Sabtu, 12 Mac 2022

ERTI BAHAGIA

Hai korang!selamat tengahari. Tengah buat apa tu??
Ok,tadi scroll ig kan,terbaca satu caption ni..Best sangat!

     "BAHAGIA ITU SEDERHANA, PERLAKUKAN ORANG LAIN SEPERTI KITA INGIN DIPERLAKUKAN"

Telinga dicipta untuk lebih banyak mendengar, mulut diciptakan oleh Allah untuk lebih banyak berkata-kata lembut,memberi semangat,menghibur,memuji,memaafkan....

Hindari dari berucap kata-kata kasar,keras, menghina dan boleh melukai terutama orang di sekeliling anda..

Cukup simple tapi entahla pada aku,sangat-sangat deep kata-kata ni.

 Tafsirkan dengan apa yang berlaku di sekeliling kita,kadang kita impikan,dambakan bahagia itu seperti mana yang kita mahukan,tapi kita perlakukan orang sekeliling kita tidak seperti mana yang kita mahu.

Baik dari segi kerja,berurusan dengan orang awam,keluarga,rakan-rakan..

Cubalah,BAHAGIA pasti menjadi milik kita semua!


Gambar belon ini menjadi perumpamaan..Satu kisah, seorang guru menyuruh pelajarnya meniup belon dan menulis nama masing-masing..

Ringkas cerita, guru itu lantas mencampurkan semua belon berkenaan di satu kawasan besar. Kemudian ditugaskan pula kepada pelajarnya agar mencari belon nama masing-masing.Puas mencari belon nama sendiri tapi tiada seorang pelajar menjumpainya.

Lantas diberikan sedikit masa lagi agar pelajar mencari belon yang berdekatan dengan mereka dan menyerahkan pada orang yang namanya tertera pada belon berkenaan.Tak sampai 2 minit pelajar dah berjaya pegang belon nama masing-masing.

Guru itu berkata, "belon-belon ini adalah seperti kebahagiaan, kamu tidak akan menemuinya ketika dirimu mencari milikmu sendiri. Tetapi jika kita pedulu memberikan kebahagian kepada orang lain, itu akhirnya akan membantu kamu membawa kepada kebahagiaanmu"...


Betulkan jika saya salah Tq you all!!

💕Eijah

2 ulasan:

  1. Betul...bila kita buat orang bahagia, bahagia itu akan datang sendiri kepada kita.

    BalasPadam
  2. Insyaallah moga kita semua mampu membuat orang keliling bahagia

    BalasPadam

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...