Rabu, 19 Jun 2019

SYAWAL YANG INDAH

Salam di tengahari untuk semua sahabat blog eijah. rata-rata bercerita tentang raya kan. Eijah sendiri pon nak share jugaklah tentang cerita raya kami. Actually tak ada somthing yang menarik  pun, yelah eijah pon baru dalam dunia blog, masih lagi terkapai-kapai mencari apa yang best untuk dikongsi bersama sahabat semua.

Tak pandai lagi mencari moment-moment indah yang wajib dirakam untuk kenangan kelak. Sebenarnya bila duduk balik ingat cerita raya kami sekeluarga banyaknya moment indah, but why?why eijah tak snap picture untuk setiap moment indah itu?hmm itulah yang dikatakan mu kena banyak belajar lagi eijah weii..kikiki..

Eijah sebenarnya balik kampung kt Tanah Merah Kelantan pada malam raya..Yelah Isnin dan Selasa eijah masih lagi kena stay kat ofis memandangkan kami terpaksa bergilir-gilir cuti. Eijah plan untuk cuti selepas raya, so sebelum raya eijah WAJIB tunggu ofis dulu..hehe..Lepas maghrib bertolak la, dan alhamdulillah pilihan tepat balik di malam raya ni, jalan raya memang clear seclearnya..bes je en.driver pon. Tak perlu laju dan tak perlu slow sangat. Banyak jugakla berhenti almaklumla anak rameii jalan jauh ni camtu lah...pepaham jelah ye!

Sampai di kampung ngam-ngan jam 4.30 pagi dan dah tentunya orang pertama bukak pintu sambut kami mestilah emak..best mum!!semua mak atas dunia ni best mum kan???moga kita juga boleh menjadi best mum untuk anak-anak.

Dah sampai pun jam 4.30 pagi memang tak tidur dahla, adik beradik dan ipar yang lain bangun dahn semua, masing-masing siapkan diri mandi n masuk dapur sediakan juadah. Cuma itulah pilihan balik malam raya ni kita tak sempat la merasa kemeriahan di dapur malam raya n berbuka bersama family semasa puasa. Moga tahun depan ada rezeki balik awal I.allah..

Pagi semua g sembahyang raya tinggallah eijah dan adik ipar je ada anak kecik so, tak dapatla solat raya di masjid lagi. Hilang 1 suasana meriah raya kan??takpelah anak-anak dah besar sikit boleh lah kita jemaah solat raya bersama. Bali je solat raya kita semua rancang duduk di ruang tamu dan bersalaman serta bergambar. So, kiranya adalah jugak gambar kenangan di pagi Syawal..

semua adik beradik 7 orang, cuma adik eijah yg no 6 takde, beraya di rumah mertua di Pahang

cinta hati kami mak+ayah(ayah sebenarnya tak berapa sihat)tp alhamdulillah getting better.)


2 daripada anak lelaki eijah bersama tok ayah


satu-satunya anak buah perempuan eijah setakat ni,  afrina nadira


eijah with mak, adik ipar n adik perempuan serta ank n ank buah

anak menantu n cucu lelaki bersama tok ayah, masing-masing berjubah, tok ayah g mekah baru ni beli jubah, so semua pakai raya

blur-blur gambar pun

 eijah n husband

aduhai susahnya nak ambik pic berenam elok2 sikit

2 cucu perempuan

adik eijah yg ke 6 bersama suami n anak

mama n kakak

Sebab itulah eijah kata banyak moment tak di rakam, ni just gambar-gambar family sahaja. Gambar kami makan-makan semua tak ambik pun..hihih..

Apapon kemeriahan berkumpul bersama adik beradik dan ibu bapa merupakan satu saat yang terindah dan eijah ambil keputusan simpan ceritanya di sini sebagai kenangan semoga suatu masa nanti generasi eijah akan lihat dan baca isi ceritanya untuk mereka tahu tentang keluarga kami.

Sampai sini dulu bebelan untuk tengahari ni. Dah jap lagi sambung kerja dah..

Salam sayang,
Eijah
Dropship AZN
0172428570

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KEDAI WESTERN BARU KAT BANDAR TUN RAZAK , CHERAS

 Hai korang, sihat ke?? Aku? macam biasa lah tenggelam n timbul dalam dunia tulisan blog hehe,,adui dah makin berusia makin di landa kemalas...