track kembali walau entry yang dihasilkan belum mencapai tahap sebenar yang ingin dicapai..
Rabu..17 April 2019..pada kami..keluarga yang susah..bukan family berada..tarikh ni merupakan tarikh yang sangat penting bagi our family kerana tarikh tersebut..kali pertama berangkatnya mak dan ayah eijah untuk menunaikan umrah.(belum haji lagi)
Pagi Rabu eijah dan adik tumpang cousin yang dekat Taman Midah ke airport.Suami tak balik disebabkan faktor yang tak dapat dielakkan. Eijah bawak together la anak yg no 3 n si kecik..Tak g rumah ibu la diaorang hari tu.
Sampai airport lebih kurang jam 9pagi..Alhamdulillah mak ayah dan saudara yang akan berangkat da pun sampai. Mungkin sebab dah dijadualkan dieorang kena berada di airport jam 9.30pagi. My family mendaftar dengan ejen umrah syarikat Andalusia. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Sampai ja di airport jumpa dengan saudaramara yang agak lama jugakla tak jumpa. Saudara sebelah ayah, anak-anak saudara, mak saudara dan anak sepupu kini bersua..Masing-masing hantar family masing-masing.
Disebabkan lama tak jumpa masing-masing kami ambil peluang bergambar bersama..hihi apa lagi kan..itulah sebabnya ini adalah salah satu faktor eijah tetap jugak teruskan menulis cerita di sini..agar..suatu hari kami semua baca dan akan tetap mengingati satu sama lain.
Sampai awal..so berhenti makan dulu..
Tengok budak kecik tu..ats meja
Family sebelah ayah
With si boolat
Mum n dad sayang
Banyak perkara yang disembang, pesanan mak pada anak..Allahu terasa sangat betapa hati mereka yang akan berangkat kesana..pasti dalam situasi yang mendebarkan, tak sabar nak sampai ke tanah suci..nak melihat Kaabah di depan mata..Allahu seronoknya..
Semoga aku dan keluarga juga dijemput kesana suatu saat nanti..
Sedikit gambar untuk kenangan di masa depan..semoga ia menjadi tatapan semua suatu saat nanti..
Hari ni 20 April..malam ni..malam Nisfu Syaaban...Semoga doa kita semua dimakbulkan Allah amiiin..
Salam sayang
Eijah
0172428570
Tiada ulasan:
Catat Ulasan