Khamis, 8 September 2022

BONDING TIME WITH FAMILY


Salam Jumaat, penghulu sekalian hari. Aku macam biasalah setelah lama tak menulis, sesekali aku jengokla blog ni. Bukan apa, kadang tu masa tak mengizinkan betul, maklumlah engkau bukanlah seorang blogger tegar pon, isi masa saja dengan menulis blog ni. Kadang-kadang tu, kita boleh recap balik memori lama di blog ni. Yap aku akui suka baca blog tapi tak berapa suka nak memerah idea menulis, tu sekarang la haha..Muda dulu rajin le jugak.


Ok today just nak share moment bersama family ke Melaka tempoh hari. Actually tak de plan yang rapi pun sebab asalnya adik aku yang kami gelar kakcik & suami dia yang beria nak bercuti ke Melaka n berhasrat bawak mak sekali. Maka, sembang punya sembang, dengan adik aku yang no 5, Che kak (fatisyah) dia pun nak ikut sekali). Apa lagi 2 beradik perempuan ni, kalau dieorang g berjalan, macamana pun, mesti nak aku join sekali, nampak tak kalau dah geng perempuan hihi.

Maka sampailah dan terjadilah hari yang dirancang, perjalanan sampai di Melaka lewat malam sebab beberapa urusan mengejut terpaksa diselesaikan, nak tunda pun sebab adik n mak dah sampai sana dulu. Nak tak nak kami gagahkan jua sampai di homestay yang dah di booking. Sampai lewat malam dah kepenatan + mengantuk gila kami terus tidur. Jadual kami bermula pagi Sabtu.

Pagi Sabtu, bangun pepagi aku masak nasi putih, sambal ikan bilis & telur goreng mata simple sahaja breakfast tapi cukup berat dah n aku kena makesure perut diaorang ni kena betul2 kejap tambahan anak-anak aku hahaha. Budak tengah membesar kan camtu laaa lepas makan, makan lagi n lagi..


1st day memang si kak cik ni nak ke Menara Taming Sari, maka beraturlah membeli tiket n menunggu giliran untuk naik menara tu..Bagi anak-anak merasa kan..hihi.Jom layan gambar serba sikit ni.


adik Firman & cousin(Amzar)

Acik(Fatih)

kakak (Faqihah)-ni macamni sebab dia gayat takut!puact gila muka dia Memang tak da mood nak ambil gambar.

Abang Ayen(Fahim)

Moktok & Acik

dah nak turun kakak cool sikit dah

kakcik & suami

our family, susah taw nak ambil gambar sefamily camni

ok, akhirnya bolehla camni pun

mama maintain gemuk

abg ayen lak buat hal

Our family with moktok


Next destinasi kami ke Muzium Penjara. Ok la korang kalau nak ke sana best juga, muzium tu tunjuk macamana keadaan dalam penjara, tempat hukum gantung, tempat perubatan, tempat solat, tandas tempat banduan duduk dan macam-macam lagi. Tak banyak gambar yang di ambil sepanjang kat ssana. Anak dah mula mengamuk kepanasan, penat dan lepas mengunjungi muzium, kami gerak balik ke rumah sebab masing-masing dah kepenatan dengan cuaca sangat panas hari tu.

Sebelah petangnya kami keluar makan malam di bandar. datang Melaka of course la cari asam pedas kan. kami tak tahu tempat makan mana yang besr, jadi duduk jelah mana yang ada kosong apa yang tau perut dah lapar.hihi..




Asam pedas JR, just nice bolehla..






Sebelah malam pula kami terus menuju ke Melaka River Cruise. Apa yang nak ceritanya, dekat sini sepadat-padat manusia ramainyaaaa. Beratur nak beli tiket dah 1 cerita, then beratur pula menunggu giliran naik ke kapal mengambil masa yang sanga-sangat lama. yelah bila dah panas, ramai staff yang bertugas pun mula menunjukkan riak muka kepenatan dan mula meninggi suara dengan pengunjung.Hmmm..

Finally hampir 2 jam menunggu dapatla kami naik boat.Allahu azab betul rasanya!! hihihi.. Naik kapal penat gila dah rasa, rehat jelaaa sambil layan pemandangan tepi-tei sungai sebelah malam rupanya banyak kedai-kedai makan di sepanjang sungai tu.











3 hari 2 malam, serius penat dan tak banyak tempat yang kami kunjungi, tapi jika ada rezeki dan panjang usia, pasti kami akan kembali lagi ke Melaka. Semoga murah rezeki wang, masa dan kesihatan untuk menikmati dunia ciptaan Allah ni lagi. Insyaallah tq pada yang sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ni..Tq again uolss!!






Khamis, 23 Jun 2022

CERITA APA HARI NI?

 Jumaat yang damai,indah,sejuk..Mula dari malam tadi,bumi Kuala Lumpur di sirami hujan .Sesekali lebat menyimbah bumi. Rutin harian tetap perlu diteruskan..Aku seperti biasa menjalani kehidupan mandi,solat n siap² untuk ke kantor!


Dalam kedinginan pagi dan hujan masih mencurah-curah,Anak² pun menjalani tanggungjawab masing2,si kecil di rumah pengasuh,si acik ke sekolah,kakak tunggu acik sampai naik van sebab kakak sekolah sesi petang & abg ayen ke sekolah. Sesekali terlintas di hati,Ya Allah terima kasih atas nikmat kehidupan yang Kau berikan ini.🤲Walau tidak semewah orang laun,naum rezekimu ada di mana-mana untuk kami.

Dalam perjalanan ke tempat kerja,hampir sampai di pejabat,sebuah motor terpelanting atas jalan raya dek kerana di hentam sebuah kereta yang mana pada hemat daku,motor tu nak potong depan tapi xlepas & plus jalan agak licin.Si suami cepat2 bangun dan angkat isterinya..Allah..semoga tiada kecederaan serius buat mereka. Kami tak mampu berhenti kerana kereta bersusun di belakang dan nasib baik ada insan lain yang membantu.


Sampai pejabat,hari yang sangat hening..sayu..Beli breakfast seperti biasa..Tapi entahlah,hati ni tetap merasa sayu. Mungkin rindukan arwah ayah barangkali..Dalam lebih kurang jam 10.30 pagi tadi..Aku di tingkat 22,nampak asap putih n bagitahu rakan lain eh asap banyak ni!..Lantas kami mencari punca & masa tu juga,terdengar pengumuman,sesiapa yang parking kereta di aras LG berhampiran kedai makan tepi pejabat kami,sila alihkan kereta memandangkan api makin marak.

Rupanya! Berlaku kebakaran melibatkan sebuah kedai makaj dipercayai berpunca dari tong gas. Allahuakbar! Banyaknya benda jadi pagi ni. Semoga dipermudahkan semua urusan mereka Ya Allah!

Pihak pejabat yang berdekatan cuba sedaya upaya bantu memadamkan api tersebut sementara menunggu pihak bomba sampai..

Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan..Kedai ty habis la barang-barang niaga semua..Semooga Allah gantikan yang lebih baik..Amiiin






Sabtu, 12 Mac 2022

ERTI BAHAGIA

Hai korang!selamat tengahari. Tengah buat apa tu??
Ok,tadi scroll ig kan,terbaca satu caption ni..Best sangat!

     "BAHAGIA ITU SEDERHANA, PERLAKUKAN ORANG LAIN SEPERTI KITA INGIN DIPERLAKUKAN"

Telinga dicipta untuk lebih banyak mendengar, mulut diciptakan oleh Allah untuk lebih banyak berkata-kata lembut,memberi semangat,menghibur,memuji,memaafkan....

Hindari dari berucap kata-kata kasar,keras, menghina dan boleh melukai terutama orang di sekeliling anda..

Cukup simple tapi entahla pada aku,sangat-sangat deep kata-kata ni.

 Tafsirkan dengan apa yang berlaku di sekeliling kita,kadang kita impikan,dambakan bahagia itu seperti mana yang kita mahukan,tapi kita perlakukan orang sekeliling kita tidak seperti mana yang kita mahu.

Baik dari segi kerja,berurusan dengan orang awam,keluarga,rakan-rakan..

Cubalah,BAHAGIA pasti menjadi milik kita semua!


Gambar belon ini menjadi perumpamaan..Satu kisah, seorang guru menyuruh pelajarnya meniup belon dan menulis nama masing-masing..

Ringkas cerita, guru itu lantas mencampurkan semua belon berkenaan di satu kawasan besar. Kemudian ditugaskan pula kepada pelajarnya agar mencari belon nama masing-masing.Puas mencari belon nama sendiri tapi tiada seorang pelajar menjumpainya.

Lantas diberikan sedikit masa lagi agar pelajar mencari belon yang berdekatan dengan mereka dan menyerahkan pada orang yang namanya tertera pada belon berkenaan.Tak sampai 2 minit pelajar dah berjaya pegang belon nama masing-masing.

Guru itu berkata, "belon-belon ini adalah seperti kebahagiaan, kamu tidak akan menemuinya ketika dirimu mencari milikmu sendiri. Tetapi jika kita pedulu memberikan kebahagian kepada orang lain, itu akhirnya akan membantu kamu membawa kepada kebahagiaanmu"...


Betulkan jika saya salah Tq you all!!

💕Eijah

Jumaat, 11 Mac 2022

NASI GORENG MUDAH 10.00 MALAM

Esok cuti pastinya dalam hati daku, malam ni boleh tidur lewat sikit sebab esok cotiii yahooo!! Saat sedang bermalasan di katil,kids melayan tv kat luar..Mata terpandang pada satu susuk kecil,kedek-kedek datang sebelah mama,ma"adik lapar".Oh my!!!so kecilku 3 tahun 4 bulan😂..Awak kelaparan rupanya.

Maka mama pun melawan lah perasaan malas ni. Bangkit & menuju ke dapur melihat apa yang paling senang dan cepat untuk dimasak. Dalam pada tu, telefon berbunyi, dan tertera, "abang on the way balik,lapar lah pulak,ada makanan tak?Laju jari memetik, "ada"!

Nampaknya makin bertabah bilangan yang memaksa mama untuk masak something even jam menunjukkan 10 malam. Idea paling mudah muncul, orait mama masak nasi goreng.

Bahan-bahan disediakan,lauk yang paling mudah untuk dicairkan dari peti ais..Isi ayam,telur & udang kering.Yeah!itu asas lauk yang bakal menyedapkan nasi goreng 10malam mama taw.Hahaha(done puji diri sendiri).

You all semua kalau kekeringan idea dan ada yang lapar di tengah malam,haaaa nah follow resipe nasi goreng ni taw!Dijamin puas hati,sedap dooh!

Jom layan bahan-bahannya :

Bawang putih (tumbuk)

Bawang merah(tumbuk)

Belacan(tumbuk)

Cili padi merah or hijau (terpulang jika nak pedas,sila extra kan cili padi)

Isi ayam

3 biji telur

Udang kering(tumbuk)

Sayur pakchoy


Cara membuatnya: 

1.Tumbuk bawang merah,bawang putih,cili padi dan belacan



2.Tumbuk asing udang kering


3.Pecahkan telur dan goreng pecah


4.goreng isi ayam tadi sehingga masak,then potong kecil2.Isi ayam ni sedap dah punya rasa masin-masin sikit.



5. Tumis bahan tumbuk tadi sekejap dan masukkan udang garing yang dah ditumbuk.


6.Goreng sehingga kekuningan,masukkan sedikit air(air ni aku ambil air yang baki bahan tumbuk dalam lesung tadi. Aku letak air dalam tu(air still rasa bahan tumbuk)



7.Perasakan dengan garam gula n jika you all suka msukkan sikit serbuk pati ayam. Agak-agak bahan tadi dah sebati dan sedikit kekuningan (masak),masukkan isi ayam.

8.Masukkan nasi,kacau sebati,masukkan telur tadi dan sayur. Masa kacau pun pastikan rata ye baru umphhh! Ok hasil dia dalam 10.30 jugakla siap menu nasi goreng mudah 10 malam ni.hihihi. Ok jom!adik paling ekcited taw!





Alhamdulillah rezeki Allah kan..So,kejap lagi ngantuk la tu..Ok mama puas hati! Tiba dah setle semua kita pon tired dah..Ok ajom jap lagi beraduuu.

Salam sayang with 💕

Eijah 









LALUAN PERGI & BALIK KERJA


A story di petang Jumaat.. 5.08 minit punch out dari opis..

Maka bermulalah perjalanan balik kerja everyday beginilah. Yup! Aku memang seorang pengguna tegar public transport!.Stop don't ask more..hahaha..(orang penakut macamni lah)

Pejabat aku di tengah KL,bangunan PERKIM,Jalan Ipoh.. Setiap hari naik bas or teksi dari rumah sampai tren turun stesen PWTC n ambil teksi ke ofis. Begitulah rutin harian.

Ok jom uols,petang ni meh layan perjalanan pergi & balik kerja aku. Mungkin antara kalian tau pun laluan ni. Cuma xpernah lalu sini dengan cara jalan kaki.



Dari ofis,mesti akan melalui jambatan ni,sebab kat tengah2 tu ada sungai..Sungai Klang,n tempat ni selalu dinaiki air kalau hujan lebat. Memang macam ni .Akan ada mereka2 yg homeless maybe,tidur & rehat di sini. First impression lalu sini and tengok ada yang tidur di kaki lima ni,dalam hati tergerak juga takut,takut sergah kita tiba2 ke or lain-lain..But,lama2 keberanian tu datang n masing2 buat tak tahu je.Tapi bagi aku agak seremmm kat sini if ada anjing!Aduh yang ni tak leh ah.Takuttttt😂

Kat bawah jambatan ni pula,macamni lah,kadang ada yang menjala ikan,memancing..Di susur laluan belah sana pun petang2 ramai ya g jogging serta rehat di kerusi yang disediakan.




Bangunan hijau yang ada anak panah tu adalah bangunan PERKIM..ofis aku.Kiranya perjalanan dari ofis ke lrt melalui susur tu semua dalam 10 minit if kau jalan lenggang lenggong .Kalau jalan laju lagi cepatlaa..




Jambatan ni cantik taw,sebelah sana tu PWTC..


Laluan ni berhadapan juga dengan Bistari Kondominium kiranya pagi & petang tak de lah sunyi..But kalau malam serius aku tak kan lalu sini.Tak ada keberanian..Hari tu ada member aku bagitahu seorang tiktokers perempuan pernah cerita laluan dia kat sini setiap hari..Malam pon dia lalu sini weh!berani banget.

Ok le tulis dalam lrt tau2 sampai rumah ambil kids kat rumah pengasuh nampak si kakak tengah main dengan kawan dia..


Puas hati dapat main .ok jom balikkk!.


Salam sayang..

JATUHKAH MARTABAT JIKA MEMINTA MAAF?

 Assalamualaikum wrh. wbt. readers... Kembali menjengah setelah beberapa lama menghilang. Rindu bukan tak rindu tapi entahla apa yang membua...