Khamis, 23 Jun 2022

CERITA APA HARI NI?

 Jumaat yang damai,indah,sejuk..Mula dari malam tadi,bumi Kuala Lumpur di sirami hujan .Sesekali lebat menyimbah bumi. Rutin harian tetap perlu diteruskan..Aku seperti biasa menjalani kehidupan mandi,solat n siap² untuk ke kantor!


Dalam kedinginan pagi dan hujan masih mencurah-curah,Anak² pun menjalani tanggungjawab masing2,si kecil di rumah pengasuh,si acik ke sekolah,kakak tunggu acik sampai naik van sebab kakak sekolah sesi petang & abg ayen ke sekolah. Sesekali terlintas di hati,Ya Allah terima kasih atas nikmat kehidupan yang Kau berikan ini.🤲Walau tidak semewah orang laun,naum rezekimu ada di mana-mana untuk kami.

Dalam perjalanan ke tempat kerja,hampir sampai di pejabat,sebuah motor terpelanting atas jalan raya dek kerana di hentam sebuah kereta yang mana pada hemat daku,motor tu nak potong depan tapi xlepas & plus jalan agak licin.Si suami cepat2 bangun dan angkat isterinya..Allah..semoga tiada kecederaan serius buat mereka. Kami tak mampu berhenti kerana kereta bersusun di belakang dan nasib baik ada insan lain yang membantu.


Sampai pejabat,hari yang sangat hening..sayu..Beli breakfast seperti biasa..Tapi entahlah,hati ni tetap merasa sayu. Mungkin rindukan arwah ayah barangkali..Dalam lebih kurang jam 10.30 pagi tadi..Aku di tingkat 22,nampak asap putih n bagitahu rakan lain eh asap banyak ni!..Lantas kami mencari punca & masa tu juga,terdengar pengumuman,sesiapa yang parking kereta di aras LG berhampiran kedai makan tepi pejabat kami,sila alihkan kereta memandangkan api makin marak.

Rupanya! Berlaku kebakaran melibatkan sebuah kedai makaj dipercayai berpunca dari tong gas. Allahuakbar! Banyaknya benda jadi pagi ni. Semoga dipermudahkan semua urusan mereka Ya Allah!

Pihak pejabat yang berdekatan cuba sedaya upaya bantu memadamkan api tersebut sementara menunggu pihak bomba sampai..

Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan..Kedai ty habis la barang-barang niaga semua..Semooga Allah gantikan yang lebih baik..Amiiin






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...