Esok cuti pastinya dalam hati daku, malam ni boleh tidur lewat sikit sebab esok cotiii yahooo!! Saat sedang bermalasan di katil,kids melayan tv kat luar..Mata terpandang pada satu susuk kecil,kedek-kedek datang sebelah mama,ma"adik lapar".Oh my!!!so kecilku 3 tahun 4 bulan๐..Awak kelaparan rupanya.
Maka mama pun melawan lah perasaan malas ni. Bangkit & menuju ke dapur melihat apa yang paling senang dan cepat untuk dimasak. Dalam pada tu, telefon berbunyi, dan tertera, "abang on the way balik,lapar lah pulak,ada makanan tak?Laju jari memetik, "ada"!
Nampaknya makin bertabah bilangan yang memaksa mama untuk masak something even jam menunjukkan 10 malam. Idea paling mudah muncul, orait mama masak nasi goreng.
Bahan-bahan disediakan,lauk yang paling mudah untuk dicairkan dari peti ais..Isi ayam,telur & udang kering.Yeah!itu asas lauk yang bakal menyedapkan nasi goreng 10malam mama taw.Hahaha(done puji diri sendiri).
You all semua kalau kekeringan idea dan ada yang lapar di tengah malam,haaaa nah follow resipe nasi goreng ni taw!Dijamin puas hati,sedap dooh!
Jom layan bahan-bahannya :
Bawang putih (tumbuk)
Bawang merah(tumbuk)
Belacan(tumbuk)
Cili padi merah or hijau (terpulang jika nak pedas,sila extra kan cili padi)
Isi ayam
3 biji telur
Udang kering(tumbuk)
Sayur pakchoy
Cara membuatnya:
1.Tumbuk bawang merah,bawang putih,cili padi dan belacan
2.Tumbuk asing udang kering
3.Pecahkan telur dan goreng pecah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan