Isnin, 20 November 2017

PERKAHWINAN YANG MENJADI KENANGAN MANIS PART 2

Sambungan..Part 2

To those yang nak baca cerita part 1 klik.DI SINI ok!!⌣
Sesampai di rumah, hujan masih renyai2 dan xde sesapa kt rumah, semua dah ke masjid untuk majlis aqad nikah dan yang tinggal jiran-jiran yang sentiasa murah dengan pertolongan membantu menyiapkan apa yang patut. Dalam keadaan hujan yang masih lagi renyai-renyai, aku meneruskan kerja-kerja yang sepatutnya sementara menunggu family semua pulang dari masjid. Motosikal 3 biji kt rumah dah do bawak oleh adik lelaki 3 org, kereta mmg xade lah kebanyakan bila banjir macam ni orang kg semua akan bawak kereta ke tempat yang lebih selamat dan tinggi sebagai langkah berjaga-jaga. Sementara menunggu majlis persandingan, aku iron baju anak beranak dulu.kita pon nak melawa hokay even terpaksa mengharungi banjir!!!!!

Lebih kurang jam 11.00 pagi majlis akad nikah selesai n rombongan pengantin terus ke rumah untuk disandingkan walau dalam keadaan yang sangat serba ringkas..Hujan lebat, pakaian family belah pengantin lelaki masih basah-basah akibat melalui kawasan yg dinaiki air tadi dan makan-makan mereka semua pon cepat-cepat mohon undur diri sebab air semakin naik dan tidak menunjukkan tanda-tanda hujan akan berhenti. Alhamdulillah selamat diijabkabulkan dan usai jam 12.00 tengahari tetamu jiran-jiran mula memenuhi khemah dan alhamdulillah majlis tetap berlangsung seperti yang dirancang. apa yang kami ralat cuma kamum keluarga sebelah ayah dan mak yang balik jauh dari KL, Perak semua xdapat hadir majlis dek sangkut air banjir. Allahu,,dugaan n terima kasih semua!!!


congrats my dear sis n husband!!sejarah taw wedding korang!!


Sibuk melayan tetamu, penat seharian pon dah tak rasa sebab seronok lah jumpa jiran-jiran semua yang dah lama xjumpa, layan tetamu..kawan mak kawan ayah...dah rasa macam mak2 gtuuuu..(dah ko memang mak2 la oiii) berangan jee.. tetamu yang dijangka ternyata tidak seramai yang di jemput dan sudah tentu sekali semuanya tersekat di seberang. Maafkan kami semua yang datang n xdapat masuk ke rumah. Semua tetamu pulang dengan hampa tapi aku dapat rasakan jugak dieorang puas sebenarnya yelah sekurang-kurangnya dah sampai tapi perancangan Allah lebih hebat, tak siapa yang tahu tarikh itu sebenarnya Allah nak bagi banjir di kampungku. 


Sesudah petang kami semua adik beradik bergotong royong mengemas rumah, bukak khemah dan buat apa sahaja yang patut sebabnya keesokan harinya jiran kat depan rumah pulak yang akan adakan kenduri perkahwinan anak perempuannya dengan harapan moga air dah sedikit surut. Selang 2 hari tiba pulak masa majlis bertandang ke rumah sebelah lelaki. Kali ni, semua sanak sedara yang tak dapat makan kenduri kat rumah aku, dah aiap awal2 memang wajib akan pergi ke Pasir Puteh rumah belah lelaki dan malam sebelum hari tu, kami juga berharap perkara yang sama, moga surutlah air. Tapi Allah lebih mengetahui pagi tu, hujan tetap turun dan kami macamana pon tetap akan pergi ke rumah pengatntin lelaki. Ayah n adik lelaki yang uruskan semuanya mencari sebuah kenderaan yang boleh memuatkan keluarga dan beberapa orang kampung yang akan ikut bersama ke rumah pengantin lelaki dan akhirnya demo semua dah decide sebuah 'TRAKTAR" -bahasa kelate kot..kl pggil apa tah..hihi sori jakunnn...so dah decide kami semua akan naik tu untuk sampai ke tempat kereta masing-masing di seberang sana.Wah!!!wah!!wah!!!!dasyat uolssss!!ni lah rupanya trektar tu..


adik lelaki no 5 (ayah ngoh-panggilan ank2 buah), adik aku yg ni sgt sporting mmg da best lah!!


see, cmni la keadaan dlm traktor..dihiasi biji2 kelapa sawit


ha tudia pengantin, xmakeup apapon lagi..mmg rare!!


jiran..banyak tolong


abaikan aku yg gemuk sgt time neh...suasana dlm traktar ni..


nak naik ats ni bukan senang2 taw, kne panjat tangga..haa igt hape???hihi


jiran jugak


bersedia bergerak


rasa cam kelakar sangat, naik ni semua org tengok tp mmg sweet moments sgt!!

So for next entry wait part 3 lak ye..ada sikit lagi..Nantikan cerita selepas balik dari rumah pihak lelaki..kami decide nak redah je...sbb dah petang baju biarlah basah pun..

So, stay tuned comel2 ye!!!





Jumaat, 17 November 2017

PERKAHWINAN YANG MENJADI KENANGAN MANIS

Assalamualaikum sahabat...muncul kembali...sebenarnya ada je ha..dok bz sana sini..maklumla inila nasib mum yg pjj dgn suami...urus anak semua sendiri hokeh!!

Diam tak diam kita dah nk hampir ke penghujung 2017...Hampir ke pertengahan November..betapa cepatnya masa berlalu...minggu depan last sekolah...n now...di pantai timur dah masuk musim tengkujuh..bukan pantai timur je kan???kl pon sama..negeri lain ponnn. Masuk kemusim hujan..tengkujuh, tetiba terrrimbass ke cerita awal tahun ni..

Januari 2017, di kampungku..Kusial Baru, Tanah Merah Kelantan...rupanya masih lagi dalam fasa musim tengkujuh...Ceritanya, adik aku yg no 3 merancang nak menamatkan zaman bujang pada Disember 2016 n keputusan tu dibantah kedua-dua belah pihak sebab dikhuatiri banjir..Sebenarnya semua masih trauma dgn kes banjir besar tahun 2014 dulu...So, adik berkira-kira..bincang dua belah pihak n menetapkan tarikh perkahwinan pada penghujung Januari 2017. Alaaaa..tarikh tepat lupa laa...(banyak makan semut ke????)...

Imbassss
.
.
.
.
.
.
.
Aku dan suami decide pulang ke kampung sehari sblm kenduri, kiranya esok kenduri...hri ni lps kerja kami gerak balik. Berpakat jugak dgn my cousin yg dkt Cheras kira follow together lah. Ramai sedara2 dah berkumpul di rumah masa tu, demo dok hantar gambar berkamung aisehhhh jeles weehhhh!!hati berkobar2...Lps solat maghrib kami bertolak dri Cheras menelusuri laluan Gombak-Bentong-Raub) dan sepanjang perjalanan di malam hari sejuk sangat sebab hujan renyai2. Alhamdulillah lancar perjalanan dan anak-anak pon tidur je..Sesampai di Padang Tengku, Pahang, dimaklumkan aa kejadian tanah runtuh di laluan biasa, jadi semua pengguna dilencongkan ke laluan lain n agak jauh sikit...Aduhh dalam hati..kol berapa nak sampai ni...sebab target sampai kg dlm kol 4 or 5 pagi...dgn hujan sepanjang jalan menyebabkan mata en driver mengantuk..Jenuh pulak kita melayan driver sembang habis topik lah..kikikiki..

Kira-kira 5.30 pagi baru kami sampai Kuala Krai n suami decide singgah di stesen minyak, untuk berhenti solat n rest kejap.Then kitaorang solat n sekejap tu ayah call bagitahu jalan masuk ke kampung aku dah dipenuhi air dah paras peha orang tua..Mak aih dlm masa semalaman?????sekejap je air naik...Uwaaaa nangisssss!!!!nak balik kenduri adik tp xdapat masuk rumah cemana ni...bncg2 dgn suami kiteorg decide singgah dlu rumah mak cik belah suami di Taman Kiara untuk mandi n bersihkan diri n let suami tido dlu sbb da nmpk sgt keletihan dia..Smpai je taman kiara kira2 7.00 pagi n beli Nasi Kerabu makan kt umah mak cik, rest bersihkan diri n dlm kol 9 decide nk menuju ke kg aku nk tgk keadaan mcmana. Jam 10 pihak lelaki akan smpai untuk akad nikah n once ak smpai kt kg aku, serentak dgn pihak lelaki sampai dalam keadaan hujan tengah lebat!!.Kalut mmg kalut..aku mmg pkai bju n seluar buruk je. Ya Allah cemana ni...bincang dengan suami kami decide jugak tinggal kereta di seberang ni n akan redah banjir untuk smpai kerumah. Pihak lelaki alhamdulillah org kg tolong carikan jip..hilux n bbrapa kenderaan yg boleh meredah banjir untuk smpai ke masjid. Walau macamanapon majlis tetap akan diteruskan!!!Bersejarah mmg bersejarah!!!

Kami sekeluarga mmg dah xmuat nk tumpang that jip..So bawak mana2 baju yg nak pakai dgn bwk bag n alhmdulillah jugak 2 org adk aku keluar sambut kami..kikiki kelakar pon ada sebenarnya. Masa untuk meredah!!!redah sampai ke penghujung n sampai di sebelah sana adik aku dah tunggu ambik kami..Dalam hati mintak2 aku sempat ke masjid utk akad nikah tu...Sesampai di rumah dah..mak..ayah n adk pempuan dah xde..semua dah ke masjid!!!argghhhhh!!!xpelah siapkan diri dulu sbb stat tghari majlis sanding n kenduri pulak...


gambaran macam nilah air banjir..huhuhu..memang bersejarah..


So....stay tuned with me...to be continue erkkk
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Nak ceritanya mmg bersejarahla sampai gambar pon mana ada sangat jdi macam loose je...ok nnti sambung k!!



Khamis, 2 November 2017

I'M BACK...LAMA BETUL TAK BERRBLOGG!!!

Salam Jumaat, salam penghulu hari..Jumaat hari yg mulia...

ok lah nk cakap kenapa ye lama tinggal blog ni...entahlah...yela betulla manusia ni kalau ada nyakit M***S tu habisla...apa nk buekkk..sila cari sendiri ubat utk penyakit tu..

Rindu sebenarnya..seronok menulis blog..yelah apa sahaja boleh diceritakan di sini. Rasanya las aktif berblog tahun 2014..Wahhhhhhhh!!!!!ms yg sangat lama..now dah 2017...almost 3 tahun...eh ape ni eijahhhhh..apa malas sgt ni....sepanjang 3 tahun mcm2 hado.....anak pon da 3 org..owhhh..cepatnya masa berlalu..xsedar siyes!!!


banyak bnd nk share nk cerita nnti kita share2 lagi taw!!

mmuaahhhh sayang semua!!!

Faqihah..ank no 2..


Fahim he is no 1..


Si adik yg no 3 nnt upload eee....hihii...byeee..suami...dia n selamanyaa kiki..(gatai)...nnt smbung k...

Khamis, 21 Ogos 2014

Bahayakah Migrain?

Migrain sering di dengari di kalangan rakyat negara kita, migrain ialah sakit kepala yang kronik sehingga seseorang yang mengalaminya tidak mampu menjalankan tugas-tugas harian dengan sempurna. Penyakit migrain ini kebanyakannya melibatkan kaum wanita, penyakit ini menyerang otak dan mengakibatkan kesakitan yang teruk dan kesakitan kepala yang teruk pula akibat daripada pelebaran pembuluh darah pada otak. Penyebab utama kepada penyakit ini belum dipastikan sepenuhnya oleh pihak berwajib dan fakta pula mengatakan kebanyakan pesakit migrain ini adalah berkait rapat dengan faktor keturunan. Kajian juga menunjukkan kira-kira 12% adalah pengidap migrain dan menyerang wanita serta mereka yang masih didatangi haid. Pengidap mingrain selalunya akan mengalami sakit kepala yang sangat teruk di bahagian sebelah kepala sahaja akan tetapi paling menyeksakan kerana adakalanya menyerang keseluruhan kepala. Dikatakan migrain terbahagi kepada 2 jenis iaitu migrain aura dan migrain tanpa aura. Migrain aura ialah perasaan atau keadaan yang subjektif akan dialami sebelum sakit menyerang dan mendapat tanda seperti kabur pandangan mata, pemandangan seolah berada di bawah tengah panas yang terik. Ada juga yang mengalami kebas dan sakit di tangan dan kaki. Apabila anda mendapat tanda-tanda seperti ini, cubalah untuk mencari inisiatif mengurangkan kesakitan untuk mengelakkan di serang migrain. Manakala tanpa aura pula, seseorang itu tidak mengalami sebarang tanda tetapi terus mendapat serangan yang teruk. Jadi, anda perlu tahu sejauh manakah bahayanya migrain dan jangan biarkan migrain menghantui diri anda tanpa sebarang perawatan. 


Bahayakah Migrain?

Ramai yang memandang remeh masalah migrain, tetapi tahukah anda sebenarnya pengidap migrain merupakan suatu penyakit yang agak berbahaya. kenapa saya mengatakan demikian? ini adalah kerana mengikut penyelidik Launer di national Institute on Aging (NIA) di AS, mereka yang mengidap migrain aura khususnya wanita sebenarnya keadaan itu terjadi kerana terdapat satu luka kecil di bahagian otak atau lesions - kawasan kecil di dalam cerebellum. Migrain yang kerap sangat merbahaya kerana mereka berkemingkinan besar akan mengalami stroke berbanding wanita yang bukan pengidap migrain. 

Tanda-tanda Migrain

  • rasa sakit yang sangat teruk di sebelah bahagian kepala dari hidung dan mata
  • loya, muntah dan kadang kala sehingga kaki kaku dan sejuk
  • pandangan silau, kabur dan menjadi gelap
  • pesakit lebih sensitif dengan bunyi dan suara
  • menyerang antara 4-72 jam 
  • badan berpeluh-peluh
  • kepala pusing dan pening

Faktor Menyebabkan Migrain

  • datang haid - migrain mudah juga menyerang wanita yang sedang mengalami haid 
  • makanan dan minumam - makanan dan minumam banyak menyumbang kepada maslah migrain. Di senaraikan di sini makanan itu ialah :- keju, coklat, buah-buahan sitrus, kacang-kacang dan kafien yang berlebihan.
  • Stress - inilah penyebab utama kepada masalah migrain iaitu stress yang mana stress melibatkan emosi dan terus ke otak 



Apa Yang Perlu Dilakukan Oleh Pengidap Migrain

- sebaiknya mereka yang mengalami sakit kepala yang teruk segera berjumpa doktor untuk mendapat maklumat mengenai penyakit agar dapat di cegah dengan baik. Mungkin sehingga kini msaih belum ada ubat yang jhusus untuk mengatasi masalah migrain, tetapi sekurang-kurangya kita mendapat satu cara agar dapat mengurangkan rasa sakit itu. Selain itu, perbanyakkan mengambil minuman air putih dan suplemen yang membantu mengatasi maslah berkenaan. 


Suplemen Shaklee Membantu Mengatasi Migrain Dan Sakit Kepala



Omega Guard 

  • mengurangkan radang sakit kepala akibat migrain
  • melancarkan peredaran darah terutama ke bahagian kepala
B-Complex

  • lengkap dengan semua jenis vitamin dan mengandungi asid folic
  • mengurangkan risiko serangan sakit kepala
  • mengawal stress
Ostematrix

  • mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D
  • mengelakkan berlaku kekejangan dengan bekalan kalsium 
  • menguatkan otot dan sistem saraf

Dapatkan sekarang dan ceriakan hari anda dengan bebas dari msalah sakit kepala dan migrain.



Nor Faizah Yasin

017-3660351

eijaheijah12@gmail.com

MY SHAKLEE ID 1082605


SALAM SAYANG UNTUK SEMUA!!

Tips Menambah Berat Badan Dengan Mudah

Asyik-asyik isu nak kurus, nak diet, nak kurus nak diet...tolonglah penulis fakta blog sekelian..tolonglah anda memberi perhatian sama kepada golongan yang berhasrat untuk menambah berat badan. Hah?? ada ke insan yang tak nak diet? sebaliknya berusaha keras untuk menambah berat badan? ohhh...anda jangan mudah sangka seperti itu, kerana di samping kecoh pasal diet, kurus, masih ramai juga yang berhasrat menambah berat badan mereka. Ok, senang..sebenarnya untuk melakukan apa sahaja kita perlu mempunyai ilmu, jika seseorang itu fokus untuk kurus, sudah tentu dia perlu mempunyai ilmu untuk kurus dengan cara mencari fakta, bagaimana untuk kurus, cara diet yang sihat, begitulah juga dengan mereka yang berhasrat menambah berat badan anda juga perlu mempunyai ilmu kerana dengan ilmu yang cukup kita akan mendpaat hasil yang dikehendaki. Seorang kawan pernah menyuarakan keluhan, ''hai..kenapalah aku ni, makan dah banyak, makan kkerap kali, tiap kali makan menambah-nambah nasi, tapi hasilnya aku tak jugak dapat tambah berat badan. Dengan itu, hari ini jom saya kongsikan beberapa tips mudah untuk anda tentang tips menambah berat badan dengan mudah. 




Cara Mudah Menambah Berat Badan

1. Minum air putih

- kebanyakan orang kita membuat salah tanggapan untuk menambah berat badan, mereka lebih suka mengamalkan minuman manis, bergas untuk tujuan itu kerana pada mereka dalam air tersebut terdapat kandungan gula yang tinggi, jadi secara automati akan menyebabkan mereka menjadi cepat gemuk. Perhatian, jangan salah anggap ya, kehendak kepada menambah berat badan cukup berbeza dengan keinginan untuk gemuk. Anda mengamalkan minuman bergas, itu sebaliknya menggalakkan badan anda terdedah kepad pelbagai penyakit berbahaya. Pengambilan air masak pula di anggap remeh walhal semakin banyak kita mengambil air putih ia akan memberi kesan kepada pencernaan agar menjadi lebih baik dan dapat menyerap nutrisi dari makanan dengan sempurna. 

2. Menguyah makanan sehingga halus

- PENTING!!fakta menyatakan menguyah makanan sehingga halus dapat membantu anda dalam proses menambah berat badan.

3. Minum susu

- Susu membekalkan nutrisi yang lengkap kepada badan dan memang kita semua maklum bahawa susu adalah untuk kesihatan. Cuba amalkan meminum susu penuh krim untuk tujuan menambah berat badan anda.



4. Jangan merokok

- Umumnya juga mengetahui bahawa merokok menyebabkan seseorang itu merasa kenyang biarpun ia sangat merosakkan organ badan seseorang. Seseorang akan menjadi kurang selera untuk makan apabila menghisap rokok. Jika anda merokok, anda pasti kurus dan cubalah untuk berhenti merokok dan lihat sendiri hasilnya anda akan mendapat pertambahan berat badan.



Kenapa Berat Badan Tidak Bertambah?

Antara faktor yang boleh saya kongsikan di sini kenapa berat badan anda tidak bertambah, 2 sahaja yang nak saya kongsikan di sini, faktor ketara kenapa berat badan tidak bertambah:-

1. keturunan - keluarga yang keturunan kurus memang melibatkan faktor metabolisme merupakan genetik keluarga mereka. Jadi janganlah hairan dengan mereka yang keturunanya kurus dan tidak naik berat badan.

2. penyakit - penyakit yang berbahaya iaitu AIDS/ HIV, diabetis, penyakit-penyakit itu menyebabkan berat badan turun dan semakin turun.


Tambah Berat Badan Dengan Shaklee


Shaklee boleh membantu anda menambah berat badan anda dengan set Penambah berat badan yang mempunyai fungsi tersendiri membantu anda.



1. Mealshake - mealshake juga merupakan multivitamin yang kaya dengan vitamin dan mineral. Ia mengandungi asid amino asli yang terdapat di dalam protien termasuk asid amino yang perlu dan tidak diperlukan. Membekalkan lebih 19 jenis viatamin dan mineral yang boleh membantu anda berselera untuk makan.

2. B - Complex - ia berperanan mengawal kadar metabolisme badan mengurangkan rasa letih, mengawal tekanan perasaan dan meningkatkan sistem imuniti badan.

3. Vitalea - di kenali dengan jolokan nama vitalea iron formula keran ia juga merupakan multivitamin yang berbentuk kapsul yang membantu meningkatkan kesihatan yang baik dan pembinaan tisu-tisu badan. 

Dapatkan sekarang set tambah berat badan Shaklee!!!

Nor Faizah Yasin

017-3660351

eijaheijah12@gmail.com

MY SHAKLEE ID 1082605


SALAM SAYANG UNTUK SEMUA!!


Mengenali GLA Complex

Kenali GLA Complex


GLA ialah (Gamma-linolenic acid) yang telah dihasilkan dari EPO (evening primrose oil) manakala GLA Shaklee pula dihasilkan dari minyak borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA yang terdapat dalam EPO. Minyak borage juga 3 kali ganda lebih berkesan dari EPO, oleh itu Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang di tanam secara organik. Satu kapsulnya mengandungi lebih daripada 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Istimewanya kerana ia digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesannya. 

Fungsi Utama GLA Complex 

1. melegakan PMS
2. membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
3. menguatkan kuku dan rambut
4. meperlambatkan proses penuaan
5. membantu dalam meningkatkan kesuburan
6. membantu menangani masalah ekzema
7. mengandungi vitamin E bertujuan menguatkan dinding arteri
8. mengawal masalah kencing manis dan darah tinggi
9. mengawal kolesterol
10. mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan maslah jantung
11. menguatkan sistem imuniti badan

Siapakah Yang memerlukan GLA

1. wanita bujang
2. wanita telah berkahwin
3. pengidap arthritis rheumatoid dan ekzema
4. lelaki

Penjelasan Kebaikan Dan Manfaat GLA 


1. mengawal selia estrogen dan testosteron - mampu mengawal hormon lelaki dan wanita dan  mereka yang mengalamisimptom PMS 

2. melambatkan monepous - memperbaiki keadaan seperti hot flashes, ketidakhadaman dan depresi. Mengamalkan GLA juga mampu melambatkan proses penuaan dan mengetatkan uterus. 

3. memperbaiki inflamasi kulit - mengurangkan masalah kulit seperti ekzema, elergi, kegatalan, kulit kering, dan mengurangkan sakit serta bengkan bgi pesakit arthritis.

4. memperbaiki prostatomegaly - memperbaiki maslah prostat lelaki dan kerap kencing

5. menentang kanser - merupakan vitamin anti-oksidan yang meningkatkan sistem imunisasi tubuh menghalang sel pertumbuhan tumor dan kanser

6. menghalang komplikasi diabetis - merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetis semasa hamil dan usia tua

7. melangsingkan dan menghalang pertambahan berta badan - mampu merendahkan kolesterol LDL, menghalang pertambahan berat badan, memberi tone pad kulit dan otot  untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai badan yang langsing

8. memperbaiki tekstur rambut - memperbaiki rambut yang kering dan gugur


Bagaimana GLA Complex Membantu Masalah Kesuburan  

Dikatakan GLA mampu membantu anda mengalami masalah kesuburan, tahukah anda bagaimana GLA membantu masalah kesuburan anda? GLA mampu membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang berkualiti tinggi kerana cecair serviks seperti ini sangat subur, nipis, cerah dan pekat likat yang boleh membantu sperma berenang ke uterus , tiub follapio dan sekaligus ovum. Cecair yang subur tadi pula akan membiarkan sperma bertaham lama di dalam tiub follapio iaitu selama lebih kurang 5 hari yang sangat membantu kepada proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan semasa waktu subur isteri. Terbuktilah betapa pentingnya cecair serviks yang baik kerana jika cecair berwarna coklat ataupun kering, ia akan mengganggu proses kesuburan anda. Jadi GLA amat disarankan kepada anda yang telah mencuba pelbagai usaha untuk mendapatkan zuriat, Insyaallah dengan berkat usaha dan pengamalan secara konsisten dan sabar akan membuahkan harapan untuk anda. Jangan putus asa teruskan mencuba untuk diri anda dan keluarga anda sendiri. Akan tetapi perlu di ingat, pengambilan suplemen merupakan salah satu usaha anda, tetapi yang memakbulkan semua usaha adalah Allah dan anda perlu yakin dengannya. Wallahualam..







Nor Faizah Yasin

017-3660351

eijaheijah12@gmail.com

MY SHAKLEE ID 1082605


SALAM SAYANG UNTUK SEMUA!!

Collagen Powder Shaklee

Memiliki kulit yang cantik dan kekal remaja memang menjadi idaman setiap wanita, tetapi bayangkan jika kulit wajah kita lebih tua dari umur kita yang sebenarnya..Argghhhh sangat stress bukan? Oleh sebab itulah timbulnya lambakan produk kecantikan muka, penghasilan kolagen sana sini untuk membantu anda mengatasi masalah wajah yang kusam dan tidak bermaya. Wajah kusam dan tidak bermaya menjadikan hari-hari anda sangat suram, kurang keyakinan diri, tampak tidak terurus dan selekeh. Oleh itu sebagai seorang wanita, anda mesti memastikan kulit muka anda nampak ceria dan bermaya. Dewasa ini pula banyak juga produk yang mengandungi kolagen dikeluarkan akan tetapi anda sebagai pengguna pilihlah kolagen yang semulajdi dan selamat. Pokoknya kaji dahulu sebelum menggunakan sesuatu produk. Hakikatnya, bukan sahaja wanita yang mengalami masalah wajah kusam, lelaki juga tidak terkecuali tambahan jika umur telah meningkat. Oleh sebab itulah untuk mengatasi masalah kekusaman wajah ini, kolagen sangat diperlukan untuk menyerlahkan wajah awet muda. Banyak kolagen yang tumbuh bagai cendawan samada di dalam bentuk serbuk untuk diminum dan krim untuk di pakai di kulit muka, tetapi anda juga perlu tahu fakta mengatakan kolagen berbentuk serbuk dan untuk di minum. Oleh itulah vsyarikat vitamin semulajadi Shaklee memperkenalkan Collagen Powder Shaklee khas untuk anda semua yang sangat mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. 



Kenali Kenapa Wajah Anda Kusam

1. Diet yang tidak sihat - ramai di kalangan wanita cuba untuk mengamalkan diet, akan tetapi terlalu ghairah dengan diet sehingga tidak tahu bahawa diet yang diamalkan adalah diet yang tidak sihat. Diet yang tidak sihat menyebabkan badan kekurangan tenaga dan nutrisi yang diperlukan dan kesan inilah membawa kepada kekusaman wajah. Tidak dinafikan ia berlaku dalam keadaan kita tidak sedar kerana leka mengamalkan diet.

2. Stress - stress merupakan penyumbang utama kepada wajah yang kusam. Stress mampu mempengaruhi keseluruhan penampilan kita dari segi fizikal dan mental. Stress mempengaruhi hormon badan dan menyebabkan hormon berubah dan kemungkinan besar jerawat degil akan terhasil waktu itu. Apabila jerawat mula hinggap di muka anda, ianya sangat menganggu kepada penampilan anda. Jadi, elakkan stress.

3. Kurang rehat dan tidur - anda perlu tahu selain diri sendiri, kulit badan dan muka anda juga memerlukan waktu rehat yang cukup untuk membina sel-sel kulit yang baru dan membuang sel-sel kulit yang mati. Mungkin kita merasakan faktor ini biasa sahaja, namun kesannya sangat mempengaruhi kekusaman kulit wajah.

4. Alkohol - Alkohol sangat berbahaya dan kandungan di dalamnya menyumbang kepada kulit yang kusam seperti tiada perawatan. 

5. Kosmetik - penggunaan kosmetik yang pelbagai juga menyumbang kepada kekusaman wajah. Kosmetik di zaman moden ini banyak dicampur dengan merkuri, alkohol serta bahan kimia lain yang boleh mematikan sel-sel kulit anda.



Atasi Wajah Kusam Dengan Collagen Powder Shaklee



Collagen Powder Shaklee membantu anda mengatasi masalah wajah kusam kerana penghasilannya 100%  selamat untuk anda. Klagen Powder merupakan kolagen yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS(Red Snapper Scale) Collagen yang berkualiti tinggi dan diekstrak dari sisik ikan merah. 7 bahan utama collagen shaklee diekstrak dari:-

  • biji benih Camellia japonica
  • ekstrak pfaffia
  • kolagen ikan
  • ekstrak kerangkerangan
  • lactobasillus acidophilus
  • vitamin C
  • vitamin B

Collagen Powder Shaklee membantu mengatasi wajah kusam melalui fungsinya yang tersendiri iaitu:-

  • membantu memulihkan masalah kulit
  • mengurangkan pigmentasi dan mencerahkan kulit
  • melambatkan proses penuaan
  • mengecilkan liang-liang roma
  • mengurangkan garis-garis halus pada leher
  • mengurangkan masalah lebam di bawah mata
  • memaksimakan kedut-kedut dan garis halus
  • melembapkan kulit

Pengambilan kolagen mampu mebantu anda:-




Oleh itu, berhati-hatilah anda semua dalam mengamalkan diet serta pemakanan harian kerana kehilangan kolagen dari badan akan menyebabkan masalah-masalah yang sangat kritikal. Anda perlu merawat badan dan wajah untuk mengembalikan kolagen. Kehilangan kolagen pula memberi kesan yang boleh mempengaruhi penampilan anda. Pilihlah kolagen yang terbaik untuk anda amalkan bagi melambatkan proses penuaan kita.

Testimoni Collagen Powder Shaklee








Nor Faizah Yasin

017-3660351

eijaheijah12@gmail.com

MY SHAKLEE ID 1082605


SALAM SAYANG UNTUK SEMUA!!

JATUHKAH MARTABAT JIKA MEMINTA MAAF?

 Assalamualaikum wrh. wbt. readers... Kembali menjengah setelah beberapa lama menghilang. Rindu bukan tak rindu tapi entahla apa yang membua...