Ahad, 16 Jun 2019

FIRMAN BUAH HATI MAMA PAPA KE 4

Just isi masa time rehat sekejap je..

Diam tak diam masuk 8 bulan dah umur si kecik debab eijah yang ke 4 ni. Bersalin pada 8 Oktober 2018 secara pembedahan jam 11.53pgi keluar dari perut mama baby boy. Alhamdulillah syukur pada Allah atas nikmat yang Engkau kurniakan. Merasa bersalin secara pembedahan sebanyak 4 kali.hihi..

Kini baby yang kecil dulu lahir seberat 3.2kg di usi 8 bulan now berat 8kg dah pun pandai macam-macam. Agak manja sikit jika dibandingkan dengan abang dan kakak dia..Tersangatlah nak menempel ngan mama dan tak nak berenggang. Nasibla dapat pengasuh sukakan baby dan sabar ngan kerenah awak adik!!..

Meh lanje pic Muahmmad Firman ye. Di usia 8 bulan dia dah cuba untuk berdiri memegang pada sesiapan sahaja yang berdekatan dengan dia. Agak berani tapi risau jugak sebab kadang kala jatuh debumm..aduhh luluh hati weh dengar anak jatuh n kita tak sempat sambar dia..Moga Allah sentiasa menjagamu anak..

 masa ni usia 7 bulan, mula untuk duduk


pic ni beberapa hari sebelum raya, happy le tu


ha tu la berani sangat, eksaited bleh bangun berdiri



time manja ngan achik dia, ni pon time achik xbuat hal nagn adik.

Seronok tengok anak-anak membesar depan mata, even kadang-kadang kerenah diaorang sangat-sangat mencabar jiwa mama taw taak. So anak-anak ni nanti dah besar bacalah blog mama yang tak seberapa nih, just abadikan kenangan kamu semua di sini agar tak hilang..Disamoing blog ini juga mama berkongsi berkaitan bisnes yang mama jalankan n korang boleh tengok betapa strugglenya mama n papa cari duit untuk menyara kamu semua amanah Allah.

Moga membesar menjadi anak yang soleh penyejuk mata dan hamba Allah yang bertaqwa I.Allah..

Salam sayang,

Faizah..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KEDAI WESTERN BARU KAT BANDAR TUN RAZAK , CHERAS

 Hai korang, sihat ke?? Aku? macam biasa lah tenggelam n timbul dalam dunia tulisan blog hehe,,adui dah makin berusia makin di landa kemalas...