Sabtu, 12 Mac 2022
ERTI BAHAGIA
Jumaat, 11 Mac 2022
NASI GORENG MUDAH 10.00 MALAM
Esok cuti pastinya dalam hati daku, malam ni boleh tidur lewat sikit sebab esok cotiii yahooo!! Saat sedang bermalasan di katil,kids melayan tv kat luar..Mata terpandang pada satu susuk kecil,kedek-kedek datang sebelah mama,ma"adik lapar".Oh my!!!so kecilku 3 tahun 4 bulan😂..Awak kelaparan rupanya.
Maka mama pun melawan lah perasaan malas ni. Bangkit & menuju ke dapur melihat apa yang paling senang dan cepat untuk dimasak. Dalam pada tu, telefon berbunyi, dan tertera, "abang on the way balik,lapar lah pulak,ada makanan tak?Laju jari memetik, "ada"!
Nampaknya makin bertabah bilangan yang memaksa mama untuk masak something even jam menunjukkan 10 malam. Idea paling mudah muncul, orait mama masak nasi goreng.
Bahan-bahan disediakan,lauk yang paling mudah untuk dicairkan dari peti ais..Isi ayam,telur & udang kering.Yeah!itu asas lauk yang bakal menyedapkan nasi goreng 10malam mama taw.Hahaha(done puji diri sendiri).
You all semua kalau kekeringan idea dan ada yang lapar di tengah malam,haaaa nah follow resipe nasi goreng ni taw!Dijamin puas hati,sedap dooh!
Jom layan bahan-bahannya :
Bawang putih (tumbuk)
Bawang merah(tumbuk)
Belacan(tumbuk)
Cili padi merah or hijau (terpulang jika nak pedas,sila extra kan cili padi)
Isi ayam
3 biji telur
Udang kering(tumbuk)
Sayur pakchoy
Cara membuatnya:
1.Tumbuk bawang merah,bawang putih,cili padi dan belacan
2.Tumbuk asing udang kering
3.Pecahkan telur dan goreng pecah
LALUAN PERGI & BALIK KERJA
Maka bermulalah perjalanan balik kerja everyday beginilah. Yup! Aku memang seorang pengguna tegar public transport!.Stop don't ask more..hahaha..(orang penakut macamni lah)
Pejabat aku di tengah KL,bangunan PERKIM,Jalan Ipoh.. Setiap hari naik bas or teksi dari rumah sampai tren turun stesen PWTC n ambil teksi ke ofis. Begitulah rutin harian.
Ok jom uols,petang ni meh layan perjalanan pergi & balik kerja aku. Mungkin antara kalian tau pun laluan ni. Cuma xpernah lalu sini dengan cara jalan kaki.
Jambatan ni cantik taw,sebelah sana tu PWTC..
Laluan ni berhadapan juga dengan Bistari Kondominium kiranya pagi & petang tak de lah sunyi..But kalau malam serius aku tak kan lalu sini.Tak ada keberanian..Hari tu ada member aku bagitahu seorang tiktokers perempuan pernah cerita laluan dia kat sini setiap hari..Malam pon dia lalu sini weh!berani banget.
Ok le tulis dalam lrt tau2 sampai rumah ambil kids kat rumah pengasuh nampak si kakak tengah main dengan kawan dia..
Puas hati dapat main .ok jom balikkk!.
Salam sayang..
Sabtu, 19 Februari 2022
LUNCH AT SUSHI KING
Sekian lama aku tak jengah blog ni..Agaknya dia kenal lagi tak tuan dia? Dah makin meningkat umur ni,makin malas jadinya. Yelah aku tulis blog ni pun,just saja² as kenangan & sharing tentang aku dan keluarga.
Ok jom sambung pasal story lunch kat Sushi King. Satu hari tu hari Rabu,Si Yana call,akak,kita ada idea nak g lunch kat mana Jumaat ni.Me: ok, dik ktne..Akak follow jer. "Ok akak jom kita lunch dekat Sushi King!aku dalam hati..ok..onz aja bab2 follow2 ni aku laju..hihihi.
Sampai Jumaat maka berangkatlah kami ke Sushi King Sunway Putra Mall.Itu aja yang paling dekat dengan office..We all ambil grab aja ke sana tak sampai 10 minit munculle muka kami di Sunway Mall. Misi mencari kedai makan Sushi King.Ok,jumpa!actually 2 orang member dah g awal sikit coz nak cop tempat siap!
Maka duduklah kami di tempat yang dah dibooking tu & sesi order pun bermula. Aku,apa lagi serius tak tahu nak oder apa! 1st time masuk sini.Dalam mind just ingat semata2 sushi yang macam beli kat kiosk dia tu je.Rupanya dah masuk kedai dia more n more choice.
Next...tengok n pilih menu .Argghh this is new for me! Tak reti lah pilih menu.Nasib ada member suggest! kampung betul i kan..hahahaha...Last2 i order nih Mee udon curry! Sedap beb! Ala² mee maggi kari gituu!Member yang lain order ikut selera masing².Kita saling tukar2 rasa. Not bad!
Ok so guys! For awak yang sama macam saya,boleh je cuba masuk & nikmati makanan di sana..Sushi dengan pelbagai jenis sushi nyaaa.Ya ampun! Macam2 yoo.Alhamdulillah habis lunch n perut pon kenyang. About 2.15 gitu kami gerak kembali ke ofis. Kat bawah ni je beberapa keping gambar menu oderan kami..Hihi.Stay tune guys for next entry k! Tq sudi baca n if sudi komen pun tq banget²!
Jumaat, 30 April 2021
BASAHI BIBIRMU DENGAN SALAWAT & ISTIGHFAR
Biasakan bibir dengan selawat.
Basahkan hati dengan istighfar.
Selawat,selawat,selawat.
Istighfar,istighfar,istighfar.
Kenapa kita selalu tekankan dua perkara ajaib ni?
Kerana pada selawat ada keberkatan yang tak ada pada amalan lain, antaranya ilmu mudah untuk sampai ke dada serta tenang,
Kerana pada istighfar fadhilatnya tidak mampu menandingi amalan lain, antaranya Allah memudahkan urusan kita.
Sebab itu selawat dan istighfar ni teramat2
penting buat kita semua....
Kalau stress atau ilmu susah nak masuk,
amalkan lah ia.Biar jadi terapi untuk diri kita.
Cubalah,inshaAllah🍃💕
#salamjumaat
EJENAZNCHERASKL
Jumaat, 16 April 2021
TIP UNTUK LEBIH KAYA DAN BAHAGIA
TIP UNTUK LEBIH KAYA DAN BAHAGIA
Dalam kehidupan, bisnes dan pekerjaan..
Fokus untuk bahagia, bukan kaya.
Maknanya bila bekerja buat kerana Allah.
Bila bisnes niat untuk beri manfaat kerana Allah.
Kerana Dialah Tuan Punya Kebahagiaan.
.
Bukanlah kaya itu yang menjadikan kita bahagia.. Bahkan bahagialah yang menjadikan kita kaya!
Setuju?
EJENAZNCHERASKL
Rabu, 31 Mac 2021
1000 ZIKIR BERIBU REZEKI
Pagi - ketika memandu / berjalan ketempat kerja / belajar
👉🏻 Istighfar - Astaghfirullahal A'zim - 100x
👉🏻 Selawat - Allahummasolli A'la Muhammad - 100x
👉🏻Subhanallah Alhamdulillah Walailahaillallah Allahu Akhbar - 100x
🌹 Dhuha - Lailahaillallah Muhammadurrasulullah 100x
🌹 Selepas zohor - Lahawlawala Quwwata Illa Billahil A'liyul A'ziim 100x
🌹 Selepas asar - Ya Allah 100x
🌹 Petang - dalam perjalanan pulang
Lailaha illa anta, Subhanaka Inni kunti minazzolimiin 100x
🌹 Subhanallahi Wabihamdi Subhanallahil Aziim 100x
Hasbunallahi Wanikmalwakil 100x
🌹 Sebelum tidur - Istighfar 100x
Mari sama-sama kita amalkan setiap hari supaya hati sentiasa tenang dan mendapat pahala...
Ya Allah pilihlah hati kami, bibir kami untuk sentiasa berzikir mengingatimu..
JATUHKAH MARTABAT JIKA MEMINTA MAAF?
Assalamualaikum wrh. wbt. readers... Kembali menjengah setelah beberapa lama menghilang. Rindu bukan tak rindu tapi entahla apa yang membua...
-
Assalamualaikum wrh. wbt. readers... Kembali menjengah setelah beberapa lama menghilang. Rindu bukan tak rindu tapi entahla apa yang membua...
-
HARI SUKAN NEGARA MAIWP 2022 vs MAIWP Fit Challange Assalam hye & it's just a hurry entry sejak dua menjak ni busy dengan pelbagai k...
-
Assalamualaikum korang..Amacam sihat ke semua?moga dikurniakan kesihatan yang baik ye semua..Diam tak diam dah hampir ke pertengahan Julai d...
