Sabtu, 8 Ogos 2020

SESEKALI KU MENJENGAH BLOG YANG DAH BERSAWANG NI!!

First sekali, hai korang, masih ada ke sahabat blogger ku? yelah lama sangat dah tak menulis di sini. Dulu memang minat menulis, but lately..entahlah mungkin minat yang belum begitu mendalam kot dalam bidang penulisan blog ni.

Tapi sesekali serius aku rindu membaca dan menulis di sini. Actually banyak perkara yang membuatkan hari-hari ku berlalu begitu pantas setiap hari. Sampaikan tak ada masa untun jengah blog ni. Tapi honestly aku aktif di Facebook dan IG.

Jemput follow my ig sayang2 semua n my facebook

IG azncheras_eijah

FB Faizah Eijah


Ok saja nak tempek kat sini kenangan yang mungkin tak kan hilang walau aku tiada nanti. Semoga terus menjadi rujukan dan tatapan anak-anakku besar nanti. Ok ini sedikit cerita tentang percutian kami ke Lost World Of Tambun. Kalau korang perasan, yes aku jarang bercuti pun..So ok la kan sesekali bercuti bawa anak-anak dan tempek kat sini..


Percutian ini disponsor sepenuh oleh company suami.. So dalm kesibukan macamana pun, kami cari juga tarikh yelah dah semua free kan!! hihi..sayang pula kalau tak pergi. Tak banyak gambar sangat pun maklumlah pergi dengan 4 anak kecil haduii dian punya cabaran tuh perghhh!!! gilerrr..Baru nak snap gambar sefamily anak lari ke sana hasilnya tak ada yang elok pun gambar. Bertabahlah. 


Tapi keseluruhannya bes jugak la lost world Tambun ni. Kami kat sana 3 hari 2 malam memang best lah!!

Jom layan..

Sampai je bilik, ha bergambar dulu sebelum katil tu tak nampak rupa katil..hihi





 Sampai situ pon da waktu maghrib. Penat sangat dan sebenarnya kami rugi la hari tu seharian patut hari sampai tu kalu gerak awal, petang dah boleh mandi manda tapi disebabkan sampai dah usai maghrib, memang kepenatan weh! Jadi lepas maghrib kami decide makan then balik rest kat hotel.


Aktiviti mandi manda bermula hari Sabtu lepas breakfast tu sengaja kami kuar breakfast lambat kira lepas lepak makan tu terus masuk waterworld! hihihi..

Syokla perut kenyang pastu mandi la puas2!Jom layan sikit gambar ni.



papa tukar tiket

Next















main sampai hangus muka masing2

Kalau ke Lost World tak sahlah kalau tak ambil gambar kat sini kan?









Ada juga la beberapa keping gambar masa night safari tapi kami dah terlewat keluar so masa sampai tu persembahan api tu dah sampai penghujung dah..rugii jee..





last day tu barulah kami main outdorr layan jelaa hihi..
































Tunggula sikit lagi masing2 dah besar nanti kita repeat pegi lagi k!


Owh ya nak bercerita juga perkembangan diriku, aku seperti biasa dan masih aktif berniaga online produk AZN Malaysia.

So anyone yang mencari AZN Ogos n September ni ada set jimat taw!! 




just  www.wasap.my/60172428570/setjimat

untuk sebarang pertanyaan lanjut l!


Sampai jumpa lagii mmuah ngantuk da 2 lebih rupanya..


Wassalam.


Isnin, 24 Jun 2019

Bagaimana Mengecilkan Peha dan Lengan Yang Menggeleber

Mempunyai bentuk badan yang ramping dan sihat sudah tentunya menjadi idaman setiap wanita, tidak kira usia muda ataupun mereka yang sudah berumur.

 Badan yang ramping, sihat sangat sinonim dengan wanita kerana ia akan membuatkan seseorang wanita itu lebih berkeyakinan bila berdepan dengan sesiapa sahaja.(yes!confident level). 

Pemakanan zaman serba canggih ni, pun seiring dengan perkembangan dunia, pelbagai jenis menu yang kadang kala kita sendiri tidak tahu apa kandungan makanan, asal dapat makan dan sedap..itu yang paling menjadi keutamaan. Di Malaysia sahaja boleh dikatakan 'syurga makanan' (sambil menaip leleh air liur aku beb!!).

Perlu diingat bahawa pemakanan yang tidak sihat membawa kepada masalah kegemukan. Apabila 'gemuk' masalah utama juga bagi para wanita adalah peha dan lengan yang menggeleber. Ouch!!! sangat menyakitkan untuk mendapat bentuk badan idaman bila 'kegemukan' melanda. Untuk mendapatkan kembali bentuk badan yang diidamkan, tidaklah sesusah sepertimana yang dibincangkan dalam pelbagai medium. Pada aku cukup kita semua memegang istilah DISIPLIN & KONSISTEN akan membantu kita dalam mencapai impian kembali langsing tanpa menggeleber sana sini setelah kurus kelak.

Disini aku kongsikan sedikit tips ringkas untuk kita semua kembali langsing. Sebenarnya tips aku tulis ni hasil dari pembacaan aku di majalah-majalah dan juga mr.google. So diringkaskan disini antara tips mudah adalah:

1. Buat senaman squat

senama squat sangat-sangat membantu dalam merealisasikan impian korang untuk mengecilkan peha dan lengan. Yes aku sendiri pun baru nak bermula untuk praktikkan benda ni. di samping ada somthing yang i very-very like untuk firmkan part-part yang geleber tu.

2.Zumba

Pada korang yang ada kelapangan sertailah zumba yang dianjurkan sebab zumba membuatkan seluruh badan kita bergerak dan secara tidak langsung kita akan berpeluh seterusnya membakar kalori di dalam badan.(jangan malas!!)

3. Pemakanan

korang, kawalla sikit pemakanan tu. Ini tidak tengok tu sedap, tengok ni sedap, semua pun sedap, but dalam masa sama kawallah nafsu makan tudan pastikan kita mengambilkan pemakanan yang sihat, kurang minyak dan lebihkan sayuran serta buahan.

4. Suplemen ataupun  somthing yang membantu kepada pembakaran lemak dalam badan

Terdapat pelbagai jenis suplemen dipasaran untuk membantu kita sihat, slim dan bergaya. Tapi awas!!pastikan yang selamat dan lebihkan pengambilan air masak jika mengamalkan suplemen. 

Lastly dari aku sendiri yang cukup malas nak bersenam, memang serba ringkas ni lah yang aku amalkan untuk permulaan ni, not heavy pun, just memastikan badan lebih ringan dan  senang bergerak.Untuk firmkan part peha dan lengan setelah mengamalkan perkara seperti tips di atas, aku menggunakan juga cream yang membantu pembakara  lemak iaitu produk daripada AZN. 

AZN ada 2, iaitu PuteriLentik dan bodycream dan seriusly best giler pakai. Even permulaan hanya 2 ke 3kg loss inci, tapi aku sangat puas hati. Cream yang boleh digunakan juga untuk pelbagai kegunaan..Cream ni membantu mengecilkan lengan dan peha serta part-part yang menggeleber tu. Mestilah best!!

Oh ya if ada yang nak tahu, sekrang ni AZN masih buat promosi sehingga 30 Jun untuk bodycream dan puteri lentik.

 ini bodycream, jadi rm28 satu tiub. 

alhamdulillah even turunsedikit...lebih baik sedikit demi sedikit dari sekaligus banyak tapi beri impak tak bagus.

apa kata mereka..

2 produk dari azn

berjaya dengan azn

So uols, senaman sedikit, jaga pemakanan dan sapu produk pembakar lemak dari AZN, semuanya selamat tanpa perlu telan apa-apa. Jom nak cuba tak???

Salam sayang,

Eijah
email:
eijaheijah12@gmail.com

Rabu, 19 Jun 2019

SYAWAL YANG INDAH

Salam di tengahari untuk semua sahabat blog eijah. rata-rata bercerita tentang raya kan. Eijah sendiri pon nak share jugaklah tentang cerita raya kami. Actually tak ada somthing yang menarik  pun, yelah eijah pon baru dalam dunia blog, masih lagi terkapai-kapai mencari apa yang best untuk dikongsi bersama sahabat semua.

Tak pandai lagi mencari moment-moment indah yang wajib dirakam untuk kenangan kelak. Sebenarnya bila duduk balik ingat cerita raya kami sekeluarga banyaknya moment indah, but why?why eijah tak snap picture untuk setiap moment indah itu?hmm itulah yang dikatakan mu kena banyak belajar lagi eijah weii..kikiki..

Eijah sebenarnya balik kampung kt Tanah Merah Kelantan pada malam raya..Yelah Isnin dan Selasa eijah masih lagi kena stay kat ofis memandangkan kami terpaksa bergilir-gilir cuti. Eijah plan untuk cuti selepas raya, so sebelum raya eijah WAJIB tunggu ofis dulu..hehe..Lepas maghrib bertolak la, dan alhamdulillah pilihan tepat balik di malam raya ni, jalan raya memang clear seclearnya..bes je en.driver pon. Tak perlu laju dan tak perlu slow sangat. Banyak jugakla berhenti almaklumla anak rameii jalan jauh ni camtu lah...pepaham jelah ye!

Sampai di kampung ngam-ngan jam 4.30 pagi dan dah tentunya orang pertama bukak pintu sambut kami mestilah emak..best mum!!semua mak atas dunia ni best mum kan???moga kita juga boleh menjadi best mum untuk anak-anak.

Dah sampai pun jam 4.30 pagi memang tak tidur dahla, adik beradik dan ipar yang lain bangun dahn semua, masing-masing siapkan diri mandi n masuk dapur sediakan juadah. Cuma itulah pilihan balik malam raya ni kita tak sempat la merasa kemeriahan di dapur malam raya n berbuka bersama family semasa puasa. Moga tahun depan ada rezeki balik awal I.allah..

Pagi semua g sembahyang raya tinggallah eijah dan adik ipar je ada anak kecik so, tak dapatla solat raya di masjid lagi. Hilang 1 suasana meriah raya kan??takpelah anak-anak dah besar sikit boleh lah kita jemaah solat raya bersama. Bali je solat raya kita semua rancang duduk di ruang tamu dan bersalaman serta bergambar. So, kiranya adalah jugak gambar kenangan di pagi Syawal..

semua adik beradik 7 orang, cuma adik eijah yg no 6 takde, beraya di rumah mertua di Pahang

cinta hati kami mak+ayah(ayah sebenarnya tak berapa sihat)tp alhamdulillah getting better.)


2 daripada anak lelaki eijah bersama tok ayah


satu-satunya anak buah perempuan eijah setakat ni,  afrina nadira


eijah with mak, adik ipar n adik perempuan serta ank n ank buah

anak menantu n cucu lelaki bersama tok ayah, masing-masing berjubah, tok ayah g mekah baru ni beli jubah, so semua pakai raya

blur-blur gambar pun

 eijah n husband

aduhai susahnya nak ambik pic berenam elok2 sikit

2 cucu perempuan

adik eijah yg ke 6 bersama suami n anak

mama n kakak

Sebab itulah eijah kata banyak moment tak di rakam, ni just gambar-gambar family sahaja. Gambar kami makan-makan semua tak ambik pun..hihih..

Apapon kemeriahan berkumpul bersama adik beradik dan ibu bapa merupakan satu saat yang terindah dan eijah ambil keputusan simpan ceritanya di sini sebagai kenangan semoga suatu masa nanti generasi eijah akan lihat dan baca isi ceritanya untuk mereka tahu tentang keluarga kami.

Sampai sini dulu bebelan untuk tengahari ni. Dah jap lagi sambung kerja dah..

Salam sayang,
Eijah
Dropship AZN
0172428570

Ahad, 16 Jun 2019

FIRMAN BUAH HATI MAMA PAPA KE 4

Just isi masa time rehat sekejap je..

Diam tak diam masuk 8 bulan dah umur si kecik debab eijah yang ke 4 ni. Bersalin pada 8 Oktober 2018 secara pembedahan jam 11.53pgi keluar dari perut mama baby boy. Alhamdulillah syukur pada Allah atas nikmat yang Engkau kurniakan. Merasa bersalin secara pembedahan sebanyak 4 kali.hihi..

Kini baby yang kecil dulu lahir seberat 3.2kg di usi 8 bulan now berat 8kg dah pun pandai macam-macam. Agak manja sikit jika dibandingkan dengan abang dan kakak dia..Tersangatlah nak menempel ngan mama dan tak nak berenggang. Nasibla dapat pengasuh sukakan baby dan sabar ngan kerenah awak adik!!..

Meh lanje pic Muahmmad Firman ye. Di usia 8 bulan dia dah cuba untuk berdiri memegang pada sesiapan sahaja yang berdekatan dengan dia. Agak berani tapi risau jugak sebab kadang kala jatuh debumm..aduhh luluh hati weh dengar anak jatuh n kita tak sempat sambar dia..Moga Allah sentiasa menjagamu anak..

 masa ni usia 7 bulan, mula untuk duduk


pic ni beberapa hari sebelum raya, happy le tu


ha tu la berani sangat, eksaited bleh bangun berdiri



time manja ngan achik dia, ni pon time achik xbuat hal nagn adik.

Seronok tengok anak-anak membesar depan mata, even kadang-kadang kerenah diaorang sangat-sangat mencabar jiwa mama taw taak. So anak-anak ni nanti dah besar bacalah blog mama yang tak seberapa nih, just abadikan kenangan kamu semua di sini agar tak hilang..Disamoing blog ini juga mama berkongsi berkaitan bisnes yang mama jalankan n korang boleh tengok betapa strugglenya mama n papa cari duit untuk menyara kamu semua amanah Allah.

Moga membesar menjadi anak yang soleh penyejuk mata dan hamba Allah yang bertaqwa I.Allah..

Salam sayang,

Faizah..


BICARA KEHIDUPAN

Assalamualaikum wrh.wbt..
Selamat pagi readers...selamat hari raya..belum terlambat lagikan untuk wish happy eid untuk semua umat islam yang meraikan raya setelah sebulan kita semua berpuasa.

Well seronok sangat bila tiba musim raya, pulang ke kampung..menyambut hari raya bersma keluarga tercinta, ibu ayah, adik beradik dan sanak sudara semua. Semoga kita semua dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun hadapan dan menyambut Syawal bersama I.Allah..

Suka duka dalam kehidupan adalah asam garam hidup dan setiap dugaan akan membuatkan kita matang dalam mengharungi hidup ke depan hari. Ujian dan dugaan?? kadang juga membuatkan kita down, lemah, terduduk, tapi siapalah kita untuk melawan takdir Allah. DIA yang merancang hidup ini setelah kita merancang hidup kita, DIA yang menentukan segalanya. Tak lepas juga eijah pun sama diuji dengan berbagai ujian yang tak mampu untuk dikongsi dengan sesiapa. Hanya Allah sajalah tempat sujud dan menangis.

Walau macamana keadan sekalipun, hidup perlu diteruskan dalam apa jua situasi, Allah suka jika kita berusaha. Sentiasa amalkan ayat ini agar Allah mudahkan kita dalam setiap kesulitan.(peringatan untuk diri sendiri)



Ok Just perkongsian di pagi Isnin, semoga kita semua sentiasa meletakkan niat hidup setiap hari adalah kerana Allah. Semoga Allah memberkati amiiin amiiin amiiin Ya Rabbal Alamin...

Salam sayang

Faizah

JATUHKAH MARTABAT JIKA MEMINTA MAAF?

 Assalamualaikum wrh. wbt. readers... Kembali menjengah setelah beberapa lama menghilang. Rindu bukan tak rindu tapi entahla apa yang membua...